rehearsal on the first day... i'm drained... empat hari berkampung di sri pentas dua, plaza alam sentral, shah alam... my routined since thursday, puchong ke ampang ke shah alam dan patah balik ke ampang dan balik ke puchong... tapi pengalaman yang dikutip memang tak boleh dibeli dengan wang ringgit... sebelum i nak bercerita tentang semi final balada dan keseronokannya, i have to say that this is the best experience ever so far yang i dapat... setakat ni, i belum pernah lagi merasa betapa hebatnya bekerja dengan krew tv yang pada pandangan i, paling efficient, paling sporting and paling bekerjasama... i tabik dengan krew muzik muzik tv3! mintak lah apa saja, nak kuatkan muzik, kuatkan suara, kuatkan monitor, kuatkan mike, nak buat sound-check berkali-kali, mintak props, apa sajalah, semua ditunaikan tanpa rungutan atau masam muka... semua dibuat dengan pantas dan memang cekaplah... seriously, i memang respect kat each and everyone of them! bukanlah i kata krew tv lain yang i bekerja sebelum ni tak bagus, tapi i rasa belum ada yang dapat beat cara krew muzik muzik tv3 ni bekerja... and with each other, they were like family...
diddy with jaclyn victor... so, back to the semi-final muzik muzik kategori balada... on thursday diddy's rehearsal starts at 4.00pm... lepas tuh ada live interview untuk rancangan muzik muzik that day... muhahhaaaa... memang kelakar sebab kalau nak kira, berapa kali jer i di interview kat tv... gemuruhnya jangan cakaplah... siap lepas habis interview, apa nasihat yang selalu cakap kat diddy bila dia kena interview, dia ajar i balik pulak... 'abang jangan lah bongkok...' muhhahaahaa... memang lah! hari tu sajer lima enam kali diddy ulang-ulang nyanyi lagu hilang... it was really fun! i takda peluang lah pulak nak capture gambar banyak-banyak... mula-mula tuh memang dah rancang dah kononnya nak buat update entry day by day, tapi bila dah kat sana, takda masa lah pulak... bila teringat nak keluarkan camera, masa tuh lah baru snap gambar...
diddy with datin sri siti nurhaliza... second day of rehearsal bermula lepas sembahyang jumaat... akhirnya dapat jugak peluang diddy nak bergambar dengan datin sri siti nurhaliza... i ingat lagi masa i kerja kat karangkraf dulu almost 10 years ago... that was the first time i jumpa siti... sampai sekarang, sifat rendah diri dan hormat tak pernah berubah... i can say that she is among a few people yang tak pernah pandang rendah pada orang lain... cara dia layan diddy berbual macam dah kenal lama... in fact, diddy lah pulak yang malu-malu... muhahahaa... ya lah kan, bila bertemu dengan penyanyi tersohor seperti datin sri siti nurhaliza, i think ramai orang jugak yang terkedu... sempat jugak diddy bagi albumnya pada siti... tapi sebelum tuh siap tanya i dulu, 'abang, nak tulis macam mana? datin sri ke akak jer?' i told diddy to write 'kak siti' jer... i think she will understand... in fact, i think pangkat 'kak' tuh lagi berharga daripada 'datin sri' dalam situasi sebegitu...
bunting at speedy plaza alam sentral... since kita berkampung empat hari di plaza alam sentral, sempat jugaklah i jalan-jalan kat shopping complex tuh... bila turun kat bawah sekali masa nak pergi cari tissue, i nampak bunting diddy digantung kat luar kedai speedy kat situ... bangga rasanya masa tuh... muhahahaa... maklumlah, sebelum nih tak pernah pulak nampak bunting atau poster di letakkan kat mana-mana kedai muzik sebelum nih... siap my friend zawadi kat terengganu masa pergi beli cd diddy, dia ambik poster diddy dari orang kedai tuh and tampalkan kat kedai tuh... muhahhaaaaa... orang kedai tuh sampai takleh cakap apa-apa... that was hillarious!
speedy plaza alam sentral... so i masuklah dalam speedy tuh kejap... tengok kat bahagian atas pulak ada diletakkan posters diddy... best! best! belek-belek kat rak cd tuh, adalah nampak satu cd diddy... tak tau ler sama ada hanya tinggal satu jer lagi, atau kedai tuh ambik satu jer... muahahhaaa... tapi i tetap berperasangka baik... mesti album diddy laku dan tinggal satu jer! muhahahaaaa... amin... insyaAllah... harap-harap macam tuh lah... tapi takdalah i nak pergi tanya orang kat kedai tuh... malu lah pulak... kang nanti kalau dah tanya, kena lah pulak beli album sendiri... muhahahaa...
