Bidadari Hati

Tuesday, May 31, 2005

the one about badrul rambling sammor...


dayang...

tengah belek-belek album digital i sebab nak tengok gambar apa yang boleh upload, terjumpa pulak gambar nih... wah, dah lama jugak gambar-gambar nih... masa nih diaorang perform untuk air awards in july last year... satu lagih event yang dah almost a year ago... now, air awards datang balik... will be held in july 29 this year... cepat sungguh masa berjalan... sedar tak sedar, dah separuh tahun 2005 kita lalui... harap-harap kalau ada rezeki, ada lagilah pencalonan... harap-haraplah... tapi kalau rezeki takda, cuba lagi tahun depan... alhamdulillah, setakat nih boleh dikatakan sebahagian besar perkara yang nak dicapai dah tercapai... adalah beberapa lagih yang belum... dan insyaAllah, bulan sepuluh nanti ada sesuatu yang istimewa dalam perancangan akan terlaksana... insyaAllah...


misha...

rindulah pulak kat my kids... diaorang semua bercuti ke penang... since cuti sekolah nih and i know memang i susah nak ambik cuti, i suruh my parents bawak diaorang bercuti ke penang... booked family suite kat northam for four days three nights and bagi diaorang makan angin puas-puas... mula-mula tuh nak booked flight to langkawi tapi my parents nak pergi melawat my sister kat penang yang baru dapat berita gembira, she's pregnant with her third child... tapi sebab i taknak lah ganggu dia dengan budak-budak yang ramai, so itulah yang i suruh my parents duduk di hotel jer... at least, sekali sekala merasa jugaklah orang buat kerja for my parents macam hantarkan makanan, laundry dan sebagainya, instead of diaorang jer buat untuk orang lain kat rumah tu kan... from penang, dia orang akan balik kelantan and terengganu for a few more days...


nuar...

seperti biasa, i didn't pay much attention to diari akademi pukul 8.30 malam tadik... i tengok sambil buat kerja lain... in case you terlepas nak tengok diari akademi, you can actually pergi blog javard and you will know apa yang berlaku in details! i tabik spring kat javard and i like the way dia tulis his review... i think i tak berapa minat nak tengok diari (not yet anyway) sebab bebudak nih semua tahu pasal gelagat mereka diperhatikan dan most of them, well all of them try nak control itu dan ini... ada jugak yang nak menunjuk-nunjuk... malah, ada yang lebih-lebih untuk meraih undi... to me, lantak pi lah... i belum ada mood nak vote sesiapa... cuma ada sesetengah tuh yang 'melampau' sikit lah perangai dan lack of respect pada tenaga pengajar yang buat i jadi meluat pun ada... sesiapa yang tengok diari tuh pasti tahu siapa yang i cakapkan tuh... hhhmmmm... entah lah...

okay lah kawan-kawan semua... jom kita buat sama-sama...

red lorry, yellow lorry... red lorry, yellow lorry... red lorry, yellow lorry... red lorry, yellow lorry... red lorry, lellow lorry... led lorry, lellow lorry... led lolly, lellow lolly... led lolly, lellow lolly...


Monday, May 30, 2005

the one about badrul rambling again...


picture (i)...

gosh!!! it has been almost a year since i travelled anywhere... lamanya! looking at these gambar-gambar building yang ambik masa kat switzerland in june last year buatkan i rindu sesangat nak berjalan makan angin... rindu jugak nak melawat my sister jasmin kat sana... tapi tak tau lah jika masa dan kewangan mengizinkan... kerja pun macam tak pernah habis jer... kawan-kawan pun ada yang dah lama tak jumpa... what a life! tapi macam tu lah kalau kerja makan gaji nih kan... walau marah dan sakit hati macam mana sekali pun, walau sakit pening dan sebagainya, amanah tuh tetap satu amanah...


picture (ii)...

anyway, bercakap pasal lama tak jumpa kawan nih, i think i nak buat gathering or outing again lah... lepas outing pergi tengok sepet dulu tuh, lama dah tak jumpa kawan-kawan semuanya... itulah dalam perancangan nih nak buat outing ramai-ramai pergi tengok konsert akademi fantasia hari sabtu... tapi sabtu yang mana satu tak tahu lah lagi... maybe tengok masa free yang sama-sama boleh pergi... so, kita discuss sama-sama lah yek sapa yang nak pergi tuh... nanti boleh booking tiket ramai-ramai and pergi tengok konsert sama-sama dan bergossip jugak... muahahaha...


picture (iii)...

talking about akademi fantasia pulak, i did watched diari akademi sikit just now... more like out of curiousity lah sebab selalunya first day of the week diaorang akan dapat lagu-lagu yang bakal dipersembahkan pada konsert hari sabtu... i tak ingat ramai sangat because tengok macam gitu-gitu jer... yang i ingat, elliza nyanyi lagu elegi sepi - azarina, idayu lagu siti nurhaliza, ekin nyanyi lagu maya karin, amylea nyanyi lagu sheila majid, amy nyanyi lagu orang putih... muahahahaa... sekarang nih masa tulis nak ingat nama penyanyi tuh tak ingatlah pulak... muahahahhaaa... takpalah... anyway, good luck untuk semua... hari sabtu nih tengok depan tv jer lah...


picture (iv)...

itulah serba sedikit laporan lalu lintas hari nih... memang tak ingat dah apa yang nak ditulis... muahahahaa... harap-harap kita sumer dapatlah bergather-gather ramai-ramai nanti... oh, to kak rose... hang in there... semoga semua nanti akan kembali ceria... insyaAllah...


