Bidadari Hati

Monday, June 13, 2005

the one about badrul interviewing farah...


farah...

this interview is for nadia, nart, wink, xmen and others yang minat kat farah and to some yang mintak i interview farah... sebenarnya i tak prepare apa-apa soalan pun nak tanya farah... so, apa yang terlintas kat fikiran, yang tuh lah yang i tanya dia... one thing very special about this particular af star since i kenal dia, apa jua janjitemu yang i buat dengan dia sama ada untuk training bowling, untuk commercials recording atau this interview, dia tak pernah lewat dari masa yang dijanjikan... the best trait for anyone who wants to make it big in the entertainment industry...


farah with aim trophy for artiste harapan...

badrul: artis harapan terbaik aim?

farah: farah sebenarnya tak target apa-apa... malah tak expect kerana farah tahu kelebihan kawan-kawan yang lain... malam tu farah memang tumpukan 120% untuk persembahan semata-mata...

badrul: farah dikatakan lagi famous daripada bintang af2 lainnya...

farah: farah berpegang pada nasihat yang diberikan oleh pengetua af yang lalu, cikgu ramli ms... farah bukan nak cari populariti atau glamor... farah ingin berusaha menjadi di antara penghibur yang terbaik di malaysia... bila kita usaha dan bekerja keras untuk mencapainya, yang lain itu akan datang dengan sendiri... farah cuba lakukan yang terbbaaeekk (ketawa)... tipulah kalau farah cakap tak gembira kan... walaupun hanya dapat tempat keempat, tapi orang nampak bakat farah... orang menilai dan menghormati bakat farah... walaupun ada segelintir reporter sering bertanyakan dan membandingkan farah dengan linda (kenapa nombor empat lebih mendapat perhatian dari naib juara), farah anggap itu rezeki masing-masing...

badrul: bercakap pasal linda sebagai naib juara, kenapa album farah keluar lebih dahulu?

farah: jangan salah anggap... sebenarnya album kami dirakamkan dalam masa yang hampir sama dan album linda sepatutnya menyusul keluar selepas album zahid, tetapi disebabkan linda sakit (kes tercucuk mata), recording beliau tertangguh... pihak maestro, errr... boleh ke farah cakap nih? (ketawa)... pihak maestro dah target kena keluarkan album selepas album zahid keluar... sepatutnya album linda tapi kerana belum siap dan album farah yang dah siap sepenuhnya, sebab tu lah album farah keluar dulu... farah bukan anak emas maestro atau astro... semuanya dah dijadualkan dan farah ikut saja... album adam pula dikeluarkan oleh kru dan mereka juga ada jadual yang tersendiri...


farah with her pink panther, a gift from a fan from brunei...

badrul: fuad af3?

farah: fuad? ya Allah... tolong lah... (ketawa)... eh, abang badrul jangan tulis 'tolong lah' tu... (ketawa) nanti orang salah anggap pulak... (ketawa)... orang baca dengan orang dengar lain bunyinya... okay... farah nak terangkan... farah dengan fuad satu sekolah rendah dari darjah satu sampai darjah empat... berkawan macam budak-budak semua berkawan... lepas tuh dia pindah sekolah... farah langsung takda contact dia ke apa-apa sebab macam kawan lain lah bila pindah sekolah kan... bila form three kami jumpa balik kerana tution di tempat yang sama... ada study group sesama dan sebagainyalah... terus terang farah katakan, fuad tu lebih rapat dengan kawan-kawan farah... bukan dengan farah... farah tak anggap dia apa-apa pun... hanya kawan... takda perasaan langsung... kali terakhir farah jumpa dengan dia sehari sebelum farah masuk af dulu... farah buat makan untuk kawan-kawan di myfriends corner dan fuad datang dengan kawan perempuan dia... dia ada cakap yang dia jugak di shortlisted untuk af2... orang datang buat promo semua, tapi tak terpilih ke final 12... itu jer...

badrul: elliza af3?

farah: farah rasa tak sesuai nak komen apa-apa... walaupun ada segelintir wartawan yang tanya farah tentang elliza... terlalu awal nak kata orang ni klon itu dan ini... kalau itu sebenarnya elliza, farah harap orang di luar sana terima dia seadanya... pada farah, dalam af ni kalau kita tak jadi diri kita sendiri, orang tak suka... tapi kadangkala kita jadi diri sendiri pun orang tak suka (ketawa)... macam farah awal-awal dulu... tetapi pada farah, bila kita jadi diri kita sendiri, walaupun ada yang tak berapa suka, sekurang-kurangnya kita ikhlas dan jujur pada diri kita sendiri... kalau kita sendiri berlakon sebagai orang lain, macam mana orang nak terima kita dengan cara kita bila keluar nanti... sekarang ni, bila orang jumpa farah dan bila ada sesuatu yang lucu, farah gelak besar... (ketawa)... orang tau, inilah farah yang mereka lihat di af dulu... kalau di af farah gelak tersipu-sipu, bila keluar gelak besar, mesti ada yang terkejut kan... (ketawa)...


