Bidadari Hati

Monday, October 24, 2005

the one about badrul and aiman...


aiman...

the proudest day of my life to date... aiman dah graduated from pre-school... ahead of his age group... i'm just blessed!!! alhamdulillah... the day i tengok report card dia tuh, i cannot help myself from crying, siap kena pretend nak pergi toilet sebab taknak bagi dia tengok i menangis... entahlah... gembira and sedih at the same time... gembira sebab he's off to a good start... dan walaupun dia kekurangan 'kasihsayang' dari satu segi, dia mendapat lebih banyak kasihsayang daripada segi yang lain...

i think aiman play a big role in helping me to cope with my life... bila saat-saat hati terasa kosong, jiwa terasa kucar kacir, perasaan menjadi serabut, aiman selalu menenangkannya... bila orang lain asyik mengomel tentang anak-anak mereka yang degil dan tak dengar kata, aiman is like an angel... kadangkala, i rasa dia lebih dewasa daripada usianya... kadangkala dia lebih banyak mengajar i tentang hidup dari sebaliknya...

this year, aiman has given me something that is so special... community service yang i buat guna suara aiman menang pelbagai awards... in fact, masa air awards alone, aiman's commercial menang 1 silver and two bronze... and in the mc2 awards earlier this month, that commercial menang special merit award...

last saturday, i've recorded another community service message guna suara aiman... this is for h.i.v. positive (aids) awareness... lebih kurang macam nih...

(aiman telling the story)
aiman ada kawan... nama dia arif... umur dia lima tahun, macam aiman jugak... tapi dia kecik jer daripada aiman... aiman tak kisah...

bila main-main... arif cepat letih... aiman selalu pimpin tangan arif... aiman tak kisah...

arif sakit... dia ada h.i.v povi... (correcting himself) h.i.v. positive... bila dia sakit, aiman teman dia baca buku kat rumah... aiman tak kisah...

(announcer)
aids tidak berjangkit melalui sentuhan, mahupun menjadi seorang rakan... jika anak sekecil aiman tidak mendiskriminasi, kenapa perlu anda?

(aiman)
aiman tak kisah...


*if you want to hear this latest community service, just leave your email address in the comment, and i will send it to you...*

anyway, 25 oktober, hari jadi aiman yang kelima...


'tiada apa yang papa inginkan daripada aiman kecuali kebahagiaan hidup aiman... sejak dari kecil, banyak liku-liku hidup yang terpaksa ditempuhi... walaupun aiman masih belum mengerti, tetapi terpancar kedewasaan di mata aiman... membesarlah menjadi anak yang soleh... berdirilah menjadi insan yang mulia... dan teguhlah menjadi insan yang berjaya... sentiasalah berdoa untuk mama... sentiasalah ingat pesan papa... selamat hari jadi, aiman...'


the one about badrul and chatters buka puasa...


chatters buka puasa (i)...

on friday, my best friend jolyn ajak pergi buka puasa with chatters from channel 15... since dah lama i tak jumpa all the kids, i agreed to go... bukan selalu dapat peluang jumpa mereka ramai-ramai sekaligus... so, pakat dengan sultanmuzaffar nak pergi sama-sama *jumpa kat sana*... on saturday tuh, about tengahari, jolyn sms cakap pakai either baju batik or baju melayu... oh man... dah tiga tahun i tak beli baju melayu... dah tiga kali sembahyang raya, pakai baju melayu yang sama... and dah berbelas kali event *yang kena pakai baju melayu* i pakai baju yang sama jugak... what to do... pakai lah jugak kan...


chatters buka puasa (ii)...

chatters buka puasa berlangsung kat saloma, jalan ampang... bila i sampai petang tuh, dah ramai orang and parking pun dah penuh... terpaksa park kat matics sebelah tuh... nasib baik semua yang pergi mostly pakai baju melayu jadik tak rasa sangat out of place... sampai jer terus jumpa dengan sultanmuzaffar kat depan and borak-borak kat luar kejap, terus masuk kat dalam... ramai sungguh orang... i think ada dekat 500 people *takleh challenge mawi punya gathering still*... tunggu joe lee dengan juan, tapi seperti biasalah kan, superstar! mesti datang lambat sikit... muhahahaha... lepas tuh bila sampai, sombong giler taknak duduk semeja... nak jugak pergi duduk dengan marsha... hhhmmmmm...