Thursday, May 26, 2005

the one about badrul and madagascar & american idol...


madagascar (i)...

kalau bagi peluang kat nomo ampat setengah letak posting, mesti ada aura-aura 18sx jugak walaupun cuma buat announcement biasa... muahahahaha... nak buat macam mana kan, dah naluri dia kat situ! anyway, pasal pencarian penyampai era yang baru tuh, tarikh tutup dia adalah pada 7 jun nih... so, siapa yang berbakat tuh jangan lepaskan peluang untuk mencuba... mana lah tau ada rezeki kan... not to say it is the best job in the world, tapi kalau rasa nak cuba sesuatu yang baru dan memang memenuhi syarat yang diperlukan, apa salahnya... mungkin this is the job that you've been looking for to fulfil your dream... just hantarkan biodata serta resume beserta gambar ke alamat yang diberikan di bawah... yang di shortlisted akan dipanggil untuk interview...


madagascar (ii)...

bercakap pasal movie madagascar nih, i actually ada dua invitation to watch the premiere pada 26 may 2005 bersamaan dengan hari khamis, pukul 9.00 malam di tgv klcc, thanks to my friend jezamin... tapi pada masa dan tarikh yang sama, i ada bowling tournament pulak... bila ditimbal balik, tak dapat lah i nak pergi tengok this movie... so, i would like to offer this invitation kepada sesiapa yang berminat (first come first serve)... just let me know if you are interested... satu lagih, you have to come to my office to collect the invitation... muahahahaha... sorry ah, kena kerja sikit... anyway, just to let you know that siapa yang akan pergi tengok premiere nih are advised to be at the cinema half an hour before the show starts to undergo security checks before entry is allowed... satu lagih, mobile phones, pda, laptops and recording devices are strictly prohibited...


bo bice - the american idol...

tengok persembahan bo bice and carrie underwood masa finale american idol tadik memang sungguh hebat! wow! kagum sungguh tengok pencapaian mereka... dua music genre yang berbeza tapi melekat kat perasaan... macam biasa, semua ada favourite masing-masing... penonton-penonton wanita mesti sokong bo bice habis-habisan dan yang lelaki mesti sokong carrie underwood... well, maybe not all, tapi sebilangan besarnya... to me, kedua-dua ada kelebihan yang tersendiri... walaupun cikgu nuar tak masuk final, but i'm glad bo bice dengan carrie underwood yang bertanding di finale nih... tengok pada penonton yang hadir kat kodak theater tuh, lebih ramai penyokong bo bice...

this is just my personal opinion selepas tengok finale untuk kali ketiga...

first round...

bo bice - long, long road... best performance dia... suara dan persembahan dia memang kena dengan lagu... lagu nih i tak familiar, so macam first time dengarlah to me... and i love it!

carrie underwood - inside your heaven... i think lagu nih yang bakal menjadi lagu single kepada juara american idol... kalau tak salah i lah kan... best jugak persembahan carrie... full of emotion... pitching tuh ada lah yang i dengar sini sikit sana sikit... but i don't really agree with simon lah... i think untuk persembahan pusingan pertama nih, bo bice lagi menyerlah... to me round one went to bo bice...

second round...

bo bice - vehicle... sekali lagi persembahan lagu yang pernah bo nyanyi sebelum nih... lagu yang betul-betul kena dengan keupayaan vokal dan gaya rock dia... best! best! best! memang betul-betul 'batu'! i think lagu nih gerenti akan ada dalam album dia nanti...

carrie underwood - independence day... i suka! memang best persembahan carrie sebab lagu country nih merupakan genre dia... i memang minat dengan lagu-lagu country nih sejak lagu country road lagih... muahahahhaaa... susah nak bandingkan kemampuan antara kedua nih sebab genre lagu yang berlainan... so this round i think seri kot... muahahaha...

round three...

bo bice - inside your heaven... sedap jugak tapi tak sepower carrie nyanyi... maybe sebab macam tak sesuai sikit lagu nih dengan bo... ialahkan... to me, ada sesetengah lagu tuh hanya perempuan jer yang sedap nyanyi dan ada sesetengah lagu pulak, lelaki jer yang best... still, his performance is outstanding to me...

carrie underwood - angels brought me here... all i can say is wow!!!! meremang bulu dada sumer... muahahahaaa.... sssseeddaappnya lagu nih carrie nyanyi... penuh perasaan dan cukup segala nahu nya... i tengok finale nih tiga kali pun sebab nak tengok persembahan carrie untuk lagu terakhir nih... giler best carrie nyanyi lagu nih!


carrie underwood - the american idol...

tak macam previous american idol, which we can already predicted the winner, this one memang susah... if i were to choose siapa yang bakal jadik the next american idol, i will go with carrie underwood... or bo bice... or carrie underwood... or bo bice... muahahahaha... well, maybe i berat sikit pada carrie underwood kot... but at the end of the day, tak kira siapa di antara kedua nih yang menang, i will be happy... tak sabar jugak nak tengok cikgu nuar perform nanti... i'm sure sumie, k.e. dengan kak aidid mesti tak sabar nak tengok constantine...

and the results please...

carrie underwood!!!!!


Tuesday, May 24, 2005

Mak Buat Announcement Noks!


Era!

Haaallluuuuuuuuuu!!!! Aaiiiimmmm Beeeeekkkkkk!! Amboi nyah, lama sungguh mak tak bertandang disinnew u ols! Lama sungguh mak tunggu nyah, nak dapat pengiktirapan Abang B ittew! Walaupun mamiyamz dah perakui keratuan journalism mak innew, Abang B macam susah jer nak bagi mak mengasah ciktek, eh, bakat mak di blog innew! sesuatuh sungguh Abang B ittew. Takpalah, mak redho u ols! Walaupun mak ala2 fonen I.T. tak cukup makan, mak bangga u ols dapat jugak letak gambar2 ittew! Gambar2 jants segems sumernyer! *tutup mulut gelak getiks* Tapi alangkah malangnya nasib mak innew u ols, macam Bawang Putih yang gebu ittew disuruh makan ikan kaloi, begittew lah dengan mak innew! Mak ingat bila dapat peluang tulis2 kat blog innew, mak boleh lah tulis ala2 18sx gittew, tapi Abang B suruh mak buat announcement pulak u ols! Kak namm betul kan! Mak terima ajer lah!

