Bidadari Hati

Wednesday, August 31, 2005

the one about badrul and merdeka! merdeka! merdeka!


merdeka!

selamat hari kebangsaan malaysia yang ke48 untuk semua teman-teman di badrul~after~six... semoga fizikal dan mental kita akan terus merdeka... semoga hidup kita diberkati Allah s.w.t.

merdeka! merdeka! merdeka!


Monday, August 29, 2005

the one about badrul and the 'hoola-hoop' weekend...


picture (i)...

last weekend, macam weekends sebelumnya berlalu seperti kilat... so fast... kadangkala i pun tak tahu mana pergi masa tuh semua... it was amazing that i managed to do so many things dalam tempoh yang singkat...

macam two weekends ago... hari sabtu i kerja... sebelum masuk kerja pagi tuh, i hantar kereta untuk service dulu... habis kerja pukul satu, pergi ambil kereta, kemudian rush pergi bangsar shopping centre untuk sambut birthday izreen dengan ahli keluarga, linb, wink, meesua, cikanos, leen... makan sambil melalak karaoke tengahari buta memang best... sampai tak cukup masa sebab nomo ampat asyik 'konker' microphone jer... muahahaha... tapi syok sebab buat pertama kalinya dapat tengok linb menyanyi sambil menari lagu berjuta batu... muahahahaa... mentang-mentang felix nyanyi lagu tuh, terus bersemangat tak hengat donea!

habis jer celebration tuh, terus drive pergi pj untuk hantar laundry, and from there memandu pulak ke jalan ampang untuk bertemu dengan teman-teman a.m.t.y. menyambut kedatangan y yang turun ke kl... *kiranya i nih surprise untuk diaorang jugaklah* dapat jugak bertemu dengan teman-teman baru yang belum pernah jumpa macam toss, rain, sinchan, mag, skru, disamping yang lain yang pernah bertemu macam kak rose, kak eisya, sumie, xmen, qyrie, co2, ani, kak watie (ada yang tertinggal ke? sorry yach) dan pasangan serta cahayamata masing-masing... memang banyak makanan dan yang paling best, tentunya laksa sarawak *memang takda bunga kantan yach* yang dimasak oleh chef diimport dari kuching, y sendiri! tetapi memandangkan malamnya ada dinner lagih, terpaksalah i menyamar konon-kononnya malu nak tambah... muahahahaa... tapi kalau ikut tak malu, mahu nak bungkus laksa sarawak tuh bawak balik... thank you everyone!

balik dari gathering a.m.t.y. terus mandi, buat apa yang patut, tukar pakaian dan bawak family keluar dinner seperti yang dah dijanjikan... my mom sebenarnya bukanlah orang yang suka makan kat luar because she prefers to cook for the family... tapi memang kalau ada kesempatan dan rezeki, i akan bawak semua keluar makan supaya at least, dua hari dalam seminggu tuh (weekend) my mom boleh relax sikit dan tak payah buat kerja teruk-teruk... anyway, the reason yang dia setuju nak keluar makan every weekend sebab dia tahu, masa tuh semua orang akan berkumpul duduk makan bersama-sama... dah ler tiga bulan lepas semua orang sibuk dengan af sampai takda masa makan bersama... *nih my mom cakap yach* muahahahaa...

hari ahad pulak sebelah pagi adalah hari 'spring cleaning'... sekarang nih my house tengah renovation sikit... maklumlah, from 5 bulan lepas, i bawak my grandma tinggal bersama... kat kampung dah tinggal dia sorang diri jer... susah sangat... malam-malam selalunya anak-anak jiran yang dia ajar mengaji akan tolong teman tidur... tapi kita tak harap sangat... so, selepas discuss seisi keluarga beserta dengan my grandma, dia bersetuju nak tinggal bersama... so, sekarang i nak besarkan rumah sikit, and renovate bilik bawah so that my grandma boleh tinggal dengan selesa... sekarang nih dia duduk kat bilik atas, which is quite difficult for her nak turun naik tangga untuk makan minum dan sebagainya... tapi alhamdulillah, the kids ada and selalu temankan dia makan bersama-sama... oh, back to the spring cleaning, banyak jugak barang nak kena alihkan sebab bilik-bilik semua nak dipecahkan dan dibesarkan... petangnya seperti biasa i kena bertugas... so, that's that... malamnya memang letih so i tidur awal... itu ler kisah nyer hujung minggu tersebut...


