Bidadari Hati

Wednesday, February 07, 2007

the one about badrul and hot fm yeah yeah tour plus anugerah bintang popular...

tiga pelapis baru; diddy, yanie and aliff...


oleh kerana kesibukan, apa yang i nak update kan boleh dikira 'basi' kot... tapi takpalah, untuk kenang-kenangan diri sendiri nanti, i put up the pictures here... apa yang i sempat rakamkan dengan camera *tolak yang gambar blur* ini jer lah yang tinggal... dah dekat nak setahun ada camera nih tapi tak pernah nak belajar guna dengan betul, itulah jadinya... muhahahhaaa... anyway, to those yang nak tengok gambar-gambar, enjoy these pictures...



with yanie and aliff, and penyampai-penyampai hot fm, azura, anne, ikhwan and a.g.


the first three pictures masa kitaorang ke muar, johor untuk tour yeah yeah hot fm pada hari sabtu... sambutan yang luar biasa... vern, just to let you know, orang-orang muar hafal lirik lagu 'saling terpesona' and mereka menyanyi bersama-sama diddy and yanie... seronok bukan kepalang... dan yang paling seronok untuk i ialah dapat bertemu dengan teman-teman lama macam seelan, anida and shah... pure fun!



performing 'saling terpesona' with yanie...


sebelum persembahan, sempat lagi shopping kat mall tuh... diddy siap beli empat helai baju lagi... tabik respect untuk orang-orang muar yang sporting dan havoc! tempat berlansungnya showcase padat dengan orang ramai yang datang... kesian jugak kat orang muar, disebabkan kekurangan security, meet and greet yang dijadualkan terpaksa dibatalkan supaya takda kejadian yang tak diingini berlaku... maklumlah, terlalu ramai orang, mesti ada yang tolak menolak... dalam perjalanan balik, ikhwan dan a.g. pakat nyanyi lagu karaoke... kecoh jugaklah satu bas...



anugerah bintang popular berita harian 2006



with ezlynn before abp bermula...


i have to say that anugerah bintang popular 2006 adalah anugerah abp yang paling best i pernah tengok... keletah kak ogy dan kak engku, susunan persembahan dan perjalanan yang lancar membuatkan ianya seronok dan best sangat-sangat! persembahan yang paling i suka ialah gabungan v.e. dan amy search... sampai meremang bulu roma!!! persembahan pembukaannya pun best jugak tapi kalau fazley dan azfar yang keluar dulu, baru climax nya tak jatuh! tapi mungkin diaorang susun mengikut pemenang anugerah paling popular ikut tahun yang dimenangi kot...



with nikki, rostam, ning and kudsia...


kombinasi jac dan misha pun best jugak... cuma bila duduk disebelah kiri mengadap stage, penonton boleh nampak pouch di belakang baju misha... gabungan ning, nikki, dayang dan noryn pulak seperti yang ramai orang dah sebutkan terlalu singkat... best tapi tak meninggalkan impact yang kuat... tak macam persembahan 'ke akhir garisan' yang sampai sekarang i ingat! dan tak macam persembahan 'drama' yang penuh attitude... persembahan penutup oleh siti jugak best... cuma i rasa sikit berserabut dengan jubah yang siti pakai tuh... mula-mula i ingat bila tiba satu part, siti akan bukak jubah tuh, tapi sampai habis dia pakai... nampak gerak siti terganggu dengan jubah tebal dan labuh tuh...



with linda onn, penyampai radio wanita popular and fasha sandha, pelakon tv dan pelakon filem wanita popular...


persembahan-persembahan lain pada dasarnya okay dan menghiburkan... ada jugak yang i terlepas sebab pergi hisap rokok... muhahahhaaa... tapi dalam semua tuh, persembahan yassin senario ketika commercial break cukup kelakar... seperti biasa, comedy bersahaja nih memang buat orang tak kering gusi... mungkin tanpa camera, mereka lebih santai... dah banyak kali i tengok dalam mana-mana award shows, persembahan ketika commercial break memang menghiburkan...



with yanie, pasangan duet 'saling terpesona'...


one thing yang membuatkan anugerah bintang popular satu anugerah yang berprestij bukanlah anugerahnya kerana ia lebih kepada pilihan pembaca dan pilihan untuk mencari yang popular, tetapi kerana kerja keras pihak berita harian yang mencari penaja seperti habib jewels, dan juga memastikan para artis hadir dengan tuxedo dan evening gown... malam anugerah tersebut memang setanding dengan anugerah-anugerah antarabangsa lainnya bila artis wanita berpakaian evening gown yang cukup hebat serta disaluti kilauan berlian bergemerlapan dan artis lelaki ber tuxedo lengkap dengan bow-tie dan eksesori lainnya... hebat memang hebat! dan siapa kata kita ketandusan pereka-pereka fesyen yang kreatif? oh, lupa nak cakap, tuxedo yang diddy pakai adalah rekaan hazwani osman...



with kak ogy dan kak engku, pengacara majlis anugerah bintang popular...


mungkin dalam semua kehebatan ini, ada sedikit calitan yang kurang manis, tapi bukannya datang dari pihak abp sendiri, tapi dari pihak peminat yang hadir... ketika di red carpet, diddy and i berjalanan di hadapan ina naim... masa tuh memang kedengaran suara-suara sumbang yang mengutuk dan menghina ina naim... to me, itu adalah sesuatu yang memalukan... kalau tak suka pun, sekurang-kurangnya berilah sedikit penghormatan kepada ina sebagai seorang anak gadis melayu yang beragama Islam... sokonglah orang yang anda suka, tapi tak payahlah hina orang lain yang anda tak minat...



with fara fauzana, pengacara tv wanita popular...


i don't think it's too late for me to say congratulations to all berita harian team yang bekerja bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan anugerah bintang popular berita harian 2006... segala penat lelah anda memang berbaloi dengan kehebatan anugerah abp malam ahad lalu... semoga abp 2007 nanti akan lebih hebat dan lebih gemilang!!!

to mawi, tahniah lagi sekali kerana merangkul gelaran artis paling popular anugerah bintang popular 2006! membuktikan bahawa istilah 'artis mee segera' yang dilabelkan kepada bintang-bintang realiti hanyalah panggilan yang bertujuan untuk menjatuhkan artis tersebut... mawi menjadi pemangkin artis-artis muda generasi baru bekerja lebih keras untuk menempa nama di bidang seni...

p/s - okay cik iban princess, aku dah update!!! stop pestering me!!! muhahahaaa...