Bidadari Hati

Wednesday, November 30, 2005

the one about badrul and mini promotions... plus nikki's album...


belum apa-apa lagih dah nak buat promotion kan... muhahahaaa... kira okay lah tuh... maybe terlambat sikit berbanding dengan yang lain-lain and mungkin to some, dah basi, tapi i still owe this to marsha... so, kepada peminat-peminat akademi fantasia amnya dan marsha khasnya, i don't think you should miss out this exclusive limited edition marsha's calendar... tentulah ada gambar-gambar eksklusif marsha yang tak boleh diperolehi dari tempat lain kan... kalendar marsha jugak ada public holiday untuk malaysia, brunei dan singapura... so, kalau ada sesiapa nak beli buat hadiah kawan-kawan di luar malaysia, bagus jugak... especially kalau nak buat christmas present pada kawan-kawan yang sambut christmas nanti... harganya cuma dua belas ringgit *wink kena beli nih*, tapi kena cepat sebab stock terhad... if you want, please send your booking to admin@marshalondoh.com satu lagih, harga tuh tidak termasuk kos penghantaran dan handling fee *kos pegang*...

satu lagih promosi adalah untuk anda yang ingin menonton konsert childaid - open minds yayasan nur yang akan berlangsung pada 3 disember, jam 8.30 malam di stadium malawati, shah alam *alah, tempat konsert af dulu tuh*... artis-artis yang akan menghiburkan anda di konsert tersebut adalah siti nurhaliza, anita sarawak, ella, vince dan ramai lagih... so, i ada 20 keping tiket berharga rm52 setiap satu untuk anda... but read this... these tickets are free for my blog friends... i repeat free! so, if you want to watch the concert, please let me know at the comment box below... first-come-first-serve basis... each person hanya boleh dapatkan maximum two tickets... the only thing is, you have to collect the tickets from me...


okay, lets talk about nikki's album - maharani... i'm so excited about this album... walaupun sebelum nih i asyik dok dengar joe bercerita pasal nikki, tapi dulu selalunya masuk telinga kiri keluar telinga kanan... ya lah kan, i nih kalau tak dengar dulu, i susah sikit nak percaya apatah lagih i jarang sangat follow malaysian idol 1... nak-nak lagih joe punya taste kan *muhahahahaa... mesti sentaps* masa i tengok dulu pun, hanya peringkat akhir... tuh pun seciput jer... ehhh, dah lari pulak ceita... anyway, first time dengar album maharani di majlis pra-dengar, ternganga jap mulut i! the quality of the songs... the voice... the music... the arrangement etc... amazing!!!


all the way home, kat dalam kereta i dengar puas-puas album maharani from nikki... dari lagu nombor satu sampai nombor dua belas... i love almost all... almost... maybe some ada songs perlu kan masa dan didengari berulangkali, tapi the rest... wow!!! i llooooovvvveeeee lagu caramu dan imaginasi.... i suka giler lagu pinta, hey! hey! and aku maharani... and for some weird reason, i lovveee perang atau cinta... janji pun not bad... so, just imagine lah, dalam satu album ada banyak lagu yang sedap-sedap... yes, this album nih lebih kepada urban, tapi for someone yang not so urban like me pun i memang suka habis... on top of that, you have a second cd with different remix... pinta with vintage mix pasti buat anda sayu... imaginasi dengan midnight acoustic mix memang menyentuh jiwa... best sangat-sangat... and all in all for only rm29.90!!! bila you dengar lagu minus one untuk pinta, you will know betapa telitinya penghasilan lagu ini dan lagu-lagu dalam album maharani...


for me, simple jer... this is a 'must buy' album... i memang tak pandai nak review album, but you boleh baca review kat sultanmuzaffar... tapi kalau citarasa i boleh diterima, i give this album 9 out of 10... and i would love for you to have this album too... so, here what i want to do... you can order album nikki - maharani, from me... the price is the same, rm29.90 termasuk kos penghantaran... to make it more special, i will get nikki to sign on the album... i promise you, you won't regret it... if you want the album, please leave your email address kat ruangan comment for further correspondent... eh, betul ker ayat tuh? hah, letak jer alamat email tuh untuk i dapatkan shipping address dan lain-lain maklumat... pada yang dah beli, selamat mendengar...

pictures courtesy of sultanmuzaffar

updated 2 dec 2005, at 11.40pm

concert childaid:
1. dorasi ~ 2 tix
2. sm ~ 2 tix
3. nhk ~ 2 tix

*the tickets must be collected from me latest by friday 6.00pm

nikki - maharani:
1. lina ~ 1
2. yana ~ 1
3. wink ~ 1
4. sweetmk ~ 1
5. mugbiru ~ 1
6. jujul ~ 1
7. leen ~ 1
8. ijin ~ 1
9. gina ~ 1
10. lynn ~ 1
11. azwa ~ 1
12. wai em ~ 1
13. carz ~ 1
14. jiejah ~ 1
15. jess ~ 1
16. shyda ~ 1
17. anonymous ~ 1
18. antheeq ~ 1
19. joejoe ~ 1
20. asmadi ~ 1
21. mona ~ 1
22. linda ~ 1
23. bard ~ 1
24. nora carol ~ 1
25. judd ~ 1


Tuesday, November 29, 2005

the one about badrul and the long(est) entry...


