Bidadari Hati

Wednesday, February 14, 2007

the one about badrul and 'rezeki blog'...




after digi ad last year, rezeki untuk blog nih datang lagi, Alhamdulillah... satu bukti lagi bahawa blog memang mempunyai impact kepada pembaca... walaupun susah jugak for me pada awalnya memandangkan i memang kerja kat tempat yang sama, tapi oleh kerana kepercayaan kepada blog badrulaftersix, they decided to advertise with me... syukur dengan rezeki yang Tuhan kurniakan... lebih mengharukan bila the network senior general manager of amp radio hantarkan mass email as per below...



Good day!

Starting next Monday, Pagi@ERA will have a new addition – the incomparable Raja Azura! Raja Azura, or Kak Engku as she is fondly nicknamed, brings with her spontaneous wit, warmth, and side-splitting one-liners that have garnered her countless awards and nominations through the years as TV host, actress and comedienne.

A radio virgin, Kak Engku is extremely excited to join the likes of Khairil and Kiran (K n K) to bring more laughter to ERA’s listeners. She will be known as the THIRD K and is the latest addition of famous celebrities such as Saiful Apek and Aznil in the ERA family.

Please welcome Kak Engku to AMP when she starts next Monday, 12th of February.

You can also visit http://sultanmuzaffar.blogspot.com and http://badrulaftersix.blogspot.com – both popular blogsites, starting next Monday to catch the same ad.

And if watching ASTRO channels are more your thang watch out for the “K n K n K” TVCs soon!


cool huh!

anyway, baru jer balik daripada dengar lagu dan ambik key untuk diddy kat studio audi... need to catch some sleep... so i letak jerlah gambar-gambar masa show maybank-hotlink meraikan pemenang-pemenangnya... diddy, kefli, marsha and akma adalah bintang-bintang af yang menghiburkan para pemenang di tingkat 24 menara maxis last friday... on saturday pulak diddy buat persembahan untuk era dan kementerian kesihatan di one utama bersama suki dan v.e. and sebelah malamnya pulak ada rakaman macam-macam aznil bersama erma fatimah... tapi sebab dah letih nih i belum dapat letak gambar-gambar lain...










oh by the way, i put up some diddy's pictures kat sidebar a few days ago... and i dah beli the fax machine... akhirnya... my little office is almost complete... good night and sweet dream!


Wednesday, February 07, 2007

the one about badrul and hot fm yeah yeah tour plus anugerah bintang popular...

tiga pelapis baru; diddy, yanie and aliff...


oleh kerana kesibukan, apa yang i nak update kan boleh dikira 'basi' kot... tapi takpalah, untuk kenang-kenangan diri sendiri nanti, i put up the pictures here... apa yang i sempat rakamkan dengan camera *tolak yang gambar blur* ini jer lah yang tinggal... dah dekat nak setahun ada camera nih tapi tak pernah nak belajar guna dengan betul, itulah jadinya... muhahahhaaa... anyway, to those yang nak tengok gambar-gambar, enjoy these pictures...



with yanie and aliff, and penyampai-penyampai hot fm, azura, anne, ikhwan and a.g.


the first three pictures masa kitaorang ke muar, johor untuk tour yeah yeah hot fm pada hari sabtu... sambutan yang luar biasa... vern, just to let you know, orang-orang muar hafal lirik lagu 'saling terpesona' and mereka menyanyi bersama-sama diddy and yanie... seronok bukan kepalang... dan yang paling seronok untuk i ialah dapat bertemu dengan teman-teman lama macam seelan, anida and shah... pure fun!



performing 'saling terpesona' with yanie...


sebelum persembahan, sempat lagi shopping kat mall tuh... diddy siap beli empat helai baju lagi... tabik respect untuk orang-orang muar yang sporting dan havoc! tempat berlansungnya showcase padat dengan orang ramai yang datang... kesian jugak kat orang muar, disebabkan kekurangan security, meet and greet yang dijadualkan terpaksa dibatalkan supaya takda kejadian yang tak diingini berlaku... maklumlah, terlalu ramai orang, mesti ada yang tolak menolak... dalam perjalanan balik, ikhwan dan a.g. pakat nyanyi lagu karaoke... kecoh jugaklah satu bas...



