Bidadari Hati

Monday, June 27, 2005

the one about badrul and potluck...




latest update : june 30, 2005, 9.50am

wokay all, kalau nak prepare food tuh jangan banyak-banyak sangat yek! nanti membazir pulak... maybe prepare untuk sepuluh orang cukup lah... setakat nih yang dah kompirm bawak something (setakat yang i tau lah yek):

1. kak aidid ~ bihun goreng udang ppprraaaapppp
2. badrul ~ kabbak daging bidipbidipbidipbidip
3. chail ~ tuna & egg sandwich ala chail
4. cikanos ~ ayamasdewatakenalpenyanyi / kfcikanos
5. shonny ~ soft drink krinting amylea
6. linbatista ~ bebola(?) warna warni malix & kek span opocot
7. izreen ~ cream puff beautiful maria
8. orgkampung ~ kacang cap tangan mawi
9. ckin ~ karipap comey imported dari brunei
10. wink ~ dunkin donut semanis marsha
11. sm ~ drummet dandut felix
12. leen ~ ceekedis kecik reza (ewwww!) muahahahaa...
13. meesua ~ sate mawi goreng

ada yang tertinggal? lagih?!?


minggu lepas minggu bengang, tension, marah, geram, sakit hati, kecewa dan sewaktu dengannya... banyak benda yang berlaku and mostly tak menyebelahi my side... sengaja atau tidak, dah termaktub macam tuh keadaannya... thursday was my best friend punya last day kat office... memang sedih sebab kami banyak berkongsi masalah, kejayaan, kesedihan dan kegembiraan bersama... it was never easy to see someone you care so much seolah-olah 'hilang' from your life... to make things worst, when i try to find a shoulder to cry on from some friends, they turn their back on me... purposely ambik cuti on friday nak meredakan perasaan, friday night dapat berita my cousin kena stroke and dalam keadaan koma kat hospital...

ramai yang sangka i was 'crushed' bila idayu terkeluar... hhmmm... i was not crushed... mungkin terkilan sikit sebab i afundi dia... other than that i tak rasa apa-apa... for the first time (af1 & af2 included) i'm not really concerned... i've learned to accept that orang undi mengikut pilihan dan kesukaan masing-masing... and memang dah jadik trend that selalunya pilihan i tak bertepatan dengan orang lain... muahahahahaa... terima jer lah... malam idayu terkeluar tuh i ada wedding... so, bila dapat banyak sms, ada yang i reply and ada yang takda masa terluang nak balas balik... ada jugak yang called and i sms balik kata 'cannot talk now'... muahahhahaa... sorry yek, bukan i tengah sedih menangis tersedu-sedu sampai takda suara nak cakap, tapi sebab tengah berbual-bual dengan para tetamu... ramai jugak yang hantar sms to me tapi tak seramai masa zarina terkeluar last year... this year i dapat sms from kak rose, nart, alang, sm, dreamfinder, wink, linbatista, leen, izreen and a few more...

tapi dalam banyak-banyak sms yang i terima tuh, i memang tergelak habis baca sms from dreamfinder... 'i know i won't be the first to say this but no more weddings for you during af ok!! oh, except your own, of course. and maybe your daughter's. but that's it!'... muahahahahahaa... sm sms cakap 'next time jangan pi wedding lah'... muahahahaha... how well these people kenal dengan i!!! some of you tahu the story, but kepada yang tak tahu tuh, actually tahun lepas masa af, keadaan yang sama jugak berlaku... masa dulu i memang support giler kat zarina... but, there was one saturday i attend wedding... that was the night zarina kena tarik bag keluar... same thing yang jadik pada idayu... muahahahhaaaa... maybe aznil patut cakap yang tuh sebenarnya serupa between af2 and af3!!




okay, since this coming weekend konsert af free, and some of our friends from brunei dah buat plan (beli flight tickets sumer), i think we will go on with our plan buat rombongan cik kiah bersama kebun pisang... but i think this time kita buat potluck! amacam? i awal-awal lagih dah call kak aidid sebab dah lama nak makan bihun goreng udang dia yang terkenal seantero dunia tuh... dan nampaknya kak aidid dah setuju dah! yahooooo!!! i think i will prepare kabbak daging kot... and something else to accompany it... ada orang teringin nak makan kabbak daging? ada nak suruh i masak something else? tapi jangan lah masak nasik yach... muahahahahaa... susah kot nak makan berkelah ramai-ramai... so, how about it? potluck? okay?...