picture (ii)...

minggu nih pun lebih kurang jugak keadaannya... to those yang pergi gathering gol & gincu, sorry sebab tak dapat pergi atas perkara-perkara yang tak dapat dielakkan, namun sudah diexplainkan kepada pihak penganjur... semoga kita akan berjumpa dilain kali... so, friday night, i was coughing and dengan slight fever, tengok ler tv anugerah skrin tv3 tuh... ya Tuhan! bosannya... betullah, kita masih ketandusan pengacara-pengacara berkaliber seperti aznil, adflin dan beberapa yang lainnya... i think kalau cheryl samad yang mengacara, tentu lebih baik lagi... barulah anugerah nih nampak berprestij... i think kalau i kat dewan tuh masa tuh pun tangan mesti kematu sebab asyik kena suruh tepuk tangan... what the... orang baru jer tepuk tangan bila ada pemenang, alih-alih 'sila berikan tepukan gemuruh sekali lagih... bla bla bla'... *bosan ya amat* still, congratulations to adflin shauki! he deserves the recognition for his work! tengah tunggu jugak pengarah filem cinta dua jengkal kutuk paloh sebab menang filem terbaik... hhhmmmmm...

saturday, pergi kerja and collect information tentang rumah-rumah amal... some yang i dapat melalui email kawan-kawan... some yang i dapat daripada rumah-rumah tersebut itself... i felt good! lepas tuh bawak my family pergi lunch sempena my dad's birthday... selamat hari jadi, daddy! semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki... semoga keluarga kita sentiasa dilindungi Allah s.w.t. dan semoga seluruh umat Islam hidup aman dan damai dan dirahmati yang Maha Esa... *amin* selepas sekian lama, terasa harmoni keluarga kita... apatah lagi sekarang nih macam extended extended family... four generations under one roof... terima kasih sebab berikan kami anak-anak didikan yang sempurna, mengajar kami berbudi bahasa, menyemai kasih sayang sesama insan... selamat ulangtahun haji mohd hashim bin muda...


picture (iii)...

sunday morning, i've decided to change sikit susun atur my blog... i think i don't need to separate my blog friends into two... sebabnya, semua blog yang i letakkan link in my blog adalah blog-blog yang menjadi persinggahan i, kalau tak dapat setiap hari, dalam seminggu mesti i singgah jugak dua tiga kali... so, all of it adalah my central perks! to some, badrul blog buddies tuh macam tayangan ulangan jer and macam nak bezakan orang nih dengan orang tuh... tapi the actual fact, takda langsung niat macam tuh... so, i guess the best way is to change... sekarang nih tengah nak fikir nak buat apa dengan badrul blog buddies tuh... muhahahahaaa... i like the title, sebab tuh taknak buangkan... maybe i will list out names yang i pernah jumpa or those yang datang baca my blog... maybe... i think the list in my central perks akan bertambah dari masa ke semasa because makin banyak blog yang interesting yang i baca... i will tambah slowly lah... soon...

sunday night keluar dengan keluarga pergi tengok charlie & the chocolate factory... it was sad and funny at the same time... bayangkan, awal-awal tengok dah berderai airmata ( i blamed it on the project that i'm working on... muahahahaaa)... pergilah tengok... bawak anak-anak dan family... jalan ceritanya simple jer tapi ada message kekeluargaan... i like tim burton's movies... big fish pun i suka jugak! so, if you have time, go and watch... one thing for sure, lepas tuh mesti teringin nak makan sekeping coklat...


Wednesday, August 24, 2005

the one about badrul and the little project...


pledge your donation...

alhamdulillah... this little project receives tremendous response from fellow bloggers and friends... so, i guess the 'first gear' dah jalan... anyway, i think maybe i still kena explain bit by bit lah... mungkin susah sikit orang nak faham apa yang i nak cakapkan or apa yang i nak buat sebenarnya... berbelit-belit sikit kot... muhhaahahaha... i think the best way to explain is paragraph by paragraph...

ok, this little project i namakan 'pledge your donation' project... ianya bermaksud anda menentukan nilai yang anda ingin sumbangkan... tak kiralah rm10 ke, atau rm20 ke, atau apa jua nilainya... projek ini akan mengambil masa selama enam bulan... this is the first one, so the best way is to have longer period... bermakna, sebagai contohnya, jika anda ingin menyumbangkan rm20 sebulan, selama enam bulan, jumlah terkumpul yang anda sumbangkan adalah rm120...

