Bidadari Hati

Sunday, September 25, 2005

the one about badrul and nasi kerabu mom's recipe (iklan jap)...


ulam ~ kobis, kacang panjang, daun kunyit...

sajer nak break kejap... nanti i will continue letak gambar-gambar from anugerah era... so, i know bulan puasa belum start lagih, tapi macam my kitchen tour nak start balik jer... muhahahaha... sebenarnya, macam yang i cakap hari tuh, i buat farewell to my colleagues kat office... so, i janji kat diaorang to cook nasi kerabu... let me tell you, nak buat nasi kerabu nih penat sikit sebab banyak bahan-bahannya... well, itu pun kalau you nak rasa yang original sikitlah... kalau yang ada jual kat kl nih, sesetengahnya letak ulam macam taugeh, kacang panjang dan kobis jer... yang paling mudah dan paling murahlah tuh... tapi kalau ikutkan, banyak lagih ulam yang nak kena letak... so, if you decide to cook nasi kerabu, be prepared! pastikan ada orang yang membantu... kalau tidak, memang satu hari lenguh-lenguh badan nanti... muhhhahahaha... i pun mintak tolong my sisters to hiris-hiris ulam dan sebagainya...

oleh kerana i bangun pukul empat pagi *yach tuan-tuan dan puan-puan* memang takda masa nak ambik gambar ketika preparation seperti yang i selalu buat... gambar-gambar nih semua diambil bila dah dihidangkan kat office dan yang dah lapar start makan... muhahahahaa... gambar pun tak semua yang dapat diambil...


ulam ~ daun kesom, daun kadok, serai, bunga kantan...

i kalau nak bagi jumlah dan nilai sebenar barang-barang yang nak digunakan nih i tak berapa reti sangat... maklumlah, i masak ikut rasa, takda belajar-belajar kat sekolah... muhahahhaaa... so, kebanyakan jumlahnya main agak jer... okay, kita start dengan ulam-ulaman dulu... again, mengikut jumlah yang you sukalah... kalau suka raw vegetables, letak ler lagih banyak... kat bawah nih list ulam-ulaman yang my family selalu guna bila masak nasi kerabu...

kacang panjang ~ dihiris nipis-nipis
kobis ~ diracik halus
daun kunyit ~ diracik halus
serai ~ diracik halus
bunga kantan ~ diracik halus
daun kadok ~ diracik halus
daun kesom ~ dipotong kasar


sambal ikan...

sambal ikan atau sesetengah orang panggil serunding ikan nih pun leceh jugak nak buat, tapi bila dah siap... seeddaappnya!

1 biji kelapa parut
10 ekor ikan kembung
2 keping asam keping
10 ulas bawang merah
2 batang serai
garam secukup rasa
lada hitam secukup rasa

ikan kembung dibersihkan dan direbus dengan asam keping dan sedikit garam... kemudian perisikan ikan-ikan tuh dan semua isinya ditumbuk... hah, nih part leceh sikit... jangan tumbuk sampai lumat yach... cuma pecah-pecahkan sikit jer isi ikan tuh... bawang merah dan serai juga ditumbuk... juga jangan sampai terlalu lumat dan tidak terlalu kasar... kelapa parut digoreng sehingga naik bau... kemudian ditumbuk... gaulkan semua bahan-bahan tadik dan masukkan garam dan lada hitam secukup rasa... sambal ikan nih sedap sungguh kalau makan dengan nasi impit atau pulut... ohhh, laparlah pulak!


sambal tumis belacan...

kalau you buat sambal tumis belacan, bermakna nasi kerabu ialah nasi kerabu putih... nasi kerabu hitam *walaupun warna dia biru, tapi orang panggil nasi kerabu hitam* tak payah pakai tumis belacan nih... tapi to me, yang nih ler yang paling sedap!!

30 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
15 biji lada kering - direndam dan dikisar
belacan 2inci x 2 inci dikisar
5 batang serai - dikisar
gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menggoreng
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat

panaskan minyak didalam kuali dan goreng semua bahan yang dikisar sehingga naik bau... sebab dah pakai belacan, tak payah lagih nak pakai garam... masukkan gula secukup rasa... bila bahan dikisar dah garing, masukkan santan cair... kacau sehingga pecah minyak dan masukkan santan pekat... biarkan mendidih dan tutup api... hah, dah masak dah...


daging goreng...

selalunya bila masak nasi kerabu, orang akan makan dengan daging bakar... tapi hari tuh cari dapur arang tak jumpa... so, i decided to goreng jer... selalu jugak kita makan nasi kerabu dengan daging goreng kunyit... but, masa masak hari sabtu tuh, i tukar sikit nak bagi rasa sedap lagi...

sekilo daging batang pinang
garam dan kunyit secukup rasa
2 inci halia muda ~ hiris nipis
4 ulas bawang putih ~ biarkan sebiji-sebiji
2 biji bawang besar ~ hiris nipis
3 biji lada kering - dihiris
1 periuk air
2 sudu kicap pekat
minyak untuk menggoreng

mula-mula bersihkan daging... masukkan dalam periuk berisi air... masukkan sedikit garam, kunyit, hirisan halia muda dan bawang putih sebiji-sebiji... nih adalah cara yang my mom selalu gunakan bill nak masak ayam atau daging or even ikan... kaedah nih dipanggil 'mati air'... i pun tak tahu apa maksud dia... muhahahhaaa... all i know is that kalau nak masak kari ker, nak goreng ker atau masak apa jua, daging lebih lembut dan lebih berperisa... okay, selepas daging tadi dah empuk, toskan airnya... kemudian hiris daging nipis-nipis...

panaskan sedikit minyak, masukkan daging yang dihiris, garam dan gaul rata-rata... kemudian masukkan bawang besar dan lada kering yang dihiris... goreng sehingga bawang garing... masukkan kicap pekat dan gaul rata-rata... angkat sebab dah masak.... muhahahhaaa...


ikan celup tepung...

selalunya kitaorang guna ikan yang kecik-kecik macam ikan selar kuning atau ikan mambong untuk buat ikan celup tepung nih...

