the one about badrul wants to update the blog but...
i wanted to update my blog... i really do... in fact, i dah siap fikirkan tajuk nak dan topik nak tulis pasal apa... tunggu masa untuk ambik gambar jer... tapi dengan hidung yang 'berlari-larian' dan tekak yang perit, mood macam tak mengizinkan... tu belum campur lagi dengan batuk-batuk keras yang nak sama tempo dengan halilintar... sebenarnya tekak i dah sakit dan perit sejak dua tiga hari lepas... tapi masa memang takda and by the time i balik rumah, clinic yang i selalu pergi tuh dah tutup... so, strepsil menjadi teman... tapi nampaknya tak kurang-kurang jugak... so, sekarang i bertukar to mentos... muhahahhaaa... well, untuk kurangkan rasa perit jer...
anyway, last week dalam terkejar-kejar nak siapkan kerja tu dan kerja nih, i sempat jugak menjenguk muka untuk berjumpa dengan kre yang balik sekejap dari germany dan tentunya dengan gang a.m.t.y... tak ramai sangat yang boleh datang sebab hari kerja... yang ada dan i sempat jumpa ialah kak sham *kak rose! kak rose! kak rose!*, sumie, kak watie, qyrie dan tentunya kre... pemalu jugak rupanya kre nih... nasib baik ada sumie yang memang sentiasa lincah di arena bersembang, jadik kre takda lah nampak macam tersisih sebab asyik i jer yang dok potpet potpet... muhahahahaaa... so untuk kre, selamat maju jaya... untuk sumie, raha tuh dah sunyi yach... untuk qyrie selamat duduk rumah baru... untuk kak rose, kalau ada rezeki, insyaAllah kerap ler kita berjumpa... sorry jugak takleh stay lama-lama sebab lepas tuh tunggu joe dari malay mail and zul dari berita harian datang nak buat interview kat radio... tuh yang terkeja-kejar nak balik sebelum pukul dua tuh...
petang jumaat pula ada sidang media sempena mengumumkan 5 finalis setiap kategori untuk anugerah bintang popular berita harian 2005... meriah jugak keadaannya... seronok jugak dapat bertemu dengan rakan-rakan wartawan and artis-artis yang bakal bertanding... sempat jugak ler i menegur dan mengucap tahniah pada ittew incik kodok... paling seronok hampir keseluruhan calon akhir untuk kategori penyampai radio lelaki dan wanita di bolot oleh penyampai-peyampai radio amp... apa-apa pun, tahniah pada khairil, kiran, najman, adifashla and halim yang tercalon untuk finalis penyampai radio lelaki dan tentunya nana, nila, julia dan linda onn untuk finalis penyampai radio wanita... keep up the good work...
okaylah yach... mata pun ala-ala ikan puyu dah nih... nak pi baca buku 'don't sit on this book' yang dihadiahkan oleh wawa...
selamat hari raya aidiladha...
|