Alhamdulillah... aiman dah getting better... earlier today buat follow up kat hospital, demam dah takda... tapi i still nak buat further follow up sebab baru jer beberapa hari aiman keluar hospital... i don't want to take it lightly... again, terima kasih kepada semua yang tak jemu-jemu mendoakan kesihatan aiman... ada yang baru first time i baca nicknames kat ruang komen... i'm so blessed with so many friends dan semoga Tuhan membalas jasa anda semua... kalau ikutkan hati, this will be the longest entry ever yang i akan tulis kerana banyak sangat benda yang berlaku or things that i want to write about... tapi tengok lah macam mana... sebab all of these yang i nak tulis cuma bergantung kepada ingatan jer... i didn't jot it down anywhere... and i pun takda ambik gambar apa-apa... berharap kepada ehsan orang jer nak bagi gambar kat i *more like begging for it* so kalau ada sikit terkompius fakta kat mana-mana tuh, harap maafkan lah yach...


okay, where do i start... oh, about kancil awards... kancil awards was held kat kuala lumpur convention centre on friday, 18th of november... Alhamdulillah, i menang dua special merit awards... satu under pro-bono radio category, which is the hari raya ad yang guna suara i sendiri, and satu lagi under craft - copywriting in bahasa malaysia for aiman's ad... untuk kancil awards nih, i cuma hantar three entries... so dapat two out of three dah kira pencapaian yang cukup bagus.. and i cukup bertuah dengan pesanan khidmat masyarakat yang guna suara aiman tuh... this year alone, aiman's ad menang banyak betul anugerah... one silver and two bronzes in air awards, one special merit in mc2 awards, and one special merit for kancil... rezeki... and i think memang rezeki aiman jugak since that ad was playing on air, dia dapat banyak paid jobs from client... setakat nih dia dah buat dua iklan radio... satu untuk p&g for downy and satu for school bag... and another client dah book dia untuk iklan snacks tapi belum record lagi... satu lagih, last week kalau tak silap i, ada orang tuh konon-konon buat 'tribute' untuk i pasal menang kancil awards, tapi jangan percaya gambar hiasan yang dia letak tuh... entah sapa-sapa entah... tak senonoh sungguh! sungguh tidak ada taste... muhahahahaaa...


kemudian ada rumah terbuka akma and rumah terbuka jiwang united... memang banyak sungguh rumah terbuka yang i hadiri... semuanya ada keistimewaannya yang tersendiri... malangnya, banyak details yang i tak berapa nak ingat... tapi one thing yang i suka dan sentiasa ingat sampai bila-bila ialah sikap tuan rumah yang sungguh humble dan merendah diri... yang melayan semua dengan penuh ikhlas dan tanpa pilih kasih... memang i takkan lupa dengan layanan yang i terima masa di rumah terbuka akma dan rumah terbuka jiwang united... and i'm sure orang yang hadir jugak takkan lupakan saat tuh... memang best... thank you jugak sebab awal-awal lagi dah celebrate my birthday...


i jugak mendapat jemputan ke sambutan aidilfitri bersama yazer... fanclub yazer adalah antara satu dua fanclub daripada akademi fantasia tiga yang sentiasa menjemput i hadir ke majlis-majlis yang dianjurkan untuk yazer... for that, i nak merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada committee yazer fc yang sentiasa memberikan layanan ikhlas... rasanya macam tak berbaloi kerana i tak dapat nak membalas budi baik mereka dengan meletakkan posting yang lebih panjang... takpalah, insyaAllah, i akan kenang sampai bila-bila... seperti jugak dengan akma, yazer adalah antara bintang af 3 yang i senangi... boleh tengok macam mana cara dia berdiri kat depan menyambut tetamu yang hadir dan pergi dari meja ke meja untuk memastikan tetamu semua dapat beramah mesra dengan dia dan jugak menikmati hidangan yang disediakan... to me, yazer is not just a singer... he is an entertainer, which insyaAllah will go far in the industry kalau dia terus jaga cara membawakan dia... dengar khabarnya dia akan masuk studio tak lama lagih bersama dengan sifu... semoga yazer terus berjaya...


that was the week before aiman masuk hospital... the week masa aiman masuk hospital tuh memang tak berapa ingat apa yang berlaku... i managed to take two days off, but after that kena ulangalik dari office ke hospital and back to office again... memang parah lah jugak rasanya sebab banyak benda yang berlaku dalam masa yang pantas... dalam pada masa tuh, my parents pun dah dapat date untuk pergi mengerjakan ibadah haji... dapat flight awal, which is on the 4th of december... one of my sisters akan ikut sama... so, merancang jugak nak buat kenduri kesyukuran kecil-kecilan, tapi memandangkan aiman masa tuh masih kat hospital, terpaksalah fikirkan tarikh yang sesuai... perancangan awalnya nak buat pada 27 november, bergantung kepada keadaan aiman lah... alhamdulillah, hari sabtu 26 november tuh aiman dah keluar hospital, jadi petang sabtu tuh jugak kelam kabut cari keperluan untuk kenduri... nasib baik jugak semuanya berjalan dengan lancar... eh, cerita dah skip lah pulak...


on friday, which was on my birthday, i terima banyak birthday cards, smses, phone calls, emails dan sebagainya from family and friends... including one baquet of flowers daripada 'secret admirer'... muhahahhaaa... bukan i sorang jer gelak tak percaya, the whole office pun sama jugak... dah tua-tua macam nih pun ada secret admirer lagih ker? sampai ke hari nih, takda siapa yang mengaku hantar bunga tuh... hhhmmmm... dekat office, i celebrated my birthday dengan a few groups of friends... so all in all, ada tiga birthday cakes yang i kena tiup lilin... kemudian rushing out to pra-dengar album nikki... pasal album nikki nih i akan ceritakan dalam entry lain kali... i have something special for all of you, so ttuuunnggguuuu... so, for the first time in four months *since i beli my car*, i tukar cd dalam cd player tuh... kalau sesiapa yang pernah naik kereta i mesti tau, cd kat dalam kereta tuh dari dulu lagih cd rob thomas... tapi sekarang, since the pra-dengar album nikki, cd dia yang i dok dengar everytime naik kereta... nak kena beli cd nikki satu lagi nak letak kat bilik nanti... that day i celeberated my birthday lagi dengan bloggers united, joe, muzaffar dan juan, minus najmi yang ada peperiksaan, and of course dengan ning baizura and nikki... i celebrated my birthday dengan ning baizura!!!! i repeat, ning baizura!!!! yaahoooooooo!!!


saturday pulak lepas balik dari hospital, i managed to sleep for about an hour... it was the longest one hour ever... nyenyak sungguh i tidur... malamnya pulak, kudsia buat birthday party for me kat rumah dia kat ampang... nak ke sana, jam sehabis jam... tak taulah pasal apa... keluar rumah pukul 4 petang, pukul 6.30 baru sampai kat rumah dia... hhhmmm... so a group of us, mostly office friends datang... again, ada birthday cake lagi... the house is so beautiful... i dapat birthday present from jolyn... apa dia? muhahahhaaa... i don't think i boleh ceritakan kat sinih... muhahahaaa... lain kali lah kot... malamnya pulak, joe and ted ajak melepak sambil minum teh... kononnya nak minum teh lah... muhahhahaaa... end up balik pukul 3 pagi...


