Bidadari Hati

Tuesday, February 28, 2006

the one about badrul and futsal era in kelantan...


penyampai era dan artis-artis...

by the time i wanted to update my blog, dah pukul dua belas lebih... mata pun dah ala-ala takleh nak bukak, apatah lagi nak menaip kecik-kecik nih... nasib baik masa kat itm dulu kena paksa ambik kelas menaip, so laju ler jugak... tapi isi nya tak taulah macam mana... tengoklah bila i baca esok... muhahahaha... anyway, gambar-gambar yang ada nih diambil masa pesta futsal digi di era, di kota bharu kelantan hari sabtu yang lalu...


peminat di kelantan...

i naik plane from kl to kb dalam pukul 10pagi... yang kelakarnya, semasa kat airport klia dan airport kota bharu, ada a few people yang nampak i pakai t-shirt era sibuk dok panggil rostam kat i... mula-mula tuh kelakar lah jugak, tapi lama-lama macam tension lah pulak... muhahahahaaa... i don't think i look like rostam pun... tapi takpalah... bila sampai kat stadium sultan muhammad IV, dah ramai orang... i think it was about 12 noon sedangkan pesta futsal tuh hanya start pukul 2 petang... ramai betul orang...


yusri...

dah lama betul i tak balik kelantan sebenarnya... lama sangat-sangat... tapi disebabkan pergi pun kerana kerja, tak dapatlah nak spend masa banyak sangat kat sana... sepanjang hari pun dah ada kat stadium jer... ada empat pasukan yang bertanding untuk pesta futsal digi ni... pasukan era, kru, af dan pasukan digi.... at the same time, kita ada gol emas digi, which peminat-peminat yang terpilih dapat peluang menjaringkan gol yang dijaga oleh artis-artis dan penyampai era... kalau gol, diaorang akan dapat rm500 cash... as far as i know, memang semua dapat gol sebab penjaga-penjaga gol sengaja melepaskan gol masuk untuk bagi semua menang...


adam...

artis-artis yang terlibat untuk pesta nih ialah norman, edry dan yusri from kru, danny, adam, yazer, felix... kefli pun sepatutnya hadir jugak tapi dia tak sihat... and from era ialah rostam, khairil, kieran, linda, nana dan reza... seronok betul... tapi dalam banyak-banyak benda, entah kenapa, i asyik teringat kat nasi dan lauk pauk yang dihidangkan untuk makan tengahari tuh... muhahahahhaaa... sedap giler!!! ada gulai daging kampung, ulam, sambal belacan, ayam masak pedas, daging goreng kicap.... seddaaaappnyaaaa!!! tapi biasalah kan, takleh nak makan banyak-banyak *malu*... muhahahhaaaa... over tau!


yazer...

eh, banyak ler pulak gambar yang nak diletak, tapi takda banyak benda yang nak ditulis... *alasan sebab mengantuk*... seronok dapat jumpa pendengar-pendengar era di kelantan... diaorang semua sporting-sporting... walaupun tak berpeluang untuk mereka meluangkan banyak masa dengan artis-artis dan penyampai era, tapi sekurang-kurangnya dapat jugaklah berjumpa depan-depan... takdalah dengar kat radio jer kan... masa sign autograph pun sekejap jer sedangkan barisan yang beratur tuh memang panjang... tapi banyak peraturan-peraturan yang kena ikut, so tak dapatlah nak dielakkan...


felix...

yang pasti, kalau ada peluang, memang nak pergi lagi kat kelantan... maybe kalau bukan era, other radio station macam sinar atau xfresh... tentu seronok... and hopefully the next time around, dapat luangkan lebih banyak masa kat sana... i pergi pagi, balik petang sebab the next day pulak nak naik ke genting untuk anugerah bintang popular berita harian...


team kru fc...

team kru fc muncul juara untuk pesta futsal digi di era, di kota bharu kelantan... tahniah.. era fc naib juara, af fc tempat ketiga dan digi fc tempat keempat... cayalah tengok adam, felix and yazer main bola... all of them are quite good... macam pro... muhahahhaaa... and seperti biasalah kan, felix mesti jadik pak lawak punya...


team era fc...

