Bidadari Hati

Saturday, January 27, 2007

the one about badrul and a wonderful short break...



now dah nak masuk bulan kedua di tahun baru... Alhamdulillah setakat nih apa yang dirancang berjalan dengan baik... f-tersix sdn bhd pun dah mula dapat bertatih... still a long way to go, but insyaAllah it will work... single project 'saling terpesona' diddy and yanie pun Alhamdulillah mendapat sambutan daripada pendengar... then our second project which was calendar diddy pun jugak mendapat sambutan... terima kasih kepada semua yang menyokong... vernon, sm, jolyn, fiebie, joelee, mama za *yang beli seratus!!*, peminat-peminat diddy yang lainnya, shikin yang order from brunei, yantie yang order from singapore... tuh tak termasuk kawan-kawan yang kat office yang tolong beli untuk support... and of course thank you untuk teman-teman press yang banyak membantu mempromosikan dan memberikan publisiti kepada diddy setiap masa macam abie, rudy, kak zieman, che' dean, kak tim, roslen, kak cham, adam, geng-geng kat berita harian/berita minggu, kosmo/kosmo ahad, utusan malaysia/mingguan malaysia, harian metro/metro ahad, the star, malay mail dan ramailah... magazine apatah lagi... banyak betul sokongan publisiti untuk diddy kat media hiburan, urtv, hai, remaja, i-remaja, urs dan lain-lain lagi... jugak station radio macam era, hot fm, xfresh, suria fm and other radio stations... and soon sinar fm pun akan main jugak lagu 'saling terpesona' which is super cool! and tentunya people kat channel ria... hopefully soon diddy will get his opportunity to appear on other tv stations as well... semua nih kalau nak sebut satu-satu memang tak habis senarai nama orang-orang yang banyak memberikan sokongan... terlalu panjang... ianya memberikan makna yang tak ternilai untuk artis baru seperti diddy and for a new company like f-tersix... you know who you are... semoga Tuhan membalas jasa baik semua...




i'm glad that now diddy dah mula merasa kesibukan hidup sebagai seorang artis baru... sejak disember, jadualnya padat setiap minggu... hampir setiap hari ada promosi dan hujung minggu penuh dengan show... dan sekarang pun the real hard work dah bermula... insyaAllah jika takda aral melintang, diddy akan mula masuk studio untuk rakaman album sulung in the first and second week of february... enam buah lagu sudah siap untuk dirakamkan... will be meeting some other composers hujung minggu ni to get the rest of the songs... kadang-kadang i tak dapat nak bayangkan perasaan sendiri... tak tahu nak describe macam mana... ada masa rasa macam tak percaya, ada ketika rasa takut dan gementar, ada detiknya rasa macam sungguh menakjubkan... i know banyak lagi benda yang bakal mendatang, but insyaAllah kami akan cekalkan hati dan bekerja keras untuk menggapai bintang... insyaAllah... dengan izin Yang Maha Esa!





wahhh, panjangnya mukaddimah... muhahahaa... takpalah kan... luahan hati... sebenarnya hari tu ada seorang teman pembaca blog yang hantar email pada i tanya kenapa sekarang nih i selalu tulis pasal diddy dan f-tersix saja... dah lah macam setahun sekali update blog lepas tuh asyik cakap pasal benda yang sama jer... actually i dah explain kat dia in my email *then later on follow up with phone-call* but i just want to write something here too... actually f-tersix punya website belum siap lagi, so for the time being, i'm using my blog to promote my company and my artiste... itu jer... anway both pun adalah sebahagian daripada perjalanan hidup i sekarang, so kira macam i bercerita pasal apa yang belaku in my life too lah... errrr, make sense ker... takpalah kalau tak pun... lagipun i nak jadikan this blog macam diari yang i boleh baca dan tengok gambar later on in life so i nak tulis what matters most to me...





alamak, dah lupa dah apa cerita sebenar nak tulis nih... muhahhaaa... oh ya, about a wonderful short break... hhhmmmm... usually kalau i pergi bercuti ke thailand macam ke bangkok, phuket or chiengmai, it was more like a shopping trip and nothing else... sight-seeing pun macam ala kadar and itu pun lebih kepada kategori 'window shopping'... muhahahaha... so i thought it would be a wonderful change if i could visit places yang i selalu tengok dalam tv selama nih... still, shopping masih ada dalam list tapi it took second place lah... muhahahaa... so instead of siam paragon, platunam or cak-tu-cak(?), this short break took me to bridge over river kwai and the tiger temple, about two hours away from the busy city of bangkok...





