Bidadari Hati

Tuesday, November 06, 2007

the one about badrul and muzik muzik separuh akhir...



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. lagu 'hilang' tercalon untuk kategori balada separuh akhir muzik muzik sempena juara lagu ke 22... we went to the press conference today at eden, chulan square kuala lumpur... i pun tak tau nak tulis apa panjang-panjang, so i put a short version of their press release here plus lagu-lagu yang akan bertanding dalam kategori masing-masing...


noryn aziz mempersembahkan lagu-lagu yang menjadi juara pada ajl yang lalu...


kuala lumpur, 6 november 2007 - sepanjang tahun ini, muzik muzik telah memperdengarkan ratusan lagu dan memberi peluang kepada lagu-lagu yang menduduki carta yang dipertandingkan agar terus diminati untuk bertarung ke peringkat muzik muzik separuh akhir dan seterusnya ke anugerah juara lagu 2007... ketika ditemui, pengurus besar jabatan hiburan, sukan & rekreasi tv2, azhar borhan berkata, "tiga puluh buah lagu akan berentap dan hanya yang terbaik akan melangkah ke peringkat ajl22... harus diingatkan bahawa muzik muzk merupakan sebuah pertandingan lagu dan bukannya artis... bermakna, jika penyanyi asal tidak dapat membuat persembahan, komposer harus mencari penyanyi ganti untuk menyanyikan lagu yang tercalon," jelasnya...


bergambar ramai-ramai untuk semua kategori...


"semua lagu yang bertanding dan terpilih ke peringkat separuh akhir adalah yang terbaik dalam setiap kategori... peringkat separuh akhir muzik muzik akan bermula dengan etnik kreatif yang dijadualkan berlangsung pada 11 november 2007 di sri pentas 2, shah alam jam 9.00malam dan seterusnya kategori balada pada 18 november 2007 dan pop rock pada 25 november 2007... tahun ini juga memperlihatkan pertama kalinya dalam sejarah, peringkat separuh akhri yang melibatkan ramai penyanyi dari program realiti... kalau tahun lalu kami cuma ada adam, zahid, nikki dan mawi tapi kali ini kita akan lihat fiq, nieyl, kaer, fazli zinal, idayu, faizal tahir, jaclyn victor, diddy, felix, mawi, vince, haziq dan rosma bertanding sesama mereka," katanya lagi...


kategori separuh akhir balada...


kategori untuk separuh akhir etnik kreatif, 11 november, 2007, sri pentas shah alam, 9.00malam (mengikut turutan persembahan)

1. samudera - nora (johan nawawi / ahmad fedtri yahya)
2. joget cinta sakti - haziq & rosma (el widyan / fajrul norman rashid & al walid)
3. nazam asmara - nas adilla (s.atan / siso)
4. seteguh cinta - waheeda (hafiz hamidun / ito lara)
5. lagu penglipur lara - farawahida (julfeqar / umar kudat)
6. kasihnya balqis - aishah (adnan abu hassan / moharis yaakup)
7. suryakanta - zehra zamri (sharon paul / ahmad fedtri yahya)
8. joget gadis melayu - syura (pak ngah / siso)
9. dirgahayu - ramlah ram (radeen sri / hairul anuar harun)
10. istimewa tiada dua - nice & hazami (hazami / hazami)


diddy bersama kid, fedtri, kelly and nieyl...


kategori untuk separuh akhir balada, 18 november, 2007, sri pentas shah alam, 9.00malam (mengikut turutan persembahan)

1. paluan rindu mu - idayu (m.nasir / keon)
2. kasih tercipta - faizal tahir (ajai / shuhaimi baba)
3. ceritera cinta - jac & rio febrian (ross ariffin / habsah hassan)
4. mahakarya cinta - faizal tahir (audi mok / mohd shariza shamsiri)
5. andainya - nieyl (hadi hassan / j.looi)
6. izinku pergi - kaer (azlan abu hassan / sulu sarawak)
7. hilang - diddy (audi mok / bash)
8. sejuta nafas cinta - fazli zainal (hazami / loloq)
9. bisakah - datuk siti nurhaliza (aubrey suwito / tesh r.s)
10. harapan - fazli zainal (hazami / hazami)

nota: lagu izinku pergi nyanyian kaer akan digantikan dengan sahri kerana kaer berada di luar negara... i know jugak siapa yang akan berduet dengan jac menggantikan rio febrian but i don't think it's right for me to post it here... another thing, mungkin ada sedikit pertukaran dari segi susunan persembahan untuk faizal tahir dan fazli zainal kerana mereka ada dua lagu tercalon, tapi pertukaran tersebut adalah antara mereka berdua sahaja...


diddy with nur fatima...


kategori untuk separuh akhir pop rock, 25 november, 2007, sri pentas shah alam, 9.00malam (mengikut turutan persembahan)

1. percayalah sayang - vince (vince / m.zulkifli)
2. farhana putri bumi kenyalang - jinbara (denai / andy rahman)
3. aku pencinta mu - felix (ajai / ajai)
4. janjiku - sofaz (taja / tass)
5. 3 malam tanpa bintang - fiq (master g / azmeer)
6. itu kamu - estranged (estranged / rachael lawrence)
7. satu harapan - jaclyn victor (audi mok / nur fatima)
8. sembunyi - misha omar & andy (aidit alfian / loloq)
9. angan dan sedar - mawi (m.nasir / loloq)
10. destinasi cinta - datuk siti nurhaliza (lin li zen / pssn)


audi mok di interview...


terdapat jugak sedikit pertukaran format berbanding dengan muzik muzik separuh akhir yang selalunya... this year they have decided that untuk kategori balada dan pop rock, 5 lagu akan layak ke juara lagu 2007 manakala hanya 3 lagu dari kategori etnik kreatif akan melayakkan diri... ini adalah kerana jumlah pencalonan untuk kategori etnik kreatif jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah pencalonan untuk kategori balada dan pop rock...


fedtri, fazli, diddy, kid, nieyl, audi and kelly...


i tak meletakkan harapan yang tinggi untuk lagu 'hilang'... i sangat-sangat bersyukur kerana lagu ini tercalon untuk separuh akhir... tipu lah kalau tak mengharap, tapi takdalah sampai tak tidur malam membuat persiapan dan sebagainya... cukuplah untuk diddy melakukan yang terbaik yang termampu dia persembahkan pada malam semi final nanti... will add on soon bila dah ada idea nak tambah... muahhaaaa...