Wednesday, June 22, 2005

the one about badrul and akademi fantasia gathering...


akademi fantasia...

thank you to linbatista sebab tolong promote kan pasal gathering konsert akademi fantasia kat kebun... this will be the second gathering selepas tengok sepet the last time... sorry lah yek sebab lama (alah, dua tiga hari jer) tak masuk blog... ada problem sikit dengan laptop nih... i think this time around the gathering will be a combination of badrul~after~six dengan blogpisang... yup! i think lagi bagus kalau dua blog bersama-sama menganjurkan rombongan cik kiah nih kan...

seperti yang diwarwarkan (chewah!) di kebun, this gathering akan dibuat untuk konsert kelima pada 2 julai nanti... setelah diperkenankan oleh ahli jawatankuasa world, rombongan cik kiah nih hanya untuk satu bas sajer (40 orang) kerana 10 orang akan beratur untuk membeli tiket-tiket nanti... lagi pun, kerana masa, tempat dan keadaan yang tidak mengizinkan (ya ker nih?) takleh buat terlalu ramai sangat...


elliza (i)...

kalau anda berminat untuk menyertai pertandingan ratu sopan santun.. eh, menyertai rombongan nih, sila buat tempahan awal yach... tarikh tutup permohonan adalah pada hari jumaat (24 june) dalam pukul 6pm gitu... selepas dari masa tersebut, surat-surat wasiat tidak akan dilayan okay! ini kerana ahli jawatankuasa akan membeli tiket-tiket konsert pada hari isnin 27 june... kang kalau beli lambat, mahal lah pulak harga tiket...

satu lagi perkara, selepas anda membuat tempahan, you are responsible with the amount of ticket(s) that you order... i will pay the tickets first and collect the money from you later... bila tuh nanti kita akan bincangkan kemudian... tapi jangan order lepas tuh kansel yach... nanti saya prrrraaaappp, hah, padan muka!


elliza (ii)...

i think itulah sajer pengumuman yang nak dibuat setakat nih... perbincangan tentang bila nak jumpa, pukul berapa, nak gi dinner dulu ker, nak pergi supper lepas habis concert ker, sumer tuh kita akan bincangkan kemudian nanti yach... so, dah berapa ramai yang nak pergi nih? sila list kan di ruang komen okay...

nih senarai yang dah ada dari kebun & kat sini (as at 3.20pm, 23 june):
1. linbatista
2. badrul
3. wink
4. cikanos
5. azahari (cikanos' boypren)
6. meesua
7. ismawi (meesua's boypren)
8. izreen
9. orgkampung
10. sm
11. ckin
12. shonn
13. nhk
14. rose
15. sumbing
16. sempoii
17. chail
18. akugafi
19. chail 2
20. chail 3
21. wai em
22. anaksedara
23. myasha
24. fiance myasha
25. kak iffa
26. asben kak iffa
27. nart
28. kak aididd
39. abang is
30. zila



Sunday, June 19, 2005

the one about badrul and the family gathering...


family gathering (i)...

i shouldn't have to think twice nak letak entry mana dulu... sama ada gathering makan ketam atau entry about konsert akademi fantasia ketiga... rasa macam malu pada diri sendiri jer... i have more important things in my life than just akademi fantasia... nasib baik cepat sedar diri... muhahahahaa... i think plan nak pergi makan ketam nih dah lama sangat dah... one of many family gathering... terima kasih to 'keluarga' wink yang sudi jemput i untuk sama-sama makan ketam dan meraikan kehadiran 'adik' baru dalam family yang besar nih... it was such a happy occassion... banyak jugak makanan yang diorder... chilli crab, marmite crab, buttered prawns, mantis prawns, singapore meehoon, chinese fried rice, kailan ikan masin dan pau goreng... memang tabik, sebab rasa kekeluargaan tuh sungguh erat sekali...


family gathering (ii)...


family gathering (iii)...


family gathering (iv)...


family gathering (v)...


family gathering (vi)...


family gathering (vii)...


family gathering (viii)...

i think pictures speak louder than words... insyaAllah, jika diizinkan Tuhan, i want to do one gathering ramai-ramai pergi makan ketam di port klang... ingat nak rancang jugak pergi gathering tengok konsert ramai-ramai tapi bergantung pada dapat tiket ke tidak lah... tapi pergi makan nih nampak senang sikit kot... to farah, welcome to the family...


Monday, June 13, 2005

the one about badrul interviewing farah...


farah...

this interview is for nadia, nart, wink, xmen and others yang minat kat farah and to some yang mintak i interview farah... sebenarnya i tak prepare apa-apa soalan pun nak tanya farah... so, apa yang terlintas kat fikiran, yang tuh lah yang i tanya dia... one thing very special about this particular af star since i kenal dia, apa jua janjitemu yang i buat dengan dia sama ada untuk training bowling, untuk commercials recording atau this interview, dia tak pernah lewat dari masa yang dijanjikan... the best trait for anyone who wants to make it big in the entertainment industry...


farah with aim trophy for artiste harapan...

badrul: artis harapan terbaik aim?

farah: farah sebenarnya tak target apa-apa... malah tak expect kerana farah tahu kelebihan kawan-kawan yang lain... malam tu farah memang tumpukan 120% untuk persembahan semata-mata...

badrul: farah dikatakan lagi famous daripada bintang af2 lainnya...