500 gram ikan selar kuning
5 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit kunyit
garam secukup rasa
air
minyak untuk menggoreng

campurkan adunan tepung, baking powder, kunyit, garam dan air... adunan nih mesti tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair... just nice... kalau you tuang adunan tuh, kira macam susu pekat manis tuh... hah, lepas tuh, ikan yang dah dibersihkan tuh dicelup satu-satu right before masuk dalam kuali... maknanya, anda kena panaskan minyak terlebih dulu, dan bila minyak dah panas, celup ikan dalam tepung dan terus ke dalam kuali... macam tu lah caranya... toskan ikan yang dah digoreng tadi supaya takda minyak yang lebih-lebih...


telur masin...

selain daripada telur masin, banyak lagih lauk sampingan untuk dimakan bersama dengan nasi kerabu... bawang putih jeruk, salak lada dan keropok keping goreng... keropok nih wajib tau! lepas tuh mesti ada budu dan air lada...

selalunya budu yang dibeli dikedai, my mom akan masakkan dulu... senang jer... gorengkan sedikit cili boh dengan sedikit minyak... bila cili boh tuh dah garing, masukkan budu... pastikan budu ditapis dulu yach... kemudian, biarkan mendidih... bila nak dihidangkan, pastikan diperahkan sedikit limau nipis...

untuk air lada pulak, kena ada...

4 sudu cuka
3 biji limau purut
sedikit garam
100 gram cili padi merah...

kisarkan kesemuanya... dah, siap dah airlada untuk makan dengan nasi kerabu dan ikan celup tepung or daging bakar... yum yum! selamat mencuba kepada yang nak cuba, dan pastikan nanti pergi spa sama-sama yach... muhahahahaa...


Thursday, September 22, 2005

the one about badrul and anugerah era pictures (part 1)...


anugerah era - the stage...

i know... anugerah era dah over almost a week... tapi i baru jer dapat gambar-gambar, which i really want to put in my blog... banyak pulak tuh i dapat gambar... muhahhaha... so, i will select gambar yang i nak letak jer lah...

anyway, someone left a comment cakap i yang ajar apa yang felix cakap masa diinterview oleh farah fauzana... pada mulanya i malas jugaklah nak jawab because nanti melarat-laratlah pulak kan... tapi at the same time, kalau i tak cakap apa-apa, nanti orang ingat betullah pulak... so, here... i don't even know that they were going to interview felix... lepas habis anugerah era, i tanya rostam, that interview tuh memang dirancang ke?... dia cakap memang diaorang invite felix to be interviewed kat konti era dalam stadium tuh... so i tanyalah if the interview was scripted, and rostam cakap no... same thing, i tanya jugak farah fauzana and dia cakap semua tuh secara spontan... okaylah... malas nak explain panjang-panjang... to me, apa felix nak cakap atau cakap, itu dia punya suka... tak payah nak susah-susah fikir ikhlas ker tak ker, bergurau ker, serious ker... terpulanglah pada dia... full stop!


elliza, akma and emy... getting ready...

i terkejut jugak tengok ada gambar-gambar kat dressing room masa diaorang tengah bersiap-siap... cool! i think masa nih i dok tengah sibuk-sibuk kat depan tunggu some of my friends... i'm sure diaorang tengah bersiap-siap sejak awal petang lagih, since ramai af stars yang nak kena makeup and dress-up...


felix nak dipacakkan rambut...

kalau tengok gambar-gambar kat dressing room tuh, penuh dengan jurumekap, pendandan rambut and designers yang nak sediakan these stars... bersimpang siur wires, and baju-baju di merata tempat... ada satu gambar tuh mawi siap melelapkan mata *lepaskan penat kot* masa jurumekap tengah bedakkan muka dia... luckily, mawi takpayah susah-susah buat rambut...


yazer's turn to do his hair...

i guess rambut lah part yang paling makan masa kot... i think lah... tapi kalau tengok pada make up semua, mungkin makan masa lagih lama kot... susah jugak yach jadi artis nih... muhahahhaaa... kena yang muka besar macam i nih, lagih banyak ruang nak kena make up kan... muhahahaha...


marsha, emy and akma at the red carpet...

masa kat red carpet, i berdiri kat starting point dia, where limo sampai and orang bukakkan pintu untuk artis-artis turun sebelum berjalan di red carpet... so, ramai jugaklah artis-artis *dan bukan artis* yang i nampak with macam-macam gaya pakaian... ada yang kena dengan tema, ada yang tidak... tapi all in all, everyone was trying to fit into the theme...


reza and felix gaya funky...

i think the idea of red carpet nih memang bagus sebab bagi peluang untuk peminat-peminat melihat dari dekat artis-artis pujaan mereka... but tempat dan cara perlu diambil kira supaya peluang itu tak membazir... yang nih i think kita kena belajar cara-cara yang dibuat kat hollywood... i know it will take a lot of time, money and effort... tapi that is the only way supaya 'red carpet' tak hanya membuang masa...


zahid, yazer and mawi... also at the red carpet...

apa-apa pun, i suka red carpet kat anugerah era sebab selain daripada artis-artis berjalan dan diambil gambar oleh press, they were also being interviewed dengan beat tv, muzik@ria, and trek selebriti... nampak impressive...

i guess next week pun i masih akan letakkan gambar-gambar from anugerah era... i love the pictures... next week i akan letakkan gambar-gambar pemenang, artis-artis on stage and some pictures from the post party... enjoy!


Wednesday, September 21, 2005

the one about badrul and a little story...




i've been very busy for the past few days... in fact, i think i'm going to be quite busy for the next couple of days or so... tapi, insyaAllah, when i have more pictures masa anugerah era, i will put it up here... tengah dok merayu siapa-siapa yang ambik gambar malam tuh... muhahahaha... anyway, today i dapat email from a friend with this little story... maybe you guys pun dapat jugak before, but i thought it was such a nice story that i nak letak kat blog nih... mana tau, satu hari nanti, i need to read it again to bring back my perspective on things...

Perspectives

One day a father and his rich family took his young son on a trip to the country with the firm purpose to show him how poor people can be. They spent a day and a night in the farm of a very poor family. When they got back from their trip the father asked his son, "How was the trip?"

Very good, Dad!"

"Did you see how poor people can be?" the father asked.

"Yeah!"

"And what did you learn?"

The son answered, "I saw that we have a dog at home, and they have four. We have a pool that reaches to the middle of the garden, they have a creek that has no end. We have imported lamps in the garden, they have the stars. Our patio reaches to the front yard, they have a whole horizon.

When the little boy was finishing, his father was speechless.

His son added, "Thanks, Dad, for showing me how poor we are!"

Isn't it true that it all depends on the way you look at things? If you have love, friends, family, health, good humor and a positive attitude toward life, you've got everything!