sumbangan anda adalah tanggungjawab anda sendiri... my responsibility adalah sebagai book-keeper yang akan membantu anda to keep track of your donation... selepas tamat tempoh enam bulan, jumlah yang anda kumpulkan itu adalah nilai sumbangan anda...

kemudian, dengan nilai tersebut, you will choose the product from the wish-list, which i will post it in a later date... sebagai contohnya, anda memilih untuk membeli milo dan gula... bermakna, duit yang anda kumpulkan sejumlah rm120 ringgit itu anda gunakan untuk membeli barang tersebut... paling ringkas, anda telah menyumbang milo dan gula bernilai rm120...

seterusnya, i dengan committee member yang akan i tubuhkan soon will come and collect the stuff from you... ini adalah cadangan peringkat awal... kalau boleh, i nak kita berkumpul ramai-ramai dan sama-sama pergi ke rumah kebajikan atau keluarga yang kita pilih nanti... sekarang nih pun dalam proses untuk mendapat rujukan rumah kebajikan atau keluarga yang nak dipilih... i will post the infos about the place as soon as i have it...

i hope semua orang dah faham... but, if you don't please ask me anytime... you can leave your question here or you can email me direct... please understand that at the moment kalau boleh i taknak ambil cash from anyone or donate cash sebab taknak timbul sebarang kecurigaan... susah kalau kita nak buat amal, tetapi hati kita curiga... nanti takda berkat... anyway, i think we have to have a permit to collect cash donation... so, biarlah kita buat semampu yang kita boleh... on a small scale...

like i told you, i'm so happy with the response yang i dapat... kat bawah nih adalah list people yang nak join in alphabetical order... please let me know how much you want to pledge your donation so i can keep the info up to date and put it next to your name... siapa-siapa yang nak join lagih, you are welcome... and siapa-siapa yang nak tarik diri, please let me know... you can send me email... takpa...

1. abang mosha ~ rm30
2. acikliza ~ rm30
3. aiman ~ rm10
4. ani
5. azmer (outside kl... i will try to find a way...)
6. batrisya
7. badrul ~ rm50
8. balenciaga rm30
9. cikzam ~ rm20
10. chail ~ rm30
11. cocotrix ~ rm50
12. corey ~ rm30
13. dahlia ~ rm20
14. dalinda ~ rm10
15. darlinglara ~ rm20
16. darling8tabby ~ rm30
17. dora ~ rm20
18. eenatzy
19. elf
20. elkapitan ~ rm15
21. emy (outside kl... i will try to find a way...) ~ rm20
22. esfahan ~ rm30
23. guruvocal ~ rm30
24. hawa ~ rm50
25. iwanshu ~ rm10
26. izreen ~ rm30
27. joejoe ~ rm50
28. jolyn ~ rm50
29. jujul rm30
30. kak aidid rm30
32. kak maznah ~ rm100
31. kak ri (outside kl... i will try to find a way...)
32. kak rose rm20
33. kudsia ~ rm100
34. leen ~ rm50
35. lina rm50
36. lullaby rm20
37. najnina ~ rm20
38. nhk ~ rm20
39. nisha ~ rm50
40. orgkampung
41. rose
42. scov (outside kl... i will try to find a way...)
43. sempoii
44. shay
45. shonny
46. skru
47. stephanie ~ rm30
48. sultan muzaffar ~ rm50
49. tanty ~ rm50
50. thinktankgal
51. vg2maya ~ rm10
52. wai em
53. wink ~ rm30
54. yin yin ~ rm30
55. zazz (outside kl... i will try to find a way...) ~ rm30

i'm hoping to start this as soon as possible... so, do you think we can start this dengan gaji bulan august, which is around the corner? or dah takda spare dah... hikhikhik... anyway, let me know... thank you guys!!! thank you very much!!!


