Bidadari Hati

Tuesday, October 03, 2006

the one about badrul and the next phase of his life... (part 2)...





those cross-roads...


the road is long and winding... jangan cakaplah berapa kali dah i jatuh tersungkur, then bangun bertatih balik... terlalu banyak cabaran yang datang sedangkan i baru saja dipermulaan jalan... not even half way, not even close to the place that i wanted to go... at times, i rasa macam nak quit... pada mulanya i ingat cabaran yang hebat sekadar untuk menjadikan sesuatu yang bermula dari kosong, menjadi sesuatu yang berjaya dan dikenali ramai, tetapi rupanya orang-orang kita masih tidak boleh menerima hakikat bahawa orang lain juga berhak untuk berusaha... perasaan dengki, irihati dan cemburu mula bersarang... bit by bit segelintir manusia mula membuat cerita dan memburuk-burukkan both of us... dengan i bercerita lain, dengan diddy pulak lain ceritanya... ada yang kata i hanya suam-suam kuku kerana sebelum ini pun i sibuk dengan bekas-bekas pelajar af yang lain macam rosma, khai, zarina, akma dan sebagainya... ada yang buat cerita that i want something from diddy... malah ada manusia di era ini sendiri yang membuat cerita kononnya i malas buat kerja kerana sibuk menjaga diddy... pernah juga perkara-perkara yang remeh temeh seperti 'pangkat' i sebagai pengurus peribadi diddy dipertikaikan... tak tahu sama ada i nak ketawa atau marah... but being in the publicity world, you have to learn a few tricks... to obey a few basic rules... and the first rule as publicist is, you have to smile... all the time... and that was what i do... a plastic smile pasted on my face...

i keep on going... whatever things yang datang, i cuba sedaya upaya untuk terus berdiri tegak... kadangkala ianya menguji tahap kesabaran yang tinggi dan pada masa yang sama, memberikan pengajaran yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit... paling penting, ia membuatkan i lebih berhati-hati dalam membuat keputusan untuk masa depan, memilih kawan-kawan, dan menghargai pengorbanan... cuma, yang paling berat ialah ianya sering membuat i curiga dengan kebaikan orang lain... sesuatu yang i tak pernah fikirkan sebelum ini... kalau dulu, apa jua kebaikan dan pertolongan yang dibuat untuk i, i will accept it with an open heart... but now, rasa curiga selalu wujud... for someone like me, it's not a good feeling... when you have to re-evaluate your friendship with others, there is something wrong somewhere... pada satu tahap perasaan curiga yang menggunung membuatkan i memilih keputusan yang paling bodoh dalam hidup i... i choose to stay away from most of my friends... i just let a handful of them into my life... and even so, i limited my time with them...

for the past few months, i work very damn hard... like i have never work before... i throw in 16 to 18 hours a day including my weekends... my relationship pun ada masanya turn sour... jelousy memerangkap keadaan... i was hardly home either... masa dihabiskan di office dan di luar... kalau adapun masa-masa di rumah, i habiskan dengan membaca rujukan-rujukan yang ada, looking through those papers and internet, trying to cramp up as much as i can about the new thing that i want o venture... persoalan demi persoalan timbul setiap masa... is it worth it? is this what i want? am i doing the right thing? ada hari, i rasa i dapat jawapannya, but ada masanya it was back to square one... i have nervous break-down... at times i even lose my senses... my blood-pressure was way up... it reaches a point where my body couldn't take it anymore... physically and mentally exhausted... oh god!!! it was really hard to even jot it down... too private... and too humiliating... memang susah nak terangkan macam mana perasaan yang i lalui... it's hard to explain...

tapi Tuhan itu Maha Kaya, Maha Adil dan Maha Menyayangi... dalam pelbagai rintangan dan dugaan yang datang bertimpa-timpa, Dia anugerahkan rahmat-Nya dalam pelbagai bentuk dan rupa... salah satunya ialah keluarga yang memahami... restu dari my mom and my dad... Tuhan sahaja yang tahu pengorbanan yang mereka buat untuk i... dalam keadaan my dad yang tidak sihat, beliau gagahi juga untuk pulang ke kampung beberapa kali untuk berubatkan i... dalam ketika my mom sibuk menguruskan keadaan my dad, she stil have time to attend to me when i was realy sick... berubat kampung, berubat hospital dan bermacam-macam cara... sehingga kenduri doa selamat dan bacaan yassin... di mana ada jalan, di situ diusahakan... hanya Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui... dan i juga dirahmatkan dengan great friends who were always around to support me... shonn, jolyn, rudy, vernon, joelee, fibie, audi, leen, sultanmuzaffar, hani, family diddy, ning baizura, uncle anuar, tina, tanty, suraya, syazwan, fendi, dean, abie, ijin, neo, kudsia, kak maznah, rostam, hatta, fie, wanie, famee, chail, nisa, laurielle, zulhusni, farihad, wink, roslen, anne dan ramai-ramai lagi... terlalu ramai... belum dicampur dengan teman-teman dari blog dan di office serta press lainnya... rahmat Tuhan yang tak terhingga!

during these ups and downs, f-tersix sdn bhd was born...


*to be continued*