You can't buy any of these things. You can have all the material possessions you can imagine, provisions for the future, etc., but if you are poor of spirit, you have nothing!

~Author Unknown~


kat dalam email tuh tertulis 'author unknown', but if you know siapa yang tulis nih and darimana, do let me know... this saturday, i'm saying farewell to one of my friend kat office... i promise her to cook nasi kerabu, or some of you panggil nasi ulam... haiiyooo, banyaknya kerja... nampak gaya kena bangun pukul 4 pagi ler hari sabtu nih... muhahhahaha...


Monday, September 19, 2005

the one where badrul... errr... was badrul there? (part 2)...


anugerah era 2005...

thanks to ijan sebab hantarkan gambar yang dia tolong ambilkan... well, you can see that i hanya ambil a few shots... memang takda masa dan kesempatan untuk bergambar, and memang i tak bawak camera pun... tapi bak kata izreen, 'semuanya disimpan dalam kotak fikiran'... muhahahhaa... okay, i nak cerita serba sedikit yang berlaku di belakang tabir... oh wait, takda kena mengena dengan orang lain yang bekerja di belakang tabir... just cerita i di belakang tabir jer...

dalam banyak-banyak speech, i suka syarifah amani's *betul ker nama dia nih?* acceptance speech... 'the voters has spoken'... tanpa perlu nak menemplak sesiapa, ayat tersebut pasti meninggalkan maksud yang mendalam... which to me is great! kadangkala kita hanya fikir tentang pilihan kita sahaja, tanpa mengambil kira pilihan orang lain...

ayat yang paling kelakar i dengar pulak was from felix... 'jangan kemana-mana kita akan kemana-mana'... that was hilarious... macam nak pecah urat perut... ditambah dengan muka dia yang selamba jer... muhahahahaaa... ayat yang paling romantik pulak was... hhhmmmm... tak payah tulis lah... nanti ramai pulak yang pengsan tak sempat bawak pergi hospital... muhahahahaa...


with zahid...

macam yang i cakap earlier, i banyak menghabiskan masa kat tepi stage *belah dalam* dengan klubbkidd, juan, ted dan beberapa orang lagih... masa tuh perut dah meragam sebab tak makan apa-apa dari lunch time dan tekak memang kering habis... kita oranglepak kat bilik untuk af stars and nasib baik reza ada beli mcdonalds.... so, alas perut dengan fries and bantai coke dia... muhahahhaa... *joe minum coke sampai habis*.... lepas tuh, towards the end of the show, felix and yazer lepak kat bilik yang sama... masa tuh lah i bagi nasihat serba sikit kat dua-dua orang nih... maklumlah, banyak jugak perkara yang tak berapa baik disebarkan oleh orang tertentu yang mungkin dengki dan sakit hati dengan mereka... anyway, nasihat tuh pun untuk kebaikan mereka jugak dan untuk mengelakkan ada orang mengambil kesempatan atas sifat mudah percaya mereka... they are good kids, so sudah-sudahlah dengan kata-kata yang tak berfaedah... both of them pun ada jugak menyatakan ketidakpuasan hati mereka tentang beberapa perkara, which i think mereka dah boleh menghadapinya...


with felix...

ketika di post-party, i ke hulu dan ke hilir membantu team publicity era membawa press... memang sukar kerana berlaku sedikit salah faham menyebabkan beberapa orang press 'naik angin'... i pun tak tahu nak cakap apa dah sebab i pun cuma membantu saja... again, i nak mintak maaf sekali lagih pada yang terlibat jika ada kekurangan... the place was too crowded with people... so, i just hang around dengan akma and introduced kan dia dengan beberapa orang rakan wartawan yang i kenal... she was interviewed by media hiburan and majalah hai... i jugak introduced akma pada roslen, editor berita minggu yang ingat akma seorang model... memang akma macam model kan... muhahahahaa... mula-mula tuh i ingatkan i sorang jer yang ke sana ke mari... rupa-rupanya elkapitan pun dah tawaf tempat tuh dua tiga kali sebab mencari marsha... siap muka frustrated lagih... muhahahhaaa.. kesiannya... i pun tak tahu apa kesudahannya... harap-harap jumpalah yach...

nak makan pun a bit susah actually sebab pinggan semua tak cukup... at last i dapat satu pinggan, tetapi tengah i dok letak nasi goreng, tiba-tiba my executive director tanya ada lagih tak pinggan and dia pun nak nasi goreng... haaiyoooo... next to me was anita from menara kl, who used to work with astro... so, i tanya dia, kalau tengah lapar giler nih and you ada satu pinggan jer, and at the same time your executive director mintak makanan dengan you, should you give it to him or should should just ignore it and terus jer makan... of course, i don't actually have to wait for her answer, i gave my plate to him... la la la la... at last, i just tengok ada lebih-lebih air mineral orang punya, i just minum jer untuk alas perut...


with felix and yazer...

sebelum orang lain keluar, i nak cabut awal, tapi akma nak ikut jugak... so, i pun bawaklah dia dengan emy sekali untuk pergi dressing room tempat diaorang tinggalkan barang-barang diaorang... wahhhh, macam orang kaya berjalan dengan dua orang gadis yang cantik bergaya... sorang pegang tangan kiri sorang pegangn tangan kanan... pastu ramai photographer *actually peminat-peminat diaorang lah* ambik gambar... terglemer kejap... muhahahhaaaa...

bila sampai kat dressing room tuh, sorang-sorang bintang af sampai... aidil, amylea, felix, yazer and mawi... so, melepak dengan diaorang sekejap... emy ambil gambar dengan felix kemudian diapun tunjuk-tunjukkan kat akma sambil cakap 'jangan jeles tau'... lepas tuh akma jawab balik 'takda maknanyer...' lepas tuh felix jawab 'ttoootttt'... muhahahhaa... kena sensor... pastu akma cakap dengan nada manja 'toooottt'... muhahahahaa... sensor lagih...

lepas tuh mereka ramai-ramai tengok majalah urs yang gambar depan dia akma dengan felix title 'cinta realiti atau fantasi' *or something like thatlah*... pastu giliran mawi pulak gelakkan felix dengan akma... so i pun ambik peluang kenakan mawi *sambil posing gaya mawi tengah sedih dalam majalah urs tuh* sambil kata 'mawi tak mau terluka lagih'... muhahahaha... pastu mawi cakap 'bukan macam tuh bang, macam nih'... pastu dia duduk sambil buat-buat sedih tapi ketawa terkekeh-kekeh... you can see how close these kids with each other *with some exceptionlah*... muhahahha...

it was time for me to leave... mata dah mengantuk, perut masih lagih berkeroncong... banyak kenangan manis tersimpan dalam kotak fikiran...