anugerah bintang popular berita harian 2006



with ezlynn before abp bermula...


i have to say that anugerah bintang popular 2006 adalah anugerah abp yang paling best i pernah tengok... keletah kak ogy dan kak engku, susunan persembahan dan perjalanan yang lancar membuatkan ianya seronok dan best sangat-sangat! persembahan yang paling i suka ialah gabungan v.e. dan amy search... sampai meremang bulu roma!!! persembahan pembukaannya pun best jugak tapi kalau fazley dan azfar yang keluar dulu, baru climax nya tak jatuh! tapi mungkin diaorang susun mengikut pemenang anugerah paling popular ikut tahun yang dimenangi kot...



with nikki, rostam, ning and kudsia...


kombinasi jac dan misha pun best jugak... cuma bila duduk disebelah kiri mengadap stage, penonton boleh nampak pouch di belakang baju misha... gabungan ning, nikki, dayang dan noryn pulak seperti yang ramai orang dah sebutkan terlalu singkat... best tapi tak meninggalkan impact yang kuat... tak macam persembahan 'ke akhir garisan' yang sampai sekarang i ingat! dan tak macam persembahan 'drama' yang penuh attitude... persembahan penutup oleh siti jugak best... cuma i rasa sikit berserabut dengan jubah yang siti pakai tuh... mula-mula i ingat bila tiba satu part, siti akan bukak jubah tuh, tapi sampai habis dia pakai... nampak gerak siti terganggu dengan jubah tebal dan labuh tuh...



with linda onn, penyampai radio wanita popular and fasha sandha, pelakon tv dan pelakon filem wanita popular...


persembahan-persembahan lain pada dasarnya okay dan menghiburkan... ada jugak yang i terlepas sebab pergi hisap rokok... muhahahhaaa... tapi dalam semua tuh, persembahan yassin senario ketika commercial break cukup kelakar... seperti biasa, comedy bersahaja nih memang buat orang tak kering gusi... mungkin tanpa camera, mereka lebih santai... dah banyak kali i tengok dalam mana-mana award shows, persembahan ketika commercial break memang menghiburkan...



with yanie, pasangan duet 'saling terpesona'...


one thing yang membuatkan anugerah bintang popular satu anugerah yang berprestij bukanlah anugerahnya kerana ia lebih kepada pilihan pembaca dan pilihan untuk mencari yang popular, tetapi kerana kerja keras pihak berita harian yang mencari penaja seperti habib jewels, dan juga memastikan para artis hadir dengan tuxedo dan evening gown... malam anugerah tersebut memang setanding dengan anugerah-anugerah antarabangsa lainnya bila artis wanita berpakaian evening gown yang cukup hebat serta disaluti kilauan berlian bergemerlapan dan artis lelaki ber tuxedo lengkap dengan bow-tie dan eksesori lainnya... hebat memang hebat! dan siapa kata kita ketandusan pereka-pereka fesyen yang kreatif? oh, lupa nak cakap, tuxedo yang diddy pakai adalah rekaan hazwani osman...



with kak ogy dan kak engku, pengacara majlis anugerah bintang popular...


mungkin dalam semua kehebatan ini, ada sedikit calitan yang kurang manis, tapi bukannya datang dari pihak abp sendiri, tapi dari pihak peminat yang hadir... ketika di red carpet, diddy and i berjalanan di hadapan ina naim... masa tuh memang kedengaran suara-suara sumbang yang mengutuk dan menghina ina naim... to me, itu adalah sesuatu yang memalukan... kalau tak suka pun, sekurang-kurangnya berilah sedikit penghormatan kepada ina sebagai seorang anak gadis melayu yang beragama Islam... sokonglah orang yang anda suka, tapi tak payahlah hina orang lain yang anda tak minat...



with fara fauzana, pengacara tv wanita popular...


i don't think it's too late for me to say congratulations to all berita harian team yang bekerja bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan anugerah bintang popular berita harian 2006... segala penat lelah anda memang berbaloi dengan kehebatan anugerah abp malam ahad lalu... semoga abp 2007 nanti akan lebih hebat dan lebih gemilang!!!

to mawi, tahniah lagi sekali kerana merangkul gelaran artis paling popular anugerah bintang popular 2006! membuktikan bahawa istilah 'artis mee segera' yang dilabelkan kepada bintang-bintang realiti hanyalah panggilan yang bertujuan untuk menjatuhkan artis tersebut... mawi menjadi pemangkin artis-artis muda generasi baru bekerja lebih keras untuk menempa nama di bidang seni...

p/s - okay cik iban princess, aku dah update!!! stop pestering me!!! muhahahaaa...


Monday, February 05, 2007

the one about badrul and cit cat promo in terengganu...

the beautiful resort at teluk warisan terengganu...


last monday we went to terengganu untuk rakaman cit cat pre-mesra sokmo citcat terengganu... met up with ezlynn and adam, ezlynn's manager kat airport... and as usual, kalau naik airasia, mesti delay... this year alone, enam kali i naik airasia, enam kali delay... so their tagline is not just 'now everyone can fly' but also 'now everyone can delay'... masa nak pergi terengganu, delay setengah jam... nak balik dari terengganu pulak delay sejam...


inside the room...


sampai di kuala terengganu, they took us to rumah yab datuk untuk makan... unfortunately for them, diaorang kena tunggu sebab flight delayed... fortunately for us, kalau diaorang tak tunggu, tak merasalah makan nasi dagang yang sungguh sedap, rojak, sate dan macam-macam... dah lama sungguh tak makan nasi dagang terengganu... sedapnya tak terkata! sampai dua tiga pinggan i tambah... lepas habis makan dan beramah mesra kejap, we went to tempat penginapan di teluk warisan terengganu, di pulau duyung... the place belum siap sepenuhnya lagi tapi it's so so beautiful! resort seakan rumah kayu dua tingkat yang mempunyai empat bilik besar... bilik-biliknya pula mengadap muara dengan bayu laut bertiup segar... memang hebat... biliknya luas dan cukup selesa... even bathtub dia pun besar!!!



bergambar before the recording...


i have to say the service was first class... okay, i only based it during our one night stay there, so tak tau lah selepas nih macam mana... breakfast was served in the room... nice huh! shooting bermula jam 10 pagi di tempat-tempat menarik sekitar teluk warisan terengganu... di sekitar resort, dewan tempat bakal berlangsungnya malam mesra sokmo, di jetty, rumah menyambut tetamu dan lain-lain...



on the segway which cost rm25,000 each... ezlynn's dream toy!


one of the highlight was the segway... macam motor tapi kita control dengan badan... susah nak explain, tapi memang menyeronokkan... semua orang bergilir-gilir naik segway, sampai nak pergi beli rokok pun i naik segway... siap 'racing' dengan gary tanesan and adam... walaupun benda nih boleh lalu kat apa-apa tempat pun including the sand, i nih tak adventurous sangat... tapi adam yang terlebih adventurous tuh tersembam kat atas pasir sebab ikut gary... muhahaha... sampai mati enjin segway tuh and kena tunggu orang datang start kan balik... it was great fun!!!



diddy with monsoon cup...


dah habis shooting di teluk warisan, kita semua bergerak ke bandar kuala terengganu untuk makan tengahari... berpinggan-pinggan menyantap keropok lekor yang cukup sedap... kemudian shooting di sambung di dataran shahbandar, di hadapan istana maziah, di pasar kedai payang dan di batu buruk... cukup meletihkan tapi seronok... disebabkan angin laut yang bertiup kencang, tak rasa sangat kepanasan... tapi bila dah balik kuala lumpur, hangus rentung macam arang... dah lah kulit nih asalnya memang jenis yang ala-ala warna manggis...



dock area...


lepas habis di bandar kuala terengganu, kita semua bergerak ke losong untuk shooting di kedai keropok lekor... ezlynn and diddy siap masuk ke tempat proses dan siap uli keropok lekor lagi... sempat jugak i borong keropok lekor untuk bawak balik ke kuala lumpur...



