Bidadari Hati

Thursday, April 28, 2005

the one where badrul not feeling so good...




tak tahu kenapa... maybe dah nak sakit kot... since balik dari kuantan, i don't feel so good... sebelum pergi pun actually i dah batuk-batuk and flu... tapi taklah teruk sangat... tapi last thursday tuh my kaki luka teruk... ingatkan letak ubat luka dah okay tapi from that day badan rasa tak sedap and i feel tired, dizzy sampailah sakit kepala yang teruk... dari last week ulang alik pergi clinic sampailah ke hospital... tu yang lama tak menjenguk ke blog dan tak update apa-apa sejak dua tiga hari lalu...

so, constantine kena kick out from idol, huh! well, 'condolence' buat kak aidid, sumie and others... takpalah, sama-sama kita terima hakikat macam kretortd cakap, anthony and scott will be in the final... hhmmmm... maybe i should root for scott instead... not!!! tapi i kesian sangat kat constantine... sebelum nih tak pernah pun bottom three... sekali jatuh kat bottom three, terus terkeluar dari idol... i called kudsia and jokingly told her 'paula is doing kudsia'... muahahahaa... menangis... sama macam masa linda nanuwil terkeluar...

oh, akademi fantasia 3 is just around the corner... well, i cannot promise myself not to vote again... muahahhaaaa... the last time i made that promise, i ended up hantar beratus-ratus (ribu?) sms... maybe this time i sorok my phone time concert kot... hahahahaa... anyway, just to let you know that kudsia will not be the pengkritik tetap... no, not because dia orang tak pilih kudsia lagi, but it's her choice... i know ada segelintir yang tak suka dia and mungkin buat cerita yang dia tak dipilih anymore... i just want to make sure that you have the right story, that's all... banyak kali dah i berbincang dengan dia about this and she already made up her mind not to take it... i tak tahu siapa yang akan jadi pengkritik tetap but i hope whoever it is, dia akan buat as good as kudsia if not better... it's not a weekly job... kena tengok diari akademi everyday, kena faham tugasan yang diberikan bla bla bla bla... we shall see...

well, i'm beat... tired and groggy... i'm on medical leave still... hopefully i will be up and bouncing by next week...


Monday, April 25, 2005

the one about badrul and fiesta media idola (part ii)...


fiesta media idola (i)...

* bergambar sebelum bermula kejohanan...

oh yes, this topic belum habis lagi... muahahahaa... i guess i'm very proud about the whole thing that i don't want to stop talking about it... not yet anyway... hari ahad hari tuh i terbaca something yang sebenarnya i want to try to forget... a bit embarrassing... tapi takpalah... mengaku jer lah... kat dalam bintang popular berita minggu, ruangan kata teman oleh kak cham (hanizam abdullah), she wrote "usik-mengusik jangan cakaplah. bergaduh-gaduh juga tetapi orang kata gaduh-gaduh manja. macam kak engku tu, yang mendapat gelaran bom bh sehinggakan ada pemain bowling astro yang terjatuh gara-gara ditegur kak engku." muahahahaa... bila baca part tuh tergelak sakan... memang kena psiko giler dengan kak engku tuh... ada ker tengah-tengah i nak baling tuh dia boleh jerit-jerit manja "aabbbaaannggg bbaaadddd!!! aaaaabbbaannggg bbbaadddddd!!" siot jer...


fiesta media idola (ii)...

*bergambar selepas memenangi kejohanan...

lepas tuh i suka jugak baca bahagian tengah bintang popular tuh... "pasukan bowling paling kuat mendapat sorakan penonton termasuk bersorak sendiri ialah kontingen astro kerana membariskan bintang af1 dan 2 seperti khai dan farah sebagai peserta. tetapi berita harian pun tak kalah sorak. mana tidaknya apabila bh mempunyai artis seperti kak engku (raja azura) yang memang mulut becok. sebelum perlawanan berlangsung dia tak habis-habis mengusik khai sebagai satu perang psiko terhadapnya yang rupanya memang terror bowling. astro akhirnya muncul juara keseluruhan acara berkenaan" memang astro juara bowling!!! yeeeaahhh!!!!


fiesta media idola (iii)...

*bersama rosma, linda dan hafiz...

i memang respect kat kak engku... dia memang sporting dan laser sekali! siapa-siapa yang main tipu habis dilasernya... bagus betul! padan muka diaorang yang takda semangat kesukanan tuh... muahahahaaaaa... tapi memang betul, ada bintang-bintang af adalah satu kelebihan pada kitaorang... macam team rtm, diaorang bayar pom-pom dari sekolah di kuantan untuk support team bowling diaorang, tapi kita cuma perlu guna khai, farah, rosma dan hans isaac untuk bagi penonton satu bowling alley tuh support team astro... memang best orang kuantan!!!


fiesta media idola (iv)...