Sunday, September 18, 2005

the one where badrul was there but not really there (part i)...


anugerah era...

i don't really know where to begin... well, let me just mintak maaf dengan apa-apa kekurangan pada anugerah era 2005... kadangkala, ada perkara yang tak dapat dielakkan macam microphone tuh... hhmmmmm... tak reti jugaklah nak kata apa-apa... just mintak maaf banyak-banyak...

anyway, malam full dress rehearsal tuh, i was actually sedikit disappointed... tentu sekali dengan kehadiran artis *the lack of it*... i know that ramai yang terlibat dengan bulan penutup kemerdekaan di kedah... yang tuh memang i tak kisahlah kan sebab mereka terlibat dengan event untuk negara... tapi yang i frust tuh yang tak terlibat dengan apa-apa pun masih jugak tak datang... masa nih lah kita boleh nampak commitment artis-artis kita untuk sesuatu event... padahal, kalau dilihat secara halusnya, event ini juga sebenarnya untuk mengiktiraf perjuangan mereka dalam industri muzik tanahair...


anugerah era...

peluang berada di malam full dress rehearsal i gunakan sebaik mungkin untuk memberikan pendapat dan kritikan... i managed to talk to aznil and linda supaya jangan mengulang ayat-ayat yang sama, dan jangan menyuruh penonton kerap bertepuk tangan apabila mereka sudahpun memberikan tepukan sebelumnya... i think combination antara aznil dan linda tidak membosankan, tidak terlalu panjang dan meleret... they compliment each other... at this moment, i still think aznil is the best host in the country... kita perlukan pelapis-pelapis baru dalam bidang pengacaraan untuk menggantikan aznil suatu hari nanti...

malam anugerah era itself, i memang tak sempat lepaskan lelah... i'm so sorry to all my friends yang datang pada malam tersebut kerana i tak sempat nak entertain you all, and for not being a good host... i really hope you guys enjoy the show despite the 'sound system' yang kurang memuaskan... dan despite tempat duduk yang kurang selesa nun jauh di atas awangan... segala kekurangan tuh harap dimaafkan yach...

tugas i pada malam tuh adalah membantu publicity department menguruskan pihak-pihak wartawan, editors dan photographers.. ini pun menjadi satu masalah jugak kerana ramai pihak yang tak faham bahawa invitation diberikan khusus untuk mereka... ada yang membawa kawan kepada kawan kepada kawan, ada yang bukan wartawan pun duduk di tempat wartawan, dan ada yang sepatutnya duduk dibahagian v.i.p. yang disediakan di bahagian atas, tapi nak duduk di bawah bersama dengan wartawan yang bertugas... so, ramai jugaklah wartawan yang tak dapat seat... sekali lagih, i nak mintak maaf banyak-banyak...


anugerah era...

bila show bermula, i dah tak larat dah... kaki dah mula sakit-sakit sebab dari pukul 3 petang tak rest langsung... so, i ended up melepak dengan juan dan klubbkidd kat the side of the stage... banyak jugak perkara yang dibualkan... daripada laporan di dalam malay mail tentang bloggers, tentang mawi *mestilah kan, kalau ada juan... kan... muhahahaha*, tentang dunia artis, tentang kawan-kawan dan semangat setiakawan, tentang kehidupan dan lain-lain lagih...

sebenarnya sedih jugak sebab i tak bawak camera... well, dari awal i memang dah niat, i berada di anugerah era untuk bertugas, jadik rasanya macam tak profesional kalau dalam masa bekerja tuh masih jugak nak bergambar sana sinih kan... tapi still terkilan sebab masa melepak tuh, kitaorang berada dekat dengan green room, where they took all the pemenang untuk diinterview... nasib baik jugak ada kawan-kawan yang tolong ambik kan gambar... tuh pun dengan zahid, felix and yazer jer... lepas tuh dah segan nak sibuk-sibuk kat green room tuh...


anugerah era...

i'm sure most of you dah tahu tentang senarai pemenang anugerah era 2005... ada yang menjadi 'kejutan' dan ada yang seperti telah anda jangkakan... tapi yang penting, ianya semua adalah pilihan pengundi yang menghantarkan undi... i ulang, yang menghantarkan undi... kalau setakat pilih dengan air liur jer tapi tak hantar undi pun tak guna jugakkan... muhahahahaa... tahniah untuk semua para pemenang dan yang tercalon... terima kasih kepada semua yang sudi hadir di stadium dan yang menonton anugerah era di rumah... terima kasih kepada semua yang bertugas dan bekerja keras... semoga kita semua belajar dari kesilapan dan terus menerus mencuba untuk menghasilkan yang lebih baik...

nanti, bila i dah dapat gambar from my friend *hantarlah yach*, i akan uploadkan kat entry nih... sementara tuh, tenung-tenunglah logo anugerah era tuh yach... muhahahhaaa.. hhhmmmm... kenapa jiwang united tak perasan pasal lagu 'raikan cinta' tuh yach? hhhmmmmm.... okaylah, nanti i update kan this entry dengan the post party update... sekarang nih badan still letih lagih...

:: senarai pemenang anugerah era 2005 ::

:: artis harapan pilihan ~ zahid
:: vokal wanita pilihan ~ siti nurhaliza
:: vokal lelaki pilihan ~ anuar zain
:: vokal duo/berkumpulan pilihan ~ kru / adam
:: band pilihan ~ spider
:: irama global pilihan ~ erti hidup - dayang nurfaizah
:: lagu nasyid pilihan ~ aku tanpa cintamu - mirwana / jayjay
:: lagu rock pilihan ~ mungkin nanti - peterpan
:: lagu pop pilihan ~ elegi sepi - azharina
:: artis inggeris tempatan ~ ve
:: muzik video pilihan ~ terhangat di pasaran - kru / adam
:: pilihan kaki wayang era ~ sepet
:: artis pilihan sms digi ~ mawi
:: anugerah carta era ~ mungkin nanti - peterpan
:: anugerah seni era ~ m.nasir


Tuesday, September 13, 2005

the one about badrul wants to be someone else? and akma's gathering... yeahh!!!


