Bidadari Hati

Sunday, April 09, 2006

the one about badrul and pledge your donation... the day...



malam sebelumnya mata tak boleh nak tutup... entah kenapa tak rasa mengantuk... a bit risau maybe memikirkan apa yang akan berlaku the next day... banyak kali selawat dan baca al-fatihah minta pada Tuhan supaya semuanya berjalan dengan lancar... selepas hampir lebih lapan bulan menunggu, this is the time untuk pledge your donation project sampai ke garisannya... dalam tangan i dah ada lebih enam ribu lima ratus ringgit... pada leen pulak ada tiga ribu lima ratus lebih donation from her blog friends... rasa sedikit lega sebab sekurang-kurangnya menghampiri jumlah yang di pledge kan... jumlah tersebut belum masuk dengan orang-orang yang bakal hadir bersama-sama di tesco nanti... jugak belum masuk orang yang dah pledge tapi belum dapat bagi duit atas sebab-sebab tertentu... insyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar... insyaAllah...


tunggu tesco bukak...


getting ready...


tesco, here we come...

awal-awal pagi dah bangun, siapkan aiman... kemudian check duit, list nama, wish list, camera, phone dan contact number... about 8.30am i dah sampai ke tesco mutiara damansara... park my car and walk to the mcdonalds kat opposite road to have breakfast with aiman... kemudian shonn sampai and dapat call dari abang mosha dia and family dah sampai... i was pleasantly surprised dapat jumpa dengan azmer yang datang all the way from johor bahru dan dalam perjalanan nak ke perlis... sempat jugak singgah bersama keluarga... terima kasih... selama ni kita dok berborak di comment box jer, akhirnya dah jadi rezeki nak jumpa... last thursday jumpa dengan kak ri and gang... *thank you for the vcd, kak ri*... tak sempat tengok lagi...


kita pergi kat sana dulu...


shopping! shopping! shopping!


baby-sitter...

kemudian sorang demi seorang sampai and sama-sama berkumpul di d'kayu restaurant kat tesco... buat pertama kalinya jugak i bersua muka dengan dalinda, guruvocal, balenciaga, mobilemom, darlinglara, nurul dan mak ety... ramai jugak yang datang... kak rose datang bersama keluarga, batrisya sekeluarga, lullaby and hubby, joejoe, nhk, orgkampung, rose, mak ety dan hubby, kak maznah and hubby, izreen, waiem, leen, arina, aziela, elkapitan, sultanmuzaffar, sempoii, tina, tanty, jue, lina, guruvocal, abang mosha dan family, dalinda and son, mobilemom, balenciaga and kids, mak ety and hubby, darlinglara, nurul, shonn, aiman, manakala joelee and rinie pulak berjumpa di rumah baitul fitrah di rawang...


yang nih kita beli dua puluh...


nothing like shopping for tanty...


milo... teh... sabun... kira budget jugak...

selepas habis breakfast, we all naik ke tesco and untuk memudahkan proses bershopping, the group was devided into two... satu group headed by leen pergi cari half of the barang and satu lagi cari another half... i went to atm machine to take out rm3,000... wang nih adalah dari jumlah rm3,480 yang orang dah pledge tapi mintak i bayarkan dahulu kerana masa dan keadaan yang tak mengizinkan mereka untuk memberikan pledge mereka on time... so to those yang suruh i bayar dulu *you know who you are* jangan lupa ya to pay me back your amount that your've pledged... memang seronok bershopping ramai-ramai nih apatah lagi 'ada duit' untuk shopping kan... muhahahaa... kemudian liza from baitul fitrah datang bersama beberapa orang anak-anak yatim... since the list barangan yang sudah dibeli ada pada leen buat masa nih, i just update apa yang ingat difikiran dulu... nanti i akan tambah lagi...


wahhh, trolley dia dah penuh...


bincang lagi apa nak beli...


apa lagi ya?...

beras x 42 paket x 10 kilo
gula x 84 paket x 2 kilo
gandum x 84 paket x 1 kilo
minyak x 42 botol x 5 kilo
garam x 20 paket
dapur dua penunu x 2
periuk nasi x 1
electric kettle x 3
standing-fan x 3
table-fan x 5
termos x 4
tilam x 20
bantal x 20
cadar & sarung bantal x 40
selimut x 20 helai
tikar x 10
sardin x 20 tin
maggi x 20 x 5 paket
susu pekat x 10 tin
kicap x
chilli sauce x
pinggan x 20
gelas x 20
mangkuk x 10
jag air x
rak pinggan x 2
baldi x 10
kuali x 2
periuk x 3
washing machine x 2
iron x 2
ironing board x 2
milo x 10
teh x 10
biskut x 6 tin
soap x 40
sabun basuh x 10
berus gigi x 30
ubat gigi x 20
tampon x 10
shampoo x
hanger x
mop x 2
penyapu x 2
alas kaki x 2
berus tandas x 4
pencuci pinggan x 4
sponge x 2 paket
bihun x 5 paket large
tuala mandi x 20
tuala kecil x 20
pencuci tandas
pencuci lantai
kasut sekolah x 32 pasang
extension wire x 6


tunggu semua trolley sampai...


ehh, ada lebih lagi nih... jom shopping sammor...


ijin nak yang tuu!! nak yang tuuuuu...


juru audit yang sungguh dedikasi...