untuk perjalanan pergi dan balik, the cab driver charged 3000baht, lebih kurang tiga ratus ringgit lah... tuh pun lepas dah bargain and i agreed for him to drive me to the airport bila nak balik malaysia nanti... that two hours journey to bridge over the river kwai mula-mula tuh macam tension jugak until the cab driver decided that i can smoke in the car... muhahhaaa... thank god for that! sampai kat sana, matahari panas terik dan kulit rasa macam terbakar, but the place was packed with tourists... other than terpaksa berebut-rebut nak jalan atas bridge tuh, it was nice! tapi i nih memang penakut sikit, so takdalah jalan sampai ke hujung sana... huh, that wooden bridge doesn't look strong to me, not with thousands of tourists jalan-jalan on it at the same time... and the lubang-lubang between the wooden rail doesn't help either... so i just ambik gambar kat tepi-tepi jer... muhahahaa...





another 45minutes journey to the tiger temple... i watched the documentary about the tiger temple twice on discovery channel, so bila dah sampai ke sini, i was quite excited... jadik orang yang pertama tiba to that place so kena tunggu sekejap sebelum dapat masuk... since i pakai orange colour t-shirt, i terpaksa beli t-shirt kat sana sebab antara syarat-syaratnya, you can't wear bright colour attire... bila gate dah bukak, and i masuk jer, laluan yang digunakan untuk ke tiger temple tuh jugak menjadi laluan untuk binatang-binatang lain yang ada kat sana... mula-mula lima enam ekor kuda lalu, i tak kisah sangatlah... excited jugak... then, dua tiga ekor angsa... seram sejuk jugak takut kena kejar kan... muhahahaaa... then sekor kambing nih besar nak mampus, so i pun ke tepi sikit... tiba-tiba dua ekor wild boar siap dengan taring lagi lalu kat lorong sama... apa lagi, terus melompat dalam semak lah i... haiyaaaa!!! tak sopan langsung... muhahahaa... bila dah sampai ke tempat yang dituju, i lagi teruja sebab the famous monk, pra acharn phusit chan, the one yang appeared on the documentary was there tengah bermain-main dengan 6 day old cubs... actually masa tuh i think ada magazine yang tengah buat interview dengan dia and the rest were not allowed to take pictures... lantaklah...





then tigers yang banyak-banyak tuh mula dibawak keluar sekor demi sekor untuk di bawa ke tiger alley... semua yang datang diberi peluang berjalan dengan tiger, tapi yang tak bernasib baik tuh kena sembur kencing dengan tiger sebab nak mark their territories... muhhahahaha... kesian jugak kat minah saleh nih sampai kena muka dia... sampai kat tiger valley nih rupa-rupanya tempat harimau nih berehat dan tidur... ramailah membantu-membantu monk nih yang ada yang boleh tolong bantu ambilkan gambar, tapi to those yang nak suruh harimau baring kat peha, the charges was 1000baht, lebih kurang seratus ringgitlah... i think experience seperti nih susah nak dilepaskan so i just go ahead with it... all i can say is, i love the experience... pengalaman yang i takkan lupakan...

oh by the way, bila balik ke bangkok, i still went to siam paragon, platunam, cak-tu-cak and other shopping areas... hiks!


Wednesday, January 24, 2007

the one about badrul and diddy's meet & greet...





to those yang nak dapatkan calendar diddy and at the same time bertemu dengan diddy, don't forget this info:

date: january 28, 2007 (sunday)
time: 3pm to 5 pm
place: bookbinders, 2nd floor, bangsar shopping centre (bsc)


thanks to sonia for the place... hope to see you guys there...


Monday, January 22, 2007

the one about badrul, diddy and f-tersix in the news... again...

1001 wajah Diddy

Oleh ABIE ABDULLAH
Metro Ahad

KETIKA pengaruh single pertamanya, Saling Terpesona (duet bersama Yanie Mentor) semakin melebar, itu tidak bermakna Syamsul Hirdy Muhid harus berdiam diri. Sebaliknya, banyak lagi kerja perlu dilakukan untuk mengukuh nama selaku anak seni.





Penerbitan kalendar 2007 antara strategi yang diaturkan syarikat pengurusannya, f-tersix Sdn Bhd. Dua belas wajah bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) 4 ini dirakam dengan 12 imej berbeza, bersesuaian dengan bulan yang diwakili.

Aksi Diddy memasang pelita berbaju Melayu, bersama limau Mandarin dan berlatarkan tangga Batu Caves antara yang dapat disaksikan di dalam kalendar ini bagi mewakili sambutan Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Thaipusam. Bagaimanapun, ia disampaikan secara simbolik.

Gambar yang dirakam oleh Shonny Loh, Vijay Munisamy dan Tristan Low kemudian menjalani proses pos produksi yang menampilkan konsep klasik dan ‘classy’.

Syamsul Hirdy atau mesranya dipanggil Diddy berkata, dia bertuah kerana diberi peluang menjadi model kalendar.

“Berbanding rakan seangkatan, saya anggap saya paling beruntung kerana banyak aktiviti diaturkan f-tersix, termasuk penerbitan kalendar ini. Penggambaran untuk kalendar ini memberi pengalaman baru kerana saya tak terlintas mempunyai kalendar sendiri.