on sunday, sepagi di rumah my mom tolong memasak dan menyediakan keperluan kenduri, sampai masa kenduri, i dah tertidur kepenatan... then, lebih kurang pukul satu setengah, i dah ke bangsar dengan jolyn sebab something special menanti kat sana... actually dream bagi hadiah harijadi ke spa di ozmosis... full treatment termasuk scrub, steam bath, massage and facial... kalau nak ceritakan pengalaman lucu masa tuh memang tak habis lah satu entry... anyway, i guess i really need it pretty badly sebab lepas saja habis massage and all, rasa segar tak terhingga... thank you dream... mesti semua tahu macam mana hectic nya my days before... chail datang and i have another birthday gift yang i cukup suka.. a shirt from british india... sebenarnya, i memang dah nak beli shirt tuh tak berapa lama dulu tapi tengah tunggu gaji time... tup tup, dapat as a birthday present... thank you chail.... eeiiii, syoknya... rasa macam budak-budak pulak... muhahahhaa...malam pulak, pergi open house rumah adik ijin... sedap sungguh semua makan kat rumah dia... ada nasi minyak dengan kurma ayam, daging masak pedas dan acar, ada soto ayam, ada cokelat cake, puding buah... dua tiga round jugak i makan... lepas tuh tunggu sampai anaksedara leen sampai, baru berangkat balik sebab hari pun hujan... nak balik ttiiiidduuurrrrr...

so, itulah beberapa cerita ceriti yang i ingat pun... well, at least yang i ingat masa i tulis this entry lah... nanti kalau i ada ingat apa-apa lagih, i akan tambahkan jer... sedih jugak sebab tak dapat nak update my blog, tetapi disebabkan ada perkara yang lebih penting yang perlu diutamakan, i just update bila i ada masa...

gambar ehsan sendiri dan sultanmuzaffar...


Friday, November 25, 2005

the one about badrul and... birthday... i guess...


aiman is recovering... InsyaAllah... tapi demam dia masih ada... so, doctor decided to monitor him and to give him a new antibiotics... tapi diaorang dah rule out dengue and thyroids... at the moment, he still has some lung infection... actually, ramai jugak yang tanya if they can come and visit... tapi with his condition at the moment, i rather not... bukan tak sudi, tapi i taknak menyusahkan sesiapa and at the same time, i want him to have enough rest and taknak dia selalu throw tantrum... sekarang nih dia taknak dengan sesiapa pun kecuali my sister, my parents and myself... susah jugak, tapi taknak sampai dia asyik menangis pulak... hari tu pun masa lina datang menjenguk kejap, dia tengah 'mengamuk' dalam bilik sebab tak boleh turun kat bawah... kesian kat lina and her kids sebab kena duduk kat luar jer... earlier tonight, khai and rosma drop by... i sebenarnya taknak susah kan diaorang datang, tapi disebabkan i rasa guilty tak pergi open house rumah khai a few nights ago, terpaksalah jugak... tuh pun aiman refused to talk to them... salam and buried his face under the pillow... yang happy nyer, nurses dan pesakit lain yang sibuk bergambar dengan khai and rosma...


25th november is my birthday, tapi macam azmer cakap, i don't feel like celebrating... in fact, i'm looking forward to it as a 'salary' day, more than my birthday... takpalah, InsyaAllah panjang umur, boleh celebrate lagih next year... this is actually the longest time ever aiman masuk hospital, and to tell you the truth, i'm not really prepared mentally... tapi macam semua orang nasihatkan, i have to be strong for him... kesian jugak nampak dia really fragile... macam today, i terpaksa pergi office and i promise to be with him bila habis kerja... dia cakap dia nak makan fries, so i bought him some... bila sampai hospital, dia tengah tidur and my mom cakap he doesn't want to eat anything the whole afternoon until i datang bawak fries... puas my mom pujuk, tapi dia taknak makan jugak... bila i sampai, i kejutkan dia, baru dia makan... tadi pun i balik bila dia dah tidur... i tak boleh nak temankan dia sebab sekarang ni pun i have slight fever and the doctor advised me not to stay there when aiman's body is still weak... terpaksalah my sister temankan dia malam nih... menangis lah pakcik nih on the way back from hospital...the good thing is, i have my family and my friends, which is all of you that help me to keep going and to stay strong...

so, happy birthday badrul... since last year i turned 35, maknanya tahun nih i jadik 34 lah yach... and happy birthday to raudha too who share the same birthdate with me...

pictures from sultanmuzaffar and sue


Tuesday, November 22, 2005

no update...

i'm sorry that i will not be able to update my blog at this point of time... aiman is sick and he's been hospitalised... since monday night... doctor's initial observation says that he has lung infection... please, please pray for his speedy recovery...

a little update... (24th november)

macam pelik kan... kat atas no update and now a little update... muhahhaaa.. takpalah...

thank you everyone for your thoughts and prayers... Alhamdulillah, aiman dah bertambah baik... sekarang ni demam pun dah kurang (very minimum), drip pun dah bukak (except for jarum kat tangan tuh sebab nak masukkan antibiotics), makan pun dah berselera, cakap pun dah banyak sikit... tapi once in awhile, dia masih lagih throw tantrum (definitely not from the father's side) sebab dia taknak orang pegang dia, or cakap dengan dia or something like that...

again, thank you very much for the smses, emails, calls, messages kat comment box... terima kasih atas doa semua... hanya Tuhan yang dapat membalasnya...