picture (i)...

blog-hopping memang banyak kelebihannya… you will have the chance to read about other people’s life and the way they look at things… malam tadik dalam dok tengah update my new entry, i can’t help myself to think that how wonderful it would be if i could be like them… them nih other bloggers yang i memang respect cara penulisan diaoranglah… kalau lah i boleh tulis blog dalam bahasa inggeris dengan bunga-bunga bahasa dan perkataan-perkataan yang i sendiri kena tengok dictionary untuk faham… or, if i could write dalam bahasa malaysia yang memang indah sepenuhnya… betapa seronoknya bila dapat tengok sesuatu perkara dari sudut yang berbeza, and not just straight forward… to think outside the box and to gain respect from others with your knowledge and capacity…


picture (ii)...

kadangkala dalam masa tertentu dan suasana yang berbeza, memang rasa macam nak jadi somebody else… bila keluar window-shopping dan ternampak other people bershopping sakan, terasa macam waahhhh, bestnya hidup orang tuh… mesti kaya raya boleh shopping banyak-banyak… benda-benda yang mahal, branded dan macam-macam lagih… tengok cara dia berpakaian macam wang ringgit tak jadik masalah pada dia… dompet tebal, metrosexual yang pergi cuci muka *facial treatment* tiap-tiap minggu, grooming, buat manicure & pedicure… berjalan-jalan seolah tiada masalah dalam fikiran dia…


picture (iii)...

kemudian tengok tv atau baca magazine pulak, artis-artis barat yang hidup mewah, rumah besar macam lapangan terbang, kereta berpuluh-puluh buah, satu movie dapat bayaran sampai rm80juta, kolam renang macam tasik, bilik air sama besar dengan rumah i… waahhh, tentu bahagia hidup mereka tak payah nak fikir tentang masalah kewangan… tak payah nak risaukan tentang bayar duit kereta, duit rumah, makan minum, sekolah anak-anak, tanggung adik beradik dan sebagainya… erkkk, bahagia ker? Semua orang cakap money is not everything… hhmmmm, kalau nak pergi toilet kat shopping centre pun kena bayar, macam mana pulak ‘it’s not everything?’…


picture (iv)...

Tapi kan, would i be the same person if i have all that?

Kalau i hanya pandai makan minum kat hotel-hotel or posh cafĂ© dengan designer food berbagai, boleh ker i appreciate keenakan masakan yang i sendiri masak walaupun sekadar telur masak kicap?… kalau i tak merempat pinjam duit sedara tuh sedara nih masa my father nak buat operation dulu, tau ker i yang mana sedara semasa susah yang mana sedara semasa senang? kalau i tak pernah fikirkan tentang kesusahan diri sendiri, boleh ker i nak fikir tentang kesusahan orang lain? funny thing is, kadangkala lamunan kita tuh very selective jer… kita pilih masa dan saat yang kita lihat dan kita hendak sajer… i don’t think ada di antara kita yang nak jadi ‘asmawi ani’ lima tahun dulu, tapi i can bet beribu-ribu orang yang nak jadi ‘mawi’ pada hari ini… and that’s the real truth…

i’m glad I am me… dengan kekurangan dan kelemahan… walaupun berangan tetap berangan…


eh, tangan sapa tuh?!?

eh, tangan-tangan sapa pulak tuh? muahahahaa... mesti jiwang united *especially lullaby* tak senang duduk... muhahahaha... tuh baru sikit jer... takleh tunjuk semua... nanti ada yang pengsan pulak... alah, tak kisahlah kan... jangan timbul fitnah yang bukan-bukan cukup lah... gambar tuh pun sebenarnya kandid jer masa diorang menyanyi dan menari during media appreciation night lama dulu... anyway, i don't want to talk about diaorang pegang tangan ke apa, i just want to announce about akma gathering that is coming soon...


akma (i)...

akma's gathering will be held at mega view banquet deck, kl tower pada 30 september ini pukul 8.30 malam... temanya biru dan putih, dan bayarannya hanya rm65 seorang... bayaran boleh dibuat dengan memasukkan bayaran anda ke akaun noor aishah abdullah (ambank) 2110010115636 atau mohd haidir yussuf (bcb) 12230009632054... kemudian hubungi aishah di 017-3337211 ataupun sariyah di 012-2260401...


akma (ii)...

i'm so excited about this gathering.. tak sabar rasanya... oh ya, i will be busy sampai hujung minggu nih... that's the reason ada dua cerita dalam satu entry nih... muhahahaha... anyway, jom kita ramaikan majlis akma nih... you can actually email pada i jugak if you want to know more macam mana nak bayar or apa saja tentang akma's gathering... i'm excited! excited! excited!!! jom ramai-ramai...


Monday, September 12, 2005

the one about badrul and seafood again...


bihun singapore & asparagus belacan...

i just want to jot this down before i terlupa... on sunday, i pergi lunch at this one restaurant... over there ada this kelantanese family dengan anak-anak kecik diaorang... two young boys... very naughty... biasalah kan, budak-budak... tapi yang i nak ceritakan ialah bila sorang anak dia tuh berlari-lari ke belakang hampir dengan dapur, mak dia tiba-tiba cakap 'hah, gi lah... ada bokbong tuh...' i was laughing so hard... dah lama giler tak tak dengar perkataan 'bokbong'... muhahahaha... 'bokbong' adalah perkataan kelantan/terengganu yang maksudnya macam 'hantu' lah... actually, i pun tak tahu that word originated from which state sebab my family kan half kelantan and half terengganu... even so, dah lama dah i tak dengar either my parents or my sisters sebut perkataan tuh kat cucu or budak-budak kat rumah... nowadays, kat rumah i either sebut 'ring' or 'alien' baru ler budak-budak tu sibuk nak mandi or do their homework... muhahahaha... 'bokbong'... muhahahahaa...


la liu ha or dried chilies mantis prawn...

anyway, last week dream sms ajak pergi makan ketam... kalau nak ikutkan, i memang sibuk sangat sekarang, tapi sebab lama jugak tak jumpa dengan dream, i agree to go... rancang pergi hari sabtu and sm, chail, adi and sahri pun akan join sama... mula-mula shonny pun nak join jugak tapi last minute dia ada something to do, so dia tak dapat pergi... dah lama jugak i tak pergi seafood... sejak cholestrol level nih tinggi, and i'm on medication... tapi once in the blue moon takpalah kan... *ayat penyedap hati nih*... dua tiga hari dok terbayangkan ketam, udang dan macam-macam kat depan mata... hhmmmm....


