Bidadari Hati

Monday, July 13, 2009

the one about badrul and yoyooh blogger awards night...



i decided to skip a few entries and terus buat entry nih dulu... nanti bila dah free i buat entry yang sebelum-sebelum nih... last saturday diddy dijemput untuk membuat persembahan pada malam yoyooh.com blogger awards night... sebenarnya i runsing jugak sikit sebab bila balik dari terengganu sebelah paginya, suara diddy dah serak-serak and dia mengadu sakit tekak... memang sejak kebelakangan nih diddy tak cukup rehat sikit, especially sebab kita banyak travel outstations... jumaat di terengganu, sabtu di kuala lumpur dan ahad di alor star... so i bawak dia pergi clinic and at the same time belikan air asam jawa... baliknya i suruh dia rehat cukup-cukup and berdoa banyak-banyak supaya cepat sembuh...





mungkin ramai yang tak tahu tetapi sebab utama kita bersetuju untuk membuat persembahan pada malam tersebut adalah kerana wawa... wawa is one of the co-founders of yoyooh.com and she has been a great supporter of diddy... sejak dari dalam realiti show lagi wawa dah sokong diddy sehinggalah sekarang... walaupun banyak jasa baik wawa yang tak dapat kami balas, i always berpegang dengan kata-kata 'orang berbudi, kita berbahasa...' diddy pun sejak dia menjadi seorang blogger nak jugak berbertemu dengan bloggers lainnya... actually, i pun tak sempat nak ambik gambar banyak-banyak... gambar-gambar persembahan diddy nih pun kebanyakannya i pinjam dari blogger yang datang pada malam tuh...





Alhamdulillah persembahan diddy malam tuh berjalan dengan lancar walaupun bergelen-gelen air yang dia minum... muhahahaha... semua orang kat meja tuh pelik kenapa diddy tak makan tapi i kept some lauk aside... memang dah menjadi amalan dia tidak makan sebelum buat persembahan... atau kalau nak makan pun sekurang-kurangnya 2 jam sebelum buat persembahan... anyway, perjalanan yoyooh.com blogger awards night berjalan dengan lancar... simple but sweet... mungkin pertama kali buat tak dapatlah nak buat penuh sempurna... tapi i tetap rasa bangga dan berterima kasih kerana ada juga pihak yang sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk membuat majlis sebegini bagi menghargai penulis-penulis blog di malaysia... walaupun belum menyeluruh, tetapi usaha tersebut patut diteruskan untuk menggalakkan lebih ramai penulis-penulis blog yang menulis secara positif...


terima kasih juga kerana memberikan penghargaan anugerah khas blog kerjaya terbaik untuk blog nih... it was not something yang i jangkakan or harapkan... tetapi penghargaan nih tetap memberi makna yang besar... i memang suka menulis and to have this blog untuk i catatkan apa yang terlintas di kepala atau bercerita apa yang berlaku dalam hidup adalah something yang i treasure... bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi lebih kepada untuk pedoman dan kenangan diri sendiri pada masa depan... thank you again untuk team yoyooh.com kerana penghargaan nih...



on another note, siang tadi i dapat jugak a few sms yang suruh i baca satu blog nih... apparently this guy (or should i say kid?) datang jugak malam tuh and bila dia tulis kat blog, dia mengutuk majlis, dan kebanyakan tetamu yang ada... termasuklah kutukan terhadap fizikal dan kecacatan orang... malah tetamu kehormat seperti pyan habib dan diddy yang membuat persembahan juga menjadi bahan cemuhan dia... all i can say is, jangan marahkan dia... dia tak bersalah... yang salahnya ialah mak dan ayah dia yang tak mendidik dia dengan betul dan sempurna... maklumlah, mak dan ayah kita selalu mendidik kita sebagai orang melayu dan orang Islam supaya beradap dan beradat bila hadir ke majlis orang... mungkin dia dah terbiasa pergi kenduri dengan mak dan ayah dia lepas tuh balik dari kenduri atau majlis tersebut, dia dengar mak dan ayah dia mengutuk-ngutuk tuan rumah dan mengeji-ngeji tetamu yang hadir... itu yang dia belajar tuh... so maafkanlah dia...

pictures courtesy of sawanila.com

Sunday, July 12, 2009

the one about badrul and diddy's mtv shoot...