*dengan zahid dan khai...

malam penutup tuh ada grand dinner di mana theme nya ialah black & white... semua melaram habis... i cuma pakai baju yang selalu buat pergi kerja jer and white pants... muahahahaa... sebenarnya i kena incharge persembahan dari astro untuk malam tuh tapi Alhamdulillah nasib baik team kitaorang ada ramai bintang-bintang akademi fantasia, so diaorang lah performed that night... diaorang semua nyanyi lagu medley joget (from one of the concert af tuh) and semua peserta-peserta dari astro naik atas stage berjoget sama-sama... that was so fun!!!


fiesta media idola (v)...

*bergambar dengan hans isaac, erra fazira dan astro gang...

satu yang i notice kat kuantan, sekitar our hotel tuh banyak betul kopitiam... and the kopitiam is next to each other... yang paling best about this kopitiam ialah nasi lemak bungkusnya dan roti bakarnya... sedaapppp sehingga menjilat jari!!! fiesta media idola nih lah first time yang i betul-betul lepak di bandar kuantan... selalunya kalau balik kampung ke kuala terengganu, tak masuk pun bandar kuantan nih sebab ada short-cut terus ke pelabuhan dan ke kemaman... i truly enjoy kuantan dengan orang-orangnya yang sporting dan friendly... chewah, macam pelancong lah pulak... muahahahaaa...


fiesta media idola (vi)...

*dengan farah fauzana dan linda nanuwil...

ok, ok, time nak giler glamer sikit... muahahahahaaa... jangan lupa hari selasa, 26 april, pukul 9 malam kat channel astro ria (channel 4) untuk tengok beat tv... nih promosi nih bukan tau ada keluar ker tak... muahahahaa... tapi sebab dia orang ada interview, so agak-agak jer lah... kalau keluar, glaaammmerrrrr nya... muahahahahaa... kalau tak keluar, sorok muka belakang langsir.... muahahahaaa...

Saturday, April 23, 2005

the one about badrul and a small window of the past (part iii)...


alam shah (i)...

* nih gambar masa nak pergi piala perdana menteri... nope, i bukan pengawas sekolah...

zaman persekolahan for me was like zillion years ago! banyak giler kenangan pahit dan manis yang memang takleh nak dilupakan langsung... kalau nak bercerita dalam satu page nih memang tak cukup ruang... ada jugak part yang memang i nak lupakan terus dan taknak ingat sampai bila-bila... ada yang i tulis kat merata-rata buku so that i will remember it selama mungkin...

but the most important thing that i know about alam shah was, it change my life forever... well, lets start from the early days... i masuk alam shah masa penggal kedua... dulu panggil penggal but i think sekarang diaorang tukar semester kot... tak tau lah... anyway, kiranya i nih tergolong dalam second choice ler yang masuk sekolah tuh... penggal pertama tuh i cuma sekolah kat kampung jer... itu sebenarnya pengalaman yang menakutkan for me... baru umur 13 tahun dah berjauhan dengan keluarga... dahlah bukan dekat... kampung dengan kl tuh jauh giler and tentunya my parents takleh nak melawat selalu kan.... memang pada peringkat awalnya i memang sedih sentiasa... sikit-sikit menangis teringatkan my mom and dad... homesick habis! apa lagih kalau hujung minggu tengok keluarga orang lain datang melawat... sayu jer...


alam shah (ii)...

* nih pulak tengah berposing dalam kelas...

i think masa awal-awal dulu tuh my 'escapism' was through basketball... sebelum i join sekolah alam shah, i tak pernah pun main basketball... i start main basketball masa tingkatan satu... i love that game very much... i teringat kat sorang senior nih yang cakap kat i masa i mula-mula main basketball... dia cakap i was natural... dia suruh i belajar to make a long-shot... katanya tak ramai orang yang bagus shoot long distant nih... from that day, setiap petang bila free (bila tak kena cuci baju senior, tak kena denda itu dan denda ini) i akan main basketball... i trained myself to shoot from a long distant... i was known as 'the sharp shooter'... lepas tuh yang paling best lagih, i think when i was in form three, the basketball association tukar rules where they have the big 'd' and if you shoot outside the 'd' you will get three point... after that, i was called 'the three pointer'...


alam shah (iii)...