Occay u ols, announcement nomo satooo yang mak kena buat ialah kepada fonens2 yang ada bakat terendam atau terpadam, ada gaya ratu anggun gittew, yg suka potpet potpet macam fonens tak cukup makan dan sebagainya, yg personaliti mesti ala2 mak innew, yang berminat nak cikloi maikropon kat studio era dan seterusnya bergelar ratu penyampai era, hah nyah, nko boleh lah hantarkan butiran peribadi *saiz ciknek dan ciktek tak mau occay*,resume beserta gambar yg sudah cikkap ke alamat berikut:

Ujibakat Penyampai Era,
Tingkat 2, Pusat Penyiaran Asia,
Lebuhraya Puchong - Sg. Besi,
Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur


Tarikh tutupnya mak belum diberitahu oleh Abang B occay, so jangan ada yg mengada2 nak kata mak propah pulak! Pesanan mak untuk u ols yang berminat ittew, surat menyurat mestilah dihantar ke alamat di atas occay! Kalau ada yang 'gatai bawah' nak hantar peribadi pada penyampai Era dan sebagainya, terus masuk bakul sampah nyah! Dan kalau ada fonens propah yang fikir letak blog innew sebagai reference *jap, mak nak gelak golek2 dulu u ols* fikir balik yach!



Yazer yang segems!

Amboi! Amboi! Amboi! Madus mak sumer! Tak kosser tau! Sumer dah ada adiks AF3! Kak namm sungguh! Nomo Satoooo dan Nomo duwa dengan Mawi nyer yang tak sempat jejak kaki dia di bungalow AF ittew! Nomo Teega Suku dan Anaksedara dengan Reza taik lalat didagu ittew! SM pulak dengan Felix terompah merah ittew! Eh, bila plak SM jadi madu mak innew u ols! Sesuatuh sungguh! Mak pulak taknak lah berebut u ols! Dah puas mak berebut Paps dulu. Cukup ler sekals mak merasa kehidupan bermadu innew u ols! Sebab ittew announcement nomo duwa mak u ols, mak pilih yazer yang segems di mata mak innew! Badannya ala2 sedap2 gittew! kalau pegi gym mesti dah jadi adik Batista kegilaan Mamiyamz u ols! Mak taste sesangat u ols! Bila dia cakap pulak ada gaya2 indon Peterpan u ols! Mak suker! Mak suker! Mak suker! *sambil lompat2 kasik ciktek melantun!* Mak heran jugak u ols, apasal Nomo Teega Suku suker kat Reza ittew! Bukan ker taste Ratu Ciktek Lantun ittew taste anak2 ikan! Hhhmmm, sesuatuh sungguh Nomo Teega Suku ittew u ols! Adakah perancangan nak mengabui mata ramai bahawa dia sebenarnya taste kat Aidil ittew? Satu misteri nusantara u ols! Silap2 aribulan, Paps yang taste sama Aidil! Sesuatuh sungguh!


Abang Javard yg taste...

Pengumuman keteega yang mak nak buat u ols bersangkut paut dengan AF jugak nyah! Mak dah buat survey dari blog ke blog sampai ada beg galas bawah mata mak innew u ols! *nak kena jab vitamin C nyah* ya lah kan, mak nak survey lah blog mana yang tulis review pasal AF yang boleh merembeskan fonens2 bila baca! Lepas mak lompat sittew dan lompat sinnew u ols, mak rasa the best blog yang buat review innew ialah blog Abang Javard yang taste ittew! Mak suker review dia yang terbuka dan tulus mulus ittew u ols! Abang B pun memang suker baca review kat Abang Javard ittew u ols! So, mak sarankan, kalau nak baca review yang terperinci dan berkualiti, jangan lupa tau! Mak tak propah u ols! Mak cakap innew pun lepas mak buat sujud sawi u ols! Oh Abang Javard yang taste!


Anakin yang merembes!

Mak lupa lah pulak nak cakap pasal last week u ols! Mak dapat invitation pegi tengok Star Wars The Revenge of The Sith ittew u ols! Kalau tak silap mak u ols, mak tengok ittew sehari sebelum orang kat Malaysia innew tengok! Bangga sungguh mak u ols sampai kembang ciktut mak innew! Malam ittew mak pun melawa2 lah u ols! Cikkap tebal, liptik merah darah ikan, gaun rambu ramba nampak cleavage, stiletto enam inci! Adoi, merembes mak tengok si Anakin ittew nyah! Sampai takda kaki takda tangan pun mak merembes jugak! Sesuatuh sungguh mak malam ittew nyah! Dua tiga kali mak pergi ladies u ols! Dah habis movie ittew, ada lah mamat sorang innew yang bagi poster Star Wars u ols! Bila sampai giliran mak, dia asyik tenung jer cleavage mak innew u ols! Sampaikan siap bagi dua poster pada mak! Terharu sungguh mak! Dah lama dah takda orang *selain paps lah* yang tenung cleavage mak innew sebegittew kusyuk skals u ols! Eh, eh, lupa plak pasal nak buat announcement! Jangan marah nyah, nanti tak canteks u ols! Hah, mak nak buat announcement lah nih, mak ada dua poster Star Wars innew! Mak taklah minat sebab takda muka Anakin kat sittew! Kalau tidak, sah2 mak dah tampal kat bilek air rumah sewa mak innew! So, mana2 fonens yang minat Star Wars dan nakkan poster innew, tolong emailkan pada mak occay! Innew alamat email mak, nomoampatsetengah@yahoo.com First cum first serve yach! Who cum more more, mak give more more also yach!

ittew sajer lah announcement mak innew u ols! Nanti kalau mak ada modal dan kalau Abang B tak kedekut blog dia innew, mak tulis lagi occay! Jumpa lagi u ols dan ingat pesanan mak, 'Kejelitaan ittew adalah hak milik setiap Insan'! Cau cincau!