Monday, August 22, 2005

the one about badrul doing a little thinking...


xe'qi...

well, i know this may sound a little bit weird, tapi i've been thinking about it for the longest time... memang pada mulanya i want to use this blog to write about my own stuff... tak kiralah apa jua cerita yang maybe i can read back later on... senyum sendiri ke, ketawa sendiri ke, menangis sendiri ke... but along the way, i've met so many new friends yang sekarang nih pun dah jadik kawan baik and kawan rapat... yang selalu melepak dan sudi nak baca cerita-cerita mengarut yang i tulis... hhhmmm... i guess i want to do something special... lain sikitlah... still, benda nih takkan jalan kalau you all will not support me... semuanya bergantung pada you all... not me... i mean, not me alone lah... hear me out, and you decide okay?

i want to do something meaningful... i actually ada ceritakan pasal benda nih kat leen... in fact, this idea timbul pun because tak lama dulu i baca tentang perkara nih kat blog leen... well, you guys, i nak merancang buat kerja amal... not on the big scale... tapi kecil-kecilan... macam nih ok... first, kita pilih satu atau dua rumah kebajikan... lepas tuh, each and everyone of us yang nak terlibat, kita pledge our donation... for example, i pledge to donate rm50 sebulan... untuk buatkan ianya lebih berbaloi, it will be semi-long term plan, katakan 6 bulan... so, by the sixth month, i dah pledge rm300... tapi the thing about this amal, kita tak bagi cash... there is no cash bagi kat orang tuh or orang nih *except to the kedai owner lah*... instead, we use that money to buy stuff, example macam beras, pampers, sanitary products, milk etc... nak pendekkan cerita, kita buat wishlist lah... contohnya, i pledge rm50 worth of milk powder every month for the next six months... and katakan wink *contoh sajer yach* pledge rm50 worth of pampers every month and so on and so forth...


xe'an...

again, takda specific amount... tak semestinya rm50... it could be rm10, or rm100 a month mengikut kemampuan masing-masing... at the end of it, kita semua berkumpul ramai-ramai, bawak barang sama-sama ke rumah kebajikan yang kita pilih dan maybe kita buat potluck kat sana... it doesn't have to be big... kecil-kecilan tapi atleast bermakna... kalau ianya success, insyaAllah, kita boleh buat once a year...

so, what do you think guys? you think we can do this little deed? maybe kalau rasa rumah kebajikan tuh terlalu besar untuk kita, we can choose orang perseorangan or family yang kita baca kat akhbar-akhbar tuh... tapi one gentle reminder... perkara nih kita buat dengan ikhlas hati dan bukan nak menunjuk-nunjuk... keikhlasan hati anda yang paling penting... tak kiralah berapa pun yang anda mampu sumbangkan, bukan tujuan untuk membanding-banding di antara satu sama lain... cuma, the reason i want to do this so that i nih kiranya sebagai orang yang memberi 'ingatan' jer lah in case, you terlupa tentang nilai yang you dah pledge tuh... muahahahaa... kira macam book-keeper lah...

again, benda nih takkan jalan tanpa kerjasama semua pihak... so, let me know if you are up to it... kalau tak boleh or banyak responsibility, just let me know... but at least, let us discuss it first, shall we...


Sunday, August 21, 2005

the one about badrul and amylea... well, errr... amylea's pictures...


amylea (i)...

honestly, i tak sempat bercakap panjang dengan amylea... jadik tak banyak yang i boleh cerita... yang i tahu, dia nih jenis periang and happy-go-lucky... disebabkan dia muda lagih, dia mudah dibentuk dan senang diajar... tapi kadangkala dia nih keras kepala dan degil... bila dia sampai tahap tuh, cakap apa pun dia takkan dengar... tapi bila dia betul-betul dengar, dia akan terima nasihat dan praktikkan sebaik mungkin... dia cekal and i think with proper guidance, lagu yang sesuai, she will make it in this industry sebab dia memang ada suara tersendiri... bersesuaian dengan gelarannya... amazing amylea!


amylea (ii)...

i tak berapa sihat hari nih... demam, selsema and batuk... hati pulak sakit bila i pergi blog juandanza and terbaca pasal ada satu blog nih yang letak posting mengutuk dan cakap yang bukan-bukan pasal mawi... masih ada lagi manusia dayus sebegini yang tak kenal hati budi orang tapi senang dan mudah melabelkan sesuatu... tak sangka there are so many sick people out there yang tak boleh melihat kejayaan orang lain...


amylea (iii)...

yang paling teruk, blog tersebut menggunakan nama negeri yang menjadi tanah kelahiran i, membuatkan i rasa malu dan tersinggung... i think orang yang create that blog tuh pun sama-sama bersubahat kerana meletakkan posting tersebut... ini ke yang diajar oleh agama kita? sungguh memalukan...


amylea (iv)...

i really hate this kind of people... i'm not saying mawi tu perfect... tapi mawi tak pernah pun buat salah dengan orang lain hanya kerana dia jadi juara af... dia bukan mintak pun nak jadi juara, tapi kerana sifatnya, gayanya, suaranya dan keperibadiannya membuatkan orang memilih dia jadi juara... sudah, sudahlah! tak payahlah nak hasad dengki dengan menebarkan fitnah dan kutukan! i think orang kuat mawi fc should take into consideration to make police report on that malice entry...


amylea (v)...

okaylah... kepada orang yang i 'berhutang' gambar amylea, hope you guys happy... sorry lah, tak banyak and mostly masa amylea datang era tempohari, but amylea will always be amylea kan... and sorry again that posting yang sepatutnya on amylea bertukar menjadi posting lain pulak...


Tuesday, August 16, 2005

the one about badrul still having the 'fever'...


media night (i)...

i know... i know... i know... tapi nak buat macammana kan, demam i belum kebah lagih.. muhahahhaaaa... yeah, you can say that i don't have a life... it doesn't matter... i just wanna get it out of my system... or not! tapi seperti biasalah kan, i memang sibuk, so i thought i just letak gambar-gambar nih masa i pergi af media appreciation night last friday... banyak lagih sebenarnya gambar-gambar yang i ambik tapi tak larat nak upload semua... tapi ada satu gambar yang i memang cukup suka but i think i will keep it as my personal collection... gambar felix tengah pegang tangan akma... it was a candid shot, but it is priceless...


media night (ii)...


media night (iii)...


media night (iv)...


media night (v)...


media night (vi)...


media night (vii)...


media night (viii)...


media night (ix)...


media night (x)...


media night (xi)...

jangan lupa to those yang nak tengok gol & gincu, please go to sultanmuzaffar to find out more... or you can let me know and i will do the head-count from my side...


Saturday, August 13, 2005

the one about badrul and the twins...


marsha...

i was so busy last friday with meetings and recordings that i only managed to see marsha dengan amylea kat studio era sepuluh minit before dia orang habis interview... langsung tak sempat nak berbual lama-lama sebab lepas tuh diaorang kena bergegas ke media appreciation night... just ambik gambar jer... anyway, mesti ramai yang tertanya-tanya, why i masih tulis on akademi fantasia walaupun dah seminggu lebih dah habis... jawapannya, kemaruk... muahahahaa... ya lah kan, since beberapa minggu sebelum habis af, i decided to take a break for awhile, so sekarang nih even though orang lain dah stop cakap pasal af, i masih lagih jugak dok tulis... muahahhaaa... *fanatik lah ttuuuu!*


jolyn & marsha (i)...

the most important thing is, hajat i dah sampai... sebenarnya dari awal af lagih i dok cakap kat my best friend jolyn nih, that dia dengan marsha nampak macam twins... tak pun macam sisters... tapi dia macam tak percaya... in fact, ramai jugak kat office yang rasa pelik because i insist that both of them look alike... so, akhirnya masa media appreciation night last friday, i managed to get both of them together to take their pictures...


jolyn & marsha (ii)...

i think both looks beautiful and stunning and i do think that they both rupa nak sama... both tinggi, both rambut ikal mayang *wah, macam iklan shampoo*, both have beautiful smiles and both memang manja... i think i nak kena ajar jolyn nyanyi lagu pokok kelapak macam nih lah... so, kalau ada yang rindu kat marsha, jolyn boleh jadik pengganti... muahahahahaaa... i think most of you here dah jumpa dengan jolyn masa gathering sepet a few months back...


jolyn & marsha (iii)...

media appreciation night was quite nice sebab tak ramai sangat orang and furthermore, media people yang datang lebih kepada beramah mesra dengan bintang-bintang akademi fantasia dan bukannya bertugas... so, it was more relax... banyak jugaklah gambar yang i ambik *dan banyak jugak yang tak jadi* and i will put it up in my blog nanti... actually, malam tuh i was hoping that diaorang nyanyikan lagu-lagu baru yang diaorang dah ada, instead of lagu-lagu yang dinyanyikan masa dalam konsert... yalah kan, nak jugak tengok sesuatu yang baru... but i guess, okaylah tuh... one thing good, diaorang nih dah nampak macam penyanyi yang dah selalu menghiburkan peminat... tenang dan bersahaja... which is a good sign...


jolyn & marsha (iv)...

