Bidadari Hati

Tuesday, February 28, 2006

the one about badrul and futsal era in kelantan...


penyampai era dan artis-artis...

by the time i wanted to update my blog, dah pukul dua belas lebih... mata pun dah ala-ala takleh nak bukak, apatah lagi nak menaip kecik-kecik nih... nasib baik masa kat itm dulu kena paksa ambik kelas menaip, so laju ler jugak... tapi isi nya tak taulah macam mana... tengoklah bila i baca esok... muhahahaha... anyway, gambar-gambar yang ada nih diambil masa pesta futsal digi di era, di kota bharu kelantan hari sabtu yang lalu...


peminat di kelantan...

i naik plane from kl to kb dalam pukul 10pagi... yang kelakarnya, semasa kat airport klia dan airport kota bharu, ada a few people yang nampak i pakai t-shirt era sibuk dok panggil rostam kat i... mula-mula tuh kelakar lah jugak, tapi lama-lama macam tension lah pulak... muhahahahaaa... i don't think i look like rostam pun... tapi takpalah... bila sampai kat stadium sultan muhammad IV, dah ramai orang... i think it was about 12 noon sedangkan pesta futsal tuh hanya start pukul 2 petang... ramai betul orang...


yusri...

dah lama betul i tak balik kelantan sebenarnya... lama sangat-sangat... tapi disebabkan pergi pun kerana kerja, tak dapatlah nak spend masa banyak sangat kat sana... sepanjang hari pun dah ada kat stadium jer... ada empat pasukan yang bertanding untuk pesta futsal digi ni... pasukan era, kru, af dan pasukan digi.... at the same time, kita ada gol emas digi, which peminat-peminat yang terpilih dapat peluang menjaringkan gol yang dijaga oleh artis-artis dan penyampai era... kalau gol, diaorang akan dapat rm500 cash... as far as i know, memang semua dapat gol sebab penjaga-penjaga gol sengaja melepaskan gol masuk untuk bagi semua menang...


adam...

artis-artis yang terlibat untuk pesta nih ialah norman, edry dan yusri from kru, danny, adam, yazer, felix... kefli pun sepatutnya hadir jugak tapi dia tak sihat... and from era ialah rostam, khairil, kieran, linda, nana dan reza... seronok betul... tapi dalam banyak-banyak benda, entah kenapa, i asyik teringat kat nasi dan lauk pauk yang dihidangkan untuk makan tengahari tuh... muhahahahhaaa... sedap giler!!! ada gulai daging kampung, ulam, sambal belacan, ayam masak pedas, daging goreng kicap.... seddaaaappnyaaaa!!! tapi biasalah kan, takleh nak makan banyak-banyak *malu*... muhahahhaaaa... over tau!


yazer...

eh, banyak ler pulak gambar yang nak diletak, tapi takda banyak benda yang nak ditulis... *alasan sebab mengantuk*... seronok dapat jumpa pendengar-pendengar era di kelantan... diaorang semua sporting-sporting... walaupun tak berpeluang untuk mereka meluangkan banyak masa dengan artis-artis dan penyampai era, tapi sekurang-kurangnya dapat jugaklah berjumpa depan-depan... takdalah dengar kat radio jer kan... masa sign autograph pun sekejap jer sedangkan barisan yang beratur tuh memang panjang... tapi banyak peraturan-peraturan yang kena ikut, so tak dapatlah nak dielakkan...


felix...

yang pasti, kalau ada peluang, memang nak pergi lagi kat kelantan... maybe kalau bukan era, other radio station macam sinar atau xfresh... tentu seronok... and hopefully the next time around, dapat luangkan lebih banyak masa kat sana... i pergi pagi, balik petang sebab the next day pulak nak naik ke genting untuk anugerah bintang popular berita harian...


team kru fc...

team kru fc muncul juara untuk pesta futsal digi di era, di kota bharu kelantan... tahniah.. era fc naib juara, af fc tempat ketiga dan digi fc tempat keempat... cayalah tengok adam, felix and yazer main bola... all of them are quite good... macam pro... muhahahhaaa... and seperti biasalah kan, felix mesti jadik pak lawak punya...


team era fc...

sebelum i balik, wan huzairil, the fashion designer yang berasal dari kelantan, bawak i pergi beli makanan-makanan kelantan... of course kena beli something for my parents kan... so beli murtabak yang besar tuh *first time i makan*, kuih akok, buah tanjung dan jala emas... kemudian dia dropped i kat bandar and from there i just jalan-jalan sementara tunggu masa nak ke airport... waaahhh, bandar kota bharu dah banyak berubah... i really need to come back and spend more time... i really do... rindu sangat...


team af fc...

to all orang kelantan yang datang that day, terima kasih banyak-banyak dan mintak maaf banyak-banyak kalau ada terkasar bahasa dan mungkin ada perangai-perangai kita orang yang kurang manis... terima kasih kerana menerima kedatangan kami dengan hati yang terbuka and semoga jumpa lagi soon...