chatters buka puasa (iii)...

af stars sampai sorang demi sorang demi sorang... berebut-rebut semua nak bergambar... security takdalah ketat sangat so, most of them berpeluang ambil gambar, sign autographs, sign itu dan ini... havoc jugak ler keadaannya especially when felix and akma were seated at our table... pengacara pada malam tuh were reza and felix... i must say, reza has done a good job entertaining the audience... natural... felix seperti biasalah buat kelakar dan sebagainya... sebelum berbuka, mawi mengazankan azan maghrib... sedap sungguh suaranya! alunan azan buat hati rasa sayu... memang suatu kelainan untuk akademi fantasia musim ketiga nih...


chatters buka puasa (iv)...

walaupun this event memang dikhususkan untuk chatters beramah mesra dengan bintang-bintang akademi fantasia, i rasa sesuatu yang kurang manis apabila ada segelintir yang kurang menghormati keadaan... beramah mesra memanglah beramah mesra, tapi hormatilah majlis berbuka puasa... ketika azan masih lagi ada yang sibuk bergambar dan nak ambil autograph dan ketika berbuka puasa, ada di antara mereka tidak memberi peluang langsung kepada bintang-bintang af nih untuk berbuka... kesian kat budak-budak nih... dah lah nanti nak kena menyanyi menghiburkan hadirin, peluang untuk meneguk air pun tak diberikan sehingga terpaksa dibuat pengumuman supaya memberikan ruang untuk bintang-bintang af nih berbuka puasa barang 10 minit... itu pun masih lagih ada yang berdegil...


chatters buka puasa (v)...

anyway, setengah jam selepas masuk waktu berbuka, barulah akma, aidil and others berpeluang untuk menjamah sedikit makanan... habis berbuka, i pergi kat belakang melepak dengan bintang-bintang lelaki af... felix, yazer, mawi, kefli and aidil... kalau tak kerana 'bintang' mereka, you can see that they are just like any other kids... borak-borak, gelak-gelak dan macam-macam seperti biasa... sambil borak, sambil practice lagu yang nak dinyanyikan... mereka semua pakat sama-sama untuk menyanyi lagu seroja beramai-ramai, so orang nih pilih nak nyanyi first line, second like etc... kelakar bila wan maestro suruh yazer nyanyi seroja control suara, and kemudian nyanyi macam rockers... muhahahahaa... it was such a fun session... takda tension, takda pressure... just pure fun...


chatters buka puasa (vi)...

gambar di atas nih membuktikan bahawa sultanmuzaffar memang minat giler kat elliza... siap naik atas stage bagi bunga lagih... muhahahahaa... membuktikan bahawa statement masa diinterview di xfresh tuh memang betul... muhahahahaha... anyway, nak dijadikan cerita, camera habis battery, so tak banyak gambar yang ada except for masa mula-mula sampai... and staying true to my jiwang united motto, 'meraikan cinta', sebab tuh banyak gambar-gambar akma dan felix jer... muhahahahaa... masa reza dok tanya-tanya soalan cepumas kat felix, ada satu tuh dia tanya felix beraya di kl bersama akma ker atau bawak balik akma ke sabah... felix cakap dia balik sabah bawak akma, tapi akma berat... tak larat nak angkat... muhahahahaa... lepas tuh camera terus padam jer... battery dah kong... frust jugak sebab banyak gambar-gambar lain tak dapat ambik...


chatters buka puasa (vii)...

gambar kat atas nih istimewa untuk kak aidid... comel giler kefli letak bunga kat telinga... muhahahaaa... gambar terakhir dalam camera yang ada... all in all, it was a fun night... sedikit 'kecoh', but still fun... and i looovvvveee lagu 'balik kampung' versi aidil... best giler!

p/s ~ notice tak the new header for my blog? well, thanks to sultanmuzaffar kerana tolong buatkan... katanya nak kena lain sikit... takkan selama-lamanya nak guna free template nih... muhahahaaa... thanks again...