“Biarpun saya bukan artis pertama membuat kalendar, saya bangga dengan hasil yang ditunjukkan. Kesungguhan jurugambar dan kreativiti pengarah f-tersix, Badrul Hashim menyerlahkan kelainannya.

“Seronoknya kerana wajah saya sentiasa di atas meja peminat,” katanya ketawa.

Menurut penyanyi tinggi lampai ini, tiga hari diluangkan untuk sesi fotografi meliputi lokasi di Sepang (berhampiran Terminal Tambang Rendah), Bukit Jalil, Lebuh Ampang, Petaling Jaya, studio rakaman dan di rumahnya sendiri.

Lebih 1,800 syot dirakam dan hanya 12 dipilih daripada yang terbaik. Pun begitu, kata Diddy, tidak bermakna syot selebihnya tidak cantik kerana mereka sendiri pada awalnya sukar menentukan.

“Mungkin tidak cantik pada saya, tetapi cantik pada orang lain. Kecantikan itu bersifat sejagat dan mungkin kami menggunakan visual selebihnya untuk kerja mendatang dan berkaitan.

“Sebenarnya idea menerbitkan kalendar ini timbul Disember lalu, tetapi masa suntuk. Walaupun kalendar ini baru diterbitkan sekarang, ia masih tidak terlambat kerana kita masih dalam Januari,” katanya.

Kalendar ini dijual pada harga RM15 dan terhad kepada 1,000 unit saja. Kata Diddy, penjualan ini bukan berasaskan keuntungan kerana kos pembikinannya lebih tinggi daripada pulangan (itupun kalau laris semua).

Lebih penting dalam hal ini bagi Diddy, peminatnya sentiasa diberikan sesuatu sebelum kehadiran album solo yang dirancang April depan. Bahan untuk album sudah dikumpul dan Diddy akan ke studio rakaman pada Februari ini.

“Saling Terpesona mula dimainkan di radio pada penghujung November dan Disember pula saya sibuk dengan promosi dan persembahan merata tempat. f-tersix cuba memastikan karier saya tidak kosong sementara menanti kehadiran album nanti,” katanya.

Penerbitan kalendar itu bagaimanapun tidak dihadiri penaja sebagaimana penerbitan kalendar artis besar lain. Namun kata Diddy, buat permulaan, pihak f-tersix lebih selesa untuk tidak terikat dengan mana-mana penaja yang dibimbangkan akan mengganggu konsep yang cuba ditampilkan.

“Lagi pun, ini permulaan dan seeloknya masyarakat menilai dulu apa yang ingin sampaikan melalui kalendar ini. Mungkin selepas ini mana-mana syarikat yang bersetuju dengan konsep kerja kami boleh untuk bersama f-tersix,” katanya.

p/s - congratulations to adibah noor for winning the juara lagu!!! congratulations dib!!! memang layak bergelar juara!!!


Wednesday, January 17, 2007

the one about badrul and diddy's calendar...






::Hi semua...

Calendar Diddy dah siap dan akan diedarkan secepat mungkin... Untuk yg berada di luar Kuala Lumpur dan memerlukan proses penghantaran, sila bank kan bayaran sebanyak RM20 (RM15 utk calendar dan RM5 utk kos penghantaran di semenanjung shj) manakalau utk di Sabah dan Sarawak bayaran kos penghantaran adalah RM8.

Bayaran dibuat kepada:

Badrul Hisham Mohd Hashim

RHB Bank: 21212500040052

sila emailkan kepada saya butiran penuh anda seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan dan nombor telefon, dan pastikan anda juga sertakan slip pembayaran. Sila pastikan juga alamat yg diberikan ada penghuni utk menerima penghantaran kerana saya menggunakan pos laju berdaftar yang memerlukan seseorang menandatangani borang penerimaan.

Untuk yang berada di KL dan sekitar Lembah Klang, jika anda ingin mengambil sendiri calendar tersebut, sila hubungi saya di 012 - 231 5540. Jika anda ingin saya post kan, sila ikuti prosedur di atas. ::


p/s - to all my press friends yang dah dapat the calendar, thank you very much for your support... i'm so happy that you love the calendar... it meant so much to me! to sm, vern, jolyn, steph dan ramai lagi yang order banyak-banyak, thank you so much... and of course again, to all of you macam fiebie, sm, vernon and others yang tolong promote kan calendar diddy, you are such a great friends!


