Bidadari Hati

Wednesday, May 23, 2007

the one about badrul and cerita biasa, cerita gembira, cerita sedih, cerita nangis...



cerita biasa...
petang semalam my friend bagi i baca article kat bipop hujung minggu yang baru berlalu... so, i letak sikitlah kat sini from the whole story mory...

shawal nafi bertunang oleh mohd razif mohd rosdi - dulu fitri, kemudian aidil dan terkini, shawal. tiga nama itu berkait rapat dengan nama hari raya. namun, bukan nama jadi ukuran sebaliknya pelajar akademi fantasia 5(af5) yang tersingkir pada konsert kesembilan, shawal lebih dikenali dengan suara jantan mirip penyanyi ibnor riza. bagaimanapun, tone suara shawal lebih mirip senior beliau dalam af4, diddy. maka daripada awal lagi, shawal digelar klon diddy. apapun, shawal ada aura sendiri. wajah mirip hero siri korea, jae hee (pelakon sassy girl - chun yang) membantunya bertahan sehingga konsert sembilan. penyingkiran shawal jelas menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak. namun, apa daya, badi lagu inggeris memanggil shawal turut serta dengan rakan af lain. "yeke suara saya sama dengan diddy? tak samalah. shawal dan diddy jauh beza,"nafinya.

i taknak comment banyak-banyak, but i agree with shawal... suara diddy dan shawal tak sama... kita sebenarnya terlalu mudah sangat nak label suara seseorang... mungkin kerana suara mereka berada dalam kategori am yang sama *suara jantan* so ada segelintir yang kata suara mereka sama... in fact, kalau dengar betul-betul, tone suara diddy dan shawal berbeza... mereka ada kelebihan masing-masing... itu jer i nak cakap... kalau ada yang sama pun, dua-dua mempunyai tone suara yang sedap... muhahahaa... statement bias nih... muhahahaa...

cerita gembira...
Alhamdulillah, rezeki diddy sekarang nih makin bertambah... sepanjang empat lima minggu akan datang, jadual diddy terutamanya hujung minggu penuh... selain nak menghabiskan recording, diddy jugak terlibat dengan teater di bawah arahan ummi fauziah nawi bertajuk 'lorong blues'... i know everyone will be surprise nanti bila tengok diddy berlakon teater... i am sure of that! so nanti kita make a point to go and watch ramai-ramai yach... hujung minggu nih diddy akan berada di penang untuk gempak selebriti astro, so orang penang jangan lupa datang ramai-ramai ya... selain diddy dan ramai lagi, mila, aswad, dekna and aizat pun ada jugak... hujung minggu depan pulak diddy akan ke terengganu pulak untuk pesta bulan citra rasa... kat sana diddy akan bersama dengan yanie... balik dari terengganu, diddy akan ke singapura untuk anugerah planet muzik, jugak perform dengan yanie... tapi dengar ura-ura, selain dengan yanie, diddy jugak akn perform dengan artis terkenal indonesia dan singapura... tuh kena tunggu dan lihatlah... balik dari singapura, diddy akan terus ke kedah untuk show sempena pameran i.t. kat sana... balik dari kedah hujung minggu seterusnya akan ke bandung indonesia... errr, bandung tuh pergi shopping-shopping yach bapak-bapak dan ibuk-ibuk!!! yeahhhaaahhhhh!!!

cerita sedih...
dah empat lima hari i sakit gigi... awal-awal tuh tak teruk sangat, so buat appointment dengan dentist hari nih, hari rabu... tapi monday night takleh tidur langsung... berdenyut-denyut gusi... akhirnya mengalah and pergi clinic biasa dulu untuk ambik ubat tahan sakit... on tuesday call balik dentist and terus pergi petangnya... Alhamdulillah patient sebelumnya cancelled his appointment so i terus dapat jumpa doctor... ada dua choice, sama ada cabut gigi atau buat root canal... alamak, takleh jadik... dah ler gigi geraham belah kiri dah cabut a few years back, takkan nak cabut belah kanan pulak... nanti nak mengunyah pakai apa? nak tak nak, terpaksalah buat root canal... nak tahu berapa kena charge? 750 ringgit!!! kalau tak fikir pasal tempat mengunyah, sah-sah i cabut jer gigi tuh... mahal giler... next week kena pergi lagi sekali... bayar separuh dulu rm300, next week bayar selebihnya... memang sedih wooo!!! lepas tuh dengan muka separuh numb, terus pergi tengok wayang... hiks!