Tuesday, October 18, 2005

the one about badrul and delicious inti dadar...


daging cincang...

i tak tahu sebenarnya nak panggil masakan nih apa... it's a part of sejenis kuih yang my mom selalu masak, which kita orang panggil kuih dadar... tapi i improvised sikit and makan intinya dengan other stuff like pita bread, roti, naan, capati atau apa jua yang nak dimakan... in fact, boleh jugak dijadikan lauk untuk makan bersama nasi... i paling suka inti nih... cukup segala rasa...


bawang putih, rempah kari, rempah kerutuk dan cili giling...


kentang didadu...


bawang besar didadu...

hidangan nih untuk 4 - 6 orang...

okay, bahan-bahannya ialah:

1 kilo daging cincang
3 biji kentang - didadu
2 biji bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar rempah kerutuk daging
2 sudu besar cili giling (kurang atau tambah mengikut citarasa)
5 sudu besar sos tomato
sedikit air
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng


goreng bawang putih sehingga wangi...


masukkan rempah yang dicampur sedikit air...


goreng sehingga garing dan pecah minyak...

masukkan minyak ke dalam periuk, kemudian goreng bawang putih sehingga wangi... campurkan sedikit air dengan rempah dan gaulkan rata-rata... kemudian masukkan rempah tadi ke dalam periuk dan goreng sehingga garing serta pecah minyak... kena pastikan rempah betul-betul garing supaya baru sedap dan wangi...


masukkan daging cincang...


masukkan kentang...


masukkan sedikit air...

masukkan daging cincang diikuti dengan kentang yang telah didadu... kentang kena masuk awal sepaya masak... masukkan jugak sedikit air untuk pastikan kentang mudah empuk dan daging tidak terlalu kering bila masak nanti...


sos tomato...

kemudian masukkan garam, dan sos tomato... kacau dan tutup seketika...


masukkan bawang besar...

sebelum masak, masukkan bawang besar... kacau lagih sehingga sebati... rasa untuk pastikan cukup masinnya... inti dadar nih masak bila bawang bertukar jadik transparent... kalau suka, tak payah bagi bawang masak sangat sebab nanti ada rasa sikit-sikit crunchy, tapi kalau tak suka, biarkan bawang betul-betul masak...


siap dihidang...

inti daging nih memang sedap dimakan dengan apa saja... selalunya i hidangkan dengan roti pita... masukkan hirisan tomato, timun dan salad ke dalam roti pita... kemudian isikan dengan inti daging nih... selalunya my mom akan buat kulitnya... bancuh tepung macam nak buat roti jala, kemudian buatkan dadar... masukkan inti, lipat menjadi empat segi... celup dengan telur dan gorengkan... sebab tu kita panggil kuih dadar...


boleh dimakan dengan apa saja...

last saturday i cuba buat style baru... you all pun boleh cuba jugak... senang dan mudah... ambil roti, buangkan tepinya dan tekan sehingga menjadi nipis... kemudian gulung roti tersebut menjadi seperti kon aiskrim... letakkan lidi supaya tidak terbuka... masukkan inti dan bakar dengan oven... sseeeedaappp... trylah and selamat berpuasa...


Monday, October 17, 2005

the one about badrul and birthdays at wisam...


birthday boy tengah kira budget...

first of all, thank you to elkapitan for the pictures... seperti biasalah kan, i 'terlupa' bawak camera... actually, dah dua tiga hari i demam plus flu plus batuk... so, memang sejak kebelakangan nih macam rasa diawang-awangan... entah berapa banyak ubat ditelan... bila pergi kerja jer, macam in daze... tuh yang lupa segala camera dan semua tuh... mula-mula memang ingat nak ambil cuti, tapi disebabkan ada meeting penting, terpaksalah pergi kerja jugak... sepatutnya i masak something jugak, tapi masa memang tak mengizinkan... so pergi buka puasa cum birthday party bawak perut jer *memang selalu bawak perut jer...muhahahahaaa*... luckily i managed to cabut awal... ya lah kan, kawasan yang nak pergi tuh memang terkenal dengan ke-'jam'-man nyer!


birthday girl tengah dengar pembentangan budget...

since camera tak bawak, terpaksalah berpuas hati dengan gambar yang disumbangkan jer... so, if your pictures takda kat sinih, jangan ambik hati yach... i bergantung kepada belas kasihan orang jugak nih... muhahahaaa... i sampai wisam awal jugak sebab memang niat nak pergi klcc dulu nak carik birthday presents... so, sampai lebih kurang sama dengan sm... jalan-jalan dulu kat isetan, parkson etc. later, elkapitan join kita orang... dalam sibuk nak beli present kat orang lain, terbeli jugak 'present' kat diri sendiri... muhahaha... issey miyake... kurus tabung bulan october nih... muhahhaaaa...