Sunday, January 14, 2007

the one about badrul at the malay mail year end salute party...



adly from malay mail called me last friday ajak datang for malay mail year end salute party kat hotel nikko... katanya dia dah hantar the invitation but i guess it just got lost in the internet mail... terus called vernon suruh dia bawak yanie and i bawak diddy... managed to get them to perform as well... okaylah, tak banyak benda pun nak update, so i letakkan gambar-gambar from the event jer...



vernon tgh ambik gambar food...


me: what are you doing?!?

orang itu: what do you think? untuk blog lah, of course!

me: apasal satu pinggan jer? the rest?!?

orang itu: alah, takkan aku nak ambik gambar semua tu pulak... nanti orang kata aku makan banyak...

me: dear gentle readers... ***lllaarriiikkkk***



auntie stella and vernon and yanie...


auntie stella: trust me, the food is not bad, vern!

orang itu: tak bestlah auntie!!! i selalu makan banyak tau, today i makan tiga pinggan je! i'm still hungry!!

yanie: *huh, tiga pinggan konon! yang pinggan depan dia tuh dah yang kelima dah!!!*



with nikki...



orang itu: merah dan putih!!! merah dan putih!!! what the hell is he thinking?!?

me: apa merah dan putih??!? siapa??!!??

orang itu: alah yang itu lah... apa, dia ingat dia magician?!? dia ingat dia nak buat magic show?!?

diddy and yanie: hahahahahaa!!!

me: siap kau vern!! aku nak tulis dalam blog!!!



with joelee...


me: cepatlah joe... i want to take your picture with diddy... tak pernah pun bergambar dengan diddy...

orang ini: alah tak payah lah... i'm not a star!!

me: yes, you are not a star... but you are a superstar!!!

orang ini: *senyum sipu-sipu* occaaayyy!!!

me: ***ambik gambar sambil llllaaarrrriiikkkkk***



with faizal oiam...


me: you suppose to call me... nak bagi lagu ke tak?

faizal oiam: sorry bro... busy sangat-sangat... anyway, i do have a song for you...

me: okay, nanti call ya... you still have my card kan...

faizal oiam: yup, will call you soon... promise...

orang itu: i learnt something tonight... faizal can speak english very well!!!

me: baru tau?!? propah sangat!!!



with aliff...


me: *jokingly* so, since you incharge of the performance, aliff mestilah perform ya...

manager aliff: alah, janganla cakap macam tu...

me: letaklah diddy dengan yanie sekali...

manager aliff: okay, no prob...

orang itu: got it... diddy and yanie will perform!

manager aliff: lepas nikki perform ya...

me: thank you!! thank you!!



diddy and yanie performing...



fabien fly fm: now, lets all give a big round of applause for our next performers, we have two beautiful ladies, diddy and yanie!!!

me: *almost shouting* what?!? two ladies??? two ladies????!!!???

orang itu: say you love me!!! say you love me!!!! say you love me!!!

me: why???

orang itu: just say you love me!!!

me: i love you!!! why????!!!??

orang itu: so i won't blog it!!!

me: blog lah... remember what you told me about the dress code??!?? it's only....
***laarrrriikkkkkkk***


nota kaki: orang itu
orang ini


Thursday, January 11, 2007

the one about badrul and diddy and f-tersix in the news...

Maestro Lepaskan Diddy

Oleh: ZIEMAN
MStar Online

Pengurus yang profesional bukan saja dapat menaikkan nama seseorang artis dalam sekelip mata malah dapat membentuk keperibadian seseorang artis.

Di antara ramai pelajar lepasan Akademi Fantasia, mungkin Diddy artis AF musim 4 dirasakan cukup bertuah kerana dia kini diuruskan oleh Badrul Hisham dan tidak lagi bernaung di bawah pengurusan Maestro Talent.

Segala hal berkaitan karier Diddy akan diuruskan oleh F-ter Six Records milik Badrul Hisham.

Badrul atau lebih mesra dengan panggilan Bad, bukanlah sebarang pengurus. Reputasinya di dalam media dan bidang komunikasi dan pengalaman yang luas serta sikap profesionalnya difahamkan akan banyak membawa sinar baru dalam karier Diddy. Bagi Bad, perhubungannya dengan Diddy lebih bersifat seorang abang dan ikatan inilah yang akan mempermudahkan dia memperbaiki kelemahan yang ada pada Diddy.




Diddy kini bergerak 'solo'



Menurut Bad, dia sudah lama memperhati dan mengikuti perkembangan Diddy."Percaya tak, seawal di peringkat audition AF4 lagi saya sudah mula memberi perhatian kepada bakatnya," jelas pengurus yang mempunyai perancangan rapi untuk Diddy.

Diddy berbakat besar

Dari jauh Bad menaruh harapan tinggi agar Diddy terpilih ke peringkat akhir. Walaupun hasrat itu tidak kesampaian, namun kehebatan vokal Diddy tetap menambat hati Bad yang serius dan bersungguh-sungguh untuk mengurus karier anak muda ini.

"Bukannya yang lain tidak bagus tapi entah kenapa ketika saya mendengar Diddy menyanyikan lagu Mimpi Yang Tak Sudah yang dipopularkan oleh Ibnor Riza, jiwa saya tersentuh dan hampir menitiskan airmata. Itulah penangan suara Diddy. Ia bisa meresap ke dalam jiwa kita," jelas Bad jujur dan mengakui dia adalah antara peminat setia Diddy.