that night jugak first time i dapat bercakap dengan idayu... funny kan... sejak dari dia terkeluar daripada af, belum ada rezeki lagi i jumpa dan berbual dengan dia sehinggalah last friday... walaupun i suka akma sekarang nih, i still suka dengan suara idayu... i think vocally, idayu is one of the best out there! and i think with rezeki yang dikurniakan Tuhan and with proper guidance, sebahagian besar daripada bintang-bintang akademi fantasia 3 boleh pergi jauh... semoga semua akan terus success...


jolyn & marsha (v)...

so, wink dan nart mesti makan hati tengok dua gambar di atas nih kan... muahahahaa... oh, elkapitan dan co2 jugak... muahahahaa... jangan ambik hati okay... gambar nih hanyalah sekadar hiasan semata-mata... muhahahahaa...

to marsha, teruslah menggapai bintang...


Tuesday, August 09, 2005

the one about badrul having quite a nice day...


'family picture'...

i thought the day was going to be boring... since i was still not well and the weather was gloomy... berjerebu tebal... kerja kat office memang lah tak pernah habis, so i decided to take it easy... check blog, lepak-lepak kejap... then, one of era personnel cakap felix akan datang hari nih... alamak, tak bawak camera lah pulak... semalam dah lah masa mawi datang i cuti sakit... i thought all four finalist dah datang era on monday tuh and ingat memang dah takda rezeki nak jumpa diaorang lah... so bila dapat tahu felix datang, terus excited and decided to go back masa lunch time to get my camera... muahahahaaa... *fanatik lah tttuuu!!!*


felix (i)...

before balik lunch time tuh cikanos called tanya boleh ke dia datang untuk muzik@ria sebelah malam sebab nak jumpa felix... since i memang takda kena mengena dengan muzik@ria, i taklehlah kata boleh kan, but i suggested to her datang around 4pm sebab felix will be interviewed on era... tup-tup dia cakap linb and izreen pun nak datang sama... muahahahaaa... adik beradik ponteng kerja half day... so, rush balik *jerebu* rumah ambik camera, rush balik office *jerebu lagik* nak siapkan kerja so boleh melepak sebelah petangnya... by the time diaorang sampai, i kena record last minute job, so diaorang pun melepak kejap kat lobby... lepas tuh pergi makan kat cafeteria, and terus naik atas...


felix (ii)...

felix memang jenis meriah! kelakar dan bersahaja... memang tak kering gusi ler kalau duduk dengan mamat sorang nih... ada-ada ajer lawaknya, menyampuknya dan sebagainya... tak sampai 10 minit kat dalam tuh, terus ajak felix keluar untuk bergambar dengan adik beradik yang datang melawat nih... amboi, amboi, amboi... cikanos, linb dan izreen ambik gambar dengan felix... berkepit maut punya... mamiyamz ambik peluang yach! *pegang mana tuuu* muahahahaa... gambar-gambar personal diaorang ambik dengan felix tuh i tak letak ler kat sini... nanti ada yang tak tidur malam pulak... muahahahaaa...


felix (iii)...

masa webcast kat era tuh macam-macam ler si felix nih tulis yang mengarut-ngarut... senak perut dibuatnya! so, i sajer lah nak kenen-kenenkan dia... i tulis kat satu paper tuh 'felix cinta akma'... muahahhaaa... suruh dia angkat tunjuk kat webcam... dia dengan selambanya pergi tukar 'felix cinta makmal'.... memang kelakar habis...


felix (iv)...

dah dekat nak balik tuh, cikanos pun menyampaikanlah hadiah istimewa untuk felix *nak jugak! nak jugak! nak jugak!* siap gambar diaorang masuk website era lagih, bleh? muahahahaaa... tapi saat yang i takkan lupakan sampai bila-bila bila mamiyamz memberikan kata-kata nasihat ala-ala ratu kepada felix... sorry, untuk menjaga kepentingan negara dan ekonominya, i takleh nak nyatakan kat sini apa dia nasihat mamiyamz itu, tapi yang pasti, malam nih sebelum tidur i mesti gelak golek sorang-sorang dulu... ppprraapppp!!! *ampun mamiyamz* this is the second time i saw mamiyamz so sexcited selepas batista... muahahahhaaaa... lepas tuh masa hantar diaorang balik, cikanos cakap terkilan sebab tak berjumpa dengan akma... so, terus i called akma and bagi cakap dengan cikanos... wah, wah, wah... anak dara tuh rupanya duduk kat rumah tengah dengar era sebab nak dengar interview dengan felix... ahem ahem... bagus lah tuh... muhibbah!