marmite crab... 'sinful' food...

we order our usual... muhahahaha... 'our usual!'... kind of funny sebab tiap-tiap kali pergi pun memang itu jer yang kitaorang order... me anyway... tak adventurous langsung... tak kiralah pergi dengan sapa-sapa pun mesti order benda yang sama jugak... okay, this is my usual... a plate of bihun goreng singapore, mantis prawn with dried chillies, asparagus belacan, marmite crab, sweet & sour crab and fried mantao (roti goreng)... since i takleh nak makan seafood banyak sangat, so i just opt for bihun goreng, mantis prawn, sepit ketam and a bit of sayur... then, cicah roti goreng and kuah ketam... ssseeedddaapppnnnyyaaa...


sweet & sour crab...

let me tell you, marmite crab and mantis prawn with dried chillies are my favourite! sedap sehingga menjilat jari... kalau dulu *zaman muda-muda yang tak pedulik cholestrol* selalunya kitaorang akan order ketam yang bertelur... haiyooohh!!! cholestrol memang mencanak-canak naik, tapi sedapnya memang tak terkata! some of you may be curious apa tuh marmite? well, marmite nih macam boveril jugak, tapi boveril tuh made of pati lembu and marmite from vegetables... warna hitam... dulu masa budak-budak selalu makan marmite or boveril dengan bubur... alamak, tulis entry pasal makanan nih pun dah kecur liur... boleh?!?


buurrpp... alhamdulillah... kenyang...

since bulan puasa dah around the corner, kalau tak silap i kita mungkin start puasa on the 5th of october *of course tengok anak bulan dulu lah... muhahahaha*, so kalau ada sapa-sapa nak plan pergi makan seafood, bagitau lah yach... teringat gak zaman dolu-dolu pergi makan seafood reramai kat port klang... memang pengalaman yang tak mungkin dilupakan... dah ramai jugak bebudak akademi fantasia satu dan dua macam adi, sahri, khai, rosma, farah yang i bawak pergi makan ketam kat port klang nih... cuma akademi fantasia tiga jer belum lagih berpeluang... tunggulah bila diaorang tak sibuk nanti... hhhmmm... tidur nih mesti mimpi ketam... yum yum yum...

oh by the way, happy belated birthday, yazer!!!! haiiyaaaa!!! macam mana boleh lupa nih?!? wuaarrgghhhh!!!!


Sunday, September 11, 2005

the one about badrul and a visit to aquaria klcc...


aquaria klcc (i)... poisonous frog...

sebenarnya banyak jugak perkara yang i nak update kat blog... banyak cerita... tapi atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, i kena letak yang boleh letak dulu lah... my laptop punya hard disc ada problem... so bila nak upload, banyak kali 'not responding'... tapi i will try to update as much as i can... hopefully on monday, orang from acer akan datang to repair or replace the hard disc... this coming week pun will be a busy week for me with anugerah era is just around the corner... harap-harap semuanya berjalan dengan lancar... insyaAllah...

received an invitation from mr terry o'boyle, the chief operating officer of aquawalk, the company that managed aquaria klcc, with other announcers for a short visit to aquaria klcc... i apa lagih, setuju jer lah... muhahahaha... anything to 'escape' the hectic schedules in the office... bukan selalu kan dapat pergi melawat time office hour... ramai jugaklah announcers yang pergi from other stations than era... so, seronok jugak... macam field trip masa zaman sekolah dulu...


aquaria klcc (ii)... ikan lampam ker nie?

this is the second time actually i pergi aquaria klcc... masa mula-mula dulu pun dapat invitation just to see how it was set up... masa tuh i think baru 40% siap... sand tiger shark pun baru jer sampai and masih lagih dalam containment... this time around, i think about 95% dah up... cuma tinggal nak tambah ikan itu dan ikan ini... a few here and there...


aquaria klcc (iii)... lion fish... poisonous...

aquaria klcc was not built to be the biggest in the world or in asia... it is more on education and entertainment values... sebab kalau nak compare dengan the underwater world kat shanghai, aquaria klcc is relatively small... tapi, having said that, i still love the aquaria klcc.. i think it's about time kita ada some sort of underwater world... apatah lagi, this one terletak kat tengah bandaraya and kira macam easy access lah... kalau you tak tahu macam mana nak pergi ke kuala lumpur convention centre, you can actually park your car dekat klcc and lalu underpass tunnel next to guardian kat klcc tuh... senang jer...


aquaria (iv)... jeng! jeng! jeng! jeng! jeng!

i remember a long long time ago, kat zoo negara pun ada aquarium... it was so long ago that my memory pun keluar gambar black & white... muhahahhaaa... anyway, susun atur dalam aquaria klcc memang penuh dengan educational value... keadaan yang teratur dan mudah untuk kita fahami... especially for kids... bermula daripada hidupan yang ditemui di gunung ganang, turun ke permukaan bumi, tepian pantai dan lautan dalam, semuanya disediakan turutan mudah termasuk skrin besar yang turut memberikan banyak informasi interaktif... i love it and i definitely akan bawak budak-budak melawat aquaria klcc...


aquaria klcc (v)... shark!!! tolloonggg!!!

kalau you pernah ke any underwater world kat negara-negara lain, you know that harga tiket yang dikenakan kat aquaria klcc tak mahal... i think for adult is rm38 and children from 3 to 12 is rm26... tetapi kalau you gunakan mykad, dapat diskaun... adult will be rm28 and children rm22... so, it's worth it... selain daripada tuh ada touch pool, where you can touch some of the sea creatures... and ada jugak fish feeding session... i think bagi makan sand tiger shark kot...


aquaria (vi)... adik beradik nemo...

to me, it's worth it... you can visit their website here aquaria... best... memang best! try lah...

eh, hari nih september 11 ker? haiyaa...