Wednesday, November 16, 2005

the one about badrul and a little update of this, and some of that... and this one also, err, that one too...


wooohhhh... banyak sungguh benda yang nak diceritakan tapi masa lah pulak terkejar-kejar... bila dalam kereta nak balik rumah tuh dah berfikir macam-macam cerita yang nak ditulis, tapi bila dah sampai rumah, ada lah nak kena buat tuh dan nak kena buat nih... bila nak update blog jer, malam dah lewat dan mata pun dah penat... ada jugak yang bertanya pasal resepi tuh dan resepi nih, tapi memang takda masa nak buat lagih... eventhough ada gak yang 'perli' kononnya nih blog resepi kan, tapi tak kisahlah... muhahahahaa... blog resepi pun blog resepi lah... janji ianya ilmu yang boleh diajarkan pada kawan-kawan dan teman-teman... insyaAllah, dapat keberkatan kalau dibuat dengan ikhlas... hah, bercakap pasal resepi nih, i nak cakap something istimewa buat cikgu marlia musa yang mai sini baca my blog and salin and buat kat rumah... buat puan seri, satu ucapan dari saya... 'takda makneerrrrnyaaaaaaa'... muhahahahaa... ooooo, masuk sinih lepas tu tinggal komen pakai nickname ntah apa-apa ntah ya! muhahahhaaaa... apa pun, i'm proud that my recipe nih, orang-orang kenamaan macam puan seri pun sanggup masakkan... muhahahhaaa... apatah lagih dimasakkan untuk hang tuah, lagih lah bangga rasanya... kembang kempis lubang idung nih tau...


lepas tuh gambar-gambar nih pulak baru jer dapat daripada cik izrin kita seminggu lepas... nih gambar masa kat gazebo last year... muhahahahaa... takpalah janji dapat... sajerlah letakkan gambar aiman... anyway, bercakap pasal aiman nih, dua hari lepas i hampir nak pengsan... aiman dengan ellisya ikut my parents balik kelantan... jumpa saudara mara kat sana sempena raya... on the day mereka ke jerteh, terengganu, aiman tiba-tiba muntah teruk... badan pulak dah demam... my mom bawak dia pergi hospital besar jerteh, tapi doktor kat sana kata dia demam teruk sangat, so refer to hospital universiti kubang kerian kat kota bahru... kat sana, doktor admit dia kat ward and siap masukkan drip lagi... to the extend teruk sampai muntah hijau *according to my dad*... tapi berita nih i dapat tahu hanya sebelah petang... kalau ikutkan my mom taknak beritahu i, tapi my instinct rasa pelik, that was why i called... katanya takut i bimbang... memanglah bimbang... tapi lagi bimbang kalau tak tahu apa-apa... according to the doctor, aiman mungkin ependiks...


malam tuh i called balik nak bercakap dengan aiman, tapi dia taknak cakap dengan i... sedih sangat rasanya... memang i tak boleh tidur langsung malam tuh... macam-macam bermain kat fikiran... maklumlah sekarang nih pelbagai virus melanda... bird flu lah, viral fever lah, macam-macam... dah tak tentu arah, i bangun ambik air sembahyang and sembahyang sunat *something yang i dah lama tak buat*... kemudian baru rasa tenang sikit and dapat lelapkan mata... keesokannya, about 10am, agak-agak lepas doktor dah buat round diaorang, i called my mom... aiman picked up the call and membebel-bebel bercerita panjang... cerita pasal dah tak sakit dah, cakap dia dah makan nasi dagang yang my dad beli for breakfast, cakap doktor kata dia dah boleh keluar hospital, cakap dah tak demam, cakap dah tak muntah, cakap nak balik kl etc... Alhamdulillah, lega sikit rasa hati... lepas tuh i called my friend yang pakar dalam bidang psychology kanak-kanak nih... she made a conclusion that the reason aiman taknak cakap dengan i sebab dia fikir bila dia sakit, dia actually buat something wrong to me and he thinks that he disappoint me... sebab tuh lah the next day bila dia dah okay, dia ceritakan everything... hhhmmmm... i think i have to have a word with aiman... nothing he does will ever disappoint me...


okay, nak update sikit pasal our pledge~your~donation... insyaAllah, kalau semua orang yang pledge menunaikan tanggungjawab bersama, we will have more or less rm10,000 worth of product... ini pun tak termasuk dengan orang yang pledge tapi tak nyatakan jumlah... which, i think mungkin lebih banyak daripada yang dijangkakan... our last month untuk pledge~your~donation will be at the end of january 2006... in that month, i akan buatkan wish-list and i akan bagi background on the charity house yang kita akan dermakan barang-barang nih... and sebelum berakhir tahun nih, insyaAllah i akan cuba set kan date yang kita akan pergi ke rumah tersebut... dalam perancangan sebenarnya nak pilih satu hari untuk kita sama-sama pergi shopping barangan beramai-beramai... kemudian selepas barang-barang diangkut ke lori, kita akan makan bersama-sama, dan lepas tuh bertolak beramai-ramai ke rumah amal tersebut... insyaAllah i akan detailkan semuanya nanti...


and tentang projek 365 day cat calendar tuh pulak, Alhamdulillah, ramai yang dah order... to those yang i belum sempat reply your email lagi, mintak maaf banyak-banyak... memang banyak betul kerja and some of your emails together with other important emails pun i belum ada masa untuk jawab... anyway, i akan dapatkan calendar tuh hujung bulan nih *sebab i pun tengah kering jugak nih* and i akan bagikan account number sherrina untuk you all bank kan duit... bila dah bank in, you can email me or fax to me the slip or the transaction number as proof of purchase... you can also pay it terus pada i if you think lagi mudah dan cepat... sesiapa yang nak i hantarkan melalui post, just email me your address... nanti later next week, i akan letak more details... tapi i akan selesaikan perkara nih bila hujung bulan nanti... senang cerita, bila dah dapat gaji nanti lah yach... thank you again to all yang support these little projects... semoga Allah s.w.t. membalas budi baik anda semua dan memberkati hidup anda... Amin... satu lagi, happy birthday to attiesya @ alyne yang sambut birthday pada 16 november... jugak happy anniversary to paris gang... *kak n, kak rose, alang, makcik mimi, alyne dan lain-lain, nanti kita pi makan aiskrim ya!* i rasa best sangat bila dapat letak birthday dates my friends kat blog nih... senang sikit nak ingat especially bila i selalu check blog... so to others yang belum ada tarikh lahir kat situ, and if you don't mind sharing with me and other friends, please email me or letak kat ruang komen... kalau pun takda hadiah birthday, at least dapat jugak i wish kan kat blog ni kan... and sebelum i lupa, hari jumaat nih 18 november, ada kancil awards... i hantar 3 entries... doakan lah semoga ada rezeki...


