Bidadari Hati

Monday, May 08, 2006

the one about badrul and racism...


with nazri and rostam...

actually, takda banyak cerita pun nak cakap pasal bangkok... i think most of us dah jejak kat sana... lebih kurang kuala lumpur jer *except lagi jam!* and lebih terbuka in term of errr... other stuff... and of course shopping dia lah kot yang murah berbanding kat kl... i think sebenarnya ada yang murah kat kl nih tapi kita tak pergi cari kan.. kalau kat bangkok tak kisahlah pulak pergi beli t-shirt tepi-tepi jalan and kat pasar malam atau pasar minggu *chatuchak, pratunam, patpong* tapi nak ke kita beli t-shirt kat pasar malam kat kl nih? muhahahahaa... itu jer bezanya... other than that, thai food lah... tomyam and other stuff... untuk i yang memang dibesarkan di pantai timur, masakan thai dah jadi sebahagian dari menu, so kalau dapat makan authentic thai food, memang best sangat-sangat... pulut mangga, pulut durian dan lain-lain... lagipun, i nih jenis tak kisah makan apa dan kat mana asalkan halal... i ate pisang bakar, telur bakar dan pulut bakar yang diaorang jual kat tepi jalan, jeruk sentul, roti kukus, telur puyuh goreng dan macam-macam kuih lagi... kalau nampak yang jual tuh pakai tudung dan ada tanda tulis makanan Islam, baru i berani nak try masakan daging atau ayam... kalau breakfast kat hotel, i usually makan roti and cereal jer, unless kalau pergi muslim country lah... muhahahahaa... tak pernah pun kat rumah sendiri ada cereal...


at hilton millenium, bangkok...

anyway, i sebenarnya nak cakap pasal benda lain... about racism... memang bunyinya macam serious jer, but i sajer nak highlight kan sebab apa yang berlaku masa i pergi bangkok last weekend... sebenarnya layanan 'acuh tak acuh' nih memang selalu berlaku... tetapi yang peliknya, kita selalu dok tuduh westerners yang amalkan sifat racism nih padahal among asian people pun sering berlaku... takpayah cakap asianlah ya, antara kita sendiri kat malaysia nih pun lagilah... in fact, tak payah cakap kat malaysia nih lah, antara kawan-kawan sendiri pun berlaku jugak... masa sampai kat hotel kat bangkok nih i dah tension dah... this hotel bertaraf 5 bintang *bukan fibie punya bintang yach* memang superb, tapi orang yang bertugas memang the opposite... mungkin sebab mtv asia awards nak berlangsung, ramailah orang booking this hotel, mostly matsaleh yang loaded... and most of the international artistes pun stay kat this hotel... nak register masuk pun sedikit kelam kabut, tapi being asian, i beraturlah dengan penuh sabar... alih-alih, datang satu group matsaleh nih potong line terus pergi kaunter... dengan penuh 'asian' nya i cakaplah i dah beratur lama, boleh tak tunggu giliran? matsaleh nih dah okey nak pergi belakang, orang kat kaunter pulak bising-bising cakap it's easier for them to check-in the group before individual... i cakap i don't care but i've been standing for 20 minutes, they should entertain me first... bila dah muka mencuka, hati pun panas jer... bila tengok passport i dari malaysia, boleh buat cebek muka pulak... teruslah i sound, kat malaysia we treated other people equally... tak kira malaysians, asians or europeans *kononlah nih*... lepas tuh nak buat dajal pulak kononnya bilik belum siap... lagi sekali i dengan penuh keasianan nya cakap, 'check-in time is 2.00pm and now it's already 4.00pm... if you don't want to entertain me, let me speak to your hotel manager...'


veronica showcase at zeta bar, bangkok...

akhirnya dia buat konon-konon angkat telefon, cakap-cakap siam sikit, lepas tuh bagi i kunci bilik... naik atas, instead of bagi single room seperti yang i dah book, dia bagi i bilik with two beds... apa lagi, darah dah membuak, i turun balik bawah and demanded to see the hotel manager... that was when this recording company manager from malaysia yang lalu kat situ nampak and i told her the whole story... ada sama dengan dia was this thai man yang kerja dengan recording company in thailand... dia yang tolong cakap in thai with the hotel manager, and they give me one executive suite! later i found out, that thai man cakap kat hotel manager tuh that i am someone important from malaysia... it was funny, but it makes me think perlu ke kena 'tipu' macam tuh baru nak treat other people with respect? for three days i dapat 'royal' treatment from the hotel staff... memang royal treatment betul sampai my cab pun kena charge rm100! and my dinner was rm300!!! melampau kan... muhahahahaa.... bila i fikir-fikir balik, keadaan nih pun selalu sangat berlaku kat negara kita... bila matsaleh jer, kita layan bagai nak rak... bila orang berpangkat jer, kita layan macam raja... tapi bila something bad happen, kita tuduh orang bangsa lain...


with mtv double-trouble vjs...

a week before, my friend hilang phone baru dia... nokia n90 yang dibeli dengan harga lebih dua ribu ringgit... we went to this party and memang ramai orang... masa tuh pulak ada this two girls from indonesia nak ambik gambar dengan dia... at midnight, i balik sebab i dah tersangat letih... dia stay on... later, menurut dia those two girls came and sat with them and borak-borak semua... tempat tuh memang ramai orang, and since tempat yang diaorang duduk tuh ramai jugak other celebrities, so lagi lah ramai orang yang datang nak ambik gambar and salam-salam semua... later on the way back, dia nak call tapi cari phone dia tak jumpa... pusing balik ke tempat party tuh, tanya orang semua, of courselah tak ada kan... another girl yang duduk sama kat tempat tuh pun rupanya hilang handbag jugak... bila diaorang check semua tempat, handbag tuh terjumpa dalam toilet tapi semua harta benda kat dalam tuh hilang... few days later my friend nih dok cerita kat i pasal phone dia hilang and yang handbag the other girl tuh... surprisingly, walaupun tak nampak siapa yang ambik, fikiran dia hanya menuduh those two indonesian girls... why? dua tiga kali i tanya, why? my friend couldn't answer... 'is it because they are indons?'... dia takleh jawab, but mata dia seolah-olah mengiyakan... i tanya lagi, kenapa bukan matsaleh and minahsaleh dua tiga orang yang sama-sama duduk kat situ jugak? dia cakap tak mungkin... i tanya lagi why?... dia cakap tak tau, but still tak mungkin diaorang... terus i bingung... and sampai sekarang i bingung... terfikir sendiri those westerners yang racist ke atau kita?