Bidadari Hati

Monday, January 16, 2006

the one about badrul updating... hhhmmm...




it's almost a week since i updated my blog... saban hari ada macam-macam benda yang nak ditulis sebenarnya tapi masa memang tak mengizinkan... okay, i have to agree with you... bunyinya macam lame sangat... tapi nak buat macam mana... itulah keadaannya... i guess buat masa sekarang seratus peratus masa dihabiskan untuk kerja dan selebihnya di rumah... balik kerja, badan dah letih, so nak bukak internet pun dah tak ada tenaga... kadangkala keluar jugak dengan kawan-kawan untuk dinner atau minum teh... and of course, spending time with the kids... ada jugak masanya rasa macam tak berdaya langsung, but bila ingatkan balik apa yang i dah capai for the day, rasa seronok dan berbaloi...

last week jugak keluar dengan beberapa rakan dari dunia blog... seronok jugak berjumpa dengan diaorang nih... selain daripada joe dan muzaffar, buat kali kedua i berjumpa dengan fibie and for the first time i met lea laurielle... plus ramai lagi rakan-rakan lea yang hadir sama... it was a simple occassion tapi memang meriah... dengan gelak ketawa dan sebagainya... for a split second, i dok teringat gang-gang lama yang selalu keluar makan bersama-sama... hhhhhmmmm....

aiman is going to take taekwando lesson... dari awal-awal dia masuk sekolah lagi i dah decide apa jua yang dia nak belajar, i akan turutkan... i'm going to let him try whatever he wants, and hopefully stick to the one yang dia paling suka and good at it... satu jer kalau i nak 'paksa' dia belajar pun, which is piano... i betul-betul nak dia belajar piano... tak tau lah kenapa... maybe sebab i masa kecik-kecik dulu memang teringin, tapi tak berpeluang...

ada jugak beberapa orang yang tanya i, tak bimbang ke dengan perkembangan terbaru, which is the launch of the new radio station? sebenarnya i tak bimbang... to me ianya satu perkembangan yang sihat... bermakna kita semua akan sama-sama bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada pendengar... apatah lagi ramai di antara mereka adalah bekas-bekas rakan sekerja i... the important thing is, ianya mestilah secara sihat... but than again, you'll never know...

monday nih akan start training untuk fiesta media idola 2006... sekali lagi i dipilih sebagai captain bowling untuk astro... hopefully this year we will be able to pertahankan kejuaraan bowling yang dimenangi tahun lalu... i will update on the line up of celebrities yang akan mewakili bowling... this will be interesting... i can bet you on that... muhahahhaaa...

17hb bersamaan dengan hari selasa, my parents and my sister akan pulang ke tanah air selepas mengerjakan ibadah haji... rindu sangat-sangat pada mereka semua especially the kids yang tentunya tak sabar-sabar jumpa their grandparents... hari rabu i akan ambik cuti, so i can spend time with them...

have a great week ahead my friends...