Monday, November 14, 2005

the one about badrul and blogger friends...


cepat sungguh rasanya masa berlalu... in less than two weeks, umur i akan meningkat lagi... macam baru jer sambut hari lahir... tip tup tip tup, dah setahun lagi berlalu... banyak benda sebenarnya yang nak diluahkan kat blog tapi belum masanya... tak tau sama ada tengah fikirkan macam mana nak tulis, atau terlalu banyak sangat sehingga tak tahu nak tulis yang mana dulu... kadangkala lebih seronok rasanya bila takda topik tertentu yang nak diluahkan... biar sajer jari menaip pada keyboard laptop nih... pernah jugak buat banyak kali masa muda-muda dulu... tapi taklah pakai laptop atau computer... pakai buku tulis, kemudian tulis jer apa yang terlintas kat kepala... kadang-kadang sampai berjela-jela jadinya... some of the buku tulis tu masih disimpan sampai sekarang...

earlier today, selepas sekian lama, i went to check my old postings... the first few months to be exact... teringat kenangan-kenangan lama... teringat tujuan asal menulis blog... teringat asal usul kelahiran this badrul~after~six... in fact, there was something yang dibincangkan bersama teman-teman blog semasa keluar malam sabtu that prompted me to look back... about friendship... lebih tepat lagi, about teman-teman dari blog world...

i'm not that 'celik i.t.' macam sesetengah orang... in fact, sebelum nih, i cuma tau guna outlook, words, excel and powerpoint... yang semuanya hanya kena mengena dengan kerja... memang kena belajar pun kan... so, bila bercakap pasal dunia internet dan sebagainya, i kurreeng sikit lah... i think first time i kenal group of friends from internet adalah daripada khai fc... suka-suka join... terus melekat and terus kenal dengan ramai... dulu i was a bit skeptical with internet friends... maklumlah, tak pernah tau dan hanya dengar cerita daripada orang lain jer that kat internet you can just be anyone, boleh menyamar jadik sesiapa sajer... tapi berlainan dengan teman-teman yang ada di khai fc... i kenal dengan kak n, kak rose, leen, alang, alia, shai *sekadar menyebut beberapa nama*... sampai sekarang kami masih lagi rapat dan masih lagi berhubung... hubungan persahabatan kekal dan lebih kepada hubungan kekeluargaan...

kemudian i diperkenalkan dengan blog sultanmuzaffar... selalu tinggalkan komen yang merapu... bermula dari situ, i kenal dengan lebih ramai lagi teman-teman yang sma-sama berceloteh, meninggalkan komen, berdebat dan sebagainya... i met muzaffar buat pertama kali pada gathering adifashla, sahri, atie dan nija *kalau tak silap*... di situ jugak i berkenalan dengan dreamfinder, chail, izrin, sue, lina dan lain-lain... melalui blog muzaffar jugak i mula bloghopping ke blog-blog lain yang dilink kan...

akademi fantasia kedua bermula dan i semakin seronok melepak di blog sultanmuzaffar... di situ i berkenalan lagi dengan teman-teman lain seperti kak aidid dan arwyn *yang i selalu kacau pasal fitri*, izreen, leen anak sedara, nart, cikanos, linb, wink *yang i sangka perempuan*, setankuning, sumbing, meesua, abang mosha dan ramai lagih... memang ramai... pendek kata, i boleh katakan yang blog sultanmuzaffar menemukan i dengan ramai teman-teman baru, yang sebahagiannya turut menjadi teman rapat dan rakan karib i sehingga ke hari ini...

blog y jugak menjadi bacaan harian i sepanjang musim akademi fantasia kedua... a different group of friends pulak i kenal... kak watie, sumie, co2, xmen, kak rose *sudah semestinya*, emy, skru, kak eisya, kretortd *jugak sekadar menyebut beberapa nama*... berborak ditingkap y menjadi satu kemestian sehingga timbul gang ahli majlis tingkap y or a.m.t.y.... memang terasa keakraban sesama mereka dengan pelbagai aktiviti diadakan... sungguh menyeronokkan... siapa kata berkenalan di dunia cyber tidak membawa apa-apa makna?

kemudian i bertemu dengan malique di majlis bersahur yang dianjurkan oleh era... i've read his blog before but i never thought i would meet him in person... bermula dari situ jugak, blog malique menjadi bacaan harian i termasuk jugak banyak lagi blog rakan-rakan malique yang i singgah...

tahun lepas jugak linb menghasilkan blog beliau sendiri... bermula dengan posting dari keratan akhbar, beliau mula menulis dari pandangan diri dia sendiri... i enjoy her writing and di situ jugak i kenal lagi dengan ramai teman-teman blog seperti batrisya, orgkampung, nhk dan lain-lain... sebenarnya i dah kenal mereka dari blog muzaffar tetapi di kebun pisang, kami semakin akrab... cerita-cerita di kebun memang menyeronokkan kerana lebih kepada bersahaja, bergurau senda melepaskan penat lelah sehari bekerja...

selepas itu i terserempak dengan blog auntie n, yang i jumpa masa gathering hari raya kaer... nak dijadikan cerita, auntie n nih pulak memang auntie kepada javard... from blog auntie n, i kenal ramai lagih blog-blog lain yang i selalu baca... unlike my blog, auntie n punya blog international sikit *hikhikhik* sebab ramai dari oversea yang baca blog auntie n... so, bestlah sebab i pun boleh baca blog mereka yang tinggal kat oversea macam joe perantau dan atenah... seronok baca pengalaman orang di sana...

akademi fantasia musim ketiga pula membawa i kenal lebih ramai teman bloggers... klubbkidd and juandanza sebenarnya adalah rakan media kerana kami pernah bekerjasama suatu ketika dulu... tetapi sekarang, keakraban bertambah erat bila masing-masing ada blog untuk memberikan pendapat dan penceritaan... sampai ke hari ini, i tetap bersetuju dengan apa yang klubbkidd katakan... walaupun kami berbeza pendapat, tetapi ianya tidak menghalang untuk kami menjadi sahabat yang baik... biarlah pendapat tuh macam langit dengan bumi, tapi perasaan hormat sesama kita tu tetap utuh... kemudian muzaffar memperkenalkan najmi to me, menjadi salah seorang teman rapat bloggers...