cerita nangis...
baca tak cerita kat mukasurat depan harian metro hari nih? kisah dua anak yang tak mengenang budi pergi hantar ibu mereka ke pusat penjagaan orang tua bukan islam... MasyaAllah... tergamak sungguh! dahlah menipu ibu mereka kononnya nak bawak balik rumah from hospital, tapi sebaliknya pergi hantar ke rumah orang tua... nasib baik adik kepada makcik tua tuh sedar sesuatu yang tak kena berlaku dan hantar surat surat aduan ke jabatan agama islam wilayah persekutuan... yang sangat sayu, bila pegawai jawi pergi jumpa, makcik tuh menangis teresak-esak kerana sikap anak-anaknya dan sedih kerana beliau sukar untuk menunaikan rukun agama kerana persekitaran tak sesuai... malahan, makcik tu sering dimarahi dan ditengking penjaga rumah tersebut... sumber jawi jugak berkata, pihaknya terkejut apabila kedua-dua anak derhaka tersebut meminta penjaga rumah itu supaya tidak membenarkan orang luar melawat atau membawa keluar ibu mereka dari situ kecuali mereka berdua...

ya Allah ya Tuhan ku, minta-minta lindungilah ibu tua tersebut daripada manusia yang kejam dan jauhkan hamba-Mu ini daripada menjadi anak derhaka kepada kedua orang tua... Amin...


Tuesday, May 22, 2007

the one about badrul and what's up!!! what's up!!! *sambil usap-usap bahu*...



takda makner nyer nak update hari-hari! muhahahaaa... nih sajer jer nak share gambar-gambar yang diambik masa mila datang era semalam... seronok dapat borak-borak dengan dia... masa awal-awal jumpa kat tempat makan tuh, i tanya lah dia, 'kenal tak?' dia cakap 'errr, abang rostam ya?' terus i cakap 'nak kena ketuk kepala budak nih!'... terus dia cakap 'alah sorry bang... tak ingatlah bang... tapi macam pernah jumpa... kat penang ya?!?' terus i jawab, 'masa bila pulak nih?!?... ingat tak masa mila pergi recording diddy tuh?!?' terus cakap 'oohhhh, manager diddy! sorry bang... sorry sangat-sangat... patutlah macam pernah nampak'... muhahahhaa, sajer jer i nak manja-manja dengan mila... kalau sm boleh manja-manja dengan rizal, i pun boleh manja-manja dengan mila... muhahahaa... what's up!!! what's up!!!





mila nih memang petah bercakap and apa yang dia cakap dia tahu butirannya... bukan pakai main cakap jer... she's humble and i hope she will always be... senyum memang tak pernah lekang dari muka dia... and bila borak-borak dengan teman press yang datang, diaorang pun setuju and quite impress dengan cara mila handle sidang media cukup bagus dan matang... insyaAllah kalau dia pandai jaga diri and maestro benar-benar jaga mila, she will be someone special in the entertainment industry...





itu jer lah nak tulis pun... tak larat nak mengarut pagi-pagi buta nih... again, congratulations to mila... a star is born!


Sunday, May 20, 2007

the one about badrul and the final af5 concert...

the new brotherhood is born...


boleh dikatakan satu hari sabtu tuh berkampung di bukit jalil... i picked diddy up around 10.30 in the morning... on the way to stadium putra bukit jalil, i tertinggal some barang so we had to go to the summit to get it... nasib baik diddy cuma perlu ada kat bukit jalil by 12noon... konsert gempak selebriti astro special yang diadakan di perkarangan stadium putra bukit jalil hanya akan bermula pukul 2.00petang... bila kita orang sampai, tempat tuh dah penuh dengan peminat-peminat yang hadir... apatah lagi ada booth finalists yang dibuka termasuk booth untuk bintang-bintang af5 yang dah terkeluar...



the new breed... 'the panjang clan'... err, jangan speku tengok tangan shawal and farha atas bahu diddy tuh... hiks!