sebelum i balik, wan huzairil, the fashion designer yang berasal dari kelantan, bawak i pergi beli makanan-makanan kelantan... of course kena beli something for my parents kan... so beli murtabak yang besar tuh *first time i makan*, kuih akok, buah tanjung dan jala emas... kemudian dia dropped i kat bandar and from there i just jalan-jalan sementara tunggu masa nak ke airport... waaahhh, bandar kota bharu dah banyak berubah... i really need to come back and spend more time... i really do... rindu sangat...


team af fc...

to all orang kelantan yang datang that day, terima kasih banyak-banyak dan mintak maaf banyak-banyak kalau ada terkasar bahasa dan mungkin ada perangai-perangai kita orang yang kurang manis... terima kasih kerana menerima kedatangan kami dengan hati yang terbuka and semoga jumpa lagi soon...


Tuesday, February 21, 2006

the one about badrul and the weekend...



i soooooo need a vacation... sekarang nih pulak ada mas fair, rasa macam nak pilih jer satu tempat, and drop everything, terus jer pergi... muhahahhaaa... how i wish i could do that... but honestly, sekarang nih keadaan pun dah okay sikit, not as busy as the first month... ada jugaklah masa nak rehat... hujung minggu selalunya i dapat jugaklah duduk kat rumah walaupun sekejap, and dapat jugak keluar pergi makan ker, tengok wayang ker dengan kawan-kawan... kalau sebulan dulu, jangan haraplah... anyway, as promise, gambar-gambar mawi tengah on air kat era nih i ambik the first night dia bertugas jadi penyampai... *matilah fibie suruh pergi audition af4 jadi deejay kat astro katanya* muhahahahaa... macam i cakap, he was not bad... memang suara yang bagus untuk jadi penyampai radio... petah bercakap and he was having fun... takdalah macam dengar dipaksa-paksa atau buat-buat happy...



talking about ada masa untuk rehat, last sunday i pergi m.nasir sunday night live kat planet hollywood... berjumpa jugak dengan kak aidid, waiem and lan... i think m.nasir sunday night live was among the best show ever! i banyak dibesarkan *memang besar pun* dengan lagu-lagu m.nasir... jadi setiap lagu yang dinyanyikan ada kenangan-kenangan yang tersendiri... sesungguhnya memang best!!! and i guess hampir keseluruhan yang datang malam itu memang hafal setiap lagu yang dinyanyikan... ada masa rasa macam nak menitik airmata *over nya*... all i can say is m.nasir is the true entertainer... bagus jugaklah anak buah macam yazer and felix hadir sama malam tuh... baru diaorang tahu betapa powernya sifu diaorang tuh... anyway, dalam best tuh adalah sikit gangguan especially masa i nak dengar one of my favourite songs by m.nasir, padamu kekasih tuh... yang tu memang i tak puas hati langsung dengan gangguan tuh... tapi apa nak buat... rasa macam nak baling-baling jer kerusi kat atas pentas tuh... muhahahhaaaa... eeeeeeeee....



my sister, jasmin, sekarang sedang bercuti dua minggu kat malaysia... she arrived from switzerland hari jumaat lepas, so on saturday bawaklah dia keluar makan... mula-mula tuh nak bawak pergi makan thai food, tapi restaurant dekat rumah i yang sedap tuh tutuplah pulak sebab takda air, so akhirnya pergi makan nasik daun pisang kat kanna curry house... okaylah jugak... rancangannya hari rabu nih nak bawak dia pergi makan seafood kat port klang *my favourite seafood restaurant* tengah merancang dengan some of our mutual friends lah nih... hopefully jadi lah... dah lama jugak tak pergi makan seafood kat klang... chilli crab, marmite crab, la liu ha *mantis prawn*, meehoon singapore dan lain-lain... yum... yum... tak sabarnya...



earlier on that saturday, i melepak kejap dengan joe kat astro tengok audition af... ooooh wait, i nak cerita satu benda nih... masa tuh i tolong-tolong dengan press jugaklah nak ambik gambar itu dan ini... one of the photographer nak ambik gambar orang yang tengah audition but masa tuh tengah lunch break... so kitaorang pergi jer kat luar tuh carik orang yang boleh pretend to audition, but at the same time lawa and good looking... so dapatlah carik one girl and one boy... well, let me tell you that the boy was so damn impressive walaupun suruh nyanyi macam tuh jer... i tak tahulah rezeki dia macam mana... i managed to jot down his name untuk photographer tuh... syamsul hirdi muhid... so, kalau dia dapat masuk finalist nanti, baguslah... harap-harap adalah rezeki dia...

hhhmmmm... hujung minggu nih nak pergi kelantan... nak makan murtabak, nasi kerabu dan semualah... muhahahhaaa...