bermula daripada blog, gathering dan pertemuan diatur... kalau sebelum nih hanya tulisan saja atau paling lebih pun, gambar yang terpampang di blog, sekarang sudah ada bertemu mata dan bersua muka...

kali pertama bertemu dengan sultanmuzaffar, dreamfinder, chail dan lain-lain ketika gathering 4 orang af1 di subang...

kali pertama bertemu dengan kak n, kak rose, alang, shai, alia dan lelain ketika persiapan dan perjumpaan gathering khai 2003...

kali pertama bertemu leen, izreen, nart, wai em, kak iffa & hubby dan beberapa orang lagi yang i tak ingat, ketika habis konsert di dewan mppj dan diperkenalkan oleh muzaffar ketika kami makan-makan di a&w...

pertama kali bertemu dengan wink, cikanos, meesua, scov, hemo hemo dan beberapa lagih adalah ketika gathering kaer yang pertama di hyatt saujana subang...

kali pertama bertemu dengan kak eisya, co2, xmen, qyrie, ketika di klcc ditemani kak rose masa i nak kirimkan barangan kepada kretord melalui kak eisya yang akan ke germany ketika itu...

kali pertama bertemu kak aidid dan arwyn ketika mereka berdua datang ke era untuk ambil rakaman temubual fitri...

kali pertama bertemu linb, nhk, rose, batrisya, orgkampung dan lain-lain ketika gathering buka puasa dan birthday wink & cikanos di wisam 2004...

kali pertama bertemu y, toss, mag, sumie, sinchan dan beberapa gang a.m.t.y. lainnya yang i belum jumpa ialah ketika gathering 'laksa sarawak' yang dimasak oleh y di sucasa...

pertama kali bertemu dengan skru pada malam pergi main bowling bersama teman-teman a.m.t.y. di endah parade....

kali pertama bertemu dengan kak watie, elf, rudi bluehikari, aizad, faiz, nuarkiut dan ramai lagih yang i tak tersebut namanya ialah ketika gathering sepet...

kali pertama bertemu shay, lan, sempoii dan lain-lain ketika gathering sambutan birthday bob dan majlis buka puasa di istana budaya last year...

kali pertama bertemu dengan ijip, izham, ainon, shaznilam, sumbing dan lain-lain ketika perjumpaan bersama rakan-rakan di gazebo subang jaya last year...

kali pertama bertemu ckin, akugafi, abang mosha, elkapitan dan lain-lain ketika gathering af3 concert putrajaya...

kali pertama bertemu malique di majlis sahur anjuran era 2004...

kali pertama bertemu javard di anugerah era 2004...

kali pertama bertemu auntie n, starchaser ketika majlis hari raya aidilfitri kaer 2004...

kali pertama bertemu ani a.m.t.y. ialah ketika dia datang collect cheque kunci khazanah kat astro...

kali pertama bertemu skylar ketika dia datang untuk mengambil tiket phantom of the opera...

kali pertama bertemu nisa ketika dia hadiahkan birthday nail treatment to me last year...

pertemuan nih yang seingat diingatan lah... mungkin ada yang salah... mungkin ada yang dah berjumpa lebih awal, atau mungkin ada yang berjumpa lebih lewat... but i'm writing semua nih base on what i remember... kalau ada yang tak tersebut tuh, harap maafkan jugaklah ya... ingatan pun bukannya macam dulu... muhahahaaa... maklumlah, dah meningkat usia nih...

sungguh cepat masa berlalu...


Thursday, November 10, 2005

the one about badrul and 'semalam'...




semalam...
aku jumpa pakcik leman kampung raja
tubuh dah kurus kering nampak selangka
malam makan bubur, siang berpuasa
tujuh tahun dia hidup menduda
empat anak tapi sekor pun tak datang jenguk muka
dengar khabar ada kerja swasta, kerja gomen, jadi businessman berjaya
gaji bukan sikit, semua lima enam angka
tak usah sepuluh ringgit, sepuluh sen pun tak bagi orang tua
tapi kata pakcik leman dia tak kesah dia tak terasa
cuma kadang-kadang perasaan teringin juga
nak tengok muka cucu-cucu yang dah besar muda belia
kesian aku tak terkata
hati pedih mengalir air mata...

semalam...
aku jumpa makcik lijah gong tenak
janda jugak tapi takda anak
kerja mengurut orang sakit betis, orang perut senak
cukuplah dapat segenggam beras untuk menanak
tiga bulan lepas kata mak lijah orang tv ada mari
kononnya nak buat cerita kutip derma makanan selori
habis dikerobek cerita-ceritu dalam kain dalam almari
sampai sekarang hanya dapat setin sardin, sebungkus rempah kari
sekarang ni mak lijah dah malu diri
orang kampung pandang pun macam nak kerat jari
orang tv sikit pun takda cakap sorry
yang diaorang fikir nak naik rating biar boleh buat siri
kalau dulu ada jugak segenggam beras mak lijah alas perut sehari
sekarang semua orang kampung dah lari, taknak dia urut lagi
dada aku perit pedih sekali
tak sedar airmata mengalir sendiri...

semalam...
aku jumpa kak bainu taman kenangan
rantai labuh gelang sampai ke lengan
anak tiga, dua lelaki dan satu perempuan
tapi rumahtangga tak pernah aman
perangai anak-anak semua macam setan
sebab tak dididik dengan apa-apa pegangan
mak bapak sibuk kerja kononnya nak bagi makan
harta berkepol tapi tak pernah rasa kesyukuran
jantan nombor satu hisap dadah hisap dam
tengkorak hidup pun nampak lagi mengancam
nombor dua kaki pukul kaki perempuan
kena sakit kelamin sekarang ni asyik meroyan
yang perempuan
bangga sungguh jadi bohsia jalanan
last sekali dengar cerita, dia ada kat siam
khabar kak bainu buat aku terdiam
airmata mengalir, mintak Tuhan jauhkan...