Thursday, September 08, 2005

the one about badrul and mawi's mega gathering...


mawi (i)...

at first, memang i sebenarnya taknak tulis apa-apa pasal gathering mawi... oh, please, please... don't get me wrong... the only reason that i taknak tulis sebab others dah blogged about it and it was on the newspapers all over... so, kalau i tulis pun, it will be the same thing over and over and over and over again... tapi, oleh kerana dua hari yang lepas, i received an email from someone yang 'claimed' to be mawi's fan membuatkan i nak tulis something about it... *what did i do to attract these type of people?* this person was questioning my integrity for attending mawi's gathering as a vip guest... katanya quote/ 'awak ni tak tahu malu sebab masih terhegeh-hegeh datang ke mawi gathering sedangkan satu waktu dulu awaklah yang paling sibuk menyebelahi kudsia apabila kudsia membuat kenyataan kontroversi tentang peminat mawi' /unquote... kemudian, banyak lagih lah kata-kata nista yang ditulis tapi letih nak type balik kat sinih dan tak mendatangkan faedah pada orang yang membacanya...

i didn't reply to that email... i have no time for people like that... but i do want to blog about it... if i were to answer that email, perkara utama yang i nak tegaskan kepada penulis email tersebut, that 'you are not mawi's fan!!! please don't go around and pretend to be one kerana kerja engkau hanya hendak melaga-lagakan orang lain dengan peminat mawi, menjatuhkan nama baik mawi dan merosakkan imej serta pandangan orang terhadap mawi dan sahabat mawi yang sebenarnya... you don't know me and you don't know mawi, so just go find something better to do with your life! tanam jagung ker, jual sawi ker, ternak kambing ker... anything! jangan nak kacau ketenangan hidup orang lain... kalau ikutkan my ability to say cacian yang engkau tulis di dalam email tuh, i'm more well-versed, tapi i have respect for other people's privacy even for low-life scumbag like you!'


mawi (ii)...

hhhmmmpppphhhhhh... okay... dah lepas kepanasan hati dah... muhahahhaaa... sorry yach kengkawan yang 'terpaksa' baca kata-kata i yang kurreengg sopan kat atas tuh... anyway, since dah buat entry nih, i ceritalah serba sikit *from my own point of view* tentang malam gathering kelab sahabat mawi... i received an invitation via sms from waiem pada 30 august 2005, pukul 8.37pagi, bertulis quote/ 'incik badrul, anda dijemput ke gathering mawifc pd ahad 4 sept jam 8 mlm di pwtc;))' /unquote... i tulis sebijik-sebijik apa yang wai em hantar kat i *so i takda terhegeh-hegeh nak datang yach*... terus i called and cakap insyaAllah i akan datang... kemudian borak-borak sikit pasal perancangan perjalanan majlis dan sikit itu dan sikit ini...

on that sunday afternoon, i called izreen and dapat tahu yang kerabat diraja johor akan turut berangkat hadir, so kalau boleh pakai elok-elok sikit... hhmmm... mulalah termenung... maklumler, selain baju kemeja *dan t-shirt* yang i pakai pergi kerja, i memang takda baju yang okay-okay sikit... muahahahaaa... mula-mula tuh rancang nak pergi shopping tapi memikirkan budget yang sedikit kering akibat shopping kasut sports tempohari, i pasang niat pakai baju yang pergi kerja jer lah... tapi kali nih padankan dengan seluar slack warna hitam yang i think the last time i pakai was 4 months ago...


mawi (iii)...

sebelum keluar rumah, check dulu barang apa yang nak bawak... camera? hhmmm... tak payahlah... bukannya tak pernah bergambar dengan mawi... bagi peluang kat orang lain ler pulak... lagihpun, this is for mawi's fans yang jarang dapat jumpa mawi... *macam ler i selalu jumpa pun... muhahahaha* so, dengan senyum riang.. la la la la la la... masuk kereta, drive menuju ke pwtc... dengar lagu... la la la la la... wah, bagus takda jam... la la la la la la... drive masuk parking area... la la la la la... parking attendant tuh cakap... rm3.50 encik... bayar sekarang... la la la la la... seluk poket belakang... la la la la la la... laaahhhhhh!!! wallet lupa bawak!!!! laaaaaaahhhhhhhhhhh!!! lllaaahhhhhhh!!! sekejap ya dik... wallet tinggal lah... terus called izreen... tengah salin baju *pakai gaon tujuh tengkat lah tuh*, takpa dia suruh kak aidid yang kemudian suruh lan... called sm pulak... kat parking jugak tapi tak tahu kat mana... wahhh!!! it was the longest wait ever! orang masuk parking mesti pandang and adik parking attendant tuh mesti ingat i nih takda sen... muahahahaaaa... akhirnya sm muncul, bayarkan parking, terus naik atas...

i would say, persiapan yang dibuat untuk gathering bintang af nih memang mengagumkan... macam komen i kat blog wai em... rasa macam tenang dan selesa jer... i know these people work very hard supaya semuanya berjalan dengan lancar... i tabik spring kat diaorang nih... and i think i have to say this too... i nak salute kat para security yang bertugas, who are also mawi's fans cum committee members... mereka bekerja bertungkus lumus... semua tetamu makan dan berhibur, mereka tetap berdiri dan ke sana ke mari untuk memastikan semuanya teratur dan perjalanan majlis tidak terganggu... maklumlah, bukan senang nak jaga lebih seribu tetamu yang hadir... yang paling i suka, walaupun ada segelintir yang jeling dan marah apabila diminta duduk, para security nih tetap senyum... bagus betul diaorang...


mawi (iv)...

tak payah fikir susah-susah... sekali pandang saja sudah tahu betapa committee members kelab sahabat mawi ini bekerja keras memastikan mereka memenuhi kehendak dan melayan karenah semua pihak... kehendak mawi, kehendak peminat mawi, karenah artis jemputan, perangai seorang dua committee members dan sebagainya... untuk memastikan mawi 'gembira', mereka bawa penyanyi-penyanyi dan personaliti kegemaran mawi seperti yassin, waheeda, rabbani, nash dan ismahalil... memberikan hiburan kepada peminat-peminat mawi *walaupun adakalanya i think sedikit panjang*, dan walaupun hanya sekejap, tetap mengadakan press conference untuk memenuhi permintaan wartawan-wartawan yang datang... all in all, i think they have done a marvelous job! oh ya, makanan pun sedap dan suasana juga terkawal.... well, sedikit kecoh jugak apabila ada segelintir yang kurang menghormati permintaan... bukan sekali dua kepala i terhantuk siku dan camera orang yang berebut ke meja vvip untuk mengambil gambar...

anyway, itulah serba sedikit cerita i tentang malam seribu kenangan dan pelancaran kelab sahabat mawi... semoga mawi akan terus bersinar dengan sokongan kelab sahabatnya dan semoga mawi dijauhkan oleh manusia-manusia yang menyamar menjadi peminat beliau, tetapi merupakan duri dalam daging, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan... amin...

pictures courtesy of sultanmuzaffar...

sila juga ke blog lanskoperal tiga paku waiem untuk extended version... semua bangun!!! hikhikhik...


Tuesday, September 06, 2005

the one about badrul and kaer's little gathering...


happy birthday kaer... belated!

something wrong with my laptop… this is the third attempt to update my blog… harap-harap bolehlah… bayangkan dah masuk tiga kali i type the same thing and try to save it tapi semuanya hilang macam tuh jer… tension nyer! anyway, last friday i pergi gathering kaer… kira melawan arus lah kan since everyone else semua menuju ke konsert reunion… tapi sebab i dah dapat invitation from siti and alang dah lama dah and they are *especially alang* memang rapat dengan i, memang i tak sanggup nak menghampakan jemputan tersebut… so, petang jumaat tuh i pun bersiap-siaplah untuk pergi… since ianya dibuat sebagai surprise, semua diminta hadir sebelum jam 7.30malam… i kalau boleh taknaklah sampai terlalu awal, so i keluar rumah pun dah lewat sikit dah… tapi memandangkan jalan tak jam *jam nak pergi shah alam jer kot* i sampai tepat pada waktunya… me and my timing lah kan… muhahahahaa… selalu tepat *perasan nih*… muahahahahaa…


one happy kaer...

since i dah sampai, i melepak dulu dengan alang, scov, nhk and norli, and later javard, starchaser and wildcat join kita orang… memang tengaharinya i tak lunch, so perut berbunyi lah pulak… nak tak nak terpaksalah i makan sandwich dulu untuk alas perut… this is the second time i datang bora bora ombak, ampang lepas kali pertama masa media appreciation night untuk akademi fantasia 3 tempoh hari… tempatnya very cosy, and since this is an exclusive gathering, tak ramai sangat jemputan… anyway, i respect habis dekat peminat-peminat kaer yang datang jauh daripada brunei… tabik spring i kat diaorang yang sanggup datang demi artis kesayangan mereka…


jelingan untuk peminat kaer...

kaer muncul bersama keluarga dengan jeritan ‘surprise!’ daripada keluarga, rakan dan taulan yang hadir… daripada cara kaer bersiap dan berpakaian, i know that dia memang tahu ada surprise yang dibuat untuk dia… and macam mana i tahu? read on… kemudian ketika mereka menyanyikan lagu happy birthday tuh, i cannot help myself to laugh sorang-sorang… bukan apa, i teringat about a few weeks ago masa i keluar lunch dengan kaer, ada sorang ratu nih telah ‘membocorkan’ rahsia gathering dengan bertanyakannya pada kaer… muhahahahahaha… kaer yang tak tahu apa-apa tuh terfikir-fikir… memang tak boleh ditolong lagi…


one for personal collection...

dah habis nyanyi lagu tuh, kaer pun datang from table to table to greet mereka yang hadir… bila dia sampai kat meja i, terus dia bisik yang dia dah dapat agak pasal gathering nih… muhahahahaa… i nak cakap apa lagi kan… ketawa jer lah… anyway, one thing about this gathering, i was considered the vip guess *kira perasanlah nih… muhahahahaa* so bila master of ceremony bagi ucapan pembukaan, dia pun sebut nama i ler jugak… muahahaha… masa nih dah naik segan dah… then, bila dia jemput kaer bagi ucapan, hah nih lagi embarrassing… kaer siap cerita kat hadirin yang dia dah tau pasal surprise nih dari ‘abang badrul’… boleh?!? muhahahahahaa… masa tuh i dah tak tau nak sorok muka kat mana… muhahahahaaa… siap kena jeling lagi dengan committee members sebab diaorang memang pasti yang kaer tak tahu pasal surprise gathering nih… to all committee members, i nak mintak maaf bebanyak-banyak bagi pihak ratu yang ‘terlepas’ cakap kat kaer… dia memang tak sengaja… muhahahahaa…


for kre kat germany...

i know ramai yang minat kat kaer macam kak eisya, kak watie, cikanos, shay *just to name a few… jangan ada kecik ati pulak* but since i takkan mampu nak ambik tanda hati untuk semua orang, i think semua orang okay kot kalau i cuma buat untuk kretortd sebab kre jauh nun di germany… walaupun yang hadir tak seramai mana tapi, bila time bergambar and nak signatures itu dan ini, memang memakan masa jugak… tak maulah sampai kaer takda masa untuk beramah mesra dengan orang lain yang datang kan… nanti nampak macam lebih-lebih lah pulak… muhahahahaa… so kre… this one is for you…


for all peminat kaer...

to others, hah, nih gambar khas untuk you all semua… sebelum i terlupa, gambar-gambar nih semua adalah courtesy daripada javard dan camerawoman yang canggih iaitu starchaser… muhahahahaa… maklumler, dah half way perjalanan nak pergi gathering, baru i teringat pasal camera yang tak dibawa bersama… selalu jadik macam tuh lah… so, terpaksalah menumpang kasih pada yang sudi… muahahahahaa… thanks a million javard and starchaser *hmmmm… hot items ker nih? muahahahaaa…* dah ler nak menghantar gambar punyalah satu hal sebab since i tak pergi kerja, my mail box penuh, so berpuluh-puluh kali ler jawabnyer javard kena hantar email kat i… muahahahha… sorry ah, j


some of 'penentang arus' yang tak pergi reunion...

makanan malam tuh memang sedap… i think dua kali jugak i bertambah *sikkitt jerr tu!* makan lauk ayam masak merah dan rendang daging… tempatnya pulak memang cosy dan private… selesa tanpa rasa sesak-sesak nafas… maybe kalau kita nak buat gathering apa-apa, boleh pilih bora bora ombak nih… kaer pun ada jugak nyanyi dua buah lagu dengan live band yang ada kat situ… kalau tak silap i lah, *masa nih sibuk melantak kan* lagu belaian jiwa dan satu lagih lagu ferhad… lupa pulak tajuk dia…


hasil kerja starchaser and i...

again, thank you kepada pihak penganjur dan committee members yang sudi jugak jemput i… i think dalam banyak-banyak gathering bintang af nih, kaer jer yang i selalu hadir *mungkin jugak sebab yang lain tak pernah jemput ler kan… muhahahahhaa*… i had a good time… thank you again…