mawi (i)...

dah dekat pukul enam petang masa tuh, ingatkan nak balik tapi turun bawah dulu pergi jurassic park nak melepak dengan kengkawan yang lain... maklum ler i cuti panjang dari hari jumaat sampai isnin... empat hari tak jumpa diaorang... *lamanya* muahahahaa... berjalan-jalan kat bawah tuh terserempak dengan mawi!!! seronok giler! memang rezeki nak jumpa dia hari nih jugak! masa tuh dia dengan aman, head of talent management maestro, so terus i cakap kat aman mintak tunggu kejap sebab nak lari naik atas ambik camera... kalau orang tengok i lari masa tuh, mesti ingat suatu masa dulu *berkurun dulu* i nih juara acara pecut... muahahahaaa... nasib baik tak berlaga dengan orang yang nak keluar dari lift...


mawi (ii)...

sampai bawah balik memang dah mengah dah... muahahahaa... terus ajak aman dengan mawi lepak kat jurassic park kejap sambil ambik nafas balik... lama jugak berborak dengan diaorang... memang kelakar dengar cerita-cerita mawi dan macam jugak felix, mawi nih sesungguhnya kelakar orangnya... dari cerita pasal jumpa wartawan, sampailah cerita jumpa peminat... sempat jugak ler i bercerita pasal segelintir yang menyamar jadik peminat dia, tapi menjatuhkan orang lain... dia sendiri cakap banyak kali dah berlaku even kat family dia... ada orang datang rumah dia kat kulai dan mengaku sebagai peminat dia, tapi cerita macam-macam yang bukan-bukan tentang dia dan teman-teman af dia yang lainnya pada family dia... kesian jugak dengar... the price you have to pay for fame...


mawi (iii)...

lepas tuh dia cerita pasal sesuatu yang sungguh kelakar berlaku kat dia earlier today... siangnya dia ada shooting untuk magazine, kalau tak silap aksi af tuh... dah habis shooting tuh, dia dan beberapa orang yang lain pergi lah makan kat kedai mamak... ramai jugaklah yang datang salam, bergambar dan sebagainya... tapi yang kelakarnya, ada sorang nih datang peluk dan cium pipi dia... dan yang datang dan peluk cium dia nih sesama jantan... muahahahahaaa... kesian dia... terus dia cakap dia tak lalu nak makan... macam-macam lah orang zaman sekarang nih! satu lagih masa final concert tuh... bila dah habis diumumkan juara, ada sorang perempuan nih *harap-harap bukan izreen... muahahhahaahaa* terkam nak peluk dia sambil jerit 'i love u mawi!!!' muahahahaaa... terkejut dia sebab malu dengan ayah dia yang sama-sama berdiri kat atas stage tuh...


mawi (iv)...

to auntie n, kak rose, kak n dan keluarga, alang and hubby, ckin di brunei, kak maznah dan yang lain-lain, i dah sampaikan salam you all pada mawi... dia jawab 'waalaikumussalam semua'... and to kak rose, tak payah risau pasal mawi... i think he's in good hand... aman dengan team maestro will take care of him... jugak penyokong-penyokong kuat mawi fc yang menjadi tunjang pada mawi macam kak maznah, juan danza, waiem, diana (sekadar menyebut beberapa nama) will be there to help him...

well, it was a fun day for me...

to felix and mawi, teruslah menuju puncak!


Monday, August 08, 2005

the one about badrul and the news...


the star - starbiz, page 10...aug.8, 2005...

so, it's not just mawi who dominates all the newspapers in malaysia... muahahahaa... nah, just kidding... part of me was so happy that he won all the awards and i was there to watch the final of it all... but the bigger part of me was just plain happy to see akademi fantasia 3 dah tamat... dalam keruan orang sibuk membicarakan tentang af dan pelajar-pelajarnya (well, ex-students now), tak kurang juga beberapa sahabat tidak bertegur sapa, mengutuk dan mengata dan bercakaran sesama sendiri... yang sedihnya, mereka nih tak pernah pun (dan mungkin tak akan) mengenali bintang-bintang akademi fantasia ini secara dekat, but they are willing to sacrifice their friendship yang dah terjalin sekian lama sekadar untuk menegakkan bintang yang mereka minati... tak kisahlah perasaan kawan mana yang mereka sakiti atau seteguh mana persahabatan yang terikat sebelum ini... one of a few reasons kenapa i stopped writing for awhile in my blog... tapi bila difikirkan kembali, ada hikmahnya juga... sebab ketika inilah kita akan sebenar-benarnya lebih tau, siapa diri kita dengan rakan-rakan kita...