Disebabkan keyakinan itu juga, Bad telah menubuhkan DazzlingDiddy Fan Club (FC) seminggu sebelum Prelude AF4 bermula.


"Saya begitu yakin dengan kebolehan Diddy semenjak hari pertama lagi. Bila sudah lama mengikuti perkembangannya, saya rasa terpanggil untuk menguruskan kariernya.

"Mungkin melihat kesungguhan saya dan pelan jangka panjang saya untuk Diddy, Freddie Fernandez dari Maestro tidak membantah apabila saya menyuarakan keinginan untuk menjadi pengurus Diddy," jelas Bad yang mempunyai pengalaman yang luas dalam industri hiburan.



Yanie, Bad dan Diddy



Yang pasti, kini Diddy sudah tidak perlu risau lagi tentang karier seninya. Segala urusan, semuanya disusun dan diatur rapi oleh Bad dari pakaian, jenis lagu dan apa jua kemudahan yang diinginkan. Pendek kata, Diddy hanya perlu menjaga suara dan menyanyi saja."Saya sudah lama ingin menguruskan karier seorang artis yang berbakat. Alhamdulillah, inilah peluang saya dan saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk Diddy," jelas Bad yang cukup mengenali kelebihan mahupun kekurangan yang dimilikki oleh Diddy.

Antara projek terawalnya ialah mengeluarkan sebuah single bertajuk Saling Terpesona, duet bersama Yanie (Mentor) yang semakin mendapat tempat di hati peminat. Lagu Saling Terpesona sentuhan Audi Mok dan Nurfatima itu juga akan dimuatkan dalam album Yanie yang masih dalam proses rakaman.

Diddy juga sedang membuat persiapan untuk album sulungnya tidak lama lagi yang mana akan dikeluarkan di bawah label F-ter Six Records milik Bad. Bad yang mempertaruhkan sejumlah wang besar untuk penerbitan album ini akan memastikan album ini akan menaikkan lagi karier Diddy.

Album ini akan diterbitkan oleh Audi Mok dan beberapa orang komposer lain. Walaupun mengkagumi bakat Diddy, Bad sedar Diddy harus memperbaiki kelemahan yang ada. Untuk itu, Bad sudah meminta jasa baik guru tarian, Corrie Lee untuk mengajar Diddy menari. Begitu juga dengan kelas vokal, Diddy akan terus mengikuti kelas vokal di bawah tunjuk ajar seorang guru yang masih belum ditetapkan lagi.

"Diddy adalah seorang jujur dan terlalu lurus. Ada kalanya dia perlu melakukan, berkata atau berbuat sesuatu secara spontan dan itulah yang sedang saya cuba ajar Diddy," kata pengurus yang cukup dedikasi ini.

Diddy rasa lega dilepaskan dari Maestro

Diddy yang kini muncul dengan imej lebih ranggi berkata dia boleh menarik nafas lega apabila tidak lagi bernaung di bawah Maestro Talent.

"Saya sudahpun dilepaskan dari kontrak Maestro dan kini Bad yang akan merancang pelbagai strategi bagi memastikan kerjaya saya berjalan lancar.

Ketika diminta mengulas perasaannya apabila dilepaskan dari Maestro, Diddy menganggap dia bernasib baik. Ibarat sebuah keluarga yang cukup besar, amat sukar memberi perhatian dan kasih sayang dengan adil dan saksama.

Walaupun masih teringat kawan-kawan namun demi karier yang baru bermula, Diddy terpaksa meninggalkan tempat yang satu ketika dulu banyak meninggalkan memori indah.



Diddy bersama pasangan duetnya, Yanie untuk lagu Saling Terpesona


"Saya rasa lega, seronok pun ada. Sedih sikit. Rasanya saya bertuah kerana Maestro memahami hasrat saya untuk bergerak aktif bagi menentukan hala tuju kerjaya saya. Kami mengambil jalan tengah dengan berbincang dengan pihak Maestro dulu sebelum membuat sebarang keputusan," kata Diddy yang menamatkan kontrak tiga tahunnya bersama Maestro pada 6 Disember lepas.

Diddy belum bersedia menjadi suami

Pada usia 21 tahun, Diddy menganggap usia semuda itu terlalu muda untuk mendirikan rumahtangga.

"Pertunangan adalah satu ikatan tanda untuk satu perkahwinan tapi kami berdua masih muda lagi. Tunggulah bila sampai masanya nanti, kami akan berkahwin juga," jelas Diddy yang nama sebenarnya ialah Syamsul Hirdy Muhid.

Anak kelima dari enam beradik ini telah mengikat tali pertunangan dengan seorang pembantu perakaunan di sebuah syarikat swasta, Allen Norazah Abdullah, 21, pada Februari lalu sebelum menyertai AF4.