first time ambik gambar layar kapal...


kemudian kita semua balik semula ke teluk warisan untuk shooting dua babak terakhir... one was on the yatch yang mereka gunakan dalam perlumbaan monsoon cup... first time i naik kapal layar nih... and first time jugak tangan kena hempap dengan tiang layar... bengkak jugak dihempap tiang yang sangat berat tuh... i think kebanyakan daripada kita orang yang naik pun were our first time... siap kena senget-sengetkan badan dan pindah dari kiri ke kanan bergantung pada belah mana kapal tuh menyenget... memang pengalaman yang menyeronokkan...



berpanas tapi tetap seronok...


last shot again was on the segway... diaorang semua konon-kononnya buat lari segway yang harga rm25,000 sebijik nih... all in all memang memenatkan... dari pukul sepuluh pagi sampai pukul tujuh petang baru habis shooting semuanya... balik ke bilik dah nak kena start packing sebab flight balik pukul 9 malam... dan seperti yang dijangka, walaupun pukul 8 malam kita dah ada di airport, flight delayed sehingga pukul 10.30 malam... apa boleh buat, melepak jer lah kat airport kuala terengganu sambil menjamu selera dengan keropok lekor...



diddy and ezlynn on the yatch...


by the time hantar diddy balik rumah, i reached my home pukul satu pagi... hujung minggu lepas ada show hot fm and anugerah bintang popular berita harian... nanti i'll put up pictures yang i sempat ambik... hujung minggu nih pulak ada tiga lagi show... Alhamdulillah...


Thursday, February 01, 2007

the one about badrul and a 'rest day'...

bookbinders design



today dapat bangun lewat... i woke up around noon... dah terlalu lama rasanya tak dapat berehat macam ni... i mean, really really sleep... i wanted to rest very badly that i do everything yang my friends told me to do... i took a hot shower around 9.30pm... made myself a cup of jasmine tea with a touch of peppermint *i hate it!*, sprayed my bed and pillow with lavender spray *courtesy of kudsia* and baring on the bed sambil baca 'lonely planet' book... oh well, i was supposed to choose one very boring book to read supaya cepat mengantuk... by 10.30pm mata masih terkebil-kebil so i went downstairs to the kitchen, took half of sleeping pill and terus lelap... muhahahaha... so much for hot shower, peppermint tea, lavender spray and boring book! anyway, i wanted to say congratulations to zabrina and joejer for being the first girl-team to win the amazing race!



with bookbinders design team... sonia and yan belah kanan diddy...



last week sibuk dengan banyak perkara, but mostly on publicity stuff for diddy... interview dengan majalah media hiburan, urtv, hai and mangga... and on sunday kita buat meet and greet for diddy's fans yang nak dapatkan his calendar at bookbinders design, bangsar shopping mall... the shop belongs to my friend sonia and her husband, yan... nak kata meriah, tak lah sangat, tapi ramai jugaklah kawan-kawan and diddy's fans yang datang support macam sm, mama za and friend, chail, leenda, nhk and friends from brunei, leen, wink, abie metro ahad and son dan lain-lain... tapi ramai jugak dari fan club yang cakap nak datang tapi tak muncul-muncul... tak apalah, mungkin ada hal masing-masing last minute... it was good though... thanks again to sonia and yan... and of course to all yang datang...



dengan 'peminat' yang beli seratus kalendar...



this week pun tak kurang sibuknya... on monday we flew to terengganu untuk rakaman promo cit cat azwan... the two-episodes pra cit cat yang dibuat di tempat-tempat menarik di kuala terengganu, which diddy and ezlyn co-host bersama azwan... nanti i ceritakan lebih lanjut and letak gambar-gambar yang menarik soon... friday ada dinner show, saturday dengan hot fm yeah yeah tour di batu pahat and on sunday naik ke genting highland for anugerah bintang popular berita harian... insyaAllah jika tiada aral melintang, next week diddy akan mula masuk studio untuk rakaman album solo... doakan sama-sama supaya semuanya berjalan dengan lancar ya... that's all lah yang i nak update for now...