farah: farah berpegang pada nasihat yang diberikan oleh pengetua af yang lalu, cikgu ramli ms... farah bukan nak cari populariti atau glamor... farah ingin berusaha menjadi di antara penghibur yang terbaik di malaysia... bila kita usaha dan bekerja keras untuk mencapainya, yang lain itu akan datang dengan sendiri... farah cuba lakukan yang terbbaaeekk (ketawa)... tipulah kalau farah cakap tak gembira kan... walaupun hanya dapat tempat keempat, tapi orang nampak bakat farah... orang menilai dan menghormati bakat farah... walaupun ada segelintir reporter sering bertanyakan dan membandingkan farah dengan linda (kenapa nombor empat lebih mendapat perhatian dari naib juara), farah anggap itu rezeki masing-masing...

badrul: bercakap pasal linda sebagai naib juara, kenapa album farah keluar lebih dahulu?

farah: jangan salah anggap... sebenarnya album kami dirakamkan dalam masa yang hampir sama dan album linda sepatutnya menyusul keluar selepas album zahid, tetapi disebabkan linda sakit (kes tercucuk mata), recording beliau tertangguh... pihak maestro, errr... boleh ke farah cakap nih? (ketawa)... pihak maestro dah target kena keluarkan album selepas album zahid keluar... sepatutnya album linda tapi kerana belum siap dan album farah yang dah siap sepenuhnya, sebab tu lah album farah keluar dulu... farah bukan anak emas maestro atau astro... semuanya dah dijadualkan dan farah ikut saja... album adam pula dikeluarkan oleh kru dan mereka juga ada jadual yang tersendiri...


farah with her pink panther, a gift from a fan from brunei...

badrul: fuad af3?

farah: fuad? ya Allah... tolong lah... (ketawa)... eh, abang badrul jangan tulis 'tolong lah' tu... (ketawa) nanti orang salah anggap pulak... (ketawa)... orang baca dengan orang dengar lain bunyinya... okay... farah nak terangkan... farah dengan fuad satu sekolah rendah dari darjah satu sampai darjah empat... berkawan macam budak-budak semua berkawan... lepas tuh dia pindah sekolah... farah langsung takda contact dia ke apa-apa sebab macam kawan lain lah bila pindah sekolah kan... bila form three kami jumpa balik kerana tution di tempat yang sama... ada study group sesama dan sebagainyalah... terus terang farah katakan, fuad tu lebih rapat dengan kawan-kawan farah... bukan dengan farah... farah tak anggap dia apa-apa pun... hanya kawan... takda perasaan langsung... kali terakhir farah jumpa dengan dia sehari sebelum farah masuk af dulu... farah buat makan untuk kawan-kawan di myfriends corner dan fuad datang dengan kawan perempuan dia... dia ada cakap yang dia jugak di shortlisted untuk af2... orang datang buat promo semua, tapi tak terpilih ke final 12... itu jer...

badrul: elliza af3?

farah: farah rasa tak sesuai nak komen apa-apa... walaupun ada segelintir wartawan yang tanya farah tentang elliza... terlalu awal nak kata orang ni klon itu dan ini... kalau itu sebenarnya elliza, farah harap orang di luar sana terima dia seadanya... pada farah, dalam af ni kalau kita tak jadi diri kita sendiri, orang tak suka... tapi kadangkala kita jadi diri sendiri pun orang tak suka (ketawa)... macam farah awal-awal dulu... tetapi pada farah, bila kita jadi diri kita sendiri, walaupun ada yang tak berapa suka, sekurang-kurangnya kita ikhlas dan jujur pada diri kita sendiri... kalau kita sendiri berlakon sebagai orang lain, macam mana orang nak terima kita dengan cara kita bila keluar nanti... sekarang ni, bila orang jumpa farah dan bila ada sesuatu yang lucu, farah gelak besar... (ketawa)... orang tau, inilah farah yang mereka lihat di af dulu... kalau di af farah gelak tersipu-sipu, bila keluar gelak besar, mesti ada yang terkejut kan... (ketawa)...


farah nak buat iklan ubat gigi...

badrul: maklumat yang salah tentang farah...

farah: ada tiga yang utama lah... pertama, tentang gossip liar... bermula dengan adam, kemudian zahid, ristoe new boyz dan terbaru nih fuad... kadang-kadang farah rasa macam nak jauhkan diri daripada artis lelaki... macam salah pulak kawan dengan mereka... mungkin lepas ni farah cuba limitkan gurau senda farah... farah tak suka gossip dengan lelaki yang cuma kawan farah... terutama dengan adam dan zahid yang farah dah anggap macam adik beradik af farah...

yang kedua, keluar cerita konon-kononnya farah gaduh dengan zahid pasal aim... farah, zahid dan yang lain-lain memang kuat bergurau, tapi tak pernah sampai tahap gaduh dan sebagainya... masa cerita nih keluar, farah dan zahid ada di brunei... mereka yang ada di brunei masa tu mesti tahu cerita tu tak betul langsung sebab mereka boleh tengok kami semua sering bergurau senda... farah rasa dia orang ni dah takda modal, so buat cerita saja... farah nak tegaskan... wah, tegaskan (ketawa)... farah anggap zahid tu macam abang farah...

