Bidadari Hati

Monday, July 02, 2007

the one about badrul and zon abie...




ketika abie menulis untuk column nya 'zon abie' di harian metro hari sabtu lalu, dia menulis ketika perasaannya tidak tenteram... i kenal abie dah lama... we are much more than journalist and publicist... we are close friends... kami berkongsi pelbagai perkara... cerita keluarga, masalah peribadi, kehidupan seharian, kegembiraan, kesedihan dan macam-macam lagi... his column last saturday was meant for me... and also for other people in general...

duri seni lebih tajam
zon abie
oleh abie abdullah


"abang, saya hanya nak menyanyi. itu saja! apa salah saya bang?" sayu saya dengar keluhan ini, lebih tersentuh dengan iringan sebaknya. saya hanya mendengar, kelu lidah untuk berkata-kata. bimbang kalau telebih cakap, lebih parah lagi kesayuan itu.

sebenarnya ini hanyalah satu daripada cebisan kepiluan dalam industri seni malaysia. kepiluan yang terbit daripada ketidaksenangan hati manusia lain terhadap 'rakan seperjuangan' sendiri. soal hasad dengki, memang sudah menjadi teman manusia yang berhati busuk.

betul kata orang, anak seni kena tabah berlipat kali ganda berbanding kerjaya lain. mereka sentiasa dipandang, tersalah langkah sedikit, mereka akan dikutuk. tetapi sebagai manusia, kesilapan itu lumrah. bagaimanapun anak seni kena lebih berhati-hati untuk mengurangkan kesilapan pada mata mereka yang suka mencari kesilapan itu.

hakikatnya, ramai yang ingin melihat kita jatuh. kalau umpama roda, hari ini di bawah, esok lusa insya-Allah di atas tetapi ketika di atas, ramai pula tangan-tangan hitam yang cuba memutar roda itu supaya cepat berpusing untuk menjatuhkan yang di atas tadi. situasi ini bukan pelik.

sebenarnya juga, insiden yang saya jadikan permulaan ayat untuk mewarnai kolum ini pun berkesan daripada sifat dengki manusia yang bertangan comok berhati hitam. sekadar ingin melebarkan bakat di samping mencari rezeki tetapi ada saja yang tidak menyukai untuk kita mendaki ke atas.

hanya sabar boleh saya katakan tatkala air mata bakat baru itu gugur ke pipinya. terlintas untuknya berhenti saja daripada meneruskan usahanya untuk menyanyi dan melahirkan album. jangan! usah hentikan cita-cita itu hanya kerana kegelisahan orang lain yang tidak senang melihat kesenangan kita.

jalan paling mudah, anggap saja semua tohmahan itu sabagai cabaran paling berharga untuk kita menjadi lebih kuat daripada apa yang ada sekarang. positif! pada orang baru itu, ini hanyalah permulaan kerana masih banyak lagi onak duri yang lebih tajam menanti di depan.

suka saya mengambil contoh datuk siti nurhaliza yang tidak kering dengan fitnah dan cerita yang mampu membungkam hasrat untuk ke depan. kita lihat di mana siti sekarang, selepas lebih 11 tahun, beliau masih gah di persada. pedulikan kerja-kerja yang tidak menyenangkan itu dan jadikan ia tangga-tangga untuk mendaki lebih tinggi.

seperti yang saya maklumkan tadi, orang seni, kerjanya untuk dilihat dan dinilai oleh masyarakat pemerhati. tidak semua yang satu kepala menyukai kita. seni sangat abstrak dan subjektif, lalu pelbagai bentuk penilaian dilakukan. jadi jangan bimbang kalau mana yang tidak suka kerana perhatian perlu fokus kepada yang suka.

bayangkan persembahan atau penampilan kita memang disukai golongan a, sedangkan tidak pada golongan b. rasanya kita tidak perlu mengubah 100% hanya untuk mebuatkan golongan b menyukai kita kerana perlu difikirkan semula gologan a. tidak salah kalau mereka 'lari' daripada kita kerana perubahan kita tadi.

usah tamak! cuma fokus dan berikan yang terbaik kepada industri dan diri kita sendiri. apapun nawaitu setiap apa yang dilakukan mestilah ikhlas, kerana ia datang dari hati. keikhlasan itu biasanya menjuruskan usaha kita ke arah yang lebih baik dan positif.

mana bisa untuk kita menutup mulut manusia yang sentiasa terlopong menanti langau masuk. biarkan sehingga mereka penat menabur tohmahan kerana yang lebih utama adalah kita perlu melangkah dengan lebih jauh. kalau lagi jauh daripada penangkap langau itu, lagi bagus.


today is abie's birthday... to abie, selamat hari jadi, semoga dipanjang usia dan dimurahkan rezeki... amin...