* gambar masa cuti penggal balik kampung (masa duduk kat kelantan) banjir...

tapi dalam pelajaran, sebaliknya pulak berlaku... ialah lah kan, kalau dulu masa sekolah rendah kononnya kita lah pelajar terbaik dan terbagus, tapi bila dah masuk sekolah yang semuanya pelajar bijak pandai, hah, baru padan muka! masa tuh pulak sekolah tuh anak-anak datuk ada datin ada dan macam-macam anak orang kaya lah... perangai pun terikut-ikut dengan diaorang... dia orang beli barang mahal, kita pun nak beli barang mahal (tapi duit takdak)... i was trying very hard to fit-in... nak jadi part of the 'in-crowd'... tak tau kenapa... mungkin sebab tak pernah merasa kot... i remember ada satu masa tuh, diaorang nih tempah seluar sekolah kira branded lah kan, at one famous tailor kat pertama complex kot... i remember logo dia tuh tiga segi terbalik... mati-mati i nak tempah seluar kat situ jugak... sampai merajuk-rajuk dengan my mom... selalunya i pakai baju dan seluar sekolah jenama 'don' yang my mom beli kat globe silk store... akhirnya my mom mengalah and i dapat tempah dua helai seluar sekolah... i think years later baru i found out from my sister that my mom gadaikan rantainya so that i can have that pants... bertuah punya anak!!!!


alam shah (iv)...

* 'malam senandung alam shah'... i nyanyi lagu 'only you'... verangans nyanyi lagu matsaleh... muahahahaaha...

i think zaman yang paling meriah sekali tentulah masa tingkatan lima... masa nih dah senior kan so berlagak lah sikit... muahahaha... tapi sebenarnya banyak kenangan masa tingkatan lima nih... i remember that one week before peperiksaan spm amali untuk science stream tuh, kita orang buat party 'malam sikit'... buat pulak kat kelas pada malam minggu... tempah makanan kat kantin dan sebagainya... selamba jer isap rokok kat dalam kelas sebab konon-konon dah dekat nak periksa kan, so takdalah nak kena kacau... tapi kena serbu dengan cikgu disiplin... semua kena gantung sekolah seminggu... nasib baik seminggu jer dan tak kena buang sekolah kan...

lepas tuh masa tengah periksa spm nih ada pulak yang 'pinjam' (read: tanpa kebenaran) motor salah sorang warden pastu racing satu sekolah sampai accident... bila datang ambik periksa dah macam zombie... balut tangan, balut kaki, luka sana luka sinih... muahahahahaa... ada pulak yang tidur kat bilik band sampai lupa datang periksa... macam-macam hal...


alam shah (v)...

* nih pulak gambar masa bercuti ke pulau perhentian... azwar, me and nizam... takda dalam gambar were zawadi, azhar and rozi...

bila fikir-fikirkan balik, memang rindu dengan zaman kat sekolah dulu... to me alam shah is still the best... tapi tak tau lah sekarang kan... dulu kita orang katil semua single... bukan double-decker macam kebanyakan sekolah asrama penuh lainnya... makanan kita orang pun berhidang... takda makan dalam tray... makan dalam pinggan dengan lauk pauk terhidang di atas meja... seminggu sekali ada wayang gambar (mostly horror movies), pakaian pun hantar dobi seminggu sekali dan macam-macam lagi kelebihan yang diberikan...

lepas sekolah pun i masih rapat dengan rakan-rakan terutamanya yang dari terengganu macam zawadi, azhar, nizam, rozi, taufik, ben dan lain-lain... some dah macam keluarga sendiri... kenal rapat semuanya termasuk dengan keluarga masing-masing... in fact, sekarang nih pun group kitaorang ada yahoo group sendiri for all of us to keep in touch with each other... most of them dah jadik orang-orang besar sekarang nih... semoga semuanya dirahmati, dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah s.w.t. hendaknya...


alam shah (vi)...

* nih gambar team basketball... hanskem nyer yang duduk belah kanan sekali tuh...

seperti yang i cakapkan dari awal, alam shah did change my life forever... di alam shah lah i mula belajar hidup berdikari, mula belajar menguruskan diri sendiri, mula menilai baik buruk sesuatu perkara... alam shah mengajar erti persahabatan, mengajar erti kehidupan dalam makna yang sebenar... membuka minda seorang anak kampung untuk meneruskan perjuangan hidup dalam dunia yang penuh cabaran...