Allen merupakan teman persekolahan Diddy dan mereka mula rapat sejak belajar dalam tingkatan dua di Sekolah Menengah Pasir Gudang, Johor.

"Sebelum bergelar suami, saya perlukan satu pekerjaan yang stabil atau sekurang-kurangnya mempunyai pendapatan tetap. Saya hendak kumpul duit dan mencapai impian saya dulu. Bila dah betul-betul bersedia barulah kami berkahwin. Kami tidak mahu terburu-buru. Allen memahami situasi Diddy, jadi tidak ada masalah," jelas Diddy yang bernaung di bawah bintang Libra ini.

Diddy yang pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi pendidik juga teringin untuk menjadi pelakon satu hari nanti.

"Diddy berminat juga untuk berlakon. Entah kenapa rasa tertarik pula....," katanya.


* * * * * * * * * *


13 mahu terus bersama Maestro

Oleh RUDY IMRAN SHAMSUDIN
Harian Metro Online

SEBELUM ini pelbagai kontroversi dikaitkan dengan syarikat pengurusan artis Maestro Talent and Management mengenai rasa tidak puas hati beberapa bintang Akademi Fantasia (AF) yang bernaung di bawah syarikat itu.



Diddy kini di bawah f-tersix Records



Paling dihebohkan mengenai Maestro yang dikatakan gagal menguruskan aktiviti mereka dengan baik dan penerbitan album yang dijanjikan tiada sehingga kini walaupun hampir tiga tahun menanti.

Namun kelmarin, Maestro mengadakan mesyuarat tergempar bersama 13 bintang AF dari musim pertama hingga empat yang dirasakan tidak punya potensi dan menghadapi masalah untuk meneruskan kerjaya seni.

Tindakan ini diambil bagi membolehkan tumpuan dapat diberikan kepada sebahagian bintang AF yang kini sedang dalam proses menyiapkan album terbaru mereka.

Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent And Management, Freddie Fernandez, mengakui mengenai perbincangan itu, namun dalam waktu sama enggan mendedahkan artis yang dipanggil untuk berbincang.

“Saya rasa tidak perlulah nama mereka didedahkan kerana ia akan memburukkan reputasi mereka. Cuma dalam hal ini mengejutkan saya apabila mereka semua memilih untuk terus bernaung di bawah Maestro.

“Saya tidak tahu mengapa mereka terus memilih Maestro. Terima kasih kerana masih percayakan kami dan janji saya kepada mereka, Maestro akan cuba sebaik mungkin mengetengahkan bakat dimiliki 13 bintang ini sekali gus mengetengahkan mereka dalam pelbagai bidang seni dan tidak tertumpu kepada nyanyian saja,” katanya.

Tambah Freddie lagi keputusan awal ini dibuat kerana Maestro tidak mempunyai cukup sumber terutama dari sudut tenaga kerja untuk menerbitkan semua album bintang AF yang bernaung di bawah syarikat pengurusannya.

“Sehingga sekarang ini pun ada ramai lagi bintang AF yang bersama dengan kita masih tidak berpeluang merakamkan album. Selepas memikirkan semasak-masaknya saya berasa adalah baik kami memberikan 13 artis ini pilihan sama ada mahu terus bersama kami atau tidak,” katanya.

Dalam waktu sama, Freddie menjelaskan bintang AF musim pertama seperti Khai, Rosma, Sahri dan Burn membuat keputusan terus berada bersama Maestro selepas kontrak tamat bulan Ogos lalu dan kini sedang menghabiskan proses rakaman album.

Terbaru beberapa orang lagi bintang AF memohon keluar daripada pengurusan Meastro sudahpun dilakukan antaranya Akma dengan alasan mahu melanjutkan pelajaran.

“Sementara itu Reza pula kita lepaskan selepas dia memilih untuk memberikan tumpuan kepada kerjaya sebagai penyampai radio. Lagipun Maestro tidak mempunyai fokus dalam bidang itu. Bagaimana pun kami terus memberikan sokongan kepada mereka berdua.

“Amirul pula kami lepaskan kerana sebagai bintang paling muda cara persembahannya kurang mendapat perhatian terutama apabila membabitkan persembahan makan malam, jadi tidak banyak tawaran diterimanya.

“Pihak kami cuba mengetengahkan Amirul dengan melakukan pelbagai perkara tetapi sayang ia tidak mendapat perhatian umum. Jadi apabila melepaskan Amirul kami berharap dia akan dapat merencanakan kerjaya seninya sendiri secara matang,” katanya.

Ada juga beberapa bintang yang bernaung di bawah Maestro dilepaskan dengan syarat seperti Diddy dan Zila yang kini sudah diikat syarikat rakaman dan pengurusan lain.