ketiganya, farah nak betulkan sedikit pasal lakonan... farah tak pernah cakap farah taknak langsung berlakon... farah katakan farah tak berminat lagi nak berlakon ketika itu... pada farah, filem sekarang ni banyak sangat kisah cinta, putus cinta dan sebagainya... kalau boleh farah taknak berlakon adegan tersebut... masa farah tengah rakamkan album, farah ada terima tawaran berlakon, tapi farah tolak... lepas tu dapat lamaran dari tayangan unggul... farah mula-mula taknak jugak, tapi mereka minta farah tengok skrip dulu... farah suka skrip tersebut dan watak farah jugak seperti yang farah inginkan... cerita mengenai mereka yang nak jadi penghibur... watak farah langsung takda kena mengena dengan cinta... ning baizura, zahid dan lain-lain turut berlakon... (*edited by siteowner about the movie*)... jalan ceritanya memang best!


badrul: lima tahun akan datang?

farah: farah harap farah akan terus menghasilkan album... farah teringin jugak nak buat iklan ubat gigi macam colgate ke (ketawa)... masa farah kecik, mama selalu cakap gigi farah besar dan sesuai untuk iklan ubat gigi... (ketawa)... lagi satu, farah ingin kembangkan bakat sehingga ke indonesia... farah minat dan membesar dengan lagu-lagu dari indonesia dan kalau boleh satu hari nanti farah ingin ke sana dan buat konsert tribute untuk niki ardilla... dalam tempoh 5 tahun atau mungkin 10 tahun, farah teringin nak buka dua petrol station untuk keluarga.. entahlah, farah macam suka jer business tu... tiap-tiap kali tengok stesen petronas, farah pun teringin nak bukak... takda kena mengena dengan bob meessrrreeeee macam petronas mesra tu ya... (ketawa)...


beautiful smile for farah's fan...

badrul: cabaran dari af3 terutamanya finalis perempuan...

farah: akma, idayu, dina (malaysian idol) adalah kawan farah masa di uitm... kami selalu pergi show bersama-sama dan kadang-kadang berduet jugak.. *sebab tu akma dan especially idayu peluk farah lama-lama masa konsert af kedua last saturday* farah tahu mereka semua ni berbakat besar... mereka semua bukan calang-calang peserta kerana akma dan idayu memang belajar muzik di uitm... cabaran memang ada, tapi bagus sebab mereka semua termasuk finalist af3 lainnya akan berikan persaingan untuk farah memperbaiki diri, bekerja lebih keras dan sebagainya untuk survive... paling penting farah kena jaga disiplin dan keperibadian diri...

badrul: yang farah nak cakapkan pada peminat...

farah: tak terucap dengan kata-kata... mereka yang 'bina' farah dari dalam af... mereka yang meletakkan farah sehingga ke final... farah rasa bertuah sangat! mereka menentukan kejayaan farah sehingga dapat nombor empat di final... rasa macam tak percaya farah boleh sampai ke tahap itu walaupun saban minggu berada dikedudukan paling bawah... kerana mereka inilah farah bekerja keras untuk memberikan yang terbaik... teerrbaaeekk lagi (ketawa)... mereka yang beri semangat pada farah untuk terus melangkah ke depan...



farah ~ antara dua...

itulah serba sedikit my interview with farah... well, i takdalah letak semua, because some of it kira macam 'luahan hati' yang mungkin tak sesuai dikongsi dengan semua orang... anyway, uncle (abah farah) ada bagi dua promotional cd khas untuk membaca blog nih... cd yang ditandatangani oleh farah... if you want this promotional cd, you can give some comment to farah to improve herself (comment here in my blog) and comment paling sesuai dan membina will win the cd... and that comment too akan disampaikan pada farah... farah jugak ajak main bowling, so, anywone interested?


Sunday, June 12, 2005

the one about badrul and the 2nd akademi fantasia concert...


akademi fantasia...

i don't think i nak komen bebanyak... tapi kalau berdasarkan pada 'kemarahan' malam tadik, memang berkoyan-koyan rasanya nak ditulis... nasib baik dah sejuk nih... muhahahaaa... kesian kat izreen kena dengar segala amarah yang keluar... muahahhhaaa... sampai bergegarlah tempat duduk tuh... yang perempuan-perempuan kat depan my seat tuh asyik dok pandang belakang jer... muahahhaaa... ok, since i tengok konsert tuh live, i don't think i will write base on tengok kat tv... memang tak sama... since kita patut cakap bergantung pada masa yang kita tengok tuh, takkanlah nak kena lihat tayangan ulangan pulak kan baru nak diadili...

badrul's most favourite...

persembahan dalam konsert malam tadik i kena bagi tabik spring pada amylea... i was so entertained! segala-gala yang diperlukan untuk menghibur lengkap dalam persembahan amylea dengan lagu asmara tuh... best teramat! lontaran suara dia, gerak badan dia, tarian dia, mimik muka dia, jelingan mata dia, pakaian dia melengkapkan persembahan yang cukup stylish! untuk show concert nih, dia memang ada kelas! daripada lima bintang, i bagi amylea enam!!! ٭٭٭٭٭٭


felix...