Wednesday, February 15, 2006

the one about badrul and...errr... ampun ya!


Ya Allah ya Tuhan ku... berapa lama tak update blog kan... kalau ada orang datang tanya i hari nih, dah check blog, i mesti kata, hah? blog? apa tu? muhahahahaa... boleh? sampai dah tak kenal blog dah... terbusy memanjang... anyway, hi to all... hi to arwyn, azmer, orgkampung, nhk,attiesya, azwa dan semua lah... semua yang dah lama tak bertegur sapa... actually masa i update the last entry tuh, the next day ingat nak spend time to berborak kat comment box tapi entah macam mana entah, bukak jer comment box terus kena attend meeting... muhahahhaa... tak berborak ler jawabnya dan lepas tuh pulak masa tak mengizinkan... tak kisahlah kan kalau blog nih dah jadi ala-ala sunyi sepi... i think you guys should not miss out to read leen's blog and other blogs yang i link kan kat tepi belah kanan nih... banyak yang blog best-best... tapi ada jugak yang dah sepi dan ada yang dah hilang terus... i belum ada masa nak upate that part too...


okay, pasal pledge your donation, i dapat tahu berita yang agak sedih daripada leen... khabarnya, tuan tanah tempat mereka menumpang tu nak tanah diaorang kembali... so sekarang nih rumah amal hashimiah tengah nak cari tempat baru lah... anak-anak dan orang istimewa yang masih ada keluarga tuh, mereka hantar balik buat sementara waktu, dan yang dah tak ada keluarga tuh, well, diaorang tumpangkan somewhere else first... so i tak tahu nak buat macam mana sekarang... mungkin kita cari rumah amal yang baru ke apa ke... i dah dapat reply daripada tesco yang diaorang setuju untuk sediakan transport untuk hantar barang-barang yang dibeli... buat masa sekarang ni, planning nyer terpaksa dianjakkan sikit ke bulan march... sama ada minggu pertama atau kedua bulan march... susah jugak, tapi InsyaAllah, projek ini akan dijalankan jugak... cuma harap semua dapat bersabarlah ya... i betul-betul nak projek ini berjalan... aunty n, sabar no...


kepada peminat setia mawi yang nak dengar mawi keudara di era, bukan sebagai tetamu jemputan tetapi sebagai penyampai era, boleh dengar mawi keudara bersama zizi pada 17 februari pukul 12 tengahari, 24 februari pukul 11 pagi dan 27 februari pukul 8 malam... untuk bulan march nanti i akan update kan kemudian... nanti lain kali i akan cuba updatekan gambar mawi dan zizi on air kat sini... muahahahaaa... mesti kena carutkan dengan seseorang kononnya i nak naikkan rating blog kalau letak gambar mawi... sorry yach, blog ini tidak ada rating... yang ada cuma kengkawan baik yang nak baca cerita bosan tentang hidup i jer... muhahahhaaa... bagus budak tuh jadi penyampai radio... ada gaya dan ada suara...


oh, sebelum i lupa... gambar-gambar aiman nih i ambik masa kat studio... taklah, dia bukan buat recording masa tuh, tapi saja bergaya jer sebab ada orang nak interview aiman, but sebab dia sekolah, i takleh nak arrange exact time... so one morning, i just bawak dia datang studio era, ambik gambar and hantar jer kat diaorang... tak tahulah keluar ke tak, but i have these beautiful pictures yang i rasa rugi jer kalau i tak letak kat blog kan... and masa i sibuk dok edit gambar-gambar aiman, i tukar one of his picture to black & white *actually guna charcoal effect*... tiba-tiba i rasa ada satu gambar lama i yang i pernah letak kat blog that i think look almost the same... so, sajerlah i letakkan both pictures kat sini... let see whether you think gambar ni ada iras-iras ke tidak... muhahahaaaa...


