Bidadari Hati
Sunday, November 25, 2007
yeahhaaahhh... happy birthday to me!!! i don't know what to update... so sleepy, but i will think of something... just want to wish myself happy birthday... muhahahaaa... happy birthday!!!
okay... sambung balik... sunday morning, awal-awal pagi my mom cook nasi bukhari and buat pulut kuning... banyak jugak lauk pauk yang my mom masak... ayam masak merah, dalca, daging goreng, goreng ikan masin untuk makan dengan pulut kuning, goreng lala *specially for aiman*, and of course i buat sambal belacan... hari nih ada banyak celebration... and it's not just my birthday... how old am i today? hhmmmm... too old... apa-apa pun, i'm quite happy with my life... nak kata hidup senang tu tak lah, but Alhamdulillah makan pakai tu cukuplah... keperluan sendiri, anak-anak dan keluarga... so, what else are we celebrating today?
what a day... today aiman change from a 'boy' to a 'man'... bapaknya pulak lagi setahun bertambah usia... muhahahaa... today, aiman berkhatan... my mom cooked something special that he loves so much... lala goreng... sort of like a special treat *more like a bribe* tapi takdalah majlis berkhatan beramai-ramai ke apa... we just make an appointment dekat clinic near our house, that's all... some people cakap 8 year old is too young untuk berkhatan, but i think it's okay... nanti tunggu lama-lama lagi susah... anyway, dalam keadaan sekarang ni, aiman nampak tengah berani... tak tau lah pulak nanti tahun depan or the year after kan... so since dia tengah berani nih, might as well do it now...
tapi dalam pada itu pun masih try jugak nak melarikan diri... muhahahaa... siap cakap, 'papa, aiman bersunat esok jer lah... nanti takleh makan tu makan ni... malam ni ada itu lah ini lah...' muhahahaa... pandai... tapi awal-awal lagi i dah letak kain pelekat kat dalam kereta and dah janji macam-macam... itulah yang susah sikit budak zaman sekarang nih kan, sikit-sikit kena janji itu dan ini... oh wait, apa i janji hah? hhmmm... oh ya, ps3... hmmmm... mana nak korek duit nih...
another celebration is for ellisya... dia dapat anugerah pelajar terbaik tadikanya... score 6a... i'm so proud of her... i guess betul lah kot orang kata anak perempuan nih rajin berbanding anak lelaki... muhahahaa... bila balik dari sekolah, first sekali aiman akan bukak tv, but ellisya balik dari sekolah mesti bukak buku dulu... sometimes time makan pun nak baca buku jugak... as long as i can remember, ellisya memang suka membaca... dari buku cerita sampailah suratkhabar and even my copies of readers' digest...
lepas habis majlis anugerah pulak ada persembahan... she has been rehearsing at home every day for this dance... she hafal every move *well, i hafal every move!* and setiap malam seminggu sebelum persembahan, dia akan try baju yang dibuat khas for the performance... next year ellisya akan masuk darjah satu... i hope that she will continue to do well...
i think this is one of the happiest birthday celebrations in my life... i could not ask for more... aiman and ellisya dah membesar...
Monday, November 19, 2007
the one about badrul and separuh akhir muzik muzik kategori balada...
i'm drained... empat hari berkampung di sri pentas dua, plaza alam sentral, shah alam... my routined since thursday, puchong ke ampang ke shah alam dan patah balik ke ampang dan balik ke puchong... tapi pengalaman yang dikutip memang tak boleh dibeli dengan wang ringgit... sebelum i nak bercerita tentang semi final balada dan keseronokannya, i have to say that this is the best experience ever so far yang i dapat... setakat ni, i belum pernah lagi merasa betapa hebatnya bekerja dengan krew tv yang pada pandangan i, paling efficient, paling sporting and paling bekerjasama... i tabik dengan krew muzik muzik tv3! mintak lah apa saja, nak kuatkan muzik, kuatkan suara, kuatkan monitor, kuatkan mike, nak buat sound-check berkali-kali, mintak props, apa sajalah, semua ditunaikan tanpa rungutan atau masam muka... semua dibuat dengan pantas dan memang cekaplah... seriously, i memang respect kat each and everyone of them! bukanlah i kata krew tv lain yang i bekerja sebelum ni tak bagus, tapi i rasa belum ada yang dapat beat cara krew muzik muzik tv3 ni bekerja... and with each other, they were like family...
so, back to the semi-final muzik muzik kategori balada... on thursday diddy's rehearsal starts at 4.00pm... lepas tuh ada live interview untuk rancangan muzik muzik that day... muhahhaaaa... memang kelakar sebab kalau nak kira, berapa kali jer i di interview kat tv... gemuruhnya jangan cakaplah... siap lepas habis interview, apa nasihat yang selalu cakap kat diddy bila dia kena interview, dia ajar i balik pulak... 'abang jangan lah bongkok...' muhhahaahaa... memang lah! hari tu sajer lima enam kali diddy ulang-ulang nyanyi lagu hilang... it was really fun! i takda peluang lah pulak nak capture gambar banyak-banyak... mula-mula tuh memang dah rancang dah kononnya nak buat update entry day by day, tapi bila dah kat sana, takda masa lah pulak... bila teringat nak keluarkan camera, masa tuh lah baru snap gambar...
second day of rehearsal bermula lepas sembahyang jumaat... akhirnya dapat jugak peluang diddy nak bergambar dengan datin sri siti nurhaliza... i ingat lagi masa i kerja kat karangkraf dulu almost 10 years ago... that was the first time i jumpa siti... sampai sekarang, sifat rendah diri dan hormat tak pernah berubah... i can say that she is among a few people yang tak pernah pandang rendah pada orang lain... cara dia layan diddy berbual macam dah kenal lama... in fact, diddy lah pulak yang malu-malu... muhahahaa... ya lah kan, bila bertemu dengan penyanyi tersohor seperti datin sri siti nurhaliza, i think ramai orang jugak yang terkedu... sempat jugak diddy bagi albumnya pada siti... tapi sebelum tuh siap tanya i dulu, 'abang, nak tulis macam mana? datin sri ke akak jer?' i told diddy to write 'kak siti' jer... i think she will understand... in fact, i think pangkat 'kak' tuh lagi berharga daripada 'datin sri' dalam situasi sebegitu...
since kita berkampung empat hari di plaza alam sentral, sempat jugaklah i jalan-jalan kat shopping complex tuh... bila turun kat bawah sekali masa nak pergi cari tissue, i nampak bunting diddy digantung kat luar kedai speedy kat situ... bangga rasanya masa tuh... muhahahaa... maklumlah, sebelum nih tak pernah pulak nampak bunting atau poster di letakkan kat mana-mana kedai muzik sebelum nih... siap my friend zawadi kat terengganu masa pergi beli cd diddy, dia ambik poster diddy dari orang kedai tuh and tampalkan kat kedai tuh... muhahhaaaaa... orang kedai tuh sampai takleh cakap apa-apa... that was hillarious!
so i masuklah dalam speedy tuh kejap... tengok kat bahagian atas pulak ada diletakkan posters diddy... best! best! belek-belek kat rak cd tuh, adalah nampak satu cd diddy... tak tau ler sama ada hanya tinggal satu jer lagi, atau kedai tuh ambik satu jer... muahahhaaa... tapi i tetap berperasangka baik... mesti album diddy laku dan tinggal satu jer! muhahahaaaa... amin... insyaAllah... harap-harap macam tuh lah... tapi takdalah i nak pergi tanya orang kat kedai tuh... malu lah pulak... kang nanti kalau dah tanya, kena lah pulak beli album sendiri... muhahahaa...
diddy with nonny (i)... for some reason, i think this is syari, brit, inc, hezz, sue and some others - favourite pix... something to do with pau?!? hhmmm...
on saturday was the full dress rehearsal... nak dijadikan cerita, segerombolan peminat nonny bersama nonny datang nak tengok full dress rehearsal... i secara tak sengaja telah memaksa diaorang datang tengok... muhahahaa... thank you so much kerana sudi datang... ada yang terpaksa naik cab lagi from show nonny di subang parade... thank you... nonny datang bukan dengan tangan kosong... dia datang bawak novel yang tebalnya mengalahkan novel harry porter... i think kalau novel harry porter tuh gabungkan semua series nya baru sama tebal dengan novel yang peminat-peminat nonny buat tuh... muhahahahaa... rabun jugaklah mata i nak membacanya... i just scan through and suruh diddy habiskan dulu... lepas tuh dia kena ceritakan kat i apa kisah dalam novel tuh... muhahahaaa... bagus sungguh ada peminat macam diaorang nih... susah bersama, senang bersama...
since nonny ada, kelly, executive producer untuk muzik muzik mintak dia gantikan tempat jac miming for the full dress rehearsal since jac tak dapat hadirkan diri kerana dah ada show... memang nonny nih pandai betul... she has something yang setiap entertainer perlukan... she has guts! siap lengkap dengan gaya jac menyanyi semuanya... kita orang yang menonton tv kat bahagian belakang siap bertepuk tangan tiap kali dia tarik mike... muhahahaaa... lepas habis rehearsal kita orang pergi makan kat bawah... dan seperti biasa, photographer shano iaitu cik hezz kita mula lah snap-snap gambar... tapi i dah 'warning' dia awal-awal jangan ambik gambar pau... muhahahaa... sorry, sajer jer main-main...muhahaha...
seriously empat hari di muzik muzik banyak memberikan manfaat yang tak ternilai harganya... dapat kenal dengan orang dan dapat bertukar-tukar buah fikiran... i think it was my first time berbual dengan rozi, kakak ipar dan juga pengurus kepada datin sri siti nurhaliza... banyak perkara yang kita bualkan... dari industri hiburan sampailah ke resepi-resepi... muhahahaa... seriously, kita orang cakap pasal resepi! nanti kalau i ada rezeki, nak jugak singgah ke restoran rozi... dengar cerita sambal hitam nya memang takleh challenge... insyaAllah bila berkesempatan nanti, sampailah i kat sana...
selain rozi, dapat jugaklah peluang i berbual-bual dengan rina from sonybmg, jaja from emi, helmy from monkey bone, aidil form maestro records dan ramai lagi... peluang yang jarang-jarang dapat sebab masing-masing selalunya sibuk dengan tugasan masing-masing... peluang berbual-bual pasal industri muzik nih dapat jugaklah meluaskan pandangan i yang masih hijau dalam industri nih... it was good... memang macam i cakap lah, takleh dibayar dengan wang ringgit...
malam tadi berlangsungnya separuh akhir muzik muzik untuk kategory balada... semuanya hebat-hebat belaka... honestly, i memang tak meletakkan harapan yang tinggi... all i want to see is for diddy to perform di atas stage yang berprestij... peluang yang bukan dapat diperolehi oleh semua artis... i memang gugup sangat-sangat... ada satu masa tuh i rasa macam nak termuntah... tangan dah sejuk-sejuk dah... muhahhaaa... but i have to be strong for diddy... ya lah kan, kalau dia tengok i yang panic, dia mesti jadi panic jugak... it's not easy for me to be strong for someone else when i, myself tak tau macam mana nak handle... tapi i tried to be braved... tahniah to all yang dapat masuk final... you guys really deserve it! to jac and lah, faizal tahir (dua lagu), fazli zainal and sahri, best of luck in the final!
kecewa? tak langsung... of course kalau dapat masuk final tentunya lebih seronok... tapi yang lebih penting, i bangga dengan persembahan diddy... i bangga kerana diddy memberikan yang terbaik bukan saja untuk dirinya, tapi juga untuk i, untuk audi mok dan untuk peminat-peminat lagu hilang... i bangga kerana diddy tak pernah jemu untuk memberikan yang terbaik... i bangga kerana diddy keep pushing himself to reach for the stars... and one day he will! there was one time yang dia hampir jatuh... dia cakap kat i, 'abang, kalau diddy jatuh tadi diddy mesti dah buat golek-golek sambil nyanyi macam lagu hindustan!' muhhhaaaaaa... i am so proud of you, diddy... insyaAllah one day, it will be your turn to perform in the final... insyaAllah...
mata i sekarang nih dah takleh nak bukak... i tulis pun apa yang terlintas di hati jer... to all diddy's supporters yang datang, thank you so much... to all the muzik muzik crew, i salute you! thank you and thank you and thank you! kelly, you rocks!!!
mata i sekarang nih dah takleh nak bukak... i tulis pun apa yang terlintas di hati jer... to all diddy's supporters yang datang, thank you so much... to all the muzik muzik crew, i salute you! thank you and thank you and thank you! kelly, you rocks!!!
Posted by badrul at 4:10 AM |
Wednesday, November 14, 2007
the one about badrul and his fifth gear...
tak payah bercakap pasal ranjau dan rintangan because semua orang melaluinya, but i want to talk about kerja yang semakin bertimbun *no, i'm not complaining* saban hari... seriously i cannot remember when was the last time i'm having so much fun working... and nowadays, i dengan my dad talk to each other more often... i love having a conversation with my dad even for a short while on the phone... he always has something special to say... like yesterday, dia cakap kat i, 'everytime kita bangun pagi, kita selalu ingatkan diri kita untuk jadi lebih baik daripada semalam...' i love it... so simple and yet so meaningful... terpulang pada diri sendiri untuk mempraktikkannya...
last weekend pun banyak event... i think because weekend tuh the last few days of syawal... since diddy perform untuk rumah terbuka hotlink-era, kita hanya sempat singgah saja untuk rumah terbuka alam yang dibuat di bowling alley times square... memang meriah sungguh dengan ramai team bowling dari bintang-bintang akademi fantasia satu hingga lima... from there we have to go to sunway resort hotel untuk sound check dan siapkan diri...
it was a great event... and having a group of da vom meriuhkan lagi suasana... i think mila is so lucky to have a group of people supporting her career all the way... makanan malam tu banyak giler sampai lebih-lebih lah pulak... malam tuh diddy performed two songs... sana dan hilang... good crowd dan sporting semuanya... i think having good crowd is very important to any performers... they can just 'drink' the energy from the crowd and perform even better... hopefully one day diddy will have a group of loyal fans yang akan sentiasa memberikan energy pada setiap persembahan... insyaAllah...
habis jer event, kita terus ke open house rumah farihad... masa tuh baru betul-betul dapat makan... wow, mee sup daging nya sungguh sedap... i makan sampai dua mangkuk... ramai jugak yang masih ada walaupun dah lewat malam... we didn't stay too long jugak sebab the next day pulak ada event lain and diddy need his rest... i need my rest... the whole day keluar and i know bila i drive balik dari ampang ke puchong mesti mengantuk giler...
remember i told you about another contract with one of the top telcos in malaysia? Alhamdulillah, semuanya dah berjalan dengan lancar... kalau tak ada aral melintang, in the next two weeks we will do the photoshoot as part of the 'family'... dan dengar ceritanya, one of them adalah seorang artis terkenal dari seberang... i can't share the information here until it's all confirm... insyaAllah tak lama lagi... syukur kerana Tuhan memurahkan rezeki kami semua... dan insyaAllah i will work harder for the company... we need to make it work...
so hujung minggu nih akan berlangsung separuh akhir muzik muzik untuk kategori balada... to me, kalau ada rezeki yang Tuhan dah tentukan, insyaAllah ada lah... kalau tak, tak mengapa... cuba lagi dilain kali... apa-apa pun, doa semua amat-amatlah i hargai... terima kasih atas nasihat dan pedoman... insyaAllah diddy akan buat sebaik yang dia mampu... insyaAllah...
Posted by badrul at 12:40 AM |
Tuesday, November 06, 2007
the one about badrul and muzik muzik separuh akhir...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. lagu 'hilang' tercalon untuk kategori balada separuh akhir muzik muzik sempena juara lagu ke 22... we went to the press conference today at eden, chulan square kuala lumpur... i pun tak tau nak tulis apa panjang-panjang, so i put a short version of their press release here plus lagu-lagu yang akan bertanding dalam kategori masing-masing...
kuala lumpur, 6 november 2007 - sepanjang tahun ini, muzik muzik telah memperdengarkan ratusan lagu dan memberi peluang kepada lagu-lagu yang menduduki carta yang dipertandingkan agar terus diminati untuk bertarung ke peringkat muzik muzik separuh akhir dan seterusnya ke anugerah juara lagu 2007... ketika ditemui, pengurus besar jabatan hiburan, sukan & rekreasi tv2, azhar borhan berkata, "tiga puluh buah lagu akan berentap dan hanya yang terbaik akan melangkah ke peringkat ajl22... harus diingatkan bahawa muzik muzk merupakan sebuah pertandingan lagu dan bukannya artis... bermakna, jika penyanyi asal tidak dapat membuat persembahan, komposer harus mencari penyanyi ganti untuk menyanyikan lagu yang tercalon," jelasnya...
"semua lagu yang bertanding dan terpilih ke peringkat separuh akhir adalah yang terbaik dalam setiap kategori... peringkat separuh akhir muzik muzik akan bermula dengan etnik kreatif yang dijadualkan berlangsung pada 11 november 2007 di sri pentas 2, shah alam jam 9.00malam dan seterusnya kategori balada pada 18 november 2007 dan pop rock pada 25 november 2007... tahun ini juga memperlihatkan pertama kalinya dalam sejarah, peringkat separuh akhri yang melibatkan ramai penyanyi dari program realiti... kalau tahun lalu kami cuma ada adam, zahid, nikki dan mawi tapi kali ini kita akan lihat fiq, nieyl, kaer, fazli zinal, idayu, faizal tahir, jaclyn victor, diddy, felix, mawi, vince, haziq dan rosma bertanding sesama mereka," katanya lagi...
kategori untuk separuh akhir etnik kreatif, 11 november, 2007, sri pentas shah alam, 9.00malam (mengikut turutan persembahan)
1. samudera - nora (johan nawawi / ahmad fedtri yahya)
2. joget cinta sakti - haziq & rosma (el widyan / fajrul norman rashid & al walid)
3. nazam asmara - nas adilla (s.atan / siso)
4. seteguh cinta - waheeda (hafiz hamidun / ito lara)
5. lagu penglipur lara - farawahida (julfeqar / umar kudat)
6. kasihnya balqis - aishah (adnan abu hassan / moharis yaakup)
7. suryakanta - zehra zamri (sharon paul / ahmad fedtri yahya)
8. joget gadis melayu - syura (pak ngah / siso)
9. dirgahayu - ramlah ram (radeen sri / hairul anuar harun)
10. istimewa tiada dua - nice & hazami (hazami / hazami)
1. samudera - nora (johan nawawi / ahmad fedtri yahya)
2. joget cinta sakti - haziq & rosma (el widyan / fajrul norman rashid & al walid)
3. nazam asmara - nas adilla (s.atan / siso)
4. seteguh cinta - waheeda (hafiz hamidun / ito lara)
5. lagu penglipur lara - farawahida (julfeqar / umar kudat)
6. kasihnya balqis - aishah (adnan abu hassan / moharis yaakup)
7. suryakanta - zehra zamri (sharon paul / ahmad fedtri yahya)
8. joget gadis melayu - syura (pak ngah / siso)
9. dirgahayu - ramlah ram (radeen sri / hairul anuar harun)
10. istimewa tiada dua - nice & hazami (hazami / hazami)
kategori untuk separuh akhir balada, 18 november, 2007, sri pentas shah alam, 9.00malam (mengikut turutan persembahan)
1. paluan rindu mu - idayu (m.nasir / keon)
2. kasih tercipta - faizal tahir (ajai / shuhaimi baba)
3. ceritera cinta - jac & rio febrian (ross ariffin / habsah hassan)
4. mahakarya cinta - faizal tahir (audi mok / mohd shariza shamsiri)
5. andainya - nieyl (hadi hassan / j.looi)
6. izinku pergi - kaer (azlan abu hassan / sulu sarawak)
7. hilang - diddy (audi mok / bash)
8. sejuta nafas cinta - fazli zainal (hazami / loloq)
9. bisakah - datuk siti nurhaliza (aubrey suwito / tesh r.s)
10. harapan - fazli zainal (hazami / hazami)
nota: lagu izinku pergi nyanyian kaer akan digantikan dengan sahri kerana kaer berada di luar negara... i know jugak siapa yang akan berduet dengan jac menggantikan rio febrian but i don't think it's right for me to post it here... another thing, mungkin ada sedikit pertukaran dari segi susunan persembahan untuk faizal tahir dan fazli zainal kerana mereka ada dua lagu tercalon, tapi pertukaran tersebut adalah antara mereka berdua sahaja...
1. paluan rindu mu - idayu (m.nasir / keon)
2. kasih tercipta - faizal tahir (ajai / shuhaimi baba)
3. ceritera cinta - jac & rio febrian (ross ariffin / habsah hassan)
4. mahakarya cinta - faizal tahir (audi mok / mohd shariza shamsiri)
5. andainya - nieyl (hadi hassan / j.looi)
6. izinku pergi - kaer (azlan abu hassan / sulu sarawak)
7. hilang - diddy (audi mok / bash)
8. sejuta nafas cinta - fazli zainal (hazami / loloq)
9. bisakah - datuk siti nurhaliza (aubrey suwito / tesh r.s)
10. harapan - fazli zainal (hazami / hazami)
nota: lagu izinku pergi nyanyian kaer akan digantikan dengan sahri kerana kaer berada di luar negara... i know jugak siapa yang akan berduet dengan jac menggantikan rio febrian but i don't think it's right for me to post it here... another thing, mungkin ada sedikit pertukaran dari segi susunan persembahan untuk faizal tahir dan fazli zainal kerana mereka ada dua lagu tercalon, tapi pertukaran tersebut adalah antara mereka berdua sahaja...
kategori untuk separuh akhir pop rock, 25 november, 2007, sri pentas shah alam, 9.00malam (mengikut turutan persembahan)
1. percayalah sayang - vince (vince / m.zulkifli)
2. farhana putri bumi kenyalang - jinbara (denai / andy rahman)
3. aku pencinta mu - felix (ajai / ajai)
4. janjiku - sofaz (taja / tass)
5. 3 malam tanpa bintang - fiq (master g / azmeer)
6. itu kamu - estranged (estranged / rachael lawrence)
7. satu harapan - jaclyn victor (audi mok / nur fatima)
8. sembunyi - misha omar & andy (aidit alfian / loloq)
9. angan dan sedar - mawi (m.nasir / loloq)
10. destinasi cinta - datuk siti nurhaliza (lin li zen / pssn)
1. percayalah sayang - vince (vince / m.zulkifli)
2. farhana putri bumi kenyalang - jinbara (denai / andy rahman)
3. aku pencinta mu - felix (ajai / ajai)
4. janjiku - sofaz (taja / tass)
5. 3 malam tanpa bintang - fiq (master g / azmeer)
6. itu kamu - estranged (estranged / rachael lawrence)
7. satu harapan - jaclyn victor (audi mok / nur fatima)
8. sembunyi - misha omar & andy (aidit alfian / loloq)
9. angan dan sedar - mawi (m.nasir / loloq)
10. destinasi cinta - datuk siti nurhaliza (lin li zen / pssn)
terdapat jugak sedikit pertukaran format berbanding dengan muzik muzik separuh akhir yang selalunya... this year they have decided that untuk kategori balada dan pop rock, 5 lagu akan layak ke juara lagu 2007 manakala hanya 3 lagu dari kategori etnik kreatif akan melayakkan diri... ini adalah kerana jumlah pencalonan untuk kategori etnik kreatif jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah pencalonan untuk kategori balada dan pop rock...
i tak meletakkan harapan yang tinggi untuk lagu 'hilang'... i sangat-sangat bersyukur kerana lagu ini tercalon untuk separuh akhir... tipu lah kalau tak mengharap, tapi takdalah sampai tak tidur malam membuat persiapan dan sebagainya... cukuplah untuk diddy melakukan yang terbaik yang termampu dia persembahkan pada malam semi final nanti... will add on soon bila dah ada idea nak tambah... muahhaaaa...
Posted by badrul at 4:14 PM |
Monday, November 05, 2007
the one about badrul updating from office...
ya lah tu updating from office... muhahahaa... well, since my house is my office, so kira ya lah kan... dua tiga langkah terus masuk office... nothing fancy... just two laptops, one mac for production purposes, one color printer plus scanner, fax machine, photostat machine, phone and two filing cabinets... it's actually my dining area that pergi tukar jadi office... kalau makan, usually makan depan tv jer... now i need to get a small notice board and i will consider the office is complete with basic needs... i'm happy... ramai jugak tanya bila nak ada office sendiri... not yet, belum ada modal dan belum ada kemampuan... insyaAllah mana tahu satu hari nanti bila rezeki terbuka lebih luas... insyaAllah...
diddy with the winner, encik ahmad ridzuan and his wife, and ms wong chai fen, senior brand manager for sara lee malaysia...
actually, sepanjang bulan syawal ni i tak banyak sangat pergi beraya kat rumah saudara mara... some of them balik kampung, and bila dah balik semula kat kl nih, takda lah pulak buat open house... that was why i really enjoyed the 'aspirasikan hari raya anda bersama ambi pur' contest... dia orang pilih lima rumah pemenang and diddy pergi beraya to three of them... the other two houses was misha omar... seronok tak terkira... trust me, dalam ada orang yang berhati busuk, masih lagi banyak orang yang berhati mulia... layanan orang kita yang diberikan memang tak boleh ditandingi kat mana-mana negara luar... macam-macam kuih muih dan hidangan raya yang disediakan...
the first house or apartment yang kita pergi was in bandar sunway... sebenarnya pemenang tu takde kat rumah sebab dia baru dapat tawaran untuk masuk pasukan polis dan kena training outstation for one week... jadi kami disambut oleh kakaknya yang baru balik dari bertugas di riyardh sebagai jururawat... so memang tak kenal lah diddy... itulah yang buat lagi best, sebab dia dan keluarga layan kami macam ahli keluarga jugak... kami semua duduk bersila makan ramai-ramai... it was so fun! the second house rumah pemenang yang kita pergi was in balakong... also an apartment... parents baru dapat their first child a few months back... siap ambik cuti untuk masak lemang, nasi impit, rendang, serunding dan macam-macam... memang berselera sungguh kita orang makan... duduk bersila di atas lantai menjamu selera memang mengimbas saat yang paling indah ketika beraya... then the last one was in seremban dua... amat meriah dengan sedara mara serta jiran tetangga yang datang... lemang, rendang, serunding, nasi impit, kari ayam dan macam-macam dimasak... apa lagi isteri kepada tuan rumah pulak orang terengganu, lagi lah panjang i berborak-borak... all i can say is, it's a wonderful experience dan dapat kenal orang yang sebelum ni tak pernah lalu dalam hidup kita... and they are millions of good people out there...
Alhamdulillah sepanjang bulan syawal ni banyak jugak diddy buat shows... ada lima dinner shows dalam tempoh dua minggu tak termasuk hujung minggu ni ada show untuk hotlink & era open house and one dinner show di taiping... selain daripada tu, ada jugak beberapa jemputan rumah terbuka yang kita dapat hadir macam rumah terbuka kumpulan utusan dan rumah terbuka suria fm yang diddy turut membuat persembahan... and on saturday, kita ke rumah terbuka infogossip bersama anak-anak yatim baitul fitrah bertempat di restoran seri melayu, jalan conlay...
i don't know how to describe my feelings bila berada rumah terbuka infogossip... bercampur gaul macam-macam perasaan ada... tapi yang paling terasa adalah perasaan sedih dan gembira... dulu kita dah pernah buat pledge-your-donation untuk rumah baitul fitrah... then i'm 'lacking' sampai 'terlupa' pasal diaorang... sehinggalah infogossip mengadakan rumah terbuka... melihat wajah puan liza dan suami serta puan nadia yang bersungguh-sungguh menjaga kebajikan anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan warga muallaf, terasa seperti kuman sumbangan dan kebajikan yang i lakukan... berbual dengan puan liza, dia tunjukkan i seorang kanak-kanak perempuan yang sungguh comel di dalam baby-trolley di sebelahnya... kanak-kanak tersebut ditinggalkan oleh keluarganya di rumah baitul fitrah dua minggu sebelum hari raya kerana dia buta... memang tersendu i minta diri dan menangis puas-puas di dalam toilet... Ya Allah, hamba-Mu memohon hanya kepada-Mu, berilah kekuatan untuk insan-insan berhati mulia seperti puan liza dan suami serta puan nadia untuk menjaga insan-insan yang teraniaya ini... Amin!
susah untuk mengawal perasaan bila sedih dan gembira becampur gaul... gembira kerana ada insan-insan yang mulia seperti kumpulan infogossip yang sudi membuat amal jariah mengadakan rumah terbuka untuk mengutip derma buat rumah baitul fitrah... dan lebih gembira bila mereka menjadikan rumah baitul fitrah sebagai rumah angkat untuk infogossip... semoga usaha-usaha mereka sentiasa diberkati Allah s.w.t.! ada juga satu lagi berita gembira untuk i kerana selepas sekian lama tidak berhubung dan terpisah, akhirnya i dapat bertemu kembali teman lama i iaitu farah aka meesua... tak dapat berbual panjang tapi syukur kerana dapat kembali bertaut ikatan silaturrahim... waiem dan kak iffa jugak ada sama... to all kat infogossip, terima kasih tidak terhingga kerana menjemput kami menjadi sebahagian daripada acara yang diadakan... juga tahniah dan teruskan dengan usaha-usaha yang murni, and anytime you guys need my help or even my company, i'm just a phone call away...
Posted by badrul at 2:19 PM |
Thursday, November 01, 2007
the one about badrul and clinique launch...
dah seminggu lebih rasanya tak letak posting... nak kata busy sesangat, tak ler jugak but i have to get use to my new schedule... Alhamdulillah, the first week memang best lah... Syukur jugak that rezeki diddy semakin murah sejak album dilancarkan... hampir setiap hari jugak ada events and dia dah mula menyanyi banyak lagu dari album sendiri... i think dah takda nyanyi lagu orang lain dah kot... tapi tengoklah pada permintaan jugak...
anyway, sepanjang sibuk buat shows and attending rumah terbuka, last week kita orang attend an event by clinique... as you know, clinique skin care for men bekerjasama dengan diddy... clinique menyediakan semua barang-barang keperluan penjagaan kulit untuk diddy termasuk jugak barangan make up untuk show... and i'm proud to say that diddy adalah artis lelaki tempatan pertama yang bekerjasama dengan clinique... Alhamdulillah... kalau tak silap i, antara selebriti tempatan lainnya yang bekerjasama bersama clinique adalah shazzy falak dan xandria ooi...
event tersebut adalah sempena melancarkan kedai clinique yang pertama in south east asia, bertempat di the pavillion... kalau sebelum ni clinique hanya menyediakan kaunter-kaunter clinique, but now they have one whole shop yang menyediakan pelbagai kemudahan termasuk menggunakan teknologi terkini untuk menilai kulit anda... if you are interested, you should go to the clinique shop kat the pavillion... memang cool! okaylah, i dah tak larat nak menulis, so i just letak gambar-gambar ya...
diddy with xandria...
check muka part 1...
check muka part 2...
check muka part 3...
happy nyer lepas check muka...
sharyn wong, general manager for clinique; diddy; yen chong, publicity manager for clinique...
group photo...
check muka part 1...
check muka part 2...
check muka part 3...
happy nyer lepas check muka...
sharyn wong, general manager for clinique; diddy; yen chong, publicity manager for clinique...
group photo...
to those yang pergi rumah terbuka infogossip this saturday, see you there... kepada yang belum mendaftar tu, daftar cepat-cepat... kita sama-sama menyumbang untuk rumah anak-anak yatim...
Posted by badrul at 10:02 PM |
Wednesday, October 24, 2007
the one about badrul and 'oh lelaki...'
haaiyooooo... now i have to change my timing again yang dah jadik kelam kabut sejak i berhenti kerja four months ago... ya lah kan, bila dah berhenti, tak payah nak bangun pagi-pagi buta pergi kerja and all... but since monday, i have to re-adjust everything... nasib baik lah hanya dua tiga jam for three days a week... seronok jugaklah, tapi tak dapat lari dari perasaan takut dan excited nya... anyway, lets talk about something else... let's talk about a new show on astro ria...
this show called 'oh lelaki' and pengacaranya ialah fara fauzana and nana... what a combination! kecoh dan riuh rendah... it was all fun! jenis rancangan yang nak pekena kan lelaki... muhahahaaa... ealier before the recording, diddy has to attend the client's event which was berhari raya bersama ambi pur... diddy beraya ke rumah pemenang-pemenang ambi pur... another artist yang involve with this programme is misha omar... for three days in a row, diddy akan ke rumah pemenang-pemenang yang dipilih oleh ambi pur... it was fun including for me... ya lah kan, hari raya hari tuh i takda pergi open house mana-mana pun... muhahhaaa... at least dapat jugak merasa makan rendang, ketupat, kuih raya dan lain-lain...
then sebelah malamnya pulak kita bergegas ke astro untuk rakaman program 'oh lelaki' ni... walaupun hanya rakaman, ramai jugak penonton-penonton yang hadir... i think lebih kurang 30 ke 40 orang jemputan... memang tak kering gusi lah jawabnya... another guest artist was bell ngasri... memang kelakar! nak tau apa topik nya? hah, kalau nak tau, kena lah tengok rancangan nih nanti...
rancangan 'oh lelaki' ni akan ke udara setiap hari ahad, pukul 9.00malam di astro ria... topik nya membincangkan tentang hal-hal lelaki... so untuk peminat diddy yang nak tengok diddy kena 'torture' dan buat lawak secara spontan, jangan lupa saksikan rancangan 'oh lelaki' dengan artis undangan diddy dan bell ngasri pada hari ahad, 28 october 2007, pukul 9.00 malam di astro ria! put in your phone calendar tuh okay... muhahaaa...
Alhamdulillah sepanjang minggu ni dan minggu depan schedule diddy penuh... syukur kepada Allah s.w.t. yang memberikan rezeki dan rahmat-Nya! and today pulak i dapat fax yang sungguh menggembirakan hati... i cannot share it yet here in the blog... but i will on the 6th of november... i dah janji dengan seseorang that i cannot blog about it until that date... tapi hati rasa sangat gembira... i dah lama dapat beritanya but only today dapat confirmation through fax... tunggu ya nanti i letakkan kat sini...
and also komuniti infogossip akan mengadakan majlis rumah terbuka untuk mengutip derma untuk rumah anak-anak yatim baitul fitrah, rawang... ingat tak kita dulu pernah buat pledge-your-donation untuk rumah baitul fitrah? since dah lama kita tak buat apa-apa, why don't we join this rumah terbuka untuk beramal... and diddy will perform during the event... lagi best, diddy akan perform lagu-lagu dari album yang dia belum pernah perform kat mana-mana lagi... so kira siapa yang hadir untuk rumah terbuka infogossip will be able to see diddy perform buat pertama kali lagu-lagu yang akan dinyanyikan... please help support untuk mengutip derma... calling out to all my friends... you can get more information at rumahterbuka and you can actually book your seats there...
akhir sekali, jangan lupa dapatkan album diddy di pasaran...
akhir sekali, jangan lupa dapatkan album diddy di pasaran...
Posted by badrul at 2:03 PM |
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)