i'm ssoooo ssooooooo tired... keletihan dengan jadual diddy yang agak packed this week... plus dengan running around nak settle kan other stuff as well... dicampur pulak dengan keadaan kesihatan yang belum pulih sepenuhnya... letih tapi sangat menyeronokkan... best nya sebab setiap hari i dapat jumpa orang baru and dapat lebarkan networking... at the same time, i'm sure in time some of these people will become my good and even close friends... anyway, i mungkin tak dapat nak menulis panjang lebar, tapi i will make sure that i write something and update some pictures in my blog... mainly because diddy tak berpeluang nak update blog dia lagi, so kira macam for the time being, i tolong updatekan on his behalf...





these pictures were from the mtv shoot yang dibuat di bukit jelutong, shah alam... it was such a beautiful bungalow... rumah nih sebenarnya dah banyak digunakan untuk shooting pelbagai telemovies, series and even films... i think kalau tak salah i mengikut kata tuan rumah, siri yang dibuat untuk anak wayang tuh pun buat shooting kat rumah tuh... anyway, we had a blast... simple mtv jer tapi okaylah buat masa sekarang...








shoot starts dari pagi sampai ke awal malam... memang hari tuh letih giler sebab earlier dalam pukul 7 pagi kita orang dah sampai ke tv3 untuk interview malaysia hari ini (mhi) so kira macam sepanjang hari jugaklah the whole thing habis... kalau ikutkan that day, i keluar rumah pukul 5.30pagi and i reached back home around 10pm... lebih kuranglah... sebenarnya bab-bab shooting nih bukan apa sangat, letih menunggu jer... kalau ada buat something memang tak rasa sangat... so most of the time i habiskan costing dan quotations sementara tunggu shoot habis... kat bahagian atas chatbox pun i letak jugak the v-blog yang dibuat in between breaks...






anyway, tuh je lah kot yang i larat tulis setakat nih... i really need to get some rest... oh, sebelum i lupa, united community malaysia akan menganjurkan diddy paintball tournament pada 9hb ogos bersamaan dengan hari ahad... ianya terbuka hanya kepada sepuluh pasukan fc dan setiap pasukan mempunyai enam orang peserta... bayaran untuk setiap pasukan ialah rm360 atau rm60 seorang... sambil mengeratkan silaturrahim, ada banyak hadiah menarik menanti peserta dan pemenang... tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 julai nih... untuk maklumat lanjut, sila hubungi issey di 017 388 6012 atau eleza di 018 257 0720... ada jugak team artis yang akan sertai... insyaAllah... tunggggguuu...

Thursday, July 09, 2009

the one about badrul and badrul situ sana sini...

gambar ramai-ramai...

sm mesti gelak guling-guling nyer i letak tajuk blog macam kat atas tuh... sajer jer lah, lepas tengok konsert datuk siti nurhaliza kat istana budaya, i think dia sememangnya layak digelar penyanyi nombor satu malaysia dan sememangnya bertaraf antarabangsa... hampir 30 lagu dia menyanyi dan menari, langsung tak nampak mengah dan sangatlah effortless... anyway, sebenarnya ada masa i go through some pictures in my laptop, rupa-rupanya banyak lagi benda yang i nak tulis sebelum nih tertangguh... so i nak letakkan dalam satu posting supaya senang sikit tapi tak ikut turutan lah... roughly tuh tau lah tapi takut salah letak date pulak... muhahahaha...


'uncle din merawat kaki 'auntysms' yang cedera...

last sunday balik dari terengganu kita orang pergi melawat auntysms yang sakit... actually i taklah panggil dia auntysms tapi sebab semua orang dah panggil macam tuh kat internet nih, i just use her cybername lah... muhahahaa... rancangnya nak bawak anak jantan auntysms tuh ikut sama tapi dia ada banyak kerjalah pulak... so i pergi jer dengan diddy... konon-kononnya nak buat surprise tapi agaknya diaorang yang pergi sama tuh macam muz, kak h and anis dah cakap awal-awal kot kat auntysms... muhahahaha... tapi berjaya jugaklah surprised kan dia sebab i dah called nisa awal-awal tanya address and i sengaja called auntysms kat depan pintu rumah dia tapi cakap on the way, lepas habis cakap phone terus tekan loceng rumah dia... tapi tak menjadi sangat surprised tuh sebab maid dia yang bukak pintu... muhahahaha...


diddy bersama muz and anis...