the next one is felix... satu persembahan yang cukup mantap! bila dia berjoget tuh cute sangat dan dia memang seorang entertainer... kalau orang lain *takyah bagi nama lah* mesti bising bila kena pakai macam tuh, tapi felix cukup sempoi dan menggunakan keupayaan dia sepenuhnya untuk memberikan persembahan yang sungguh menghiburkan... i have no doubt kalau dia terus menerus belajar dan mengutip ilmu di akademi fantasia, dia akan betul-betul menjadi penghibur yang berjaya... ramai yang turut bergoyang bila dia menari dan menyanyi... lima bintang! ٭٭٭٭٭


yazer...

yazer dengan lagu sejati pun menghiburkan... i memang terhibur dengan persembahan dia... so what if dia cuma 'miming' main guitar... so what? it was part of the props... i like it and i enjoy it... daripada kebanyakan penyanyi sekarang nih yang miming menyanyi masa buat konsert... suara dia jelas dan nyata dengan serak-serak memang sesuai dengan lagu rock! kalau orang lain nak cakap dia masih dapat lagu genre yang sama, so what?!? yang nih this week punya performance... next week, kalau tak perform dengan lagu yang diberi, bantai lah... jangan this week dia perform best nak bantai sebab dia dapat lagu genre yang dia minat... for yazer, empat bintang! ٭٭٭٭

badrul's aarrrrgghhhhhhhh-bosannya performance...

i really don't like reza punya performance... i think dia punya performance was the worst for the night... does he rub me the wrong way? maybe kot... tapi lagu rancak terhangat di pasaran langsung tak hangat... di tambah pula dengan suara dia yang tak memberangsangkan dan gaya yang over, i tak enjoy langsung... somehow rasa macam dia melepaskan batuk ditangga jer... lepas first chorus, i was busy hantar vote untuk felix, idayu, amylea, mawi dan yazer...

another poyo performance from aidil... takda yang power dengan aidil... watching him live on stage macam tengok pertandingan karaoke kat supermarket hock kee seng kat kuala terengganu tuh... kalau ada lah... pitchy ker? sumbang ker? i don't know... all i know is tak sedap langsung... tak ada yang membuat i tertarik nak tengok persembahan dia dan takda climax pun...

amy over-confident? mungkin... satu lagi persembahan yang masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan... persembahan di atas pentas jugak i tak ingat apa-apa kerana hilang begitu sajer... this is not amy yang i dengar masa concert prelude... to me, kalau ada pelajar yang tak suka dengan lagu atau tugasan yang diberikan, they have to change it and make everyone percaya bahawa lagu itu lagu yang paling mereka nantikan disetiap persembahan...

conclusion...

the rest is okay kot... sedikit dissapointed dengan persembahan idayu kerana i think dia boleh buat lagi baik... i terhibur jugak dengan persembahan ekin tapi lebih kerana felix yang membantu... suara akma pun clear dan sedap tapi takdalah buat i terpegun sangat... mawi pun sedap jugak suara tapi kelemahan lupa lirik kena atasi segera... showmanship ala-ala nyanyi dengan kawan-kawan kat karaoke jugak kena dibuang... terlalu ramai yang meletakkan harapan pada mawi dan pressure is on him... kefli really remind me of khai... kalau khai dengan mata berkelip-kelip dia tuh, kefli dengan jilat-jilat bibir dia... yang lelain tuh biasa sesangat...


2nd concert...

elliza terkeluar?

not that really matters to me... memang awalnya i suka dengan suara dia... tapi kalau orang dah tak undi dia nak buat macam manakan... i pun sama... i tak undi dia... mungkin kalau i undi dan dia terkeluar, rasa ralat lah jugak... at least, i dah menjalankan tugas i untuk idayu, mawi, felix, amylea dan yazer... i think potensi diaorang nih tetap ada... maybe i kurangkan undian pada mawi dan berikan pada amylea kerana dah ramai undi mawi...

the highlight of the concert...

lagu menuju puncak!!! i think hampir seluruh mata di dalam stadium melawati tuh tertumpu pada mawi untuk melihat kemampuan beliau... very entertaining!!! muahahahahaa... memang agak janggal tengok mawi menari tetapi i think dia dah hafal banyak jugak steps... *mawi pegang tangan marsha yach*... tapi yang memang paling, paling, paling kelakar, bila ending lagu tuh, mawi siap landing atas kefli... muahahahahaaa... kita orang yang duduk kat bahagian depan nih siap bagi standing ovation... muahahahhaa... memang kelakar dan memang best! this is the real show!!! but i do believe, macam felix, mawi akan beransur-ansur 'melembutkan' badan dia yang keras macam kayu tuh... kalau tak banyak pun, sikit sebab dia boleh ikut steps... kudos untuk mawi yang mencuba...


idayu...

ending...

if you notice kat bawah tuh, i dah letak gambar idayu as my akademi fantasia star for the third season... i do like her voice and i think she can bring some fresh air to our entertainment industry... tak kisahlah kalau dia mungkin takkan menang af nih *from the way people voting*, tapi i do hope dia dapat masuk final... anyway, it's your phone bill...


