Bidadari Hati

Wednesday, June 08, 2005

the one about badrul and 'hari bercakap sedunia'...




gambar nih saja jer nak testing... sebab tengok gambar yang nomo ampat setengah aka nesrinna ratu mw letak tuh nampak menarik lah pulak kan... muhahahhaa... nih kira macam iri hati lah nih... mentang-mentang bagi chan letak entry, siap letak gambar sekali lah pulak... takpa... saja nak try... lagi pun dah takda gambar lain dah nak letak...

i was very busy yesterday and today... balik dari cuti, bertimbun kerja nak kena siapkan... the day before tuh sibuk dengan meeting for air awards... banyak sungguh kerja nak kena buat... nak mengejar masa yang suntuk dan sebagainya... lagi tension sebab entry kit semalam baru siap... sepatutnya benda tuh dah dihantar ke semua advertising agencies by 1st of june, tapi seminggu lewat... kemudian kejar-kejar masa nak buat press conference hari isnin depan nih lagi... press kit pun tak siap lagih, press release ke mana, speech ke mana... masyaAllah, banyak sungguh kerja...

hari nih pulak boleh dikategorikan sebagai hari bercakap sedunia... masuk office seawal 8.30 pagi dah start meeting... kena present macam-macam benda... hampir sejam jugaklah bercakap tak berhenti-henti... my head dah start throbbing dah... habis jer meeting sempatlah breakfast dengan sambal ikan bilis bun and teh tarik...

balik jer my room, dapat call dari pada bahagian pendidikan kementerian kesihatan... earlier tuh depa hantar fax to me suruh hentikan iklan tentang aids... kata mereka, mengelirukan orang awam... katanya mereka dapat tekanan daripada ngo kononnya nanti orang ingat kena gigit nyamuk boleh dapat aids... heeellloooooooo????? dalam community service tuh takda cakap pun macam tuh!!! kadang-kadang tak faham lah sesetengah manusia nih yang saja nak carik salah orang... lepas tuh pulak kata yang satu lagih bila si isteri suruh tutup pintu, kunci dan sebagainya tuh, konon-konon macam tutup pintu pada pengidap hiv aids... ya Allah!!! ada jugak manusia yang berfikiran sempit macam nih!!!!! dah, sejam lebih pulak kat phone bercakap dengan manusia yang tak tahu nak mendengar nih... so, i decided, fine! i pull it off air... tapi i cakap kat dia, i tarik balik bukan sebab dia orang suruh tarik keluar, tapi i tarik because dia orang tak faham! bagi sebijik kat diaorang... lepas tuh ada hati pulak nak mintak i buat itu dan ini untuk diaorang for free... masa tuh kat dalam kepala i, i have a huge mental picture of a hand!!!! letak tapak tangan kat muka diaorang... hang up the phone and pi lunch...

around 3.00pm, dapat pulak call dari sorang hamba Allah nih... tak tahu pulak macam mana dia nih dapat my handphone number... tanya i macam mana nak mintak kerja sebagai penyampai era... so, i cakaplah tarikh permohonan dah tutup tapi kalau nak cuba jugak, boleh hantar pada alamat bla bla bla bla... dah habis airliur i explain kat dia, dia tanya pulak boleh tak dia fax kan atau email kan pada i... i cakap nak fax tak boleh sebab diaorang nak gambar jugak... kalau nak email pun kena attach gambar... still dia insist nak fax... adooiii... setengah jam explain pun tak faham-faham lagih... i cakap baik-baik, kalau nak dengar-dengarlah, tapi kalau hantar kat i, mungkin permohonan tuh ditolak sebab dah dinyatakan awal-awal surat menyurat pada orang perseorangan selain daripada ke alamat yang dinyatakan tak akan dilayan... last-last dia marah i pulak... boleh??? cakap tak boleh tolong sesama islam lah itu lah ini lah... macam ini punya orang pun ada ka???

hah, this is the type of conversation yang i suka... kejap tadik i berborak-borak dengan juan... it was fun... nih peminat nombor satu mawi... i don't think any other person yang minat mawi seperti juan... actually i kenal juan since last year... tapi betul-betul berborak dengan dia masa malam anugerah era... paling i suka pasal juan nih ialah dia hardworking, funny and very caring... tapi part very caring tuh jugak yang selalu 'menyusahkan' diri dia sendiri... harap-harap dia lebih berhati-hati lah... it was fun and refreshing bila berborak-borak dengan juan... he was funny... well, he is a fun person...

okaylah... i don't want to talk about diari af... i think semua orang dah tengok last night and dah buat penilaian sendiri... siapa-siapa yang miss tuh, can go and read kat javard... i actually dapat dua tiket untuk tengok konsert af hujung minggu nih, tapi tak tahu lagi nak pergi ke tak... but, if i don't want to go, i will give it away on my blog... take care...