Thursday, April 21, 2005

the one about badrul bid farewell to anwar robinson and to the american idol...


american suck!!

i wanted to be angry and bitter... instead, i laugh out loud... suddenly, kenangan masa akademi fantasia musim kedua rushing back to my head... i received numerous sms... macam malam zarina terkeluar jugak... 'condolence' sms-es... maybe not as many, but i dapat sms from wink, dreamfinder, skylar, sumie (through kak rose), cikanos all the way from london mengamuk sakan (sabar 'kakak'ku), nisa (lama tak dengar khabar!) and others... muahahahaa... nak buat macam mana kan... dah takda rezeki cikgu nuar... but still, i memang percaya pengundi-pengundi kat amerika nun memang budus-budus belaka... teramatlah budusnya... nampak sangat orang-orang asia lagi bijak!! kalau tekan butang merah tuh kat channel 70 and tengok vote from asia, you will know what i mean...

nope, there's not gonna be any long-winded write up... just pictures of cikgu nuar from the american idol yang i download from idolonfox... for me to keep here... no matter what, anwar robinson is my american idol 2005...


anwar (i)...


anwar (ii)...


anwar (iii)...


anwar (iv)...


anwar (v)...


anwar (vi)...


anwar (vii)...

looking at the bright side, hey, now i'm free to go out every wednesday and thursday night... please note that this is going to be my last entry on american idol... malas dah nak tulis since cikgu nuar dah terkeluar kan... no point! menccikk!! mmmeennccikk!!! mmmmeeennnccciiikkkkk!!!!!

to cikgu nuar supporters macam cikanos, javard and bat (just to name a few), sabar jer lah... to others yang still nak baca reviews about american idol, you can still read it at my friends' blogs such as sumie, kak eisya and y...

goodbye cikgu nuar! be strong!!!


Tuesday, April 19, 2005

the one about badrul and fiesta media idola (part i)...


team bowling astro...

syukur Alhamdulillah... akhirnya penat lelah training for more than three months berbaloi akhirnya... sebenarnya i have so many things to say, so many stories to write, so many this and that... tapi bila jejak jer kaki kat rumah, barulah rasa penatnya selamat lima hari empat malam berada di kuantan, pahang... kalau ikutkan hati, memang malam tadi terus nak letak entry kat blog, tapi sampai rumah semalam pun dah pukul 6 lebih and by 10pm tuh i dah tak sedar apa dah... terus tidur...


dengan farah...

i thought i nak tunggu dapat gambar-gambar yang best daripada corporate affairs department sebab diaorang ada bawak professional photographer, tapi sebab dah tak sabar dah, i letak jer lah dulu gambar-gambar yang i ada... actually, masa pergi fiesta media idola tuh beria-ria bawak camera konon nak ambik gambar sendiri, tapi sebab terlalu sibuk dengan macam-macam hal, camera tuh tinggal jer dalam safety box... muahahahaaa... so bila ada orang nak ambik gambar, main suakan jer muka yang tak glamer nih... muahahahaaa... anyway, this is just the first part (macam nart kata, tujuh hari tujuh malam... muahahahahaa)... bila i dapat gambar-gambar nanti i akan letak some more... maybe not just bowling, but others as well termasuk opening and closing ceremony...


bersama yang teramat mulia sultan pahang...

nih nak cerita sedikit sehari sebelum hari pembukaan rasmi... i sebenarnya sampai kuantan one day before my teammates lainnya... i pergi hari khamis and diaorang semua datang hari jumaat... so, petang khamis bila dah sampai tuh terus check-in kat hotel... lepas tuh pergi makan seafood dengan pihak urusetia from astro corporate affairs (salina, joylyn, jenice, myself and hafiz)... balik semula hotel, terus angkut bag bowling pergi training dengan hafiz... malam tuh pun dah ramai yang datang training including katon bagaskara yang main bowling untuk kelab shahzan muda... bila balik hotel tuh dah lewat and terus mandi dan berehat... around 2.30am dapat sms daripada farah cakap mak dia masuk hospital kat putrajaya sebab asma... masa tuh i dah panic dah... terus call dia tanya khabar and all... tapi dia cakap dia datang jugak... semangat betul budak tuh... about 4am dia call cakap mak dia dah okay... Alhamdulillah... i think i terlelap about 5.30am lepas tuh pukul 7 pagi dah ada orang call sebab ada my teammates yang tak dapat taxi nak ke office lah, datang lambat lah...adusshhh...


bersama tengku muda dan cik puan pahang...

