Bidadari Hati

Monday, April 25, 2005

the one about badrul and fiesta media idola (part ii)...


fiesta media idola (i)...

* bergambar sebelum bermula kejohanan...

oh yes, this topic belum habis lagi... muahahahaa... i guess i'm very proud about the whole thing that i don't want to stop talking about it... not yet anyway... hari ahad hari tuh i terbaca something yang sebenarnya i want to try to forget... a bit embarrassing... tapi takpalah... mengaku jer lah... kat dalam bintang popular berita minggu, ruangan kata teman oleh kak cham (hanizam abdullah), she wrote "usik-mengusik jangan cakaplah. bergaduh-gaduh juga tetapi orang kata gaduh-gaduh manja. macam kak engku tu, yang mendapat gelaran bom bh sehinggakan ada pemain bowling astro yang terjatuh gara-gara ditegur kak engku." muahahahaa... bila baca part tuh tergelak sakan... memang kena psiko giler dengan kak engku tuh... ada ker tengah-tengah i nak baling tuh dia boleh jerit-jerit manja "aabbbaaannggg bbaaadddd!!! aaaaabbbaannggg bbbaadddddd!!" siot jer...


fiesta media idola (ii)...

*bergambar selepas memenangi kejohanan...

lepas tuh i suka jugak baca bahagian tengah bintang popular tuh... "pasukan bowling paling kuat mendapat sorakan penonton termasuk bersorak sendiri ialah kontingen astro kerana membariskan bintang af1 dan 2 seperti khai dan farah sebagai peserta. tetapi berita harian pun tak kalah sorak. mana tidaknya apabila bh mempunyai artis seperti kak engku (raja azura) yang memang mulut becok. sebelum perlawanan berlangsung dia tak habis-habis mengusik khai sebagai satu perang psiko terhadapnya yang rupanya memang terror bowling. astro akhirnya muncul juara keseluruhan acara berkenaan" memang astro juara bowling!!! yeeeaahhh!!!!


fiesta media idola (iii)...

*bersama rosma, linda dan hafiz...

i memang respect kat kak engku... dia memang sporting dan laser sekali! siapa-siapa yang main tipu habis dilasernya... bagus betul! padan muka diaorang yang takda semangat kesukanan tuh... muahahahaaaaa... tapi memang betul, ada bintang-bintang af adalah satu kelebihan pada kitaorang... macam team rtm, diaorang bayar pom-pom dari sekolah di kuantan untuk support team bowling diaorang, tapi kita cuma perlu guna khai, farah, rosma dan hans isaac untuk bagi penonton satu bowling alley tuh support team astro... memang best orang kuantan!!!


fiesta media idola (iv)...

*dengan zahid dan khai...

malam penutup tuh ada grand dinner di mana theme nya ialah black & white... semua melaram habis... i cuma pakai baju yang selalu buat pergi kerja jer and white pants... muahahahaa... sebenarnya i kena incharge persembahan dari astro untuk malam tuh tapi Alhamdulillah nasib baik team kitaorang ada ramai bintang-bintang akademi fantasia, so diaorang lah performed that night... diaorang semua nyanyi lagu medley joget (from one of the concert af tuh) and semua peserta-peserta dari astro naik atas stage berjoget sama-sama... that was so fun!!!


fiesta media idola (v)...

*bergambar dengan hans isaac, erra fazira dan astro gang...

satu yang i notice kat kuantan, sekitar our hotel tuh banyak betul kopitiam... and the kopitiam is next to each other... yang paling best about this kopitiam ialah nasi lemak bungkusnya dan roti bakarnya... sedaapppp sehingga menjilat jari!!! fiesta media idola nih lah first time yang i betul-betul lepak di bandar kuantan... selalunya kalau balik kampung ke kuala terengganu, tak masuk pun bandar kuantan nih sebab ada short-cut terus ke pelabuhan dan ke kemaman... i truly enjoy kuantan dengan orang-orangnya yang sporting dan friendly... chewah, macam pelancong lah pulak... muahahahaaa...


fiesta media idola (vi)...

*dengan farah fauzana dan linda nanuwil...

ok, ok, time nak giler glamer sikit... muahahahahaaa... jangan lupa hari selasa, 26 april, pukul 9 malam kat channel astro ria (channel 4) untuk tengok beat tv... nih promosi nih bukan tau ada keluar ker tak... muahahahaa... tapi sebab dia orang ada interview, so agak-agak jer lah... kalau keluar, glaaammmerrrrr nya... muahahahahaa... kalau tak keluar, sorok muka belakang langsir.... muahahahaaa...