sakit-sakit pun sempat jugak masak makanan yang sedap-sedap untuk kita orang makan... ada bihun goreng dan sambal udang... ada jugak rojak buah... and kemudian anis sampai bawak kuih talam and kek pisang kukus... sedap semuanya... layanlah berborak lama-lama... diddy pun sempat berkaraoke lagih menghiburkan orang yang sakit... muhahahaha... lebih kurang dua jam lebih kat sana, kami mintak diri sebab dah buat appointment pukul 7 petang nak pergi potong rambut diddy... hari nih dapat khabar auntysms dah pergi taiwan with her husband sebab ada kerja kat sana... seronok sakan berjalan...


tengah go through some quotations kat williams... kerja tetap kerja... muhahahaa...

minggu lepas jugak kak aidid ajak pergi williams kat kelana jaya sajer keluar makan-makan... keesokan tuh sebenarnya nak ke kuala terengganu flight pagi buta, tapi sebab dah beberapa kali kak aidid ajak pergi sana, so ikut jer lah... anyway, i pun dah buat appointment nak jumpa dengan riz sebab nak go through some matters with him... rupa-rupanya outing tuh nak sambut birthday yana, anak kak aidid... ramai jugak yang datang... lama giler tak jumpa dengan waiem... akhirnya dapat jejak kasih kembali... gambar-gambar tarak sebab i tak bawak kamera lah pulak... gambar-gambar nih pun ambik dari blog kak aidid pastu letak watermark sendiri... muhahahaha... of course dengan keizinan...


nasi goreng ketam yang sungguh sedap... pakai soft-shell crabs...

i kongsi-kongsi makan nasi goreng ketam... memang sedap sehingga menjilat jari... portion pulak memang besar-besar... tapi yang paling i suka kat situ ialah mango juice... sangat-sangatlah thick dan sedap... lebih pada mango puree... lepas tuh dia orang tambahkan laici lagi kat dalam tuh... dua gelas jugak i sental... muhahhahaa... ramai yang datang jugak malam tuh... zahari ada, lan, eleza, anak-anak kak aidid, waiem, lara, shidi dan lain-lain lagi... riz datang lewat sikit dengan ijam... nak tengok gambar makanan dan sambutan harijadi, sila ke blog kak aidid ya...


bunga orked yang lawa...

satu lagi yang i sangat gembira ialah bunga orked yang i tanam dah berbunga... pokok orked nih was given to me... my mom yang bagi sebab dia cakap tangan i nih panas... muhahahaha... kalau i tanam apa-apa pokok pun mesti mati... hhmmmm... tapi i dah proved dah kat my mom that the small garden kat rumah i tuh penuh dengan tumbuhan hijau (tapi i tak cakap kat dia sebelum nih memang banyak yang dah mati)... ada jugak bunga-bunga yang memang senang nak tumbuh yang my mom bagi kat i tapi semua tuh dah yilek... muhahaha... so bila orked yang my mom bagi nih berbunga, i was delighted... memang happy wok... terus ambik gambar and tunjukkan kat my mom... actually bukanlah pertama kali berbunga, tapi dah lama tak berbunga... muhahahaa...


my little garden...

my little garden pun dah lama tak terjaga... dulu i ada small water feature kat my garden nih tapi bila motor yang pump air tuh rosak after two years and i tak pergi tukar, so jadi lah terbiar... then i decided to removed everything and re-arranged it... i think it still look okay lah... sebulan sekali kena potong rumput... anyway, memang i excited giler dengan bunga orked tuh... cuma i tengah tunggu pokok yang satu lagi berbunga... orked putih... lambat nyer... i tak ambik gambar penuh kat my little garden sebab rumput tak potong lagi... muhahahaha... nantilah one of these days i will do it... nasib kat rumah ada two maids yang i panggil every month untuk bersihkan rumah... kalau tidak, rumah i pun senasib dengan my little garden... muhahahaha...


bergambar dengan team murai lepas makan ... tunggu nak makan kek jer... muhahaha...

a few weeks ago, team murai bawak kudsia, abang lan and myself for a special appreciation dinner... thai food yang sangat sedap... i nak cakap kat mana pun i tak sure sebab i tak tau macam mana nak pergi that area... tapi seriously makanannya semua sedap-sedap belaka... appreciation dinner nih adalah untuk meraikan kejayaan blog kami di murai dan untuk meraikan abang lan yang ambik gambar untuk blog murai sempena akademi fantasia tujuh... seronok giler dapat jumpa kawan-kawan semua... insyaAllah kalau takda aral melintang, starting august, i akan ada project baru bersama murai... tuh kena tunggu lah... insyaAllah kalau ada rezeki... thank you team murai kerana beri peluang pada kami untuk menulis di sana...


