the one about badrul and "errr yoe... nih phone bill mummy nih"...
konsert 4...
minggu yang amat busy jugak for me despite being on leave for a few days... most of it i spent with my family... thank you for all your prayers sekarang nih pun ellisya dah much better... walaupun sakit sikit-sikit lagi, tapi mulutnya dah start becok *i wish i could show you all about the 'ayam sekor' story*... bergayut jer sepanjang hari dengan i... so, i bawak the whole family to aquaria on sunday for father's day celebration, and hari sabtu tuh i bawak the kids to alamanda putrajaya sebab kata fiebie tempat tuh tak ramai orang... muhahahhaa... ramai ooiiii... memang meletihkan sebab malamnya pulak i bawak one of my sisters and some cousins to akademi fantasia concert... every night i tengok world cup and sekali sekala keluar dengan kawan-kawan... yesterday my sister tegur cakap mata i nampak lebam macam tak cukup rehat... mula-mula tuh memang ler i tak percaya sangat sebab my eyebag memang macam luggage orang pergi haji pun, tapi nak bagi i percaya jugak, she took my photo... masyaAllah, memang teruk... muhahhahahaaa... macam i bertinju, but instead of lebam biru-biru, nih lebam hitam-hitam... muhahhahaaa... bring the cucumber please!!!
then, macam kejutan kat af tuh, i terima satu kejutan jugak... my mom's phone bill sampai last friday... masa nih lepas friday prayer and tengah lunch kat rumah... okay, takpa... i cerita sikit latar belakangnya yach... my mom punya phone bill usually dalam range rm80 hingga rm120 ringgit every month... dia selalunya guna untuk call my sister kat penang, my auntie kat johor and the other auntie kat kota bahru... both my mom's sisters yang rapat dengan dia... sms? tak pernah sebab before this dia memang tak tahu guna sms and she refuse to anyway sebab leceh katanya... so, when she showed me the phone bill, i almost fell off the chair... what? how much?!? rm613.75?!!!? six hundred plus??!?? and a huge chunk of it hanya from afundi faizal... and according to my dad, the reason my mom showed me the bill pun sebab dah lebih daripada credit limit yang dibenarkan... muhahhahaa... pattern mengundi my mom ialah 20 hingga 30 undi during diari tengahari and 50 to 80 during diari malam... the reason malamnya banyak sikit sebab ada two diaries at one go, so she had more commercial breaks to send her vote, plus malam ramai cucu-cucu yang tengok tv sama-sama yang dia boleh suruh vote kan... berita terbaru yang i terima, during konsert yang keempat, i managed to send about 120 votes for diddy, 30 votes for farhan and 30 votes for velvet *i memang tak hantar vote for faizal because i know my mom will*, i found out that my mom managed to send 320 votes for faizal!!! wwwuuuaarrgghhhh... tiga bulan yang bengkrap nampaknya!!!
farhan...
lets talk about concert last saturday night... again, farhan memberikan persembahan yang cukup cemerlang... she has the right attitude, the right note and the right move... gaya bersahaja tetapi penuh dengan gerak tubuh yang menceritakan tentang lagu yang dipersembahkan... i sebenarnya bukan nak cakap sangat pasal persembahan farhan, tapi lebih kepada jemputan rap sazzy... i think satu yang kurang lengkap berbanding af1 dan 2, lebih ramai artis-artis jemputan yang digandingkan dengan pelajar-pelajar nih... i lagi suka kalau lotter atau diddy atau amirul yang rapkan part tuh... lagi nampak seronok... to me, farhan adalah sebutir permata yang tengah digilapkan di akademi fantasia... even in the rough form, sinarnya dah memancar-mancar... yang nak kena polish lebih sikit is her attitude... itu jer...
diddy...
satu lagi persembahan yang mantap dari diddy... walaupun suaranya tak sehebat farhan, tapi diddy has something to offer kepada industri muzik tanahair... diddy mampu menyanyi dan menari dengan baik... like farhan, he has excelled in singing old song, english song, dan lagu-lagu terkini... cuma kekurangan diddy ialah, dia tidak dapat menyembunyikan kesungguhannya dirinya... macam farhan, she too bersungguh-sungguh untuk memberikan persembahan yang terbaik, tapi bila di atas stage, nampak macam terlalu mudah untuk dia menyampaikan sesuatu lagu... tapi diddy pulak tak dapat nak sorokkan kesungguhan dia... his determination tuh kadangkala boleh disalah anggap seolah-olah stress... naik lenguh dah i dok bagi bahasa isyarat kat depan stage tuh suruh dia senyum... apa-apa pun, persembahan dia minggu nih memang best dan menyeronokkan walaupun mata i ala-ala pedih sikit tengok warna baju dia... hhmmmmm...
velvet...