terus tak tidur lepas tuh... lepas mandi and light breakfast, pergi ke stadium untuk tolong urusetia gantungkan banners astro... lepast tuh by 11am terus ke toll gambang untuk sambut semua team sebab ada rombongan cik kiah ramai-ramai konvoi bas daripada semua contingents siap dengan 100 outriders motor besar campur dengan police escorts... dah sampai kat hotel dia orang masih belum dapat bilik sebab masih ramai guests yang belum check out, so after lunch semua teammates i lepak kat my room untuk sembahyang, berehat and siap sedia untuk pergi training pukul 3 petang...


dengan farah n khai sebelum game bermula...

bila sampai di kuantan, baru i dapat tahu bahawa format pertandingan untuk bowling dah berubah... diadakan dua hari, hari pertama tuh adalah pertandingan untuk memilih empat pasukan terbaik ke final daripada 9 pasukan yang bertanding... empat pasukan teratas akan bertanding dalam winners pool, and 5 pasukan lagi dalam loosers pool... so friday petang pukul 3 tuh, kita orang pergilah training kat megalanes di kuantan megamall tuh... megamall nih sebelah hotel jer so kita semua pergi jalan kaki sambil heret bag bowling... mak datuk, kecut perut semua tengok team-team lain pun training gak... memang suspense sesangat... ya lah, kita orang memang dah tahu kekuatan team daripada rtm, berita harian, tv3 and others sebab selalu jugak lawan bowling dengan dia orang bila ada inter-media tournament...


khai tengah jampi lane...

pertandingan bermula pukul 11 pagi hari sabtu... ramai betul orang! tapi orang-orang kuantan memang best! maybe sebab team kitaorang ada farah dengan khai kot... muahahahaa... kita orang dapat 100% support from peminat-peminat farah dan khai dari pahang... memang dengar lah jeritan astro! astro! astro! bergema dari setiap penjuru... dicampur lagih dengan pemain-main bolasepak astro yang turut turun ke lane bowling untuk bagi moral support yang tak berbelah bagi... thank you to everyone... all of you are the best!


ada gaya pro tak? muahahahaa...

memang terasa macam satu pertandingan international level jer... semua orang pakai bola sendiri including artistes... lepas tuh bila dapat strike or spare, macam satu building tuh bergegar... during qualifiying round nih memang mendebarkan... kita semua main tiga games... Alhamdulillah, kelebihan kita orang sebab kita sering training bersama including khai and farah, so dah tahu keperluan dan bentuk sokongan antara satu sama lain... masa first game, team astro nombor dua dibelakang team kru... and bila tamat game kedua, our team mendahului lain-lain team... sebenarnya i've made a mistake of showing the result to my teammates... i should have kept it to myself jer... sebab bila diaorang semua dah tengok kita leading, diaorang semua bertambah pressure... semua nak buat lebih baik sampai tak menjadi lah pulak... bila habis third game, kita orang jatuh nombor tiga... tapi sekali lagi Alhamdulillah, masih qualified for the top 4 finals!


balingan pro dari farah...

empat pasukan yang masuk final adalah team kru, rtm, the star and astro... so, the next day final hari ahad tuh, i cakap to one of my reserved player to keep the result and jangan cakap kat any of the teammates... sebenarnya ramai jugak yang tak puas hati dengan ada sesetengah team tuh... ya lah kan, this tournament (fiesta media idola) adalah untuk media people, artistes or celebrities, tapi ada pasukan tuh ambik pemain dari budak-budak u.p.m. lah, state players lah... entahlah, takda semangat kesukanan langsung... macam kak engku (raja azura) cakap kuat-kuat masa main bowling tuh, kalau nak menang pun biarlah secara bermaruah... ada sesetengah team pulak siap ada orang lain tolong balingkan untuk artist diaorang... siot jer!


menerima hadiah kejuaraan dari tengku muda dan cikpuan muda pahang...

sebab tuh i cukup bangga dengan kemenangan bowling nih! yang manis dari titik peluh sendiri dan penat lelah berlatih selama berbulan-bulan... i jugak cukup bangga dengan khai dan farah yang sama-sama turun berlatih dan sama-sama menyumbang untuk kejayaan kami... yang lebih best lagi, farah menutup permainan dia dengan strike and spare which sent the whole audience yang datang tengok menjerit bagai orang gila... best betul!!!!!


bergambar dengan pingat emas...

lebih manis lagi, kemenangan ini jugak seolah-olah mendapat 'restu' dari team-team lainnya kerana mereka tahu betapa kami bermain dengan penuh semangat kesukanan, mengikut segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur... walaupun ada jugak sorang dua daripada team sebelah 'bengang' sebab penyokong-penyokong astro bising gamat... muahahahaa... nak buat macam mana kan, dia orang nak sokong... muahahahaaaa... sekali lagi, syukur Alhamdulillah...


interview dengan shazi untuk beat tv...

lepas habis penyampaian hadiah tuh, shazi from beat tv nak interview me, tapi i panggil jugak semua teammates i sama-sama sebab this is the team effort, bukannya i sorang... so jangan lupa nanti tengok muka-muka kita orang yang tak glamer nih dalam beat tv next week, 26 april pukul 9 malam kat astro ria... promote jangan tak promote... muahahahaa...