gambar i nih was taken masa i lebih kurang sama umur dengan aiman... originally black & white of course... muhahahhaaa... okay, okay... i tau i dah tua... tak payah nak remind kan lagi, okay... muhahahahaa... hari tuh masa kemas-kemas rumah sebab ada renovation sikit, i jumpa satu box penuh dengan gambar-gambar lama masa i kecik-kecik dulu... it was funny that kita patut kemas rumah, we ended up looking at the pictures with my parents relating stories behind it to us... rasa macam down the memory lane jer... gambar masa naik basikal roda tiga, gambar masa pergi berkelah tepi pantai, gambar masa sekolah rendah dan macam-macam lagi lah... seronok jugak kan... that's why i tak tahu sejauh mana our digital pictures yang kita simpan dalam computer or laptop will last... i think i kena start printing all these pictures... simpan dalam album...

hujung minggu depan hari sabtu i akan ke kota bharu, kelantan, for futsal era dan hari ahadnya pulak akan ke genting untuk anugerah bintang popular berita harian... jumpa nanti yach...


Monday, February 06, 2006

the one about badrul and a bit of everything...


mawi...

i'm going to update my blog regularly once i am comfortable with my workloads... sekarang nih masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan... it has been a while, i know... tapi biasalah kan bila buat kerja-kerja baru, perlukan sedikit *banyak* masa untuk get use to it... Alhamdulillah, so far so good... ada jugak ler yang memeningkan kepala especially pasal meeting after meeting after meeting... susah jugak nak faham macam mana orang boleh habiskan kerja diaorang bila terpaksa masuk meeting memanjang, but i guess it's part of the work lah kot...

sekarang nih team bowling i dah complete... and tengah training bersungguh-sungguh... waahhh, macam zaman sekolah dulu pulak kan... tapi macam biasa, i nih sedikit competitive kalau masuk apa-apa competition... mesti nak bagi 100%... at least kalau kalah pun kita tahu kita dah berikan yang terbaik... no regret... tapi kalau tak training and kalah teruk, yang tuh memang padan dengan muka lah kan... at least buat masa sekarang nih most of the celebrities in my team dah turun training except for farah... dia ada kelas tarian and the only way for her to come for the training is for me to change the training day... sekarang nih tengah nak fikir hari yang terbaik untuk training... cuma tinggal a little over two months saja before fiesta media idola which translates to 9 training sessions... sayang kalau tak buat betul-betul...

i also baru habis communicate dengan tesco untuk our pledge your donation project... dalam proses untuk mendapat persetujuan untuk beberapa perkara... i know projek nih macam dah lari sikit masanya, tapi harap semua dapat bersabar, insyaAllah akan berjalan seperti yang kita semua harapkan... i pun tengah tunggu anaksedara leen jugak untuk updatekan wish list daripada rumah kebajikan hashimiah... bila dah dapat nanti i akan post kan dekat blog... ramai jugak yang call i and sms kan pada i to remind me about this project... i'm very sorry sebab terdelay seketika... i harap semua dapat bersabar... i know all of us really want to do this...

have you heard aznil and nana on carta era last sunday? i think they are wonderful... memang ada chemistry between them... aznil memang pengacara nombor satu kat malaysia nih... dia boleh adapt to any situation, dalam apa jua cara bekerja... yang tuh memang i tabik spring kat aznil... and dia memang workaholics... and saiful apek pulak, macam nak pecah perut i dengar dia dengan krill and kiran this morning... ada aja benda kelakar yang dia nak cakap... i think era has done a great job to choose them to be with era... sekarang nak tunggu giliran mawi pulak on air bersama-sama zizi... tapi dari promo yang dah keudara kat era, i think he will do great... lets wait and see, okay...

oh before i lupa, to those yang rindu kan akak nes *alah yang dulu sibuk menumpang blog i nih untuk update* you can actually listen to her on era... hah, nih berita sensasi nih... akak nes dah kerja dengan era jugak... kira setaraf dengan aznil, saiful apek and mawi lah nih yach... muhahahahaa... powderful tuh! lepas balik dari brazil hari tuh, terus dia disambar radio era untuk buat mulut laser era... i tak tahulah pulak kalau dah ada orang yang dengar but i know that akak nes start kerja last friday... you can hear her on air every day, monday to friday at 6.00am in the morning and at 8.45pm at night... so, kalau dulu you cuma baca tulisan dia, now is your chance to listen to her...

hope i can update soon...