Wednesday, June 08, 2005

the one about badrul and 'hari bercakap sedunia'...




gambar nih saja jer nak testing... sebab tengok gambar yang nomo ampat setengah aka nesrinna ratu mw letak tuh nampak menarik lah pulak kan... muhahahhaa... nih kira macam iri hati lah nih... mentang-mentang bagi chan letak entry, siap letak gambar sekali lah pulak... takpa... saja nak try... lagi pun dah takda gambar lain dah nak letak...

i was very busy yesterday and today... balik dari cuti, bertimbun kerja nak kena siapkan... the day before tuh sibuk dengan meeting for air awards... banyak sungguh kerja nak kena buat... nak mengejar masa yang suntuk dan sebagainya... lagi tension sebab entry kit semalam baru siap... sepatutnya benda tuh dah dihantar ke semua advertising agencies by 1st of june, tapi seminggu lewat... kemudian kejar-kejar masa nak buat press conference hari isnin depan nih lagi... press kit pun tak siap lagih, press release ke mana, speech ke mana... masyaAllah, banyak sungguh kerja...

hari nih pulak boleh dikategorikan sebagai hari bercakap sedunia... masuk office seawal 8.30 pagi dah start meeting... kena present macam-macam benda... hampir sejam jugaklah bercakap tak berhenti-henti... my head dah start throbbing dah... habis jer meeting sempatlah breakfast dengan sambal ikan bilis bun and teh tarik...

balik jer my room, dapat call dari pada bahagian pendidikan kementerian kesihatan... earlier tuh depa hantar fax to me suruh hentikan iklan tentang aids... kata mereka, mengelirukan orang awam... katanya mereka dapat tekanan daripada ngo kononnya nanti orang ingat kena gigit nyamuk boleh dapat aids... heeellloooooooo????? dalam community service tuh takda cakap pun macam tuh!!! kadang-kadang tak faham lah sesetengah manusia nih yang saja nak carik salah orang... lepas tuh pulak kata yang satu lagih bila si isteri suruh tutup pintu, kunci dan sebagainya tuh, konon-konon macam tutup pintu pada pengidap hiv aids... ya Allah!!! ada jugak manusia yang berfikiran sempit macam nih!!!!! dah, sejam lebih pulak kat phone bercakap dengan manusia yang tak tahu nak mendengar nih... so, i decided, fine! i pull it off air... tapi i cakap kat dia, i tarik balik bukan sebab dia orang suruh tarik keluar, tapi i tarik because dia orang tak faham! bagi sebijik kat diaorang... lepas tuh ada hati pulak nak mintak i buat itu dan ini untuk diaorang for free... masa tuh kat dalam kepala i, i have a huge mental picture of a hand!!!! letak tapak tangan kat muka diaorang... hang up the phone and pi lunch...

around 3.00pm, dapat pulak call dari sorang hamba Allah nih... tak tahu pulak macam mana dia nih dapat my handphone number... tanya i macam mana nak mintak kerja sebagai penyampai era... so, i cakaplah tarikh permohonan dah tutup tapi kalau nak cuba jugak, boleh hantar pada alamat bla bla bla bla... dah habis airliur i explain kat dia, dia tanya pulak boleh tak dia fax kan atau email kan pada i... i cakap nak fax tak boleh sebab diaorang nak gambar jugak... kalau nak email pun kena attach gambar... still dia insist nak fax... adooiii... setengah jam explain pun tak faham-faham lagih... i cakap baik-baik, kalau nak dengar-dengarlah, tapi kalau hantar kat i, mungkin permohonan tuh ditolak sebab dah dinyatakan awal-awal surat menyurat pada orang perseorangan selain daripada ke alamat yang dinyatakan tak akan dilayan... last-last dia marah i pulak... boleh??? cakap tak boleh tolong sesama islam lah itu lah ini lah... macam ini punya orang pun ada ka???

hah, this is the type of conversation yang i suka... kejap tadik i berborak-borak dengan juan... it was fun... nih peminat nombor satu mawi... i don't think any other person yang minat mawi seperti juan... actually i kenal juan since last year... tapi betul-betul berborak dengan dia masa malam anugerah era... paling i suka pasal juan nih ialah dia hardworking, funny and very caring... tapi part very caring tuh jugak yang selalu 'menyusahkan' diri dia sendiri... harap-harap dia lebih berhati-hati lah... it was fun and refreshing bila berborak-borak dengan juan... he was funny... well, he is a fun person...

okaylah... i don't want to talk about diari af... i think semua orang dah tengok last night and dah buat penilaian sendiri... siapa-siapa yang miss tuh, can go and read kat javard... i actually dapat dua tiket untuk tengok konsert af hujung minggu nih, tapi tak tahu lagi nak pergi ke tak... but, if i don't want to go, i will give it away on my blog... take care...