'chef'-de-mission tengah happy dengar jumlah budget...

pergi wisam, sumbing dah sampai... sempat jugak ler setengah jam i guna kerusi pengurut kat wisam tuh... lega rasanya... then, makanan sampai... ijin masak *mak dia ler* nasi tomato... membawa kembali kenangan setahun yang lalu... tempat yang sama... sambutan yang sama... dan hampir kesemua orang yang sama... terasa sayu seketika... sorrylah, i nih memang geng jiwang sikit *sebab tuh join jiwang united... muhahahhaaa* but there was a split second that my eyes macam berkaca... sedih jugak sebab 'orang kuat' gathering, puan linb kita tak dapat hadir sebab kurang sihat... i remember gathering pertama kebun pisang di wisam... memory... memory... memory...


bodyguard jaga birthday cake...

okay, let me try to recall ahli keluarga yang hadir that night... wink, cikanos, leen, ijin, meesua, sumbing, orgkampung, nart, rose, nhk, batrisya, kak aidid, wai em, ijip, elkapitan, sm and myself... ada sapa-sapa yang i tertinggal tak? i hope not... kalau ada, please let me know... and please jangan terasa hati... memang i tulis entry nih berdasarkan memory jer... seronok dapat jumpa kembali gang-gang lama... entahlah, to me macam tak sama bila jumpa time lain... the 'closeness' and 'togetherness' tuh lain sikit... again, memang sedih jugak bila linb tak dapat join... semoga linb dan chantek cepat sembuh...


hidangan berbuka puasa yang enak dan lazat...

makanan memang takyah cakaplah... semuanya sedap-sedap belaka... nasi tomato dengan daging kicap, ayam masak merah, dalca dan papedum... roti jala dan kari ayam... caramel tad-innit, sate goreng *terus dari kesas*, buah-buahan, air-airan, cream puff dan kuih inti *hehehehe, tak tau nama...*, cake cokelat... ketupat daun palas rose dengan rendang daging... dan lain-lain lagih... banyak sungguh... semuanya memang sedap belaka... nasi tomato mak ijin memang dah terkenal seantero dunia and i pernah belajar resepi nya... nanti raya nak buat lagih...


taukey kad raya mawi bukak bazaar...

best nyer kali nih, siap ada bazaar ramadhan... wai em jual ittew kad raya mawi world... memang curlass kat raya nih... dah lima tahun i tak beli kat raya *sebab office dah memang ada dah* and this time siap borong lagih... sebab adik beradik i kat rumah including my parents memang suka mawi nih, i akan hantar kad raya sorang satu untuk diaorang... muhahahhaaa... mesti terkejut sakan... kak aidid pulak jual pelbagai kuih raya praaaap dan dengan keupayaan beliau meniaga, banyak jugak lakunya kuih ittew... i sendiri 'ter'order beberapa balang kuih raya... and i'm sure, macam raya last year jugak, seminggu sebelum raya, akan dapat bertimbun ler kuih raya sebab lupa order dengan sapa... sedar-sedar dapat berlori-lori... muhahahaaaa...


anak beranak tengah bersentaps... eh, bersantap...

lepas berbuka, keadaan menjadi semakin hangat dengan upacara memotong kek dan seterusnya membuka birthday presents... upacara diglemerkan lagih dengan sessi mengambil gambar beramai-ramai... dengan camera rose yang selalu cepat daripada orang yang bersedia, dengan anaksedara leen yang cuba menjadi kreatif ambik gambar dari atas, dengan 'keromantikan' mengambil gambar duduk diriba dan macam-macam lagih, it was a night to remember... teringat saat-saat berkecoh-kecoh di kebun pisang... teringat zaman-zaman first time bersua muka masa pergi gathering kaer, then hariraya kaer yang merapatkan lagih ikatan kekeluargaan... teringat saat-saat berbowling, mewayangkan diri dan lain-lain... will we be able to 'revisit' those moments? hhhmmmm....


taukey kuih raya praaap tengah pujuk beli kuih...

to all, thank you for being a part of my life... thank you for giving me an opportunity to get to know you and to love you... to my brother wink and my sister cikanos, happy birthday... and remember, you will always have a brother name badrul...

shay, happy birthday to you too...