seronok jugak tengok gabungan bintang-bintang akademi fantasia membuat persembahan di gempak selebriti astro... selain dari sepuluh bintang af5, selected bintang-bintang af2, af3 dan af4 pun turut terlibat... it was fun to see all of them bergabung tenaga... masa tuh pun was the first time yang i betul-betul dapat peluang berbual dengan mereka yang dari af5... i tak kenal rapat dengan diaorang sangat kecuali rizal dan afiq... anyway, all i can say is secara relatifnya, all of them are fun... lagi satu, kalau dalam af4 diddy yang paling tinggi, but now, the af has a new breed - i called them the 'panjang clan'... farha is the tallest... 6 kaki 3 inci, then shawal 6 kaki 2 inci... diddy is 5 kaki 11 inci and rizal 5 kaki 10 inci...



diddy during the night concert...


the gempak selebriti astro tamat lebih kurang pukul 7 malam... kemudian semua rush untuk refresh diri dan tukar pakaian serta buat make up... it was fun lah sebab most of them yang ada semuanya dah kenal antara satu sama lain... lebih kepada 'family' show than persembahan biasanya... ramai giler bintang-bintang af yang ada... kaer, fitri, haziq, adifashla, zahid, bob, reza, khai, faizal, idayu, marsha, edlin, farhan, nora, velvet (just to name a few)... semuanya dijemput untuk buat surprise for aznil and at the same time to perform menuju puncak beramai-ramai... actually on thursday night to diaorang sebenarnya dah buat rehearsal pasal surprise nih... sampai pukul dua tiga pagi... tapi entah macam mana during the concert night, semua plan dah berubah dan semua atas stage masa lagu 'kenangan terindah' tuh jadik kelam kabut habis... tapi tak kisahlah... janji ianya memang satu kenangan yang indah...



soon mila masuk studio for recording... hiks!


seriously tengok kat tv dan tengok live di stadium putra bukit jalil memang pengalaman yang berbeza... i know sebab petang ahad tadi i tengok siaran ulangan konsert akhir dan i tahu kenapa orang yang tengok tv tak dapat merasa bahangnya di stadium... the environment was eletrifiying... sorakan peminat-peminat yang datang jer sudah cukup meremangkan bulu roma... the stadium was packed sampai ke tingkat yang atas-atas... it was totally different dengan af4 dulu yang kita boleh nampak sokongannya hanya berpihak pada yang tertentu sajer... but this time around, it was like balance... setiap kali finalists membuat persembahan seluruh stadium seolah bergegar... time mila jangan cakaplah... it was so great!!! hebat sungguh bila berada di stadium... tahniah untuk mila!!! semoga terus maju jaya... bila tengok mila menjawab soalan-soalan *walaupun sedikit saja peluang* ketika debat akhir af5, i have no doubt that this girl can go far... insyaAllah...



tahniah to mila... gambar curik kat sm...


nampaknya penguasaan m.nasir/loloq hanya bertahan selama dua tahun berturut-turut melalui 'aduh saleha' and 'lihatlah'... this time around juaranya membawa lagu ajai/loloq pulak.... loloq masih menguasai nampaknya... muhahahaa... apa-apa pun, i tak dapat tangkap lagu yang dibawakan oleh ebi... tak seperti dua tahun sebelumnya lagu-lagu ciptaan m.nasir terus melekat... the songs that i suka this year are candy and mila's... lagu untuk heliza pun boleh tahan tapi perlukan masa... dua kali dengar lagu aswad, i masih belum boleh tangkap butiran yang dinyanyikan... apa-apa pun i tetap enjoy the whole concert kat stadium bukit jalil...


let us all welcome the new champion... mila!!!


Thursday, May 17, 2007

the one about badrul and afundi mila! afundi mila! afundi mila!















jom afundi mila... jom!!!
taip afundi mila
hantar ke 32999
jom! jom! jom!
afundi mila!

jangan lupa datang ramai-ramai kat karnival akademi fantasia from 10.00am sampai pukul 11.00pm...

afundi mila!


