Bidadari Hati

Thursday, June 21, 2007

the one about badrul and something in the news...




i know the news dah keluar a few days ago on monday, but i thought it will be great to put it up in the blog... at least kalau letak dekat blog, boleh tahan lama sikit... bila dah tua-tua nanti harapnya boleh baca balik... lagipun, i nak lupakan kejap pasal cerita 'the bitch tuh'... dan kalau nak harapkan orang ni memang sah ler takkan letak kat blog dia yang famous tuh... maklumlah, dia kan dah sibuk dengan adik dia ni and apatah lagi sekarang nih dia pun dah jadi selebriti terkenal... so takda masa lah nak promote yang lain... annnyyywwwwaaayyysssss...




diddy, yanie saling terpesona
diddy, yanie pasangan serasi


oleh elrafaei sapi elrafaei@kosmo.com.my

berkongsi pentas degnan diva popular indonesia, kris dayanti bersama juara singapore idol 2, hady mirza dalam sebuah persembahan pastinya merupakan satu kenangan manis yang tidak mungkin dilupakan buat pasangan duet baru, diddy dan yanie. menyampaikan lagu popular mereka berjudul saling terpesona, persembahan empat orang penyanyi dari tiga buah negara yang berbeza itu meninggalkan satu pengalaman mengasyikkan. apatah lagi, persembahan lagu tersebut disampaikan pada kemuncak acara anugrah planet muzik 2007 (apm 2007) yang berlangsung di stadium tertutup singapura baru-baru ini.


yanie dan diddy saat mengalunkan lagu saling terpesona pada acara penutup apm 2007 bersama kris dan hady


dijadikan lagu penutup, pemilihan lagu tersebut dinilai suatu yang istimewa dan turut meninggalkan kenangan manis buat penonton. diddy yang ditemui sebelum acara apm 2007 berlangsung, menyifatkan pengalaman tersebut adalah satu tuah dan menjadi pengiktirafan buat dirinya bersama yanie apabila diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu tersebut bersama dua orang penyanyi popular luar negara.




tambahnya, "sudah tentu persembahan ini menjadi satu peluang yang ditunggu-tunggu bagi saya dan yanie sendiri untuk menyanyi bersama-sama kris dan hady. ia merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. lebih menarik, kami terlibat buat pertama kali dalam sebuah acara yang cukup berprestij."




diddy yang tampil segak dengan jaket bercorak emas dan seluar jeans biru muda, manakala yanie dengan gaun berwarna hijau muda, tajaan von jolly menyerlah penampilan mereka ketika beraksi di atas pentas. diddy memberitahu, dia sempat mendapat komen daripada hady yang memberitahu lagu tersebut mempunyai kekuatan tersendiri untuk disampaikan pada acara terbesar seperti apm 2007 berdasarkan populariti lagu itu yang dicipta sebelum ini. lagu ciptaan audi mok bersama penulis lirik, nurfatimah itu menjadi antara lagu yang terkandung dalam album terbaru berjudul diddy yang dijangka berada di pasaran pada penghujung bulan hadapan.


diddy akui lagu saling terpesona mengenai kisahnya dan yanie


kisah perasaan diddy, yanie

apa yang ingin dikongsi bersama peminat, diddy menjelaskan kisah dalam lagu tersebut merujuk kepada perhubungan sebenar yang berlaku antara dia dan yanie. "lagu ini membawa kisah perhubungan kami yang mempunyai perasaan suka antara satu sama lain. bagaimanapun, perasan suka ini bukanlah bererti cinta tetapi nilai persahabatan yang terjalin antara kami. mengenali lebih mendalam antara satu sama lain membuatkan perasaan kami saling terpesona," ujar penyanyi berusia 22 tahun ini lagi.


diddy menaruh harapan tinggi terhadap album sulungnya


mengikuti jejak populariti lagu saling terpesona, kehadiran penyanyi program realiti akademi fantasia 4 dalam industri muzik tanah air semakin menarik perhatian khalayak apabila single pertamanya berjudul hilang kerap diputarkan di radio kebelakangan ini. masih menggunakan kekuatan komposer audi mok selaku pencipta bersama penulis lirik, bash, diddy yang bernaung di bawah label f-tersix meletakkan harapan agar album yang berkonsep moden pop ini memenuhi permintaan peminat.




komposer lain yang turut terlibat dalam album pertama diddy kali ini adalah azan ruffedge, sharon paul, shazzy dan faizal tahir. selepas saling terpesona dan hilang, diddy juga mempertaruhkan lagu sana ciptaan azan ruffedge dan bosan, ciptaan shazzy. ujar diddy atau sebenarnya syamsul hirdy muhid, dia sentiasa berusaha sebaik mungkin dalam memastikan album ini memberikan kepuasan secara total kepada peminatnya.




"saya ingin tampilkan sesuatu produk yang benar-benar segar dan pop yang diketengahkan bukanlah seperti terlalu membuai perasaan. sama ada album ini hadir cepat atau lambat, saya fikir, ia diterbitkan tepat pada masa selepas memulakan perancangan sejak disember tahun lalu. saya juga merasakan penantian saya selama ini berbaloi," tambah diddy yang tetap bersyukur kerana impian untuk menghasilkan album sendiri akhirnya termakbul.




yanie rebut peluang

bagi yanie pula, lagu saling terpesona menarik perhatian kris dayanti yang pada mulanya beranggapan lagu tersebut adalah ciptaan yanie bersama diddy. hanya praktis bersama sehari sebelum acara sebenar apm 2007 berlangsung, yanie juga mengakui lagu tersebut membawa tuah kepada dirinya dan diddy selaku penyanyi yang lahir daripada program realiti.




"saya melihat semakin ramai penyanyi program realiti yang sukar untuk bertapak di dalam industri hiburan. maka apabila muncul lagu duet sebegini, ia memberi satu peluang keemasan untuk mencipta nama. Alhamdulillah, saya berasa gembira apabila lagu ini diterima ramai," kata penyanyi sebaya diddy ini.




sama seperti diddy, bekas penyanyi program mentor musim pertama yang menjadi protege kepada ning baizura ini turut meraih peluang merakam album debut yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi. diterbitkan di bawah label artistes united records, sebanyak sepuluh lagu baru akan ditampilkan. antara komposer yang terlibat adalah aidit alfian, sharon paul, helen yap dan audi mok. sudah memulakan rakaman sejak penghujung tahun lalu dan berbaki empat buah lagu yang belum disiapkan, sebaliknya yanie tidak merasa menyesal apabila albumnya ini lambat dilancarkan.




secara peribadi, yanie menilai diddy seorang rakan artis yang senang bekerja. sungguhpun kekok ketika pertama kali bertemu dan merakamkan lagu saling terpesona tetapi mereka berjaya jua mencari titik keserasian antara mereka.


yanie kini turut menceburi bidang lakonan


"biarpun album diddy mendahului saya tetapi saya tidak merasa tergugat. banyak kelemahan diri yang harus diperbaiki. apa yang penting, saya mahukan album saya nanti memberikan kepuasan yang diharapkan dan seterusnya mengharapkan ia diterima positif daripada peminat serta mencatat jualan yang baik,"ujarnya yang kini masih sibuk dengan penggambaran sitkom fara.