Sunday, May 22, 2005

the one about badrul and akademi fantasia 3...


akademi fantasia...

mula-mula tuh resah jugak rasa dihati... bukan resah apa, tapi macam pelik... hah, pelik is the right word, not resah... pelik sebab masa akademi fantasia musim kedua dulu, sebulan sebelum start i dah demam dah... dah membuak-buak semangat nak tengok... tapi pelik sebab musim ketiga nih tak pulak rasa macam tuh... riuh sekampung kat channel 15 tuh langsung tak menimbulkan apa-apa perasaan... kecoh di suratkhabar tentang pengetua, tenaga pengajar dan pengkritik tetap, langsung tak meninggalkan apa-apa kesan... terserempak beberapa kali dengan budak-budak bakal akademi fantasia tiga tuh pun langsung tak mendebarkan degupan di dada... aik? dah kebah langsung ke demam akademi fantasia nih? ayooma ayoopaaa... apa sudah jadik? akhirnya lepas magrib hari sabtu tuh, masa flip channels tuh, tertengok trek selebriti last part dia, where all the kids tengah menyanyi ramai-ramai lagu menuju puncak! muhahahahaha... masa tuh lah baru terasa demam, baru terasa excited, baru terasa nak tengok... lagu menuju puncak rupanya yang bukak balik kenangan-kenangan masa af1 and af2...

so what do you think of konsert prelude akademi fantasia 3? mak datuk, lepas habis jer diaorang umumkan keputusan, banyak betul sms and phone calls yang i terima... muahahaha... macamlah i yang buat keputusan... hikhikhik... anyway, ramai yang tak puas hati kerana mawi tak masuk final 12... well, i felt the same way too, tapi takleh nak komen banyak-banyaklah kan... itukan pilihan juri!! bukan ke selama nih orang sibuk nak juri pilih pemenang? there, you have the chance untuk merasa macam mana kalau juri yang pilih...

anyway, nih senarai pelajar-pelajar baru akademi fantasia 3...

pelajar lelaki...


aidil...


felix...


fuad...


kefli...


reza...


yazer...

pelajar perempuan...


akma...


amy...


amylea...


ekin...


elliza...


idayu...

who's my favorite? hhmmmm... susah nak cakap, masih terlalu awal... tapi i tengah pandang-pandang jeling-jeling kat elliza... amy pun outstanding jugak... tak tau lah... to all students, good luck dan semoga berjaya di akademi fantasia... harap-harap tahun nih afundi hanya diperingkat nak akhir-akhir tuh... nak tengok jer dulu perkembangan mereka... who's your favorite?

pictures from www.astro.com.my


Friday, May 20, 2005

the one about badrul and one of many short entries to come...


bo bice...

no, this is not really an update on american idol... tapi sajer lah nak tulis since nothing much happen in my life except for work work work! masa tengok performance diaorang tuh i memang dapat rasakan bo bice has the edge over the other two girls... memang respect sangat dengan kebolehan dia...


carrie underwood...

carrie underwood is not too bad either... so the final two are bo and carrie huh... siapa yek agaknya will be the next american idol? susah jugak... masing-masing ada strong point! bo dapat full support dari randy 'the dawg' and carrie from simon cowell! paula abdul, well dia minat sumer termasuk yang dah terkeluar season 1dulu pun... muahahahaha... i don't think whatever comment diaorang kasik in the final will make any diferent to the voters... kalau i, i akan pilih... hhmmmm... borrie! muahahahaaa... honestly i don't know who to choose... anyway, sapa-sapa pun, they are already a star!

oh ya, yesterday (thursday) i ada conference kat mcmc tempat leen kerja tuh... kalau nomo ampat setengah ada, mesti pengsan tiga empat kali tengok leen... muahahahaaa... memang jauh beza daripada leen yang ku kenal jugak! memang kena tengok tujuh lapan kali to make sure my mind doesn't play any tricks on me... tabik spring kat leen... anyway, i'll still love you the same, no matter what...

untuk leen, nanti bila abang bo masuk meminang, jangan lupa yek makanan kegemaran dia, laksa johor dengan otak-otak gelang patah...

enjoy your weekend everyone...


Monday, May 16, 2005

the one about badrul and a little bit of misi suara hati, interview with marlia plus something on akademi fantasia...


alps...

wow!!! rasa lama sungguh tak update blog and put up an entry... sebenarnya sunday night tuh memang nak letak dah tapi something wrong pulak dengan my laptop... mesti kes nomo ampat setengah guna my laptop lah tuh... terpaksa defrag and by the time habis, dah pukul berapa dah... tak larat... tapi bagus jugaklah sebab memang letih sangat that day... nanti tulis tah hapa-hapa pulak...

on sunday tuh sahri fan club adakan bowling tournament disamping buat sumbangan untuk misi suara hati... ramai jugak yang turn up... baguslah... orang kata sambil berhibur atau bersukan tuh, sambil menderma... seronok sungguh dapat jumpa gang-gang yang dah lama tak jumpa macam kak aidid dengan abang is, sempoii dengan hubby, izrin, leen, waiem yang sibuk sungguh hari tuh, wink (yeah, team kita juara!!), chail and family dan ramai lagih lah... memang seronok sesangat! sorry la kak aidid kalau tersalah tegur... mati-mati ingat aidid nak dapat adik baru... muahahahhaa... jangan marah kak aidid, nanti kena jual...


marlia (i)...

actually interview dengan marlia nih dah lama dah... before nomo ampat setengah interview zahid lagih... i think almost two weeks ago... tapi disebabkan ada banyak perkara yang i rasa sedikit sensitive termasuk maklumat tentang akademi fantasia ketiga, i tak letak dulu lah... taknak lah jadik 'party-pooper' pulak kan... sebab the reason dia orang tuh rahsiakan certain things supaya af3 nih lebih interesting dan orang tak sabar nak tengok... kalau semuanya dah orang tau, macam surprise element tuh hilang lah... but since tomorrow (tuesday, may 17) akan ada press conference, i think dah boleh lah i letakkan kat sini some part of the intervew...


marlia (ii)...

me: tak rasa janggal bekerja bersama-sama suami dalam akademi fantasia 3?

marlia: tak terfikir tentang janggal pun kerana kegiatan seharian we always support each other... kalau mengajar (di akademi seni kebangsaan) dia datang tengok dan kadang-kadang dia faham masalah yang dihadapi dengan pelajar... jadi sebagai cikgu dia tahu tanggungjawab saya... janggal tu takdalah...

me: support tu satu hal, tapi sekarang ni bekerja di bawah suami?

marlia: i think i have to respect him sebagai pengetua af3... dia kena lihat pada keseluruhan dan saya hanya pada satu bahagian pendidikan... i accept this as work! rasanya insyaAllah takda problem kot (ketawa)...

me: ada negative issues from working together?