sm, ning and myself... picture courtesy of ning baizura... muhahahaa...

couple of weeks back jugak i jumpa dengan ning baizura... dah lama tak berbual dengan dia... so bila dapat bertemu, there were so many things to catch up... anyway, i dah buat satu proposal secara lisan and memang ada persetujuan secara lisan tapi takda black and white confirmation lagih... inyaAllah kalau ada rezeki mungkin dapat bekerjasama dalam satu project yang besar... anyway, gambar nih diambil from her camera and dia insisted that i kena mention it in my blog... talk about ownership... muhahahaha... tapi i letak jugak my watermark... senang sikit sebab keluar kat my blog... okay, itu jer lah serba sedikit yang i sempat edit gambar... nantilah bila ada gambar-gambar lain lagi i akan letak... now nak get ready to go out... nak jemput diddy to the clinique launch at sogo pukul 3 petang nanti...

Wednesday, July 08, 2009

the one about badrul and jelma 2 dah menjelma...

diddy hirdy and norman hakim...

i'm a bit feverish... tapi lepas makan ubat, rasa macam kurang sikit... petang tadi lepas balik dari contract signing, i memang tidur kejap-kejap... badan memang rasa panas, so kadangkala terlelap terjaga terlelap terjaga... the whole day jugak i tak makan apa-apa except for a cup of nestum and minum air kosong jer... so bangun lewat petang tadik i decided to cook something yang simple... i buat bubur, ayam masak kicap and goreng ikan terubuk masin... my mouth memang rasa pahit so sebab tuh lah i masak something yang ada taste sikit (read: masin) just nak counter rasa pahit dalam mulut... i felt much better lepas makan bubur and makan ubat...

pelancaran jelma 2...

ingat tadik nak tidur awal tapi lepas baring kat my bed, mata pulak segar bugar... so i decided to write this posting lah... nanti dah lama-lama macam dah basi lah pulak cerita yang nak ditulis kan... memang macam i cakap, i'm going to be very busy this month... so mungkin tak dapat banyak peluang nak berborak-borak kat chatbox or even nak update blog sekerap selalu... even today pun tadik ada orang called nak mintak diddy buat show on the 19th of july kat melaka... lepas fikir-fikir and discussed dengan diddy we decided to take the job... so maknanya, bila balik dari terengganu on the 18th tuh we have to drive straight to melaka... stay over night and buat show on the 19th... bukan tamak, tapi memandangkan bulan puasa dah dekat, we need as much income as possible so that bulan puasa tak payah nak ambik banyak shows and diddy boleh berehat lama sikit... anyway, tunggu jer lah confirmation nanti kalau ada rezeki, insyaAllah...

antara barisan pelakon bersama pengarah dan boss besar gua...

okay, back to the story mory yang i nak cerita nih... last wednesday ada pelancaran dan press conference untuk jelma 2 yang dibuat di mont kiara... jelma 2 adalah drama online yang ditayangkan di gua.com.my dan merupakan kesinambungan pada jelma yang pertama... macam yang i dah cakapkan sebelum nih, jelma adalah drama online yang dapat rating paling tinggi apabila mencecah 1.2juta hits ketika disiarkan dulu... and to think that jelma 2 nih lagi menakutkan daripada jelma yang pertama, i think mungkin lebih ramai yang akan menontonnya... dalam drama jelma 2 nih diddy berlakon sebagai ustaz hafiz...

antara pelakon jelma 2...


diddy bersama pelakon cilik, naim, and boss besar gua.com.my, m.zul...

jelma 2 dah mula ditayangkan di gua.com.my bermula hari isnin... tiga episode akan ditayangkan setiap minggu iaitu pada hari isnin, rabu dan jumaat... yang best nya, walaupun kita mungkin ketinggalan nak tengok episode awal, we still can watch it sebab dia online kan... so boleh click jer kat episode-episode terdahulu... i'm actually excited to watch it myself... hari tuh masa kat press conference tuh dorang dah tontonkan pada kita dua episode yang pertama and i thought it was quite menakutkan... i nih bukan lah peminat cerita-cerita horror, tapi since diddy berlakon sama, i have to give my support by watching it lah kan... muhahahaha...

diddy at mhi with sofea, norman hakim and shah shamshiri from gua...