Thursday, October 13, 2005

the one about badrul and the tasty solok lada... (kitchen tour - episode 8)


capsicum...

at last, my kitchen tour start balik this ramadhan... i want to call this dish 'solok lada bertakhta di hati', bleh? muhahahaaa... jiwang tahap gaban... okay, nih nak cerita sikit... nak buat solok lada nih sebenarnya memerlukan cili yang khusus... warna dia hijau florecent sikit... tapi i dah pergi merata tempat tak jumpa jugak... merata tempat tuh maknanya kat hypermarket lah... muhahahaaa... mana ada masa nak pergi pasar borong selangor ker, pasar borong selayang ker... muhahahhaaa... anyway, yang i jumpa cuma cili hijau biasa jer... walaupun nama cili besar, tapi still kecik and tak sesuai nak buat solok... so, lepas fikir panjang, i decided to use capsicum... solok pun boleh letak banyak kan... muhahahaaa... nampak colorful and sungguh menyelerakan...


kelapa parut...


ikan selayang atau ikan sardin...


bawang merah, serai, lada hitam...

okay, kita start dengan bahan-bahannya...

10 biji cili hijau (or you can use capsicum macam i buat)
1/4 biji kelapa parut (untuk inti)
1/4 biji kelapa parut (dibuat santan pekat)
5 ekor ikan selayang (kat sini panggil ikan sardin)
10 biji bawang merah
2 batang serai
lada hitam
garam secukup rasa


kisar bahan-bahan...

ikan dibuang tulang dan kulit... my mom selalunya gunakan ikan tamban atau ikan selayang nih... according to my mom, ikan tamban lagi sedap sebab isinya manis, tapi i tak larat nak buang tulang... pengisar my mom yang dari zaman dulu tuh boleh ler kisar dengan tulang-tulang, tapi pengisar zaman moden nih mana lah tajam sangat... then, bawang merah dan serai dihiris-hiris supaya mudah nak kisar... jangan lupa masukkan lada hitam dan garam secukup rasa... dan jangan lupa untuk letakkan sedikit garam dalam santan supaya lebih lemak... perkiraannya mudah saja... ikan mestilah lebih banyak daripada kelapa parut... dan satu lagih, pastikan kelapa yang digunakan tidak terlalu tua... nanti rasa hampasnya...


paste yang telah dikisar...

kisar semua bahan-bahan tadi bersama-sama kecuali santan sehingga menjadi paste... oh, lupa nak cakap... bila beli kelapa parut tuh, pastikan ambil bahagian putih jer... jangan sampai ke keraknya pulak nanti keras and tak sedap... kira macam order kelapa parut untuk makan dengan kuih macam kuih lompang ker, puteri mandi ker... macam tu lah...


potong bahagian atas...

capsicum nih sedap sungguh rasanya... selalunya, bila nak makan capsicum i akan layurkan atas api atau celur dalam air panas untuk buangkan kulit luarnya... tapi sebabkan kita akan kukus, i tak buangkannya... nanti bila makan, ia akan tanggal dengan sendiri...


buangkan bahagian dalam...

untuk sediakan cili... kalau you pakai cili biasa, belah dibahagian tengah tapi jangan sampai putus dua dan buang bijinya... kalau pakai capsicum macam i, potong bahagian atasnya, tapi jangan dibuang... nanti boleh digunakan balik... buang bahagian dalamnya...


isikan dengan paste solok...

isikan paste ke dalam cili... buat kesemuanya... kalau pakai cili biasa, pastikan isinya terkeluar sikit... sumbat banyak-banyak sikit tau... jangan kedekut intinya pulak... muhahahaa...


susun atas kukusan dan tutup capsicum...

tutup balik capsicum tuh dengan bahagian atasnya... macam nih, kita tak membazir sebab semua bahagian boleh dimakan... and at the same time, macam pengukus dalam pengkukuslah...