Walaupun Diddy kini berada di bawah syarikat pengurusan dan rakaman f-tersix Records tetapi apa juga perkembangan diri penyanyi itu masih dalam perhatian pihak Maestro.


Monday, January 08, 2007

the one about badrul going back 'to work'...

carta era...


today, monday... my first day in the office after cuti lebih dua minggu... berat sungguh rasanya nak put on a shirt this morning... muhahahaa... nak berdepan dengan meetings dan macam-macam lagi... tapi bila mengenangkan my meeting with audi yesterday went very well, semangat mula datang balik... anyway, i bukan nak bercerita pasal kerja pun... muhahahaa... i nak cerita pasal berita baik yang sungguh melebarkan senyuman di muka... lagu 'saling terpesona' menduduki tangga naib juara carta era hari ahad lepas... terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sering minta lagu tersebut di era dalam pilihanmu diera... syukur Alhamdulillah... satu pencapaian yang memberansangkan... at the same time lagu tersebut menduduki tangga ketiga carta xfresh... tapi dekat hot fm belum tahu sebab minggu lepas carta hot 30 buat recap top 30 songs of 2006... but diddy and yanie were there to be interviewed by fara fauzana... this coming weekend, diddy and yanie will be on carta era bersama aznil and nana pulak... don't forget to tune in ya...



diddy's calendar 2007...


to all my friends, if you are interested to get diddy's calendar, please contact me... kalau yang takda my phone number, you can email me at badrul_hashim@yahoo.com this is a table calendar with 26 pages yang ada 12 gambar exclusive diddy... it took us three full days *dari pukul 5 pagi sampai tengahmalam* to do the photoshoot in 12 different locations... harganya cuma rm15 saja, not including postage... but if you are around klang valley dan yang dekat-dekat, we can make appointment and i can come and deliver it to you... this is actually my second project selepas single diddy and yanie *which was a collaboration with artiste united*... after this, insyaAllah, album diddy akan menyusul... we already have four songs dan masih dalam proses pemilihan lagu selebihnya... again, i would liket to say thank you so much for all your support... ianya sangat bermakna to me... sangat-sangat bermakna...


Saturday, January 06, 2007

the one about badrul cuti tapi tak cuti...

having fun at the last gegak gemilang astro...


happy new year!!! happy new year!!! happy new year! i think belum terlambat kot... happy new year to me, happy new year to my friends, happy new year to everyone... lama sesangat rasanya tak jenguk blog... bukan malas nak update, tapi lebih kepada kekurangan masa... selalunya setiap hari sepanjang 'bercuti' nih, balik rumah jer terus macam nak pitam... letih tapi menyeronokkan... i actually langsung tak bercuti sepanjang kononnya nak bercuti nih... banyak benda yang i buat and Alhamdulillah, everything seems to be going on the right path... adalah hurdles here and there, tapi takda yang tak boleh di atasi...


performing saling terpesona with nora...


hhhhmmmm... so apa yang berlaku since i bercuti? kalau tak silap i, hanya on thursday tuh jer yang i relaks, lepas tuh terus jer kerja dan kerja... errr, for my own company... bermula dengan ke kuantan sempena gegak gemilang astro from 22 to 24th december, time-table sehabis pack! on the way to kuantan, dapat called from freddie to check if diddy was available to perform for rumah terbuka krismas... opportunity yang tak mungkin dilepaskan... what a grand experience to be able to perform di hadapan duli yang amat mulia seri paduka baginda yang dipertuan agong... apatah lagi performance pulak diiringi oleh okestra... diddy was so fortunate to receive that kind of opportunity... that was on december 27...


performing with orchestra...


then we have two days photoshoot for diddy's calendar... it started as early as five in the morning and habis around midnight... we went to 12 different location and i have three photographers to finish the job... from leboh ampang to batu caves, from bagan lalang to bukit jalil... from janda baik to puchong... it was among the most rewarding experience for me... dari preparing the props, makeup, lighting, angkat barang-barang dan macam-macam... semua buat sendiri... sekarang nih calendar tuh dah hantar for printing... i know mungkin sedikit lambat *sikit jer* but it will be ready by mid of january... this is a table calendar with 26 pages - 12 pictures, 12 months, and two pages for front and back cover... we are selling it at rm15 only... i really hope you guys can support us... please call me, or sms, or email me to order...


with the kids at christmas open house...


on 30th and 31st, diddy balik kampung for hari raya haji, and i kat kl celebrating with my family while working on the calendar... berjaga siang dan malam nak pilih 12 pictures from 1827 pictures yang kita ambil... meriah jugak sambut raya haji bersama family... my mom macam biasa, masak nasi bukhari dengan daging korban... bila dah hala ke petang dan nasi dah habis tetapi tetamu masih ramai, we prepared nasi impit makan dengan rendang daging dan kari daging... malam nya pulak leen-meal-on-wheel hantar laksa johor to my house, which habis dalam tempoh lima minit sahaja... sedap sangat-sangat! selama nih i selalu dengar jer cerita leen yang laksa johor her mom masak best... that night i have to agree with her seratus persen!!!