early this week on monday diddy ada temuramah di malaysia hari ini (mhi) bersama dengan sofea, penulis skrip untuk cerita jelma dan juga norman hakim untuk mempromosikan drama online jelma 2... insyaAllah ada beberapa lagi siri promosi yang diddy akan ikuti... anyway, if you are a big fan of horror movie or drama, jangan lupa ikuti drama online jelma 2... i think you will enjoy it especially lakonan pelakon cilik, naim, tuh memang sangat bagus... just click on gua.com.my

Sunday, July 05, 2009

the one about badrul and another busy week ahead...


updated (7 july '09)

busy means happy... betul ker? i guess untuk orang yang bekerja in my line of work, mungkin betul kot... so i think i tak dapat nak update blog panjang lebar buat sementara waktu nih... insyaAllah bila time permits nanti i akan tulis banyak cerita sikit... balik dari terengganu pun dah tak cukup tidur.. errr, berborak punya pasal lah actually... muhahahaa... tapi takpa, seronok... and now this coming week another minggu yang agak sibuk jugak... so yes, dari hari isnin sampai ahad depan, jadual diddy dah penuh...

diddy and dina...


aesar, baki, azizi, dina and diddy at autograph session...

tomorrow morning (early in the morning) diddy akan berada di malaysia hari ini (mhi) kat tv3 around 8am... interview nih untuk promote the online drama on gua.com titled 'jelma 2' yang akan start disiarkan mulai esok... jangan lupa tonton kat gua.com ya... then lepas tuh kita akan terus ke bukit jelutong, shah alam untuk shooting tiga video clips for mtv balada yang akan disiarkan di rtm interactive channel... i think shooting tuh akan habis sampai awal pagi esoknya... tuesday we are going to sign the new contract for diddy as digi superstar for the second year... best nya!!! on wednesday diddy ada photoshoot... nasib baik jugak start pukul 3 petang... on thursday pulak diddy ada clinique launch at sogo... itu pun around 3 pm jugak... and on friday, we are flying again to kuala terengganu... kali nih untuk pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh digi... diddy will be on of the judges and also will be performing... on saturday pulak diddy will be performing at yoyooh blogger awards night... so memang penuh jadual diddy this week...


ada shuffle jugak... inc, taknak join? muhahahha...


diddy and azizi from digi superstars...

okay lah... itu jer i nak tulis setakat nih... i want to sleep early tonight... gambar pun tak edit langsung lagi except yang satu nih... muhahahhaa... nih gambar diddy terkejut sebab 'tertangkap' dia tengah nak makan aiskrim... muhahahaha... oh ya lupa pulak, diddy dah potong rambut baru kejap tadik... so kalau sesiapa yang tengok mhi esok, boleh tengok lah gaya baru diddy... goodnight...

balik terengganu i takkan miss makan nasi dagang... yum! yum!

okay, sambung balik this post... sekarang nih tengah demam sikit... memang terlalu letih kot... and tak cukup tidur... memang tak cukup tidur... masa kat terengganu langsung tak tidur sebab borak-borak dengan allan, baki and dina sampai lah pagi terus mandi and bersiap nak pergi airport... then petang ahad kita orang pergi melawat auntysms yang tak berapa sihat... nantilah i letak gambar-gambar yang tuh pulak...

baki zainal from 8tv melayan ribuan peminat yang datang...

memang penat sepenat alam... balik dari terengganu pun i macam terlelap sekejap-sekejap depan tv... orang called and sms masuk pun i macam mamai jer tak angkat... muhahahaha... dah tua-tua nih memang dah tak larat dah kot kalau tak tidur lebih dari 24 jam... on monday tuh dari pagi sampailah ke malam... i think around 5am i dah bangun dah nak keluar rumah by 5.30am... pergi ambik diddy around 6.30am and to reach tv3 around 7am... interview kat malaysia hari ini (mhi) to promote 'jelma 2'... lepas tuh drive ke bukit jelutong, shah alam, untuk shooting pulak untuk mtv balada tuh... ffuhh, memang penat giler...

diddy menyanyi tiga lagu... saat, biar diddy sambung and lagu wajib - hilang...


finale... standing in the eyes of the world...

anyway, i letakkan clip diddy yang sajer i ambik masa shooting mtv tuh kat atas chatbox tuh... i think from now on i nak start buat video blogging or v-blog... letak apa jer promotions sapa-sapa artis yang nak promote anything... and of course, the most important thing is to do v-blog for diddy...