Bidadari Hati

Saturday, March 29, 2008

the one about badrul and af concert - week 2...

akademi fantasia lah pulak... muhahahaha... errrr, baca jer lah ya...

lufya - cintaku 100%

first thing come to mind, mesti lufya kena kutuk teruk-teruk sebab ketiak basah... muhahahaha... i salahkan orang buat baju kot sebab kain dia buat ketiak tak boleh nak 'bernafas'... muhahahaa... not bad for someone yang belum pernah nyanyi lagu dangdut... tapi i nak comment sikit pada make up lufya lah... hidung dia originally dah memang mancung so tak payahlah buat shading sampai hidung dia nampak paruh burung... apalah... tone suara lufya not bad... i suka... tapi mungkin sesuai untuk lagu-lagu macam syarifah zarina... that type of voice...
6.5/10

toi - sang pencinta

bila camera focus dari jauh, baju toi nampak macam baju hujan yang terkoyak kena dawai pagar... suara toi nih biasa-biasa jer... belum nampak lagi keistimewaannya... actually nyanyiannya tak membuatkan i nak focus pada persembahan dia langsung dan tak membuatkan i teringin nak pergi tengok konsert... i tak tau kenapa but muka toi macam baru bangun tidur jer...
4.7/10

stanly - sudah tu sudah

okay, i cannot let it go... muka stanly macam tepung gomak... apasal lah dia orang make up stanly macam tuh sekali? anyway, tone dia sedap tapi sedikit macam dibuat-buat... i tak tengoklah pulak konsert minggu pertama tapi orang cakap dia nih bagus... still, i tak dapat nak rasa lagu dia nih... seriously terlalu 'well-planned' tapi berterabur... seolah-olah ada ketika dia tengah nak tunggu jer time nak jerit-jerit...
4.5/10

rina - ku seru

seriously kalau i pejam mata, i takkan tahu that she is 44 years old... vocal dia macam orang-orang muda... but being a pub singer, seolah-olah dah jadi satu trend nak tarik-tarik microphone away from the mouth... i tak tahu kenapa, but i selalu perhatikan dari dulu lagi, kalau penyanyi pub atau bekas penyanyi pub, mesti nak nyanyi style macam nih... bila dengar kat rumah bunyinya tenggelam timbul... not a good thing... sepatutnya cikgu-cikgu beritahu pada semua pelajar that ada sound engineer yang jaga, so that microphone tuh takkan bunyi pecah... hhhmmm... but i like persembahan rina... sorry, i don't think i will call her kakak, mama, makcik atau nenek because i respect her sebagai penyanyi... ada orang panggil anita sarawak tuh makcik ker, or salamiah hassan tuh nenek? nope, i don't think so...
7.3/10

alif - angan dan sedar

siapa-siapa yang sering kutuk mawi tak boleh nyanyi mesti sekarang dah taubat pergi hantar pisang kat masjid... muhahahaa... i can watch mawi performed this song tanpa beralih memandang ke tempat lain... performance alif was so boring that i took a break pergi hisap rokok... dia tak enjoy langsung performance diri sendiri, so macam mana orang lain nak rasa enjoy jugak... in fact, penari-penari show more energy than alif... alamak iklan mayfirst!!! muhahahaha... jalaluddin hassan boleh nyanyi *or miming*... muhahahhaa...
4.2/10

ika - malu tapi mahu

backup vocal lagi kuat pada suara ika... shonny siap tanya dia nyanyi ker dia bercakap?... muhahaha... bila part tinggi ya Tuhan, pitching berterabur habis... ke sana ke sini suara dia... i yang tak tahu sangat pasal muzik pun tahu memang tak best!!! tak best nya konsert sampai setakat nih!!!!!!!!!!!!! bosan habis!!!! what is wrong with these people?!? siapa yang sebenarnya pilih these students? muahahaha...
3/10

naim - aspalela

hhhhhgghhhh... tak tau macam mana i nak buat bunyi mengeluh... lakonan atas stage naim boleh la kot diterima tapi nyanyiannya? seriouly, tone suara dia memang not bad tapi kalau lagu aspalela nyanyian saiful apek nih pun tak boleh nyanyi dengan baik, macam mana i nak cakap something different?!? siap ada part tak keluar suara sebab tengah telan airliur... muhahaha... macam aidid cakap, 'lakonan dalam nyanyian tak hidup'... bagus jugak adlin kutuk pasal pakaian, memang takda characteristic langsung...
5.4/10