Thursday, April 14, 2005

the one about badrul and the american idol ~ the year they were born week...


american idol...

other than simon's comments, i think paula and randy were just giving shitty comments... paula is more like cheerleader! sokong semua orang walaupun ada yang nyanyi macam ayam berak kapur! keep it real konon!! randy pulak sibuk recycle comment simon yang lepas-lepas... last week simon cakap kat constantine, 'i give you 7 for singing and 10 for performance', this week randy pulak recyle the same comment! yang contestants pun recyle jugak lah... kalau last week bo bice menyalak untuk randy, this week scott savol pulak menyalak... bagus lah tuh! our blog simon, paula and randy lagi bagus bagi comment!!


nadia turner ~ the year they were born...

entah apa-apa entah... i don't even remember her song! nomo empat setengah cakap baju macam nadia turner pakai tuh pun dia tak sanggup pakai bila pergi cikcur kat citsit... suara dia langsung tak kena dengan lagu... maybe it's time for nadia to say goodbye to american idol... i nak komen banyak-banyak pun takda mood... dua kali dengar pun masih takda mood jugak...


bo bice ~ the year they were born...

what can i say about bo bice... bboooorrrrriinnggg with capital 'b' font 250!! since i tak pernah pakai capital letter unless untuk nama-nama Tuhan, you have to imagine it yourself! masa awal-awal dulu ok lah jugak, tapi kalau sama saja bunyiknya macam mana nak jadik american idol nih? i think title lagu tuh 'free bird' ditujukan khas buat diri dia sendiri kot since his bird asyik dok terkurung dalam seluar ketat dia tuh... bosan! bosan! bosan! and boleh ker paula cakap 'see you in the final'... yeah right!! final iklan rambut rebonding boleh kot...


anwar robinson ~ the year they were born...

now this is what i call real talent! nyanyi lagu perempuan and make it sound like your own song! cikgu nuar are getting better and better each week... 'i'll never love this way again' sedapnya didengar... very soothing! he improves alot on his low key and his high key memang takda yang boleh lawan... yang paling bagus, dia punya originality tuh... takdalah nyanyi lagu orang lepas tu bunyi nya sebijik macam penyanyi asal... go cikgu nuar!


anthony fedorov ~ the year they were born...

eventhough this week simon bagi good comment to anthony, i still think he is just a karaoke singer! nothing great about 'everything you go away'... takda key lari but nothing special about it either... anyway, simon's comment will save him this week...


vonzell solomon ~ the year they were born...

'let's hear it from the boy' is very entertaining from vonzell... she too is getting better each week! she enjoy herself and i think the audience at the hall and at home pun enjoy jugak... i love her sense of dressing... she really know how to carry herself on the stage... sekarang nih suara dia dah menonjol sikit... though she reminds me of la toya london from last year...


scott savol ~ the year they were born...

'she's gone' more like 'i'm gone' coming from scott! yikes! apasal lah this guy tak tahu langsung nak pilih lagu nih? sejak awal-awal lagi dia nyanyi lagu entah apa-apa entah... semuanya langsung tak sesuai dengan suara dia... walaupun last week dia terselamat, i hope this time around he's really 'gone'!! lepas tuh cakap besar pulak tuh konon dia lah rockers! get real scott!! wait, i have a question... scott nih 'bapak tunggal' ker? duh!!


carrie underwood ~ the year they were born...

bo bice should learn a thing or two from carrie underwood... walaupun semua orang kenal dia sebagai country singer, at least she took the challenge to sing other genre too... randy tuh pekak badak kot! pitchy kepala hangguk dia! 'love is a battlefield' rocks!!! you go girl (sambil petik jari and gelengkan kepala)... muahahahaa...


constantine ~ the year they were born...

i have to tabik spring kat constantine... for the first time i agree with kak aidid (mee siam satu!!! muahahahaha) best giler 'bohemian rhapsody'... constantine pun makin lama makin bagus! kelakar kan bila simon cakap performance constantine tuh 'astonishing', paula siap menjerit suka!! nampak sangat simon punya comment is important compare to the other two... next time patutnya tape kan jer mulut randy dengan paula and biar jer simon yang bagi comment...

my bottom three will be nadia turner, bo bice and scott savol... i don't really care siapa yang kena kick out, but i hope it will be nadia or scott... kasi can sikit kat bo bice to stay awhile longer...

pictures from idolonfox... (last week punya performance)... slow lah diaorang nih!