diddy with nonny (i)... for some reason, i think this is syari, brit, inc, hezz, sue and some others - favourite pix... something to do with pau?!? hhmmm... on saturday was the full dress rehearsal... nak dijadikan cerita, segerombolan peminat nonny bersama nonny datang nak tengok full dress rehearsal... i secara tak sengaja telah memaksa diaorang datang tengok... muhahahaa... thank you so much kerana sudi datang... ada yang terpaksa naik cab lagi from show nonny di subang parade... thank you... nonny datang bukan dengan tangan kosong... dia datang bawak novel yang tebalnya mengalahkan novel harry porter... i think kalau novel harry porter tuh gabungkan semua series nya baru sama tebal dengan novel yang peminat-peminat nonny buat tuh... muhahahahaa... rabun jugaklah mata i nak membacanya... i just scan through and suruh diddy habiskan dulu... lepas tuh dia kena ceritakan kat i apa kisah dalam novel tuh... muhahahaaa... bagus sungguh ada peminat macam diaorang nih... susah bersama, senang bersama...
diddy with nonny (ii)... since nonny ada, kelly, executive producer untuk muzik muzik mintak dia gantikan tempat jac miming for the full dress rehearsal since jac tak dapat hadirkan diri kerana dah ada show... memang nonny nih pandai betul... she has something yang setiap entertainer perlukan... she has guts! siap lengkap dengan gaya jac menyanyi semuanya... kita orang yang menonton tv kat bahagian belakang siap bertepuk tangan tiap kali dia tarik mike... muhahahaaa... lepas habis rehearsal kita orang pergi makan kat bawah... dan seperti biasa, photographer shano iaitu cik hezz kita mula lah snap-snap gambar... tapi i dah 'warning' dia awal-awal jangan ambik gambar pau... muhahahaa... sorry, sajer jer main-main...muhahaha...
diddy with nonny (iii)... seriously empat hari di muzik muzik banyak memberikan manfaat yang tak ternilai harganya... dapat kenal dengan orang dan dapat bertukar-tukar buah fikiran... i think it was my first time berbual dengan rozi, kakak ipar dan juga pengurus kepada datin sri siti nurhaliza... banyak perkara yang kita bualkan... dari industri hiburan sampailah ke resepi-resepi... muhahahaa... seriously, kita orang cakap pasal resepi! nanti kalau i ada rezeki, nak jugak singgah ke restoran rozi... dengar cerita sambal hitam nya memang takleh challenge... insyaAllah bila berkesempatan nanti, sampailah i kat sana...
diddy with nonny (iv)... selain rozi, dapat jugaklah peluang i berbual-bual dengan rina from sonybmg, jaja from emi, helmy from monkey bone, aidil form maestro records dan ramai lagi... peluang yang jarang-jarang dapat sebab masing-masing selalunya sibuk dengan tugasan masing-masing... peluang berbual-bual pasal industri muzik nih dapat jugaklah meluaskan pandangan i yang masih hijau dalam industri nih... it was good... memang macam i cakap lah, takleh dibayar dengan wang ringgit...
with nieyl... she looks like kris dayanti... malam tadi berlangsungnya separuh akhir muzik muzik untuk kategory balada... semuanya hebat-hebat belaka... honestly, i memang tak meletakkan harapan yang tinggi... all i want to see is for diddy to perform di atas stage yang berprestij... peluang yang bukan dapat diperolehi oleh semua artis... i memang gugup sangat-sangat... ada satu masa tuh i rasa macam nak termuntah... tangan dah sejuk-sejuk dah... muhahhaaa... but i have to be strong for diddy... ya lah kan, kalau dia tengok i yang panic, dia mesti jadi panic jugak... it's not easy for me to be strong for someone else when i, myself tak tau macam mana nak handle... tapi i tried to be braved... tahniah to all yang dapat masuk final... you guys really deserve it! to jac and lah, faizal tahir (dua lagu), fazli zainal and sahri, best of luck in the final!
diddy with cheryl samad before the show... kecewa? tak langsung... of course kalau dapat masuk final tentunya lebih seronok... tapi yang lebih penting, i bangga dengan persembahan diddy... i bangga kerana diddy memberikan yang terbaik bukan saja untuk dirinya, tapi juga untuk i, untuk audi mok dan untuk peminat-peminat lagu hilang... i bangga kerana diddy tak pernah jemu untuk memberikan yang terbaik... i bangga kerana diddy keep pushing himself to reach for the stars... and one day he will! there was one time yang dia hampir jatuh... dia cakap kat i, 'abang, kalau diddy jatuh tadi diddy mesti dah buat golek-golek sambil nyanyi macam lagu hindustan!' muhhhaaaaaa... i am so proud of you, diddy... insyaAllah one day, it will be your turn to perform in the final... insyaAllah...
mata i sekarang nih dah takleh nak bukak... i tulis pun apa yang terlintas di hati jer... to all diddy's supporters yang datang, thank you so much... to all the muzik muzik crew, i salute you! thank you and thank you and thank you! kelly, you rocks!!!