faisal - ranggi metropolis

boleh lah... first performance yang i boleh tengok jugak walaupun gayanya kayu lah jugak... tapi sebelum nih pun ramai jugak yang kayu... muhahaha... tapi bila dah sampai ke penghujung tuh suaranya dah agak letih... tapi entah kenapa macam semua tak connect antara satu sama lain... gayanya dengan live band dengan pakaian dengan penonton... semuanya macam asing-asing...
7.8/10

saida - dokter cinta

kalau saida dapat kurangkan perasaan gemuruh dia, pastinya persembahan saida akan jadi lebih baik... mungkin betul kot tumpuannya pada anak-anak di bawah, tapi inilah cabaran paling besar untuk saida... there was a couple of places yang dia lupa lirik tapi kerana lagunya pantas, mungkin tak ramai yang perasan... i like her a lot... dia ada daya tarikan yang tersendiri... i tak nampak langsung perasaan lain kecuali kelembutan yang ada pada saida... hhhmmm... please do better, saida... or if you don't want to be in maestro for the next three years, tak payah menang... muhahahhaa...
7.9/10

stacy - rela

best performance so far dari yang sebelum-sebelumnya... memang dapat dengar dengan clear setiap butiran nyanyian stacy... penuh perasaan dan penghayatan... mungkin lagunya sedikit ala 80an tapi menghiburkan berbanding yang lain-lainnya... nasib baik dia tak nyanyi pusing-pusing setempat, kalau tidak mesti jadi macam zaman-zaman 80an dulu... muhahahaa... good job, stacy... terus rasa segar sikit nak tengok concert...
8.1/10

riz - separuh masa

siapa lah yang bagi riz pakai baju nih? bukan ker kalau orang size besar sikit nih takleh pakai belang-belang kiri ke kanan... patutnya bajunya belang-belang atas bawah baru nampak slim sikit... apppaarraaa... boleh nampak perut dia goyang-goyang... tapi entertain jugak persembahan dia... tone suara riz sedap... i like... tapi memang tak sesuai kot suaranya dengan lagu nih... tapi pelik jugak, takdalah pulak pengkritik nak sebut lagu nih originally dinyanyikan oleh tiga orang... hhhmm...
7.8/10

nubhan - tak bisa memilihmu

suara nubhan sedap tapi entah macam mana i rasa patah-patah perkataan tuh macam lepas tak lepas jer dari anak tekak dia... ada masa rasa macam suara dia tersangkut di tekak... ada masa dia nyanyi laju dari muzik... entahlah... suara dia sedap tapi rasa tak puas... macam tak habis jer dia bagi... macam tak cukup perasa... sayanglah...
7/10

nadia - umbrella

i pernah jadi judge untuk satu pertandingan karaoke and nadia was the winner for that contest... memang masa tuh i tengok dia berbakat besar... menyanyi sambil menari lagih... tapi kan, kalau i memang tak tau lirik umbrella, memang i tak faham langsung apa yang nadia nyanyikan... muhahaha... kesian jugak kat budak-budak nih... i think most of the songs yang kebanyak diaorang dapat malam nih terlalu besar for them... too big!! tolong lah siapa-siapa yang pilihkan lagu untuk diaorang nih.. janganlah sampai budak-budak nih sampai nampak berangan... kalau diaorang sendiri yang pilih lagu, senanglah nak hentam, ini tak, lagu memang dah disediakan dan tak boleh pilih... seriously, abang ramli m.s. please look into this...
6.9/10

mungkin kekurangan pada rancangan akademi fantasia adalah lagu tidak boleh dipilih oleh pelajar-pelajar sendiri... tapi sebenarnya perkara tersebut boleh diatasi apabila orang-orang yang ditugaskan memilih lagu untuk mereka faham dan tahu tentang kekurangan, kelebihan serta keupayaan pelajar-pelajar yang dipilih masuk ke akademi... some songs are just too big for them... too big!!!

sekarang nih keputusan tengah nak diumumkan... pengkritik telah pilih pilihan masing-masing... ning pilih ika, aidid pilih naim dan adlin pilih alif... originally sebenarnya semua pilih ika...

ika, lepas nih you boleh berlakon... gambar-gambar semua nanti lah dulu... takda mood nak pergi googles... muhahahaha...