marlia: kami dah mula bekerja bila shortlisted 30 pelajar baru af3...20 pelajar dan 10 tambahan sebagai back-up... jadi kami dah boleh agak proses bekerja bersama... saya very academically oriented dan tak terlalu commercialise, jadi saya rasa negative issue hanya pada pandangan segelintir orang sahaja... assignment tuh (memilih pelajar) takda bergaduh-gaduh baling pen (ketawa)... cuma berdebat dengan beberapa tenaga pengajar termasuk pengetua untuk memilih 20 pelajar yang layak...

me: harapan af3?

marlia: quite excited! pemilihan pelajarnya very interesting! talents yang kami jumpa dalam af3 nih amazing! mereka datang dari genre yang berbeza dan semoga mereka akan mendapa manfaat dari af3 ini dan menggilap bakat mereka menjadi bintang... semoga ianya menerapkan nilai keseronokan belajar untuk menjadi penyanyi... saya pasti peminat setia af akan turut sama excited dengan pemilihan pelajar kali ini...

me: anything marlia nak cakap pada peminat marlia?

marlia: saya ni mana ada peminat (ketawa)... orang di belakang tabir sahaja... af adalah platform yang baik untuk kita mencungkil bakat baru... anda diberi peluang untuk memilih bakat-bakat baru dalam industri seni kita... buat pilihan yang tepat... enjoy the show!


with kudsia on top of mount pilatus, switzerland...

oh remember masa i cakap dulu that kudsia tak mahu dah jadi pengkritik tetap walaupun i pujuk-pujuk dia banyak kali? muahahahahaa!!! i managed to change her mind di saat-saat akhir... yeaahhhh!!! kudsia akan terus menjadi pengkritik tetap... at least for af3... i'm so happy! sorry lah kepada yang tak suka kudsia tuh... jangan ikutkan perasaan... setiap orang ada kelebihan dan kelemahan... remember one simple thing, bukan kudsia atau mana-mana pengkritik yang pilih pemenang, tapi whoever yang mengundi menentu kannya... remember last year? kritik pedas macam mana pun orang tuh tak terkeluar-keluar jugak... so kalau tak setuju dengan pendapat dia, tak payah nak hina-hina... apa yang pengkritik cakap tuh tak kiralah pengkritik tetap atau jemputan adalah untuk memperbetulkan pelajar-pelajar tuh, bukan nak meraih undi untuk mereka... anyway, mujur dia orang setuju bagi cuti pada kudsia untuk dua minggu sebab dia kena attend her best friend's wedding... kalau tidak, memang dia tak boleh jugak ambik tugas tuh...


xe'an & xe'qi...

last sunday i jumpa bakal-bakal af3 students... dia orang ada photoshoot, most probably untuk press release nanti... i ada jugak ambil gambar dia orang but i don't think it's ethical for me to put it here... takpalah, i simpan untuk peribadi sahaja... nanti kita semua akan dapat tengok jugak bila keluar kat papers... dua tiga hari won't change their faces kan... muahahahhaaa...

anyway, i think most of you dah tahu yang weekly concert for akademi fantasia 3 akan diadakan di stadium melawati shah alam... i guess tempat dia lebih besar dan boleh ramai orang yang datang tengok... this coming saturday may 21 pulak, jangan lupa tengok konsert prelude akademi fantasia live 8.30 malam di astro ria... dari 20 pelajar, hanya dua belas akan dipilih (6 lelaki dan 6 perempuan) dan pemilihan dilakukan oleh juri profesional tanpa undian sms... oklah, i think you will read about the rest in the newspapers soon...


Wednesday, May 11, 2005

Mak Tak Tau Nak Letak Apa Nyah!



First taim nyah, mak gatal2 tangan asah bakat terendam mak innew! Lama nyah mak ambik masa nak letak gambar satu ittew! Nasib baik mak ala2 fonen I.T. gittew! Berjaya jugak akhirnya! Walaupun setakat gambar siaran ulangan, mak rela u ols! Kepada yang belum kenal dengan mak innew, salam pelok ceom cemolot dari mak, Nomo ampat Setengah! Kalau ikut Mamiyamz punya anugerah rasmi, nama glamer mak innew NESrinna u ols!

Abang B dah tidur awal u ols! Hangin satu badan. Satu hari dia sentaps u ols! Biasa lah nyah, siapa suruh kerja bagai nak rak. Macam ler company dia ittew appreciate sangat! Orang masuk kerja pukul sembilan, pukul lapan setengah dia dah terpacak kat opis u ols! Lima setengah orang dah ca alif but, pukul tujuh malam dia dok tercongak buat kerja lagi! Tak cukup dengan cikcuran sendiri, buatkan pulak kerja orang lain yang tertonggak ittew! Hujung minggu orang lain sibuk bercengkerama dan ber 3M dengan kengkawan, dia kat opis jugak! kesihatan ke mana, keluarga ke mana! Sekarang innew, siapa yang susah? maaaakkkk jugak yang susah u ols!

Abang B ittew nampak jer happy alompat agogo nyah, tapi dia jenis makan dalam! Kira2 ari selasa ittew bagai gunung berapi meletups lah u ols! Mak takdalah skodeng u ols, tapi semalam ittew adalah orang citer kat mak Abang B berperang sakan dengan boss dia ittew! Mak dengar citer dari tok bomoh Pekan Teluk Belanga, sejak Abang B menolak tawaran boss ittew, dia selalu la kena propah dan kena kak namm u ols! Tapi dia konon2 nak kontrol ayeww la, terima jer la. Makin ari makin banyak u ols, dengan boss nya ittew sengaja ikut sedap hatok dia jer tambahkan kerja ittew dan kerja innew kat Abang B. Agaknya yang senapang meletups ittew sebab boss dia dengan penuh sengaja dan penuh bersahaja main tuduh yang ada beberapa ekor monyet takda hotaks di opis ittew fitnah cakap Abang B ittew susah nak bagi kerjasama!

Ittew yang dia sentaps dan hangin satu badan ittew! Kalau badan Abang B ittew slim macam mak ni nyah occay lah jugak! Tapi bila saiz badan ittew sudah nak hangin, alamatnya u ols, bergegarlah satu zoo negara! Mengikut kajian2 dan sumber dari pusat sumber Sekolah Tok Beng, sudah enam tahun Abang B ittew tonggak tonggek tonggang tonggek buat kerja, tiba2 ada dua tiga hekor monyet henam jahanamm baru join company dua tiga minggu dah buat hal!