cerita tambahan


anda benar-benar ingin membantu anak yatim piatu? anda ingin menghulurkan bantuan anda? anda ingin memberikan 'biasiswa' anda untuk membantu mereka meneruskan pelajaran? anda ingin memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim piatu yang benar-benar memerlukan? anak-anak yatim piatu yang berumur antara 1 hingga 17 tahun ini benar-benar mengharapkan bantuan anda... mereka tidak mampu bekerja sendiri kerana mereka masih lagi di bawah umur... mereka memerlukan 'biasiswa' anda untuk membayar yuran persekolahan, membeli buku-buku sekolah dan keperluan harian... mereka mengharapkan bantuan anda agar dapat mengisi perut yang kosong kerana tidak ada sesiapa yang menaja makanan harian mereka... mereka menginginkan keperhatinan anda agar ada pakaian menyelubungi tubuh mereka kerana tiada yang menyediakannya untuk mereka setiap hari... rumah baitul fitrah di rawang memerlukan anda... anda tidak perlu menghantarkan afundi anda... untuk sumbangan anda, hubungi:

puan nadia di 012 - 375 1444 atau
puan liza di 012 - 266 3649


i'm going to do a garage sale soon and all proceed will go to baitul fitrah... anyone else interested?


Tuesday, May 15, 2007

the one about badrul and his first youtube...



yup, thank you to kasuthitam, nih lah youtube yang pertama i letak kat my blog... tak tahulah kenapa sebelum nih tak pernah letak pun walaupun banyak jugak youtube on diddy ketika kat akademi fantasia dulu... thanks again, kasuthitam... kalau nak harap kat i, memang tak tahu macam mana nak buatlah... harapkan orang lain tolong buatkan jer... muhahahaa... anyway untuk vote *pplllleeeaasseee vote* for saling terpesona, taip:

undi saling
dan hantar ke 32232


thank you for your support...


Sunday, May 13, 2007

the one about badrul and one and two and three...

one...



Alhamdulillah... banyak cabaran yang dihadapi tapi setakat nih i masih mampu menghadapinya... sukarnya nak menghasilkan sesuatu album tuh apatah lagi rintangan yang datang bukan saja dari masa, tenaga, wang ringgit dan segalanya, tapi jugak nak menangkis fitnah, kutukan dan hasad dengki orang yang ingin melihat kita gagal dan orang yang tak senang dengan kerja keras yang kita buat... tapi insyaAllah, dengan izin-Nya i akan terus berusaha semampu mungkin... banyak lagi cabaran yang bakal dilalui... kadangkala nak jugak keraskan hati dan tutup telinga, tapi sebagai manusia biasa, kata-kata nista tuh tetap mengguris perasaan... dah menjadi adat kita tak mampu nak memuaskan hati semua orang... yang terdaya kita lakukan ialah membuat yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan serta sentiasa berdoa agar orang-orang tidak suka dengan kita tidak mengganggu hidup kita...





so, macam mana dengan finalist untuk akademi fantasia 5? are you happy with the result? i tak tahu nak cakap, but honestly kalau ikutkan pendapat peribadi, i think keenam-enam pelajar sepatutnya dimasukkan ke konsert final... mereka semua layak bertanding... tapi kehendak rancangan yang inginkan hanya lima pelajar di peringkat akhir membuatkan shawal terkeluar... sebenarnya lagu yang shawal nyanyikan tidak langsung sesuai untuk pertandingan, apatah lagi pada minggu penentuan untuk ke peringkat akhir... lagu copacobana tuh terlalu 'bosan' dan dah over-expose! namun, persembahan mila dan ebi benar-benar memukau! mila betul-betul nampak profesional di atas stage... walaupun i hanya tengok melalui kaca tv, i'm sure untuk mereka yang berada di dewan mbpj mesti lagi havoc!





tabik hormat dengan loloq dan datuk siti nurhaliza... mungkin pada orang lain terlalu 'murah hati' mereka memberikan lampu biru untuk setiap persembahan, tapi pada i, mereka melihat hasil kerja keras para pelajar tanpa rasa bias... mereka tidak membuat pilihan peribadi sendiri sehingga menjejaskan pandangan mereka terhadap peningkatan dan kemampuan para pelajar... mungkin jugak pada segelintir orang, loloq dan siti 'takut' populariti mereka tergugat jika mereka tidak memberikan lampu biru kepada sesetengah pelajar, but for me lampu biru tersebut tak lebih daripada peransang dari pihak pengkritik kepada pelajar dan bukannya mampu mengubah pola undian... so, tahniah kepada loloq dan datuk siti yang setidak-tidaknya memberikan salam perkenalan kepada bakal artis-artis baru memulakan langkah di alam seni yang penuh pancaroba...