Sunday, April 10, 2005

the one about badrul, peterpan and jasmin's farewell...


peterpan (i)...

last week, lupa pulak hari apa, nart sms i tanya about dari studio satu peterpan... dia dapat tahu daripada waiem (eh, waiem ker aku yang kerja kat astro nih... muahahaha)... honestly, i tak dengar apa-apa cerita pun... yang tahu, sheila majid adalah... tak dengar pulak cerita pasal peterpan... so, i pun risiklah dengan kengkawan kat bawah... apparently dari studio satu peterpan will be recorded on friday... so i cakap lah kat nart suruh email details since i booked four places... tapi mungkin sebab short notice, member kat bawah cakap tempat dah fully booked... in fact, dah terlebih-lebih... luckily, i dapat tau jugak that peterpan akan datang untuk recording di era... so, friday tuh dengan penuh semangat, i datang office bawak camera... sebenarnya, niat utama bawak camera tuh untuk ambik gambar kita orang recording lagu untuk fiesta media idola 2005... i thought i want to put one entry about that recording... namun... akibat terlalu excited pasal peterpan, terlupa nak ambik gambar pasal recording tuh... muahahahhaaa... what a day... so, nart, gambar-gambar peterpan nih for you... i will email you soon... kepada yang mungkin tak berapa kenal peterpan (macam i jugak... muhahahaha) gambar kat atas tuh gambar i dengan lead singer peterpan, ariel...


peterpan (ii)...

sebenarnya susah jugak nak ambik gambar dengan group peterpan nih sebab masa diaorang datang era untuk recording tuh, ramai betul press yang datang jugak including trek selebriti... jadi takdalah gambar diaorang ramai-ramai satu group except yang ada kat atas tu jer... anyway, i nak cerita sikit pasal recording lagu untuk fiesta media idola nih... lagu yang kitaorang gunakan ialah lagu nana ~ katakan... but i tukar semua lyrics dia... yang datang untuk recording hari tuh ialah nana, farah breep breep, rosma, zahid and some of era announcers... linda nanuwil sepatutnya datang jugak tapi kereta dia rosak... we had fun! the song will be playing on era hari isnin nih sampai lah hujung minggu...


jasmin's farewell (i)...

friday evening pulak i attend jasmin's farewell... well, jas nih dah macam my own sister.. and now she's going off to switzerland to study and to work there... maybe for good! hhhmmm... i have a very mix feelings... part of me is happy that she can follow her dreams, but part of me is sad to see her go... bukan senang nak kenal dengan seseorang, and become close and to realize later that we all will go our separate ways... i dengan jas became close a few years ago... banyak perkara yang kami kongsi bersama... she's trustworthy... kadangkala degil but she has the soft heart... ya lah kan, kalau tengok finding nemo pun dia nangis jugak... independent tapi kadangkala manja... she has such a beautiful smile and when she laughs, you can't help yourself but to laugh with her... sometimes she needs a little bit of push but once she made up her mind, she will stick to it...


jasmin's farewell (ii)...

i'm gonna miss her so much! i'm going to miss having dinners with her... i'm going to miss watching movies with her... i'm going to miss giving my stupid advises to her... i'm going to miss her smiles, her laughters... i'm going to miss sharing her sorrows and sadness... i'm going to miss everything about her...

to jas... i don't have much thing to say... just follow your dreams and turn it to reality... and remember, you are always right here... in my heart...

Wednesday, April 06, 2005

the one about badrul and the american idol ~ musical week...


american idol...

susah sikitlah bila nak buat entry pasal american idol tapi takda gambar yang up-to-date... nak buat macam mana kan, terpaksa bergantung pada website idolonfox... so, even though minggu dah bertukar, i still have to use the old pictures from last week punya performance... muhahahahaha... takpalah, bukannya nak entertain siapa-siapa pun... saja jer nak tengok next year i layak tak jadi jury for american idol... muahahahaa... lagih pun this week, i don't really have any specific topic to talk about except for american idol... but i thought tonight i don't want to watch it twice like i selalu buat, sebab i nak try to 'judge' it by listening to them only once... selalunya i tengok sampai tiga kali atau sekurang-kurangnya dua kali...