not to say that akademi fantasia is all that bad... in fact, we should know how to take advantage of af... for me, i dapat kenal ramai kawan-kawan baru... and fortunately enough, being in the similar industry, i dapat kenal bintang-bintang af nih sebagai kawan, brothers or sisters... macam adifashla, sahri, nana, khai and burn... macam farah, kaer, zahid, bob dan adam... macam akma, yazer and others... i got to know their family and friends and fans... in fact, 90% rakan-rakan bloggers i adalah from af fans... and instead of those politicians yang berfikiran sempit dan tak tahu apa yang diorang buat, they should take the initiative macam azalina buat, gunakan populariti bintang-bintang ini untuk menyampaikan message yang berguna... 'belia benci dadah'... yup, it may sound a bit lame, tapi kalau dibuat dengan betul and mawi boleh menjadi contoh idola yang baik, insyaAllah we will see some good results... jangan asyik nak mengomen sambil goyang kaki dan menyalahkan itu dan ini sajer... that is not why we choose them to represent us sebagai wakil rakyat!

back to that small (memang kecik jer pun... muhahahaha) news in the star paper today, rasa macam terharu sangat... i didn't share the news dengan ramai orang... just a few close friends... something yang i akan kenang sampai bila-bila... memang sesuatu yang membanggakan apabila kerja kita diberi penghargaan... last year masa air awards, i menang 3 special merits... this year i menang 1 silver, 5 bronze and 1 special merits... the highest achievement for me so far... lebih membanggakan the ads for hari raya yang i buat using aiman's voice menang besar! 1 silver dan 3 bronze! dah lebih seminggu air awards berlangsung (july 29), baru i terasa nak letakkan kat blog... itu pun selepas keluar kat newspaper today... kalau tak, mungkin lambat lagi lah kot... but i will still put in my blog untuk i kenangkan di masa-masa akan datang... it will give me something to look up to when i'm down... and it will definitely make my resume looks good! muahahahaaaa...

another thing yang i nak cakapkan (well, cakapkan jer lah kan... bukan boleh mengubah apa-apa) pasal yasmin ahmad dan festival filem asia pasifik... 'fobia', 'takut' dan 'gerun' adalah perkataan-perkataan yang sering diluahkan oleh yasmin when she was interviewed by the press people... entahlah! i mungkin baca apa yang tersurat di akhbar dan tidak yang tersirat... but for someone like me yang sentiasa menjadikan yasmin ahmad sebagai idola... yang selalu memandang yasmin sebagai seorang wanita yang kuat, teguh dan berpendirian... yang selalu merujuk kepada kata-kata keramatnya 'who the hell we think we are!' setiap kali i want to write something good... hhhmmmm... i rasa macam 'dikhianati'... to me, this is not about menang atau kalah... this is about believing in your own work! isn't this what you've always thought me? kalaulah orang yang sibuk mencerca mengatakan sepet tak layak menang festival filem malaysia tuh merupakan guru in the industry, maybe i boleh terima penarikan diri yasmin dari festival filem asia pasifik, tapi orang yang berdegar-degar cakap tuh hanyalah sore looser yang cerita-ceritanya tak diterima masyarakat... yang filem-filemnya tak diiktiraf oleh mana-mana festival... so why bother? but then again, i cuma tahu yang dipermukaannya saja... pergolakan dalaman hati yasmin, dia seorang yang tahu... still, i can't help to feel disappointed with my idol!

well, i guess i'm back... hello everyone!


Monday, August 01, 2005

the one about badrul met yazer and kefli...

these photos untuk kak aidid, peminat nombor satu kefli and to my beautiful girl elisya, peminat nombor satu yazer... and of course untuk peminat-peminat mereka yang lainnya... kak aidid, nanti badrul bagi something from kefli untuk kak aidid...


praaapp...


rock steady!!!


kefli...


yazer...


yazer & kefli...

*tak sabarnya nak tunggu habis af3 so semua can go back to normal... well, atleast semi-normal...