Bidadari Hati

Friday, August 15, 2008

the one about badrul and diddy fc bowling tournament (part two) - short updates and team pictures...

selamat datang ke diddy fc bowling tournament...

sambungan...

so keluar jer dari bilik tuh, i tetapkan diri sedaya upaya untuk senyum... for my sake,for diddy's sake,for the sake of people who work very very hard to give the best to everyone... keluar kat meja depan, terus nampak goodie bags digi tuh yang tulis ceriakan hari anda... muhahaha... it takes the yellow man to make me smile... lepas tuh satu demi satu team datang untuk register... terharu dan seronok melihat mereka sama-sama datang untuk memeriahkan diddy fc bowling tournament... ada team dari fc yang i memang dah kenal lama... ada jugak orang baru yang belum pernah jumpa sebelum nih... tapi nampak meriah kerana masing-masing datang and pakai jersey or t-shirt fc masing-masing... paling kurang, pakai warna team masing-masing... riz fc, da vom, saida fc, farah fc, nonny fc,dafi fc, diddy fc, ebi fc, nubhan fc dan ramai lagih... nampak sungguh meriah...







i like the way diddy handled himself... takpayah nak cakap apa-apa dan tak payah nak suruh apa-apa, he seems to know what to do... dia tolong jaga meja pendaftaran, sambut fc datang, berikan goodiebags, bergambar dan macam-macam lagih... it makes me feel so proud to see that he is totally different person than two years ago where he was to shy even to talk to his fans... sekarang dah pandai buat joke dan a bit playful, macam any youngsters should be... and at 22 years old *he will be 23 in october* dia ada kelebihan in both worlds... boleh nampak mature and boleh nampak teenager... anyway, back to the tournament... farish arrives to be the host for the event... thank you so much farish and you've done a great job! kesian jugak dia baru balik dari shooting...






and i love the sound-system and the sound engineer, my friend sashi... best giler! tapi nanti i cerita panjang lebar in the next posting bila i letak gambar-gambar performances... anyway, macam i bagitau sebelum nih, everyone dapat a few goodiebags... dalam beg bhpetrol, they received pen, kitchen towel and breakfast, and in digi goodiebags diaorang dapat notebooks, dvd pouch, t-shirt digi superstars, namecard holder, cd, cash voucher from bookbinders and cash voucher from murahdotcom... they also dapat satu goodiebags berisi magazines for each team sumbangan media hiburan as the official magazine... lepas tuh pulak setiap seorang akan dapat cenderahati dari diddy fc yang disampaikan sendiri oleh diddy dari setiap lane ke setiap lane...



tiga gambar di atas adalah nyanyian lagu national anthem negara tukolutaktesi macam lagu hitler sikit... muhahaha...

i know there are lots and lots of pictures and mungkin akan ambik masa yang lama for you to load this page, tapi banyak-banyakkan bersabar ya... i'm trying to upload as much pictures as possible to share with everyone yang datang hari tuh...
















































bersambung...
next week - perlawanan bowling, performances, penyampaian hadiah...

Wednesday, August 13, 2008

the one about badrul and diddy fc bowling tournament (part one) - pre and post...

diddy hari sabtu kat show in shah alam before pergi the summit...


disebabkan gambar belum dapat lagih daripada pihak photographer, terpaksalah buat part one and part two... actually, today baru dapat sedikit tenaga balik... memang hectic giler my schedules for the past week... lets start from last thursday lah senang sikit lepas i updated my blog... on thursday diddy ada show kat universiti malaya... asalnya, i rancang untuk keluar awal sikit so i can collect some of barangan yang disediakan oleh pihak sponsors... show dijadualkan pukul 5.30petang so i jemput diddy pukul 3.30petang dengan perancangan nak collect cash vouchers from bookbinders and cds from sonybmg since both tuh dekat dengan ampang... nak dijadikan cerita hujan selebat-lebat alam... jalan terus jam teruk... terus i cancel nak collect barang and drive terus pergi universiti malaya... it took us two solid hours in the jam... memang nak termuntah...

so hari jumaat pulak i ada dua voice-over job kat astro... from there terus