scott savol

this week punya theme is musical... i love musical... broadways... movies... theaters... so i'm really looking forward to watch their performances... scott savol choose 'the impossible dream'... one of my favourite song... he looks pretty decent this week... nampak ada gaya sikit dengan blazer tuh... i like his voice but i don't think it's strong enough to be in the competition... it's an okay performance lah...


constantine maroulis

constantine maroulis amazed me this week with 'my funny valentine'... i guess the rocker image was just a façade... this song pun dah berpuluh-puluh artistes yang dah menyanyikan dengan bermacam-macam gaya... but he does it in his own style and he can actually sing! cuma yang i kureengg sikit dengan constantine nih sebab i think dia tahu kot dia tuh cute (to other people lah, not me...) so dia asyik flirt jer dengan camera... kak aidid, sumie dengan shay jugak kak eisya (nih tambah sebab dia pun dah tergoda dengan pandangan mata si constantine) mesti jatuh kerusi tergolek atas lantai tengok constantine tadik... muahahahaaaaa... tapi i found it a bit too much lah... the flirting part tuh... anyway, vocally memang best...


carrie underwood

carrie underwood really reminds me of the brady bunch show... muahahahaha... gaya pakaian dialah... tiba-tiba jer i terus nyanyi the theme song from brady bunch... she choose a slow song 'hello, young lovers'... i thought she did great! maybe for some, lagu nih teramatlah slow nya, but if you are into musical, you can just imagine the show itself... her voice is so pure that i was actually listening to the lyrics... i love this girl!


vonzell solomon

another one of my favourite song, 'people'... i think vonzell solomon did a very good job! she improves a lot... her sense of dressing pun ada gaya... cuma character dia jer yang perlu ditingkatkan lagih... kalau tidak, dia mungkin jadi macam jessica sierra... forgettable...


anthony fedorov

for the second week in a row, i think anthony fedorov should go! i don't quite get it, apa istimewanya budak nih... kalau nak compare kan dengan yang lain-lain, macam pokok pisang dengan pokok sawi... 'climb ev'ry mountain' more like jump down from the mountain to me!! i really think he should go and i do hope he will go...


nikko smith

'one hand one heart' suits nikko smith's voice... i sebenarnya pun tak berapa gemar sangat dengan suara nikko but this time around, i think he nailed it... i enjoyed his rendition... i just hope he can put away his ugly hat...


anwar robinson

(my bias comment)
what can i say, anwar robinson was fabulous with 'if ever i would leave you'... actually masa mula-mula tengok dia start nyanyi tuh berdebar-debar jugak sebab key rendah... last week dah kena sound dah pastu siap jatuh bottom three lagi, so this week i macam risau sikitlah takut key rendah dia tuh lari lagih... but, muahahahahahaa... my cikgu nuar is back!!! i have a feeling dia punya genre lagu mesti yang macam-macam nih... i can just imagine dia ada album and nyanyi lagu-lagu yang macam josh groban or michael buble... i can just... errr, korang rasa cikgu nuar tuh gosok gigi dia dengan arang ker? (macam orang dulu-dulu)... putih giler gigi dia...


bo bice

bo bice is right... musical is just not his genre... but i don't think his performance is bad either... 'corner of the sky' was not bad... not his best, but not bad! he is consistent in his performance... tapi bagus jugak dia try different style nih because i'm afraid, if he kept singing rock songs tiap-tiap minggu, mesti boring and stagnant jer... lagih satu, bo patut nya ikut lah tema sikit... kalau dah tau minggu nih buat musical, sanggul lah rambut tuh ker, pakai baju batik ker... muhahahahhaa... nih tak, sama jer macam nak nyanyi lagu rock dengan jacket ala-ala kulit dia tuh...


nadia turner

i think nadia turner is born performer... she may not have the best vocal in the competition but she can really capture the audience... 'as long as he needs me' was great! she has the personality too... to win this competition, i think susah sikit, but to succeed in the entertainment industry... well, i think she can and she will...

siapa yang i think akan terkeluar? well, my bet is on anthony fedorov... kalau dia tak terkeluar, kesiannya siapa yang terkeluar tuh nanti because that person is at least hundred times better than anthony...

pictures from idolonfox...

additional info ~ april 6, 2005 (8.45pm)

i watched the 4.00pm result show and i was laughing so hard! muahahahaa... muahahahaa... muahahahaaaa... that's all i can do when i know that nikko smith got kicked out... not that i really like his voice, but at least he was way much better than anthony fedorov or scott savol... but again, i tak rugi satu sen pun... muahahahaha...