maybe i expected too much from velvet... persembahan dia memang menyeronokkan tapi i rasa macam takda climax... dia bermula kat 80% dan berakhir di 80% peratus... sebagai orang biasa yang tak punya apa-apa kelayakan di bidang muzik atau sebagainya, i tak kisah sangat bila orang kata velvet pitchy ke apa... as long as tak lari key dan sedap pada pendengaran telinga, itu sudah cukup... tapi half way through, sudah nampak velvet tercungap-cungap... she does not have enough stamina to carry that song... walaupun dari segi suara, i think tone suara velvet jauh lebih sedap daripada suara nuraniza idris, tapi staminanya, velvet jauh kalah... she has to do something about it... but i still love velvet... i love her personality... and i love her voice...
haziq...
i tabik dengan haziq... and i think the video clip yang astro tunjukkan sebelum haziq membuat persembahan tuh turut membantu beliau memberikan persembahan yang cemerlang... memang risau jugak sebenarnya kerana haziq bermula dengan key yang agak tinggi, but he proves that where there is a will, there is a way... ramai yang tahu pasal muzik cakap haziq pitchy, tapi mungkin pendengaran i yang tak tahu muzik nih berlainan sikit kot... i think walaupun ada orang kata haziq macam menjerit, i masih boleh terima sebab masih ada rentak nyanyiannya... good for haziq...
zila...
kalau orang yang tak tahu lagu nih, mungkin tak berapa faham apa yang disebutkan oleh zila, but for me, zila has performed her best... hanya seminggu diberikan untuk beliau menyanyikan lagu yang dia sendiri tak faham... walaupun masih lack sedikit attitude, tapi i tetap terhibur dengan persembahan zila... she has a very nice and soothing tone, so mungkin susah sikit kot nak buat bunyi-bunyi seksi dan menggoda... tapi dia dah berjaya... i have a very high respect for zila yang menunjukkan persembahan yang bersungguh-sungguh... takda menangis dan takda komplen... susahnya tetap ditelan... so to zila, you have my support!
faizal...
i tahu lagu nih susah untuk faizal dan bukan yang dia gemari... tapi yang i really dissappointed dengan dia sebab tiada kesungguhan... lagi menyedihkan, tak nampak dia mencuba pun selain menghafal lirik lagu... tak kisahlah dia ada ramai supporters, tapi dia kenalah buktikan walaupun dia tak boleh buat dengan baik, sekurang-kurangnya dia mencuba... yes, he has a good voice, but to me he is just plain lazy... hey, mawi pun tak berapa pandai menari ya, tetapi you can see kesungguhan dia masa menari lagu menuju puncak... but faizal? nak hayun tangan dan kaki pun nampak malas... oh, masa commercial break tuh, kat dalam dewan diaorang pasangkan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh para pelajara during concert prelude... i think lagu pelangi petang yang dinyanyikan oleh faizal masih lagi menjadi lagu terbaik yang dipersembahkan oleh faizal... that's all i can say... i still vote *oh well, my mom vote and i pay...* for faizal though...
salima...
i masih tercari-cari keistimewaan salima... berbekalkan persembahan hanya berseorangan di atas pentas, i tak dapat rasa inpact yang besar... since there was nothing much happening on the stage so habis sahaja chorus yang pertama, i pejamkan mata dan hanya ingin mendengar suara salima... she does have a nice tone tapi bunyinya macam penyanyi lagu-lagu hindustan menyanyikan lagu melayu... terlalu halus...
lotter...
selain daripada gerak-tari lotter yang i rasa bagus, persembahan lotter tak memberikan kesan pada i... mungkin jugak jurang suara ramli sarip dan lotter terlalu jauh membuatkan i tak dapat nak menikmati lagu tersebut... bila note rendah, sedap suara lotter tapi bila note tinggi bunyinya terlalu 'penyek'... sorry, i tak dapat nak carik perkataan yang sesuai... lotter mempunyai kelebihan apabila dia boleh menyampaikan persembahannya secara freely, tapi bila bergantung kepada gerak geri tertentu, persembahannya nampak terikat dan tak fun langsung... entahlah... i hope he can improve more...
amirul...
amirul beberapa kali off-key... sebelum tuh pun ada jugak orang raised the question kenapa dia meng-r&b kan lagu blues... pada pendapat i, itu tak salah... macam kaer meng-r&b kan lagu mentera semerah padi dulu... best apa... tapi persembahan amirul tak sampai ke tahap itu... tak sampai untuk memberikan nafas yang baru pada lagu khatulistiwa... sampai satu ketika i rasakan lagu tuh terlalu besar untuk amirul... another thing, for someone that small, amirul jugak mengalami masalah stamina... suara mula tunggang langgang bila part chorus diulang-ulang...
terima kasih kerana mengundi zila...
mengikut susunan, these are my pick for the last week's concert... so we bid goodbye to zila... but i'm sure, kalau dia betul-betul ingin membantu keluarga, she will do her best and she will go far... good luck zila! jangan lupa terus afundi diddy, faizal, farhan dan velvet!!!
|