dah habis ambik barang-barang semua, all of us berkumpul di lorong yang telah dikhaskan oleh pihak tesco untuk membuat bayaran... walaupun anak-anak yatim nih hadir sama tapi kita tak dapat nak beli baju sekolah untuk mereka sebab apa yang ada kat tesco terlalu terhad, so we decided to let nadia and liza from baitul fitrah belikan kemudian nanti... ada jugak barang-barang dalam wish list yang tak dapat dibeli macam meja makan dan three-tier box sebab dah kehabisan... oleh kerana jumlah barangan yang banyak, ambik masa jugak untuk kita membuat pembayaran... total pembelian ialah rm8,908.24... dengan pertolongan juru audit dalaman iaitu cik waiem, total wang pledge terkumpul adalah rm16,020.00! di ulang, rm16,020.00! Alhamdulillah...


najmi sempat bergossip... hikhikhik...


lepas nih kita gi makan yach adik-adik...


sempoii tengah main game kat tepon...hikhikhik...


jumlah shopping...

then all of us pergi lunch dulu sebab ramai yang dah lapar... shopping does make you hungry kan... muhahahaa... habis saja makan tengahari, i went to get k.f.c. dua barrel untuk dibawa ke rumah baitul fitrah... some of us tak dapat nak join ke rumah baitul fitrah kerana sudah ada janjitemu lain yang menunggu... yang dapat pergi konvoi beramai-ramai dan janji bertemu selepas tol rawang...

*bersambung*


tilam dan sebahagian barangan eletrik...


antara jurubeli bertauliah...


makan tengahari selepas habis shopping...

okay... kita sambung balik cerita... sebenarnya my camera yang i bawak tuh habis bateri, nasib baik cik waiem kita pun bawak camera, so gambar-gambar nih semua adalah yang dicilok dari waiem fotopages... silalah ke sana untuk lihat gambar selebihnya ya... habis sajer makan tengahari, rombongan mula bertolak ke rumah baitul fitrah... i think ada lebih kurang tujuh lapan kereta yang konvoi ke sana... my car was last to leave tesco sebab i ingat duit lebih tuh nak beli tesco vouchers for them... tapi sebab lama sangat tunggu, tak jadilah pulak... bila sampai di tol rawang, semua sudah berkumpul termasuk joelee yang terus ke sana... rumah amal baitul fitrah tak jauh daripada tol rawang... keluar saja dari tol, belok ke kiri untuk ke bandar country homes... rumah nih sebenarnya kalau tak silap i baru sajer diperolehi about a few weeks ago... rumah kembar dua tingkat nih berdekatan dengan sekolah serta masjid... at the moment, plan mereka untuk memindahkan anak-anak perempuan dahulu sementara yang lelaki buat sementara waktu tinggal di flat dua bilik yang sedia ada...


anak sapa dalam longkang nih?


barangan sampai di rumah baitul fitrah...


gotong royong angkut barang ke dalam rumah...

kami semua sampai tepat pada masanya lori tesco yang menghantar barangan turut sampai... diaorang sebenarnya dah bergerak dulu when all of us were having lunch, tapi mungkin sesat kot... di rumah baitul fitrah, anak-anak dan some of ibu tunggal sudah menunggu... we made human chain untuk memudahkan barang-barang dibawa masuk ke dalam rumah... kesemua anak-anak nih turut excited dan sama-sama mengangkat barang ke dalam rumah, the house yang bakal mereka duduki untuk memulakan hidup yang mungkin sedikit selesa berbanding di flat yang menempatkan mereka sebelum ini...


dapur di rumah baitul fitrah...


bakal bilik tidur...


posing sikit...

keadaan dalam rumah nih agak daif with nothing except kipas siling kat ruang tamu... in fact, keadaan lantai pun tak berapa elok, pecah dan lengkuk di sana sini... dapurnya pulak sinki dah hampir roboh dan banyak kerja-kerja plumbing yang perlu dilakukan untuk membaik pulih keadaan... kat sini i jumpa puan nadia, wakil rumah baitul fitrah yang i selalu berhubung untuk project pledge your donation nih... according to her, sewa rumah yang dibayar untuk rumah tersebut adalah rm500 sebulan... looking at the house, i dah rasa sayu... tak dapat i nak bayangkan flat dua bilik yang terpaksa mereka duduki beramai-ramai sebelum nih... tengok wajah anak-anak yang tak tau apa-apa tuh menambah sebak di dada... mereka mungkin tak faham mengapa mereka tak mudah nak dapat itu dan ini, but mereka tetap menerima takdir yang telah ditetapkan terhadap mereka...


meriah seketika...


anak-anak menyampaikan lagu nasyid...


penuh perasaan...

ketika anak-anak tersebut mempersembahkan lagu nasyid untuk tetamu-tetamu yang hadir, my eyes were watery... i excused myself and ke dapur untuk berbual dengan puan nadia... i gave her the balance of the money... i sampaikan amanah semua yang terlibat dengan pledge our donation agar wang yang disumbangkan dapat digunakan sebaik mungkin untuk keperluan anak-anak yang tinggal di rumah baitul fitrah... masih ada lagi keperluan yang tidak dapat kami tunaikan seperti baju sekolah, meja makan yang boleh digunakan sebagai meja belajar, tempat untuk menyimpan baju, rak kasut dan lain-lain... harapan kami the balance of the money can be used to complete apa-apa yang tertinggal... selepas persembahan lagu nasyid, i was asked to give a little speech... i couldn't do it... semua perkataan yang ada difikiran tersekat dikerongkong... i felt so sad, but to show it to these kids yang melalui sendiri keperitan hidup terasa tidak adil... i'm going back to my life and they will still be there stuck in theirs...


menjamu selera...


dessert dengan aiskrim...

buat semua yang terlibat dengan project pledge your donation ini, hanya ucapan terima kasih yang dapat i ucapkan dan semoga segala budi baik anda diberkati Tuhan hendaknya... amin... semoga apa yang kita lakukan ini walaupun hanya sekelumit sahaja dapat membantu anak-anak ini merubah nasib mereka di masa hadapan untuk menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara...