the one about badrul and a few things that he forgot to mention...
i rasa belum terlambat untuk i ucapkan selamat pengantin baru kepada dr. ahmad fadzli bin yaakob dan azrene soraya abdul aziz, atau dr. fazley dan azrene... sama cantik dan sama padan, and semoga jodoh dan kebahagiaan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat... terima kasih sue sebab sudi menjemput... makanan sedap-sedap, pelamin memang indah...
petang semalam hari rabu, i attended the 2nd press conference untuk anugerah bintang popular berita harian... seronok dapat jumpa ramai teman-teman wartawan... banyak cerita yang dapat dengar... tapi yang sorang nih memang nak kena pelangkok... habis dijaja cerita pasal posting i kat semua orang... okay, i know my posting before this yang something something something tuh bikin tension untuk sesetengah orang, but i memang takda maksudkan apa-apa... so if i ever offended anyone with that posting, i'm truly sorry... anyway, congrats untuk semua 5 finalists setiap kategori yang akan bertanding di anugerah bintang popular berita harian pada bulan february nanti especially to nikki and zahid dan semualah... diddy dan yanie belum tercalon... takpalah, belum lagi rezeki mereka... insyaAllah satu hari nanti...
habis jer press conference, bergegas balik ke office to pack my laptop sebab ada dinner... unlike what some people selalu fikir, i kurang gemar pergi tempat-tempat yang boleh dikira hoitty toitty nih... tapi kadangkala terpaksa jugak atas dasar entertaining the client and some close friends... tapi, that's not the reason i letak gambar-gambar nih... i cuma nak ceritakan sedikit tentang sikap sesetengah orang kita bila berkenaan dengan warna kulit... tempat makan nih memang penuh dengan matsaleh dan minah saleh, so walaupun dah buat reservation, kita empat orang nih macam walk-in customer lah pulak... tak mesra langsung... bukan tu jer, layanan waitress nya pun agak kasar, tapi dengan matsaleh semua, sopannya melampau-lampau...
nak dijadikan cerita, a group of matsaleh dan minahsaleh yang datang lebih kurang sepuluh orang nih, bila nak bayar, suruh buat bill asing-asing... hahahahaa... padan dengan muka... ingat diaorang nih senonoh sangat ker? lepas tuh mulalah membebel dalam bahasa melayu kononnya matsaleh nih semua kedekut nak mampus... tu lah, lain kali jangan fikir sebab kulit kita nih sama warna, kulit orang lain tuh lagi bagus... layanlah sama rata sebab kalau takda duit, orang takkan masuk kedai awak kan...
anyway, to those yang minat dengan diddy dan yanie, don't forget to catch muzik@ria pada 19 dec nih... they will be singing 'saling terpesona' live on that show... kalau nak datang tengok kat astro, i think you have to contact astro kot... i'm not so sure, nanti i tanya..
anyway, to those yang minat dengan diddy dan yanie, don't forget to catch muzik@ria pada 19 dec nih... they will be singing 'saling terpesona' live on that show... kalau nak datang tengok kat astro, i think you have to contact astro kot... i'm not so sure, nanti i tanya..
|