Monday, June 06, 2005

Mak Lagi Ker Noks?

Tak kosser tau Abang B innew! Mentang2 ler dia bercuti lagi, mak pulak jadi mangsa u ols! Kalau mak jadi mangsa atas tilam mak dinch kisah u ols! Innew mak lagi jadi mangsa nak kena buat posting u ols! Tak kosser sungguh! Macamlah mak dinch ada kehidupan liar mak u ols! Oh by the way federal highway, if you pass away, jangan lupa untuk vote mak u ols bila mak ada blog sendiri nanti yach! Nanti hantarkan undi u ols ker 696969 occay! Talian tetap hantar ker 666 u ols! Tak kosser mak nak update blog innew selalu nyah!

Nak ceriter pasal apa nyah? Ceriter pasal Diari AF ker nyah? Apa yach fonens ramai-ramai ittew cakap masa Diari tengahari? Mak hengat cuma pasal cikcuran cikcuran dan cikcuran u ols! Doctor lurrrveee dengan caring dan enjoys nyer! Mak punya nasihat, kalau nak caring dan enjoys, ikut jer mak pergi citsit u ols! Gerenti dapat caring dan gerenti enjoys u ols! *gelak getiks golek2* Apa lagi yach? Oh, pasal kebudusan di atas stage masa perform hari Sabtu ittew! Dinch boleh perform sebab abang angkat ada yeww! Sesuatuh sungguh! Ada poyo ittew mintak lagu lagi mencabar kononnyer nyah! Pirrah! Penyanyi kumpulan yang nyanyi ittew pun tak kenal, verangans mahu lagu lagi susah u ols! Propah nak mampuih! Kemudian fonens ittew sumer mengomel pasal kemasukan Mawi dan Marsha ittew! Ada yang sentaps, ada yang propah, ada yang kak namm dan ada yang budus konon2 dinch mahu bagi komen lah u ols! Tak kosser nyah! Bosan tau fonens tua ittew!

Malam nyer pulak nyah, masih benda yang sama! Kosser tau macam ulangtayang u ols. Tapi Diari malam ittew fonens2 sumer terpaksa menceriterkan kebudusan di depan tenaga pengajar nyah! Seperti biasa, banyaklah alasan pulak u ols! Guna alasan fake *sedar diri pun fonens ittew*, tak boleh perform depan keluarga *kena hentams dengan pengetua padan muka* dan bermacam-macam lagi u ols! Masa dapat lagu ittew lajunyer sampai mak pun tak sempat nak dengar nyah! Sesuatuh sungguh! Yang mak tau, Elliza lagu Aku Dia dan Kamu, Yazer *taste nyer* lagu Sejati Wings, Akma lagu Cahaya, Fuad lagu Puteri, Ekin lagu Anita Sarawak, Aidil lagu Aerosmith, Amylea lagu Asmara, Reza lagu Terhangat Di Pasaran, Idayu lagu Superstar, Kefli lagu Anuar Zain, Amy lagu Sesalanku, Felix lagu Alleycats *eh, kucing dengan kucing yach*, Marsha lagu Shafinaz, dan Mawi lagu Hattan! *mak merembes tengok mawi u ols* Penat mak nak hafal u ols!




Khas untuk u ols yang nak jadikan blog Abang B innew, ruang suaikenal beramas mesre, bercikcuran bebagai, hah, innew dia mak nak kenalkan gambar mak untuk tatapan u ols! Jelita kan u ols! Mak dah tau dah nyah! Dinch perlu puji lebih2 tau! Ada yang cakap macam Poziah Latip, ada yang cakap macam Zana Zen! Tak kosser tau! Mesti Nomo Satooo, Nomo Duwa dan Nomo Teega Suku ittew makan hati berulam jantung mamiyamz u ols! Sentaps jangan tak sentaps nyah! Untuk u ols sumer, ingat tau pesan mak u ols! 'Kejelitaan ittew adalah hak milik setiap insan'! Chau cincau u ols!



Sunday, June 05, 2005

Mak Sentaps ker Noks?



Ntah lah nyah! Nak kata sentaps, mungkin jugak. Nak kata meroyans, ada lah sikit nyah! Mak tau Abang B mesti dinch suker mak posting tak mintak izin dia dulu nyah, tapi mak dah buat keputusan u ols, kalau dia marah jugak mak akan bukak blog sendiri u ols! Mak pun bukan suker sangat kongsi-kongsi innew!

Mak sebenarnya kesian u ols! Kesian pada Nomo Satoooo, kesian pada Nomo Duwa, kesian pada Nomo Teega Suku, kesian pada anaksedara dan ramai lagi lah u ols! Kak Aidid, Waiem, Scov, Attiesya, Orgy, MamaBat, Kak N, Alang dan ramai lagi fonens yang akan bergolok gadai mengafundi mawi ittew! Macam Nomo Satooo ittew yang sedari awal akan jual rumah segala! Paps pulak bersorak sakan atas katil bila Marsha ittew pun dapat masuk AF balik. Dan orang macam Abang B ittew lah yang akan senyum lebar macam tempayan tak siap sebab ujung tahun mesti dapat bonus menggunung! Sesuatuh sungguh!

