the one about badrul, diddy and f-tersix in the news... again...
1001 wajah Diddy
Oleh ABIE ABDULLAH
Metro AhadKETIKA pengaruh single pertamanya, Saling Terpesona (duet bersama Yanie Mentor) semakin melebar, itu tidak bermakna Syamsul Hirdy Muhid harus berdiam diri. Sebaliknya, banyak lagi kerja perlu dilakukan untuk mengukuh nama selaku anak seni.
Penerbitan kalendar 2007 antara strategi yang diaturkan syarikat pengurusannya, f-tersix Sdn Bhd. Dua belas wajah bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) 4 ini dirakam dengan 12 imej berbeza, bersesuaian dengan bulan yang diwakili.
Aksi Diddy memasang pelita berbaju Melayu, bersama limau Mandarin dan berlatarkan tangga Batu Caves antara yang dapat disaksikan di dalam kalendar ini bagi mewakili sambutan Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Thaipusam. Bagaimanapun, ia disampaikan secara simbolik.
Gambar yang dirakam oleh Shonny Loh, Vijay Munisamy dan Tristan Low kemudian menjalani proses pos produksi yang menampilkan konsep klasik dan ‘classy’.
Syamsul Hirdy atau mesranya dipanggil Diddy berkata, dia bertuah kerana diberi peluang menjadi model kalendar.
“Berbanding rakan seangkatan, saya anggap saya paling beruntung kerana banyak aktiviti diaturkan f-tersix, termasuk penerbitan kalendar ini. Penggambaran untuk kalendar ini memberi pengalaman baru kerana saya tak terlintas mempunyai kalendar sendiri.
“Biarpun saya bukan artis pertama membuat kalendar, saya bangga dengan hasil yang ditunjukkan. Kesungguhan jurugambar dan kreativiti pengarah f-tersix, Badrul Hashim menyerlahkan kelainannya.
“Seronoknya kerana wajah saya sentiasa di atas meja peminat,” katanya ketawa.
Menurut penyanyi tinggi lampai ini, tiga hari diluangkan untuk sesi fotografi meliputi lokasi di Sepang (berhampiran Terminal Tambang Rendah), Bukit Jalil, Lebuh Ampang, Petaling Jaya, studio rakaman dan di rumahnya sendiri.
Lebih 1,800 syot dirakam dan hanya 12 dipilih daripada yang terbaik. Pun begitu, kata Diddy, tidak bermakna syot selebihnya tidak cantik kerana mereka sendiri pada awalnya sukar menentukan.
“Mungkin tidak cantik pada saya, tetapi cantik pada orang lain. Kecantikan itu bersifat sejagat dan mungkin kami menggunakan visual selebihnya untuk kerja mendatang dan berkaitan.
“Sebenarnya idea menerbitkan kalendar ini timbul Disember lalu, tetapi masa suntuk. Walaupun kalendar ini baru diterbitkan sekarang, ia masih tidak terlambat kerana kita masih dalam Januari,” katanya.
Kalendar ini dijual pada harga RM15 dan terhad kepada 1,000 unit saja. Kata Diddy, penjualan ini bukan berasaskan keuntungan kerana kos pembikinannya lebih tinggi daripada pulangan (itupun kalau laris semua).
Lebih penting dalam hal ini bagi Diddy, peminatnya sentiasa diberikan sesuatu sebelum kehadiran album solo yang dirancang April depan. Bahan untuk album sudah dikumpul dan Diddy akan ke studio rakaman pada Februari ini.
“Saling Terpesona mula dimainkan di radio pada penghujung November dan Disember pula saya sibuk dengan promosi dan persembahan merata tempat. f-tersix cuba memastikan karier saya tidak kosong sementara menanti kehadiran album nanti,” katanya.
Penerbitan kalendar itu bagaimanapun tidak dihadiri penaja sebagaimana penerbitan kalendar artis besar lain. Namun kata Diddy, buat permulaan, pihak f-tersix lebih selesa untuk tidak terikat dengan mana-mana penaja yang dibimbangkan akan mengganggu konsep yang cuba ditampilkan.
“Lagi pun, ini permulaan dan seeloknya masyarakat menilai dulu apa yang ingin sampaikan melalui kalendar ini. Mungkin selepas ini mana-mana syarikat yang bersetuju dengan konsep kerja kami boleh untuk bersama f-tersix,” katanya.
p/s - congratulations to adibah noor for winning the juara lagu!!! congratulations dib!!! memang layak bergelar juara!!!

|