Tapi kalau akak Mak yang nomo teega ittew ada, dia mesti tabik spring ciktek lantun dia sama Abang B! Mak dengar citer, di awal2 intisari rancangan ittew, suara Abang B macam guruh membelah alam maya u ols! Sampai Big Boss yang sedang beradu di bilik besar berkerusi empuk dengan pengurut kaki ogawa ittew terjaga dari tidurnya u ols! Bila Big Boss ittew masuk campur tolak kali dan bahagi, Abang B dengan nada kejelitaan milik setiap insan ittew menerangkan dengan panjang lebar situasi yang dialaminya, sampaikan boss nya sendiri terkedu! Orang penang cakap 'teloq masuk dalam' u ols! Memang sesuatuh sungguh boss ittew! Paling mak suspek, Abang B siap cakap dekat boss ittew kalau orang lain boleh jual kuih talam, dia pun boleh jugak tapi kuih talam Abang B lebih lemak perisa! Mak dengar citer ittew mak ketawa sampai terkentut2 u ols! Teruja dan sexcited sekali mak mendengarnya u ols!

Mak rasa kalau luahan perasaan Abang B ittew takda mengubah suasana, mak tak tau apa lagi yang boleh u ols! Mak dengar, ari rabu ittew Abang B dapat layanan first curlass dari sumer orang kat opis u ols! Ala2 Miss Tiffany Universe Baby Elephant gittew! Sesuatuh sungguh! Tapi biasa lah kan nyah, dia orang ittew satu tangan lambai2 kat depan, satu lagi pegang pisau belati taji ayam kat tangan yang letak di belakang ittew u ols! Boleh ?!? Mak harap Abang B ittew tabah menghadapi dugaan u ols! Tapi bagus jugak kalau dia sentaps sekali sekala nyah! Dapatlah mak mengasah bakat mak yang memang mantaps dan sensasi innew!

Oh nyah, mak nak citer sikit pasal Amazing Race occay. Mak siap buat sujud sawi kiri kanan depan belakang u ols! Mak suka tak terkira u ols bila black couple ittew menang Amazing Race. Walaupun mak ala2 taste kat Rob ittew tetapi perangai hanjs dia cukup mak meluat u ols! Kalau mak jumpa si Rob ittew, mak akan lumur2 cili kering kat ciknek dia ittew! Semoga dengan duit sejoota hasil cikcuran black couple ittew akan bertambahlah sepuluh budak itam! Dah lama dah diaorang ittew mahu dapat zuriat. Ittew lah, mak suruh main depan, nak jugak main ciktot ittew! Mana lah nak ada hasilnya u ols! Sesuatuh sungguh dia orang innew!

Akhir kata dari mak, Abang B akan bercuti dari memblogging selama beberapa hari. Tempatnya akan diambil alih oleh siapa lagi, mak lah u ols! Mak akan menjawab segala komen2 korang nyah! Marilah bersama2 ber 3M bersama mak occay! Apa2 pun, ingat fonen2 sekalian, sebut sama2 dengan mak occay, kejelitaan ittew adalah hak milik setiap insan! Jangan lupa nyah! Cau cincau!



the one about badrul and the community service ads...


europe (i)...

you can actually call this 'malas' entry... memang i sebenarnya takda mood... i'm very upset... well, i feel more humiliated than upset... i feel hurt... i can't write it down though... i pun tak tahu macam mana nak explain... hhhmmmm... i guess i'm going to keep this one to myself... will try to stay positive and hopefully time will heal...

anyway, these are the community services yang i baru produce... it's about how we look at things... benda-benda yang kecil dan mungkin kita rasa terlalu penting dan perlu dilindungi daripada kita dan keluarga kita... tetapi sesuatu yang sebenarnya lebih merbahaya kita tidak begitu ambil peduli...


europe (ii)...

Sfx: The sound of waves on the background... (beach ambiance)

Husband: (As if walking on the hot sand) Ouuchhh!! Oucchh ouucchhh!!!
Wife: Bang!!!! Pakai lah selipar tuh, kan pasir tuh panas...
Husband: Ya lah Yang...
Wife: Bang, mari lah duduk kat bawah payung nih... matahari tuh terpacak kat atas kepala tuh!! Nanti kan migrain lah pulak!
Husband: (slightly annoyed) Ya lah Yang...
Wife: Bang, duduk kat sini... mari Ayang letakkan losyen pelindung matahari... nanti kulit tuh hangus!
Husband: (annoyed) Ya lah Yang!!!

ANNCR: Anda melakukan apa saja untuk melindungi keluarga anda dari cuaca panas! Apa yang anda lakukan untuk melindungi diri anda dan keluarga daripada AIDS?



europe (iii)...

Sfx: House ambiance (night) with very light tv news on the background...

Wife: (As if shouting from upstairs) Bang!!!! Dah kunci ke pintu pagar kat luar tu??
Husband: (not interested) Suudaahhh...
Wife: Pintu rumah depan dah kunci dah? Mangga gril tuh dah pasang?
Husband: (slightly annoyed) Sssuudaahhh...
Wife: Pintu dapur dah selak?? Tingkap-tingkap semua dah tutup?
Husband: (very annoyed) Sssudaaahhhh lah Yang!!!

ANNCR: Anda melakukan apa saja untuk melindungi keselamatan keluarga dan harta benda anda! Apa yang anda lakukan untuk melindungi diri anda dan keluarga daripada AIDS?



europe (iv)...

Sfx: The sound of mosquitoes in the back ground (night ambiance)

Wife: Bang!!!! Banyak nyamuk la Bang...
Husband: Ya lah Yang... (Sfx: hands slap to kill mosquitoes)
Wife: Bang, ada lagih lah! Tu hah! Tengok tuh! Semburlah Bang!
Husband: (slightly annoyed) Ya lah Yang... (Sfx: mosquito spray)
Wife: Tak mati-mati lagi nyamuk tuh Bang! Kalau kena gigit nanti, hah, penyakitlah pulak! Pasang kelambu lah Bang!!
Husband: (annoyed) Ya lah Yang!!!

