the one about badrul and the 'hoola-hoop' weekend...
picture (i)...
last weekend, macam weekends sebelumnya berlalu seperti kilat... so fast... kadangkala i pun tak tahu mana pergi masa tuh semua... it was amazing that i managed to do so many things dalam tempoh yang singkat...
macam two weekends ago... hari sabtu i kerja... sebelum masuk kerja pagi tuh, i hantar kereta untuk service dulu... habis kerja pukul satu, pergi ambil kereta, kemudian rush pergi bangsar shopping centre untuk sambut birthday izreen dengan ahli keluarga, linb, wink, meesua, cikanos, leen... makan sambil melalak karaoke tengahari buta memang best... sampai tak cukup masa sebab nomo ampat asyik 'konker' microphone jer... muahahaha... tapi syok sebab buat pertama kalinya dapat tengok linb menyanyi sambil menari lagu berjuta batu... muahahahaa... mentang-mentang felix nyanyi lagu tuh, terus bersemangat tak hengat donea!
habis jer celebration tuh, terus drive pergi pj untuk hantar laundry, and from there memandu pulak ke jalan ampang untuk bertemu dengan teman-teman a.m.t.y. menyambut kedatangan y yang turun ke kl... *kiranya i nih surprise untuk diaorang jugaklah* dapat jugak bertemu dengan teman-teman baru yang belum pernah jumpa macam toss, rain, sinchan, mag, skru, disamping yang lain yang pernah bertemu macam kak rose, kak eisya, sumie, xmen, qyrie, co2, ani, kak watie (ada yang tertinggal ke? sorry yach) dan pasangan serta cahayamata masing-masing... memang banyak makanan dan yang paling best, tentunya laksa sarawak *memang takda bunga kantan yach* yang dimasak oleh chef diimport dari kuching, y sendiri! tetapi memandangkan malamnya ada dinner lagih, terpaksalah i menyamar konon-kononnya malu nak tambah... muahahahaa... tapi kalau ikut tak malu, mahu nak bungkus laksa sarawak tuh bawak balik... thank you everyone!
balik dari gathering a.m.t.y. terus mandi, buat apa yang patut, tukar pakaian dan bawak family keluar dinner seperti yang dah dijanjikan... my mom sebenarnya bukanlah orang yang suka makan kat luar because she prefers to cook for the family... tapi memang kalau ada kesempatan dan rezeki, i akan bawak semua keluar makan supaya at least, dua hari dalam seminggu tuh (weekend) my mom boleh relax sikit dan tak payah buat kerja teruk-teruk... anyway, the reason yang dia setuju nak keluar makan every weekend sebab dia tahu, masa tuh semua orang akan berkumpul duduk makan bersama-sama... dah ler tiga bulan lepas semua orang sibuk dengan af sampai takda masa makan bersama... *nih my mom cakap yach* muahahahaa...
hari ahad pulak sebelah pagi adalah hari 'spring cleaning'... sekarang nih my house tengah renovation sikit... maklumlah, from 5 bulan lepas, i bawak my grandma tinggal bersama... kat kampung dah tinggal dia sorang diri jer... susah sangat... malam-malam selalunya anak-anak jiran yang dia ajar mengaji akan tolong teman tidur... tapi kita tak harap sangat... so, selepas discuss seisi keluarga beserta dengan my grandma, dia bersetuju nak tinggal bersama... so, sekarang i nak besarkan rumah sikit, and renovate bilik bawah so that my grandma boleh tinggal dengan selesa... sekarang nih dia duduk kat bilik atas, which is quite difficult for her nak turun naik tangga untuk makan minum dan sebagainya... tapi alhamdulillah, the kids ada and selalu temankan dia makan bersama-sama... oh, back to the spring cleaning, banyak jugak barang nak kena alihkan sebab bilik-bilik semua nak dipecahkan dan dibesarkan... petangnya seperti biasa i kena bertugas... so, that's that... malamnya memang letih so i tidur awal... itu ler kisah nyer hujung minggu tersebut...
picture (ii)...
minggu nih pun lebih kurang jugak keadaannya... to those yang pergi gathering gol & gincu, sorry sebab tak dapat pergi atas perkara-perkara yang tak dapat dielakkan, namun sudah diexplainkan kepada pihak penganjur... semoga kita akan berjumpa dilain kali... so, friday night, i was coughing and dengan slight fever, tengok ler tv anugerah skrin tv3 tuh... ya Tuhan! bosannya... betullah, kita masih ketandusan pengacara-pengacara berkaliber seperti aznil, adflin dan beberapa yang lainnya... i think kalau cheryl samad yang mengacara, tentu lebih baik lagi... barulah anugerah nih nampak berprestij... i think kalau i kat dewan tuh masa tuh pun tangan mesti kematu sebab asyik kena suruh tepuk tangan... what the... orang baru jer tepuk tangan bila ada pemenang, alih-alih 'sila berikan tepukan gemuruh sekali lagih... bla bla bla'... *bosan ya amat* still, congratulations to adflin shauki! he deserves the recognition for his work! tengah tunggu jugak pengarah filem cinta dua jengkal kutuk paloh sebab menang filem terbaik... hhhmmmmm...
saturday, pergi kerja and collect information tentang rumah-rumah amal... some yang i dapat melalui email kawan-kawan... some yang i dapat daripada rumah-rumah tersebut itself... i felt good! lepas tuh bawak my family pergi lunch sempena my dad's birthday... selamat hari jadi, daddy! semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki... semoga keluarga kita sentiasa dilindungi Allah s.w.t. dan semoga seluruh umat Islam hidup aman dan damai dan dirahmati yang Maha Esa... *amin* selepas sekian lama, terasa harmoni keluarga kita... apatah lagi sekarang nih macam extended extended family... four generations under one roof... terima kasih sebab berikan kami anak-anak didikan yang sempurna, mengajar kami berbudi bahasa, menyemai kasih sayang sesama insan... selamat ulangtahun haji mohd hashim bin muda...
picture (iii)...
sunday morning, i've decided to change sikit susun atur my blog... i think i don't need to separate my blog friends into two... sebabnya, semua blog yang i letakkan link in my blog adalah blog-blog yang menjadi persinggahan i, kalau tak dapat setiap hari, dalam seminggu mesti i singgah jugak dua tiga kali... so, all of it adalah my central perks! to some, badrul blog buddies tuh macam tayangan ulangan jer and macam nak bezakan orang nih dengan orang tuh... tapi the actual fact, takda langsung niat macam tuh... so, i guess the best way is to change... sekarang nih tengah nak fikir nak buat apa dengan badrul blog buddies tuh... muhahahahaaa... i like the title, sebab tuh taknak buangkan... maybe i will list out names yang i pernah jumpa or those yang datang baca my blog... maybe... i think the list in my central perks akan bertambah dari masa ke semasa because makin banyak blog yang interesting yang i baca... i will tambah slowly lah... soon...
sunday night keluar dengan keluarga pergi tengok charlie & the chocolate factory... it was sad and funny at the same time... bayangkan, awal-awal tengok dah berderai airmata ( i blamed it on the project that i'm working on... muahahahaaa)... pergilah tengok... bawak anak-anak dan family... jalan ceritanya simple jer tapi ada message kekeluargaan... i like tim burton's movies... big fish pun i suka jugak! so, if you have time, go and watch... one thing for sure, lepas tuh mesti teringin nak makan sekeping coklat...
|