farah nak buat iklan ubat gigi...

badrul: maklumat yang salah tentang farah...

farah: ada tiga yang utama lah... pertama, tentang gossip liar... bermula dengan adam, kemudian zahid, ristoe new boyz dan terbaru nih fuad... kadang-kadang farah rasa macam nak jauhkan diri daripada artis lelaki... macam salah pulak kawan dengan mereka... mungkin lepas ni farah cuba limitkan gurau senda farah... farah tak suka gossip dengan lelaki yang cuma kawan farah... terutama dengan adam dan zahid yang farah dah anggap macam adik beradik af farah...

yang kedua, keluar cerita konon-kononnya farah gaduh dengan zahid pasal aim... farah, zahid dan yang lain-lain memang kuat bergurau, tapi tak pernah sampai tahap gaduh dan sebagainya... masa cerita nih keluar, farah dan zahid ada di brunei... mereka yang ada di brunei masa tu mesti tahu cerita tu tak betul langsung sebab mereka boleh tengok kami semua sering bergurau senda... farah rasa dia orang ni dah takda modal, so buat cerita saja... farah nak tegaskan... wah, tegaskan (ketawa)... farah anggap zahid tu macam abang farah...

ketiganya, farah nak betulkan sedikit pasal lakonan... farah tak pernah cakap farah taknak langsung berlakon... farah katakan farah tak berminat lagi nak berlakon ketika itu... pada farah, filem sekarang ni banyak sangat kisah cinta, putus cinta dan sebagainya... kalau boleh farah taknak berlakon adegan tersebut... masa farah tengah rakamkan album, farah ada terima tawaran berlakon, tapi farah tolak... lepas tu dapat lamaran dari tayangan unggul... farah mula-mula taknak jugak, tapi mereka minta farah tengok skrip dulu... farah suka skrip tersebut dan watak farah jugak seperti yang farah inginkan... cerita mengenai mereka yang nak jadi penghibur... watak farah langsung takda kena mengena dengan cinta... ning baizura, zahid dan lain-lain turut berlakon... (*edited by siteowner about the movie*)... jalan ceritanya memang best!


badrul: lima tahun akan datang?

farah: farah harap farah akan terus menghasilkan album... farah teringin jugak nak buat iklan ubat gigi macam colgate ke (ketawa)... masa farah kecik, mama selalu cakap gigi farah besar dan sesuai untuk iklan ubat gigi... (ketawa)... lagi satu, farah ingin kembangkan bakat sehingga ke indonesia... farah minat dan membesar dengan lagu-lagu dari indonesia dan kalau boleh satu hari nanti farah ingin ke sana dan buat konsert tribute untuk niki ardilla... dalam tempoh 5 tahun atau mungkin 10 tahun, farah teringin nak buka dua petrol station untuk keluarga.. entahlah, farah macam suka jer business tu... tiap-tiap kali tengok stesen petronas, farah pun teringin nak bukak... takda kena mengena dengan bob meessrrreeeee macam petronas mesra tu ya... (ketawa)...


beautiful smile for farah's fan...

badrul: cabaran dari af3 terutamanya finalis perempuan...

farah: akma, idayu, dina (malaysian idol) adalah kawan farah masa di uitm... kami selalu pergi show bersama-sama dan kadang-kadang berduet jugak.. *sebab tu akma dan especially idayu peluk farah lama-lama masa konsert af kedua last saturday* farah tahu mereka semua ni berbakat besar... mereka semua bukan calang-calang peserta kerana akma dan idayu memang belajar muzik di uitm... cabaran memang ada, tapi bagus sebab mereka semua termasuk finalist af3 lainnya akan berikan persaingan untuk farah memperbaiki diri, bekerja lebih keras dan sebagainya untuk survive... paling penting farah kena jaga disiplin dan keperibadian diri...

badrul: yang farah nak cakapkan pada peminat...

farah: tak terucap dengan kata-kata... mereka yang 'bina' farah dari dalam af... mereka yang meletakkan farah sehingga ke final... farah rasa bertuah sangat! mereka menentukan kejayaan farah sehingga dapat nombor empat di final... rasa macam tak percaya farah boleh sampai ke tahap itu walaupun saban minggu berada dikedudukan paling bawah... kerana mereka inilah farah bekerja keras untuk memberikan yang terbaik... teerrbaaeekk lagi (ketawa)... mereka yang beri semangat pada farah untuk terus melangkah ke depan...



farah ~ antara dua...

itulah serba sedikit my interview with farah... well, i takdalah letak semua, because some of it kira macam 'luahan hati' yang mungkin tak sesuai dikongsi dengan semua orang... anyway, uncle (abah farah) ada bagi dua promotional cd khas untuk membaca blog nih... cd yang ditandatangani oleh farah... if you want this promotional cd, you can give some comment to farah to improve herself (comment here in my blog) and comment paling sesuai dan membina will win the cd... and that comment too akan disampaikan pada farah... farah jugak ajak main bowling, so, anywone interested?