dalam speed boat melalui sungai rajang...


on the first day of 2007, diddy and i fly to sibu, sarawak... dan buat pertama kalinya dalam sejarah hidup, i menjejakkan kaki ke bumi kenyalang... we went there untuk satu show di daro, sibu... dari bandar sibu, we took a speed boat melalui sungai rajang selama sejam setengah untuk sampai ke daro... it was another experience yang sungguh menyeronokkan... what a ride...


dalam bilik ramai-ramai lepas habis show...


sambutan di daro sungguh hebat! dewan masyarakat daro tempat berlansungnya persembahan penuh sesak... tepuk sorak bergema, mereka menyanyi bersama-sama... tak melampau kalau i katakan, tepuk soraknya lebih hebat daripada konsert mingguan dan konsert akhir... penduduk-penduduk daro juga sporting, mesra dan peramah... i think diddy put his signature kat lebih sepuluh buah handphones... malamnya pula kami dibawa ke rumah yb datuk wahab di matu, ahli parlimen sibu dan dijamu dengan makanan yang sungguh sedap termasuklah buah durian... sampai kembung perut semuanya... keesokannya on the 2nd we fly back to kl, tapi transit dua jam di kuching... tak sempat nak melawat bandaraya kuching... cuma duduk di airport kuching yang cantik teramat... InsyaAllah nanti bila ada rezeki, akan sampai kembali...


posing selepas habis interview for carta hot 30...


3rd of january, we went to hot fm untuk rakaman carta hot 30 bersama fara fauzana... faizal cuti sakit, so hanya fara yang melayan karenah diddy dan yanie... dapat jugak i jumpa dengan shah, melepak dan bercerita kisah-kisah lama... don't forget to tune in to hot fm this weekend untuk carta hot 30... you can also catch carta era, tapi kalau susah sangat sebab masa siarannya sama, you can listen to the repeat show at night... so boleh dengar dua-dua sekali... agak-agak nombor berapa ya lagu 'saling terpesona' kat carta era, carta hot 30 and carta xfresh?


diddy & faizal bersama peminat dan petugas de'palma cafe...


4 january pulak ada photoshoot diddy dan faizal untuk majalah remaja... i memang seronok kalau dapat bertandang ke karangkraf... ya lah kan, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat yang pernah i carik makan... ramai lagi kawan-kawan bergurau senda yang masih lagi di sana... and most of them dah jadi orang besar-besar... kak shara, kak ina, kak intan, haniff dan ramai lagi yang dah pegang jawatan tinggi-tinggi... i'm happy for them... sampai-sampai jer tenaga karangkraf buat makan-makan sempena hari raya korban, so menjamu selera lah dengan nasi minyak dan kari daging korban... ramai jugak artis-artis lain yang datang memeriahkan suasana... nurul, deja mos, ejarn, leez dan lain-lain... anyway, photoshoot dengan remaja berlangsung di dua tempat... the first half kat studio karangkraf and bahagian kedua di de'palma cafe di shah alam city centre... sampai ke petang jugaklah kita orang ada di shah alam... letih tapi seronok...


ellisya, supermodel in the making...


and before i can cerita the next story, i kena flashback sikitlah... habis jer photoshoot untuk calendar diddy, we *the company* had a meeting with hsbc... we were pitching for one of their projects... during the meeting, we showed the client the final f/a of the calendar to let them know that we are able to do the job... they love it!!! they love the photos and they love the creative direction... and when i came back from sibu, guess what... we got the job!!! so masa i kat sibu, shonny, my business partner was busy preparing... to book the studio, talents, props and other stuff... i called famee to do the makeup and hair... to 'keep the money in the family' *muhahahahahaa*, aiman and ellisya were among the talents for the photoshoot... again, photoshoot dua hari from 9.30 in the morning sampai pukul 6.30 petang... 5th and 6th january... ada 9 scenes kesemuanya... hari nih semuanya berjalan dengan lancar and hopefully esok pun takda sebarang halangan, insyaAllah...


aiman jadik mohawk...


on sunday, i'm going to meet up with audi for lunch... lagu untuk diddy dah siap... Alhamdulillah... InsyaAllah tak lama lagi diddy akan masuk studio untuk rakaman album pertamanya, and of course yang pertama jugak untuk f-tersix sdn bhd... i'm really excited... there you go, cuti i yang memang tak macam cuti... amat meletihkan but amat menyeronokkan... tahun baru nih i takda letak azam apa-apa... hanya to work hard for my company supaya suatu hari nanti it will be something yang i boleh banggakan... juga jadi harta peninggalan untuk adik dan anak-anak...


posing seorang model...


selamat tahun baru everyone and semoga tahun ini kita semua akan lebih berjaya untuk agama, bangsa dan negara...