kalau i nak rate kan persembahan para pelajar malam konsert kesembilan, i would say mila jauh di hadapan... persembahan mila, ebi, eliza dan candy memang mempunyai kelebihan... persembahan aswad pun not bad but to me it was just an attempt to sound like mawi manakala persembahan shawal terperangkap dalam lagu lama yang membosankan... the 'story-telling' song seperti yang shawal nyanyikan memerlukan kefahaman tentang apa yang nak diceritakan... malangnya, bahasa inggeris bukan satu kelebihan buat shawal... adakah akademi fantasia buat kali pertamanya akan mempunyai juara wanita? tepuk dada tanya selera kerana semuanya bergantung kepada anda yang menghantarkan undian... kalau tak hantar undian, tak payahlah kita membebel-bebel kalau pelajar yang kita minati tidak mampu mencapai apa yang kita inginkan... siapa yang i nak jadi juara? i harapkan buat pertama kalinya pelajar wanita iaitu mila akan menjadi juara... tempat kedua antara ebi atau candy, begitulah tempat ketiga kalau bukan ebi, biarlah candy... eh, kena vote ke nih? muhahahaa...





thank you to bob azrai and his team, azian and her team yang membuat surprise for mila and candy untuk datang ketika recording diddy... thank you to sultanmuzaffar yang memberikan cadangan tersebut... to me, it's a win-win situation... untuk pihak diddy, ianya merupakan satu publisiti kepada peminat-peminat akademi fantasia and to pelajar-pelajar akademi fantasia 5, ianya sebagai tanda bahawa af hanyalah satu permulaan... tidak berjaya di af tidak bermakna tidak mampu untuk menghayun langkah dalam bidang seni... yang perlu ada ialah sikap ingin terus berusaha keras memperbaiki diri dan menempatkan diri dalam industri ini... kalau bukan semua pun, i know some of them will succeed... insyaAllah...



two...



tahniah kepada aniff, kak intan dan semua team majalah media hiburan yang menyambut ulangtahun yang ke22 tahun... artis datang dan pergi, tapi media hiburan tetap ada dan semakin menarik... i remember lapan sembilan tahun dulu ketika i bekerja di karangkraf... it was my first experience ever dealing with artistes... masa tuh office karangkraf masih lagi di taman tun... i turut terlibat membantu team media hiburan mengadakan majlis ppmh... pengalaman tuh cukup menyeronokkan... jangan cakaplah, mulut memang ternganga tengok siti nurhaliza, aznil dan lain-lain artis yang sebelum nih cuma nampak di majalah dan kaca tv jer... muhahahaa... yup, good old days... tak lama di karangkraf, tiga bulan jer lepas tuh terus bertugas di astro... cepat sungguh masa berlalu...





kebanyakan teman-teman yang i kenal di karangkraf dulu, sekarang nih semuanya dah jadi boss besar pun... macam aniff, kak intan, kak shara, kak ina dan lain-lain... semuanya dah berjaya dan maju bersama dengan company... dulu masa di karangkraf i bertugas bawah this chinese lady, chris heng... i kerja as publicity & promotions exec... masa tuh banyak jugak magazines baru yang nak di introduce kan oleh karangkraf, so kerja memang banyak... but it was fun... hujung minggu jer kami dalam team nih akan keluar pergi distribute magazines tak kiralah sama ada kat shopping malls atau pun kat tempat-tempat makan, bergantung kepada promosi yang dijalankan ketika tuh... sekarang nih i dah tak tahu berapa kerat lagi yang tinggal daripada team tuh yang sama-sama masuk kerja dengan i...





after the pre-birthday celebration yang dibuat di kulai tempoh hari, team media hiburan buat the birthday party kat rahsia bistro, jalan damai, kl... ramai betul artis-artis yang hadir memberikan sokongan... kalau i nak sebutkan satu-satu memang tak habis... semua berpakaian putih dan kuning, tema untuk parti media hiburan... memang happening dengan hiburan oleh paperdolls dan cabutan bertuah serta majlis bertukar-tukar hadiah... anyway, kita tak dapat stay lama sebab diddy ada kelas teater... again, i would like to take this opportunity to say congratulations untuk semua team media hiburan; aniff, kak intan, ca'el, yatt, ana, intan, aiza, salwana, diana dan semua kat media hiburan... here's to 100 years more!!!



three...