semalam...
dalam cermin aku lihat aku
ada garis kedut, ada uban sini situ
kepala dah separuh botak, perut dah macam labu
dah lanjut usia aku
amal ibadat masih tak lengkap, cuba berusaha ke arah itu
anak-anak takdalah mewah tapi cukuplah makan pakai, beli buku
selagi ada hayat, selagi ada kudrat, akan aku jaga orang tua aku
biarlah takda kereta besar, biarlah takda dua tiga rumah batu
biarlah ada hari makan ayam, biarlah ada hari makan budu
biarlah susah bersama, senang bersatu
dan dalam kesederhanaan itu
aku tetap bersyukur kepada Mu
harapan aku
doaku
janganlah jadi macam pakcik leman, makcik lijah atau kak bainu
semoga anak-anakku jadi anak yang soleh, dihormati selalu
begitu jugak aku terhadap ibu bapaku, ya Allah ya Tuhan ku
jika tidak, hatiku mesti luka sudah tentu
dan kalau airmata ni mengalir lagi, mesti haru biru...


badrul~after~six
puchong



Tuesday, November 08, 2005

the one about badrul and 365 days cat calendar...


365 days cat calendar...

isn't hari raya something? baru awal bulan dah rasa sesak-sesak dah... muhahahaa... tuh pun dah kira planning dari awal... kalau takda budget planning, tak tahulah macam mana... campur dengan bayar duit kereta, duit rumah, bil elektrik, air, telefon, bayar kad kredit, belanja sekolah, budget minyak kereta, barangan dapur dan lain-lain... haiiyoooo... baru jer 8hb, dah looking forward to the end of the month... gaji time... rasa-rasanya, tengah-tengah bulan nanti, korek saki baki kuih raya lah kot... ehhh, lupa pulak, kuih raya praap yang order dengan kak aidid tuh tak sampai-sampai lagih... boleh lah buat makan tengah bulan nanti... muhahahhaa... *kak aidid jangan sentaps yach* delivery service kena update kan lagih supaya lebih efficient... next time, cash on delivery, bukan pay in advance... *larrriiiii* takpalah, raya kan sebulan...


xe'an giving his seal of approval...

anyway, beberapa minggu yang lalu, keluar kat paper muka depan pasal this cat breeder yang kena tangkap for being cruel to animal... kesian tengok kucing-kucing peliharaan dia tuh yang sakit, tak dibagi makan dan sebagainya... sedih dengan perangai segelintir manusia yang boleh menyiksa binatang yang tak tahu apa-apa dan yang mengharapkan belas ehsan kita yang bernama manusia nih... dan beberapa hari lalu, keluar pulak kat suratkhabar pasal kucing yang terpaksa 'ditidurkan' sebab dah kekurangan tempat di s.p.c.a. just imagine, i baca berita tuh masa tengah on-air last sunday... terus mood hilang... dahlah diletak gambar anak kucing tuh lagih kat situ... memang menyedihkan, tapi itulah keadaannya sekarang...


xe'an & xe'qi are featured in the calendar...

so here's the deal... one of my friends, sherrina, has come up with one project to help the situation ~ 365 days cat calendar 2006... malaysia's first... calendar nih memaparkan 365 gambar-gambar kucing yang dihantarkan oleh empunya kucing kepada mereka... one for each day... gambar xe'an and xe'qi pun ada... tujuan calendar nih dibuat is to gather as much dana as possible to help ease the situation especially kat s.p.c.a. masa i baca kisah yang kedua tuh, i memang bengang habis... how can they do that to those beautiful kittens... tapi bila difikirkan secara praktikal, we have to accept the fact that they don't have enough money to help make the changes... kalau takda orang nak adopt those animals, sooner or later, it will be put 'to sleep' sebab mereka tak cukup sumber kewangan untuk menampung tempat tinggal, makanan dan perubatan for those helpless animals...


picture of xe'an that makes him millionaire...

this is where the project came in... calendar nih dijual pada harga rm39.90 dan segala profit from it will go to this dana... dana ini akan digunakan untuk membeli makanan, membiayai kos perubatan dan tempat tinggal untuk kucing-kucing ini... if you want, you can order this calendar from me... kalau you tinggal out station *outside kl and selangor* i will send it to you at no extra charges... i'm doing this for xe'an and xe'qi's relatives... i know that now is not the right time to buy anything... muhahahaaa... with the hari raya expenses and all, but this calendar is for next year, so you can order from me anytime you want... in fact, you can order first and pay it at the end of the month... bukan bayar dulu macam kuih praap tuh yach... muhaahahahahaaa... *ampun kak aidid* gurau-gurau di bulan syawal nih...


xe'qi ~ the new miss cat universe...

i just hope that one day we can reduce or even eliminate any sort of cruelty to animals... though it may just be my wishful thinking... tapi bayangkanlah, binatang yang tak berdosa dianiaya sesuka hati oleh manusia yang lengkap dengan akal fikiran... sungguh menyedihkan... if you have cat(s), and you know that you cannot afford to have more pets, spay or castrate them... ianya diharuskan oleh Islam... janganlah biarkan mereka beranak pinak,lepas tuh terbiar tak dijaga dan tak diberikan... kesian pada mereka...

if you want to order this calendar, please let me know... you can leave a note at the comment box, or you can email me at badrul_hashim@astro.com.my if you want to know more about the calendar, please visit www.mystycat.bravehost.com may God bless you, sherrina...


Friday, November 04, 2005

the one about badrul and hari raya update...


eid mubarak (ii)...

a few days before raya dihabiskan dengan bershopping... alhamdulillah, nasib baik budget tak lari sebab i dah work out the 'spending-plan' three months ago... biasalah, kalau dah beberapa tahun melalui perkara yang sama, you tend to understand the pattern... i know that sesetengah orang shopping untuk hari raya way long before... sebab masa tuh lebih murah, senang nak cari barang-barang, pakaian dan sebagainya... i agree... tapi i just want something special for my family... shopping dalam minggu terakhir berpuasa lain rasanya daripada shopping even sebelum puasa lagih... suasana nya lain, apatah lagi dengan lagu-lagu raya berkumandang di segenap pelusuk... menambah kemeriahannya... i know the kids love it...