Tak kisahlah nyah mak nak sentaps apa pun sebab yang dah masuk ittew sudah masuk! Oitt, sebelum korang sumer nak carutkan mak, baca dulu yach sampai habis u ols! Jangan mau sentaps tak kena tempat, nanti mak cili kan ciktek dan ciknek ittew! Mak sentaps bukan apa u ols! Jangan cakap mak dinch minat sama Mawi dan Marsha ittew! Kalau tak percaya, boleh tanya Nomo Duwa apa yang mak carutkan pada diaorang bila Mawi terkeluar konsert perlude ittew! Tapi mak dinch puas hati sebab mak rasa Isa dan Shiha lagi bagus masa persembahan untuk pilih dua ittew! Mak tau u ols pun rasa benda yang sama, tapi sebab hati dah melekat pada Mawi dan Marsha, ramai yang sanggup pandang sebelah mata jer! *ada yang pandang seblah ciktek* Kalaulah Isa yang lupa lirik pastu terpilih masuk AF, mesti ramai yang mengungkit sampai habis AF u ols, tapi sebabkan Mawi yang lupa lirik, ahhhh tak kisahlah nyah! Semua rela yeww! Dah adat u ols! Nak buat macam mana nyah! Kalau fonens2 ittew yang dulu bagai nak tercabut bulu kaki meraung mahu Mawi masuk balik AF, bila Mawi terpilih walaupun lirik tak hafal, takkan nak kutuk Mawi pulak kan u ols! Nanti kena tuduh propah dan kena sumpah jadik batu seremban!

Yang mak heran ittew u ols, pergi lah tengok mana2 pertandingan nyanyian kat donia innew nyah! Kalau lupa lirik, zaaazzzz potong markah paling tinggi u ols! Dinch kiralah sora ittew ala2 buluh madu u ols! Mak pernah baca kat banyak tempat masa Mawi terkeluar nyah! Dia kata dia terkeluar dengan bermaruah kerana dia dah buat yang terbaik! Sekarang ni u ols, bermaruah kah bila dia masuk balik tapi dinch buat yang terbaik u ols? Tepuk ciktek, tanya ciknek!

Mak meroyan ker nyah? Dinch kisah lah u ols. Mak period ujung2 minggu innew u ols! Mak kering kontang nyah! Sumer abang pols, abang asks tengok AF malam minggu! Citsit pun takda orang! Memang hanjs sungguh! Mak sentaps ker Mawi masuk AF balik? Mak dinch kisah nyah! Mak memang suker sebab ada eye-candy gittew! Mak teringin jugak nak tengok Mawi geleks ciktot ittew! Mak nak tengok jugak dia pakai t-shirt ketat sambil nari2 dengan riang ria u ols! Kalau dia pakai track-bottom ker apa ker, mesti bonjol sana bonjol sinnew u ols! Mak jamin sumer merembes macam mak jugak u ols! Mak suker! Mak suker! Mak suker!

Sebab malam minggu ittew mak tak dapat cikcuran u ols, mak tengok lah jugak konsert AF ittew! Kesimpulan nyer? Mak cikcap sorang2 lagi best u ols! Dari dua blas fonens ittew, boleh kira dengan jari jer yang mak ingat performance dia orang! Yazer *merembes mak*, Idayu, Felix *merembes lagi u ols* dengan Amy jer yang mak ingat! Lelain ittew macam sawi depan rumah sewa mak innew u ols! Bila mak perlu jer mak tengok nyah!

Siapa mak rasa akan menang AF innew u ols? Mak dinch perlu tengok sampai hujung u ols, mak dah tahu siapa akan menang! Mak mesti letak Mawi sebagai juara nyah! Kenapa u ols? Sebab ramai yang akan bergolok bergadai jual rumah sewa, jual tanah, jual kereta dan cikcuran untuk vote Mawi ittew! Tapi dinch tahu lah pulak kalau sumer ittew cakap2 kosong jer! Maklum ler nyah, yang selalu bersora lantang ittew belum tentu lagi mengafundi nyah! Kak namm al-propah jer lebih u ols! Tapi mak nak cakap awal2 sebelum orang cakap mak innew kak namm pulak! Mak nak Mawi jadi juara tapi mak dinch mau undi sapa2! Sekurang2nya, kalau Mawi juara, dapatlah mak remembes sampai akhir bulan Ogos u ols! Sesuatuh sungguh mak innew!




Bawah innew ranking mak u ols!

Persembahan paling taste teega fonens:
1. Idayu
2. Felix
3. Yazer

Persembahan paling poyo teega fonens:
1. Fuad
2. Aidil
3. Reza

Yang lelain ittew, bagai sawi dibelakang rumah! Untuk u ols, jangan lupa, Kejelitaan ittew adalah hak milik setiap insan! Chau Cincau u ols!!!