bila azmi from artiste united bagitau that lagu 'saling terpesona' akan dicalonkan untuk muzik muzik, i tak berapa nak percaya... it took me awhile to let the news masuk dalam kepala... maybe because i tak berapa tahu proses pencalonannya macam mana... at first i ingat hanya artis-artis yang mempunyai album sajer layak dicalonkan... jadik bila diberitahu tuh antara percaya dan tak percaya lah... lebih kurang macam tuh lah... mula-mula tuh panic jugak apabila tarikh pencalonan tuh bertembung dengan tarikh gempak selebriti astro di kuching, tapi Alhamdulillah ianya ditunda lewat seminggu... so everything worked out just fine...





then dapat call dari kelly, the senior producer untuk muzik muzik... i tak pernah lagi jumpa kelly face to face, tapi i selalu baca about her kat blog vernon... she wants to do an interview with diddy for muzik muzik so we set the interview masa cuti hari wesak... it was also the day single solo diddy yang pertama siap buat mastering... jumpa kelly for the first time was fun... macam dah kenal lama... and seronok sebab macam 6 degree of separation pulak because i found out that her husband is actually one of the head of astro punya production... pernah jugak lah lepak-lepak dengan hubby dia kat jp sambil smokok...





it was quite nerves-wrecking... start dengan rehearsal and sound check from 3pm... kemudian pergi makan dinner with faizal and sheryl samad... it was nice talking to sheryl... i always like her... she's not just pretty but she's very smart and knows what she wants... thanks to faizal sebab belanja makan kuey teow goreng yang happening giler! lepas habis makan rush back to the auditorium mbsa dan terus buat make up and hair for diddy... last minute kena jahit baju kat area collar tuh sebab terlalu terbukak... kejap panic kejap okay... kejap panic kejap okay... antara artis-artis yang terlibat were dayang nurfaizah, deja moss, jaclyn victor, aliff and sean ghazi... seronok sebab dah lama rasanya diddy tak muncul kat tv and this is the first time ever diddy dapat peluang muncul di tv3... InsyaAllah it will not be his last... again thank you so much to kelly and the team for the opportunity...





hari ahad adalah hari rehat sedunia untuk i... lama giler rasanya tak melepak dan bermalas-malas... bangun lambat, then went back to my mom's place... kemudian get ready for lunch ramai-ramai sempena mother's day... nothing special because all my mom wants is for us to be together having lunch... so we went to the kelantanese restaurant near our house and makan makanan kampung... nasi dengan ayam goreng kampung, ayam percik, sambal sotong, ulam dengan sambal belacan, ikan bakar and sup tulang... it was heaven! seronok dapat makan ramai-ramai... bought my mom and dad a pair of shoes each... yup, kalau nak beli, kena beli untuk dua-dua... lari budget sikit... muhahahaha... tapi puas hati...





wahh, panjang lebar jugak story mory hari nih... maklum ler dah lama benar tak update blog sampaikan tak perasan pulak bila tulis panjang-panjang nih... anyway, nih pun baru sambung balik selepas keluar dinner with dean from kosmo! lama dah tak melepak dengan kawan-kawan... kak sue, syazwan and fendi supposed to join us tapi dia orang sangkut some where... takpalah maybe some other time... i rasa lega that perasaan marah dan tension yang i rasa earlier today dah hilang... memang tak berbaloi pun nak tumpukan perasaan pada orang yang tak punya hati budi dan takda sifat kemanusiaan... i'm glad that i have such a great friends who are there when i needed them... they are the best!


Monday, May 07, 2007

the one about badrul and diddy hilang...

bergambar di kuching...


i was away in kuching when dafi was out from af5... cuma dapat laporan from tons of sms yang masuk... i guess diaorang dah takda sapa nak sms kat af tuh, they spent the rest of it sending me messages... muhahahaa... anyway, sedih jugak lah sebab ramai jugak my close friends yang minat kat dafi especially vernon and nana and of course wenkt kat paris nun... nak buat macam mana, takda rezeki...

i ada banyak benda nak tulis but as usual takda masa nak cerita... sejak kebelakangan nih asyik headache jer... anyway, i cuma nak cakap pasal solo single diddy dah siap and is already on air... dengar-dengarkanlah kat radio era dan hot fm and supportlah ya by making request and vote... lagu tuh hasil karya audi mok dan lirik oleh bash... the title of the single is 'hilang'... will put up the lyrics soon...

another thing, lagu saling terpesona diddy and yanie will be nominated on muzik muzik this friday, may 11, 2007... another good news...

now nak makan ubat and sleep... good night...