a week or so before hari raya, i bought sepasang baju melayu for myself... black *what else is new... muhahahaha* dah tiga tahun i tak beli baju raya... the last time i think masa tahun 2002... i also bought one pair of slippers untuk pakai hari-hari biasa... macam selipar jepun jer, tapi tebal... kasik nampak tinggi sikit... muhahahaha... on sunday night masa keluar dengan geng bloggers ~ joe, boy and juan *najmi sibuk katanya, takleh join* melepak di uptown together with urs magazine editor... i bought another pair of slippers warna hitam to wear with my baju melayu for hari raya... juan beli kepit rambut untuk adiknya *katanya lah kan... muhahahhaa*, joe beli subang berlian 24karat, and boy pulak sibuk membeli 'orang'... adalah dekat 10km kot kita jalan keliling satu pasar malam kat uptown tuh... a good excercise untuk orang yang nak kuruskan badan... memang pack dengan orang ramai yang bershopping mata dan bershopping barang-barang... dekat nak dua lebih baru nak berangkat balik... letih tapi memang fun habis... kesian kat joe sebab kereta dia dihadang oleh kereta lain... muhahahaaa... my instinct kata, that guy yang halang kereta tuh mesti kena kaw kaw nyer dengan joe that he will go back and hang himself... muahahhaaa...

on monday, i took my parents untuk beli baju raya... we went to subang parade sebab nak ubah angin tempat shopping sikit... belikan my dad baju melayu warna maroon... bila part my mom pulak, mula-mula tuh dia dah pilih baju kurung warna sedondon, but at the same time dia nampak ada orang jual comforter *betul ker nih? yang alas atas tilam tuh* terus dia nak yang tuh... so i bought her the two set that she wants but at the same time, i belikan jugak baju kurung sama warna dengan my dad tuh... kemudian we went to hush puppy and i bought them a pair of shoes each... biasalah kan, kalau beli untuk mom mesti ada extra sikit sebab perempuan banyak accessories nya kan... muhahahaaa... so, bought my mom a handbag warna yang matching dengan baju... dekat empat jam jugak lah keluar shopping with my parents...

tuesday pulak giliran budak-budak bershopping... i bawak diaorang pergi jusco and parkson... they were allowed to choose their own pakaian yang diaorang suka... i've been doing this for the past three years, with the exception of ellisya lah... dulu i yang akan pilih baju dia, but this year, dia pilih sendiri... muhahahahaa... she ended up pilih gown yang orang pakaikan untuk budak-budak bawak flowers masa wedding tuh... muhahahaaa... but it's her choice, so i belikan jugak... i'm okay sebab semua baju kurung and baju melayu untuk diaorang dah ditempah, so pakaian nih cuma extra baju untuk diaorang pakailah... lama jugak keluar so pergi beli lauk pauk untuk berbuka puasa... that night everyone sibuk nak buat kuih raya, so belikan bahan-bahan untuk kuih raya jugak...

on wednesday, i keluar awal pergi pasar with my parents... dah decide untuk hari raya pertama nak buat nasi dagang dengan gulai ikan dan gulai ayam, nasi impit dengan kuah kacang berdaging, rendang daging dan ayam, sambal ikan dan sate *well, sate memang dah tempah awal-awal*... hari raya kedua nanti nak buat nasi bukhari dengan kari ayam, kabbak daging, dalca dan acar... beli barang-barang dapur memang menjadi last minute shopping for us every year sebab my dad nak yang betul-betul fresh... sanggup drive all the way to kuala selangor sekadar nak beli daging tempatan yang baru disembelih... ayam, ikan dan bahan-bahan lain pulak beli di pasar borong selangor... memang macam nak buat kenduri... muhahahaaa... tapi itulah my dad... bab-bab makan dia mesti nak yang fresh... tengahari kemas rumah, mop lantai, salin sarung kusyen, pasang langsir dan sebagainya... my mom and sisters sibuk di dapur menyediakan bahan-bahan untuk hari raya nanti... petang around 4pm, i bawak the kids out again... pergi potong rambut and we ended up bukak puasa kat kfc...

malam raya, my sister from terengganu dah sampai bawak lemang... since rendang dah masak, semua melantak makan lemang dengan rendang... muhahahaaa... banyak sungguh benda nak buat, tapi sebab suasana tuh sungguh berbeza, tak rasa letih pun *except bila semuanya dah habis...* sedih jugak sikit sebab renovation rumah my parents belum siap sepenuhnya... nasib baik bilik atas semua dah okay... now we have 6 rooms upstairs with huge living area... cuma dua bilik bawah belum siap and dapur belum seratus peratus siap... the aroma from the kitchen, fffuuhhhhh... memang best sangat-sangat! rendang dah masak, gulai tengah menggelegak, beras untuk nasi dagang dah direndam, nasi impit tengah direbus... dapur gas, dapur elektrik, dapur arang, semua dipakai... i think about 2am baru semua siap...

lepas sembahyang raya memang makan puas-puas... i think adalah dekat dua jam kot duduk kat meja makan jer... then, melayan tetamu-tetamu yang datang ke rumah... memang tak lepas tangan membakar sate dan menghidang makanan... seronok sungguh... kemudian keluar jugak melawat rumah saudara mara yang tak balik kampung jugak... makan dan makan dan makan lagih... lepas tuh bagi duit raya, duit raya dan duit raya lagih... ringan poket jadinya... muhahahhaaa... malamnya pulak keluar pergi dinner with boy, joe and ted kat planet hollywood... seronok jugak... selalunya malam raya i lepak tengok tv or keluar pergi rumah terbuka, but this year pergi 'rumah terbuka' kat planet hollywood pulak... muhahahaaa...

thank you to all yang hantar kad raya, yang sms raya wishes, yang call nak ucapkan selamat hari raya... terima kasih banyak-banyak... oh, and happy belated birthday to emy yang birthday dia jatuh hari raya this year... mesti best emy sambut raya and birthday on the same day... and also, hari nih pun birthday darling8tabby... so, happy birthday to you too, darling8tabby... semoga both of you dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki... amin... one thing i realised masa hari raya this year, we don't need other people to make us happy... and i don't think orang lain can love my kids like i do... so, lupakan cerita lama, mulakan buku baru... mungkin lebih baik kami begini... to all, again, selamat hari raya aidilfitri and maaf zahir dan batin...