ANNCR: Anda melakukan apa saja untuk melindungi keluarga anda dari gigitan nyamuk! Apa yang anda lakukan untuk melindungi diri anda dan keluarga daripada AIDS?


if you want to listen to these community services, let me know and i will email the mp3s to you... tell me what you think, k... have a wonderful day ahead...

*pictures from my trip to europe...


Sunday, May 08, 2005

the one about badrul and 'a little bit of this and that'...


bukit merah (i)...

last week, thursday, i pergi bukit merah laketown resort with two colleagues from office.. ada meeting dengan client... these pictures were taken kat sana lah... anyway, since weekend banyak benda yang i buat, so banyak jugaklah nak diceritakan... errrr... well, takda lah banyak sangat.. muahahahaa... but i nak start dengan hari ahad dulu, lepas tu baru hari sabtu and cerita masa i kat bukit merah...


bukit merah (ii)...

today, sunday, hari ibu... happy mother's day to all ibu-ibu... ramai!! kak n, kak rose, auntie n, linbatista, batrisya, orgkampung, sempoii, kak aidid, makencik elf, kak watie, k.eisya, sumie, sinchan, meesua, skylar, scov, nisha, zazz, kak iffa, ainon, lina, cindy, julie rostam, shereen, intan, baya, tuty, dan ramai lagi... kalau ada yang terlepas sebut tuh, harap maafkan lah yek... istimewa jugak buat my mom, hajjah nik maimunah bte. haji nik ishak... so, today sebelum pergi kerja, i bawak my mom, my dad and the kids pergi lunch... mula-mula tuh memang niat nak pergi cari sepasang kasut for my mom tapi habis satu mid valley tuh kita round tak jumpa yang my mom berkenan... last-last, my dad pulak dapat sepasang running shoes beli kat puma... muahahahaaa... terbalik lah pulak... but it was such an enjoyable outing...


bukit merah (iii)...

on saturday night, i pergi one of my friend's birthday party... sebenarnya i tak sihat sangat, tapi disebabkan kawan rapatkan, kenalah jugak pergi... tapi satu yang i tak berkenan sangat, birthday celebration tuh dah lah buat lewat (start pukul 11 malam), lepas tuh pulak kat tempat yang 'ada kelas'... seriously, i tak minat sangat dengan 'hoitty toitty' (baca sambil dongak ke atas and stress kan sikit on the 't') people... ya lah, dulu sibuk-sibuk nak jadik part of them, but now bila dah tahu keadaan sebenar, well, i rather not... tak larat dah bila jumpa nak 'mmuuahh mmuuaahh'... hahahhaaaa... i rather go makan-makan dengan kawan-kawan kat seafood restaurant ker, pergi minum teh tarik ker or occasionally pergi karaoke ker... macam nih best sikit... more personal... boleh borak-borak dan sebagainya... takdalah nak kena menjerit-jerit over the loud music...


bukit merah (iv)...

tengahari sabtu pulak i dapat satu sms from a friend... bunyinya macam nih... 'i'm migrating to usa soon... just got approval... sorry for not telling u earlier... hope i can see u before i leave... sorry for the short notice... i have no choice... they want to have me as.... (long pause) the next american idol!!!!' muahahahaha... since it was so funny, i pun hantarlah kat beberapa orang kawan... nih some of the reply yang i dapat balik...

leen, 'kosser kau ni noks'...
waiem, 'hahahaa congratulations. kem salam kat scott nanti... he's my bedol... muahahaha'
alang, 'bencinyaaa... org ingatkan mmg betul le abg badrul kena pindah sana. main2 ek? apa2 pun miss u like crazy ;-)'
chail, 'huh?? wat are u talking about? plz tell me diz iz jez a stoopid jokez! (and later she sms again) bengongs!!! cis! cis! cis! dah lar org sakit nih, troz nak kena heart attackz! bengongs lagikz... lagikz... dan lagikz!!!'
kak n, 'for 1 sec u make me feel deeply sad. another sec i feel like hammering u!! miss u so much!
ijinkiut, 'ces. baca memula rasa sebak je. tetibe smpi penghujung, nah kene kau! gud try. bikin terkejut je'
kak aidid, 'hihihii. so funny. kosser lah nyah ni tau. mak cubit2 pipi dia br tau'
shay, 'ceh dah agak dah mesti yg pelik2 ingatkan jadik president us tadik'
farah, 'mengade. bt lawak plak!'
wink, 'all the best but jangan cikcuran dgn iteww pola anak abdul...'
atiesya, 'ha ha ha.. tipa tertipu rupanya... ingatkan betul... :-)'
jezamin, 'wah, i want 2 follow so that i can vote 4 u'
kak rose, 'badrul!!!! how soon is soon?? how short is this notice?? gosh, then d kids? psl keje la ni?'

bila dapat sms dari kak rose macam tuh, i think my sms joke went too far lah... dalam hati, habis ler kalau kakak aku sorang nih kena heart attack! terus i call kak rose and explain kat dia... muahahahahaa... nasib baik dia tak marah!!! dreamfinder pun call jugak! kenalah pulak explain... muahahaha... tapi memang kelakar... to all, especially chail, jangan ambik hati yach!! bergurau dihujung minggu!!


bukit merah (v)...

now, back to bukit merah laketown resort (the boring stuff)... i went on thursday... drive... mengantuk giler, tapi syok jugak sebab bila sampai sana tuh, diaorang treat macam vip... dapat bilik satu sorang... makan semua just order jer... yang paling best, meeting tuh sekejap jer... more like one hour... the rest tuh diaorang bawak melawat-lawat tempat di bukit merah... memang enjoylah especially pergi hari kerja kan... muahhahaahaaa...


bukit merah (vi)...

that's about it... actually, my weekend was quite boring... muahahahaa...