kukus selama 10 - 15 minit...

kemudian susun di atas kukusan... i tak jumpa my kukusan, so i just use normal kuali jer... anyway, bila you letak air di dalam kukusan tuh, pastikan you masukkan sedikit garam... tujuannya, kulit cili akan nampak berkilat dan cantik and pada masa yang sama cili lebih tasty...


siram dengan santan pekat...

kukus seketika, dan kemudian siram isinya dengan santan pekat... rasanya mmmmmmmmmm... enak memang tak terkata kerana lebih lemak dan berkrim...


siap dihidangkan...

solok lada memang sedap dimakan dengan nasi kerabu, nasi dagang atau nasi biasa... tak kiralah... lebih sedap kalau ada benda yang masin macam ikan kering ataupun budu...


untuk berbuka atau meraikan tetamu...

okay, since kitchen tour nih dah mula, cuba jangan tak cuba yach... tadi pun masa i hantar some to my mom, dia terkejut jugak... besarnya solok lada... muhahahahaa... tapi bila dia telefon lepas berbuka, tak cukup pulak katanya... muhahahahaa... kenyang... burb... alhamdulillah...


Wednesday, October 12, 2005

the one about badrul and bundle of joy...


xe'an (i)...

or was it 'bundles' of joy? entahlah... my engrandd makin teruk sekarang nih... muhhahahaaa... working in 'my kind' of environment memang susah sikit... especially bila buat kerja, i have to think in malay, tapi bila nak communicate dengan boss and colleagues, i have to switch to english... tuh yang semua grammar berterabur tuh... kalaulah my english teacher tau, mesti dia baling buku kat muka i... muhahahaa... anyway, tengokler gambar xe'an dengan xe'qi nih... these are their latest pictures... commmeellnyer... dua-dua tengah tidur lepas 'berbuka puasa'... muhahahaa... berbuka puasa time diaoranglah... lepas makan, terus terbongkang dua-dua... xe'an tidur kat atas lantai, and xe'qi being a princess, tidur atas kerusi...


xe'an (ii)...

nih pun another joy for my mom... some times, bila dia letih dok kat rumah layan kerenah cucu, she will drop by my house just to play with xe'an and xe'qi... xe'an loves my mom tapi xe'qi, again, being a princess, malu-malu and takut-takut... the kids pun suka xe'an and xe'qi... these pictures were taken by shonny ealier today... dia ada banyak masa sebab sekarang nih dia on mc for three days... kenapa? well, let me tell you the story... malam sunday tuh dia nak bersihkan potty xe'an and xe'qi... in front of the house ada a medium size drain, and tanah lepas tuh naik macam bukit... so tak ratalah.... i think masa dia nak 'berlari' panjat bukit tuh dia slip, terus jatuh masuk drain... kulit kaki ibu jari dia terkoyak teruk... itu yang dapat cuti mc tiga hari dok rumah... and since dia bosan takda buat apa-apa, dia ambik gambarlah... for your information, most of the pictures *not all* kat my blog nih, shonny lah yang ambikkan including pictures for my kitchen tour... kiranya official photographer for this blog lah... muhahahaa.. anyway, some of you pun dah jumpa shonny masa gathering sepet dulu...


xe'qi (i)...

xe'qi memang macam princess habis... the way she walk, the way she eat, the way she sit next to you... mengalahkan miss universe, ok! selalunya dia jadi 'bahan' bully abang dia, tapi xe'an memang sayangkan xe'qi... the best moment yang i pernah tengok was masa xe'qi tengah duduk, then xe'an datang duduk dekat dia... lepas tuh, xe'an letak his front paw kat kepala xe'qi and starts licking her face... xe'qi pulak, again, being a princess, trying to push him away tapi xe'an pegang kepala dia kuat-kuat... muhahahhaaa... keluarlah bunyi-bunyi manja xe'qi...


xe'qi (ii)...

selain the kids, mereka nihlah yang menghilangkan rasa penat lelah i dekat office... lama dah tak ambik gambar diaorang, and since shonny dah ambikkan, i decided to put it up in my blog straight away... oh, remember about my 'interview' last week... well, alhamdullillah... terima kasih kerana mendoakan untuk i... another 'bundle' of joy... hugs and kisses from xe'an and xe'qi to all...