Wednesday, May 04, 2005

the one about badrul interviewing zahid...


zahid (i)...

well, the title tuh not actually right on the dot... i sebenarnya (for the first time) bagi peluang kat nomo ampat setengah (nes) menjalankan tugas-tugas reporter sebab dia nak sangat interview zahid (z)! lagih pun i rasa lebih berkesan kot sebab bila dia interview, dia guna body language sekali... muahahhaaa... tetapi untuk mengelakkan kekeliruan pada mereka yang tak faham bahasa-bahasa yang digunakan oleh nomo ampat setengah tuh, i tolong translate kan untuk you all... my translations yang dalam bracket tuh... actually, i pun tak berapa faham jugak... muahahahaa...


zahid (ii)...

nes: macam mana cikcuran nko skrang nyah? laku ke? mak dengar nko innew memang menjadi kesukaan adiks2! (macam mana dengan penjualan album zahid sekarang?)

z: lebih kurang dua juta (ketawa)… tak lah! album dah terjual yang diketahui jumlahnya lebih kurang empat ribu sejak berada di pasaran awal april lalu… syarikat rakaman edarkan 10,000 dan khabarnya sekarang ni dah habis dan tengah buat cetakan untuk kali kedua…

nes: nko tak dapat lesen rasmi untuk cikcuran nyah? (bila pelancaran rasmi album?)

z: esok (5 mei, 2005) di sugar club, hotel mutiara…

nes: occay la nyah! mak taknak lah pulak tanya saiz ciknek nko tuh segems ke tak! nanti orang ingat mak taste kat nko nyah! tapi ramai le fonens nak tau malam aim ittew nko perform occay ke? (ok, takyah nak cakap lain-lain… straight to the point… macam mana zahid rasa persembahan zahid pada malam aim?)

z: tak tau nak cakap macam mana… apa yang zahid buat malam tu sebagus yang zahid boleh buat… zahid tak boleh nak perform macam zahid perform sorang-sorang sebab ada tiga orang lagi yang perform dengan zahid… nak menyanyikan lagu anuar zain memang susah… dengan okestra lagi susah… bukan zahid nak buat alasan… sebenarnya pun susunan penyanyi pada malam tersebut lain daripada susunan asal… sepatutnya farah menyanyikan lagu nora, kemudian dina masuk dengan lagu ning dan zahid sambung, tapi bila cikgu ramli ms rasa key dina tak sesuai dengan lagu ning, dia tukarkan dengan farah… lagipun zahid nyanyi tu bukan part yang climax untuk lagu anuar jadi tak boleh lah buat lebih-lebih… tapi zahid tetap puas hati dengan persembahan zahid…


zahid (iii)...

nes: masa perform ittew nko macam tak stim jer nyah, wat is de happen wan? (masa perform tuh pressure ke?)

z: pressure! sebab semua penyanyi yang berpengalaman duduk kat bawah tu… siti, anuar zain, ning dan ramai lagi… tu tak termasuk dengan orang yang berpengalaman dalam bidang muzik dan sebagainya… cikgu-cikgu zahid dulu dan semua penonton… bila nyanyi zahid nak kena jaga pitching, body posture dan macam-macam lagi… banyak nak fikir… nak kena keluarkan balik apa yang zahid belajar masa kat akademi… apa yang boleh buat, apa yang tak boleh buat… taakutt… (ketawa)

nes: ada fonens propah cakap nko takut akaks2 wartawan di bawah ittew kak namm kan nko nyah, betul ke? (ada yang kata zahid takut sebab ramai wartawan hiburan di bawah yang sedang menonton sama?)

z: memang dah tugas diaorang untuk mengkritik dan sebagainya… tapi zahid tak kisah dengan kerja diaorang… itu perkara biasa dan boleh membantu zahid untuk memperbaiki diri jugak… zahid lebih fikirkan tentang penonton di rumah… zahid careful dan berhati-hati… takut buat terkurang atau buat terlampau lebih…

nes: over sexcited? (terlampau lebih?)

z: ya lah.. zahid punya part bukannya yang bahagian akhir… so tak boleh nak goreng lebih-lebih… bukan climax lagu… so, zahid boleh tukar sikit-sikit jer… nanti kalau terlebih goreng lepas tuh jac goreng lagi… tak sesuailah…


zahid (iv)...

nes: sapa nko rasa layak pakai tiara ratu dragoonz ittew? (sebelum keputusan diumumkan, siapa zahid rasa boleh menang artis harapan?)

z: zahid rasa farah atau bob! kerana vocal dia orang…

nes: nko tak layak ke nyah? (kenapa zahid rasa bukan zahid?)

z: zahid bukan risau pasal award… tapi lebih kepada performance… dua belas tahun zahid menonton aim dan mengimpikan persembahan pada malam aim… dan impian itu yang zahid nak capai… zahid nak concentrate pada performance… zahid tak fikir sangat pasal award.. dah nominated tu dah ok… mungkin next year… zahid nak concentrate award for next year!

nes: ada fonens cuba cikrabs nko nyah? (dah ada girlfriend?)

z: ada… banyak… (ketawa)… tunggu masa untuk short listed 12 orang dan undi melalui sms (ketawa)… ini bergurau tau!

nes: sampai bila nko nak jadik fonens kasta pertengahan ni nyah? (sampai bila zahid nak sempoi?)

z: mana ada sempoi? tengok masa aim… handsome apa… (ketawa)… apa yang kita pakai kita kena rasa comfortable… mesti pakai yang bersesuaian dengan suasana… kadangkala zahid pakai jugak sesuatu yang zahid rasa tak selesa atas kehendak semasa… tapi kalau boleh zahid nak selesa dan pakai ikut mood…


zahid (v)...

nes: apa kelas oren! oren ittew canteks ke? (nak teruskan dengan warna oren?)

z: ya! oren membentuk sebahagian daripada diri zahid sekarang ini…

nes: fonens lain slalu salah ingat nko ni lessie nyah! apa lagi yang fonens ittew selalu salah? (apa yang orang selalu salah anggap tentang zahid?)

z: sombong! zahid tak sombong… get to know the real me… kadangkala masa dan keadaan tak mengizinkan… nak sombong buat apa sedangkan zahid cari makan dalam bidang ni yang memerlukan sokongan ramai…

nes: apa yang nko nak cakap kat fonens2 yang taste dengan nko nyah? (apa yang zahid nak cakapkan kepada peminat zahid?)

z: teruslah menyokong zahid… berilah kritikan yang membina agar zahid boleh terus memperbaiki diri…


zahid (vi)...

okay, itu jer interview dengan zahid... kepada peminat-peminat zahid tuh, hah, jangan lupa terus support dia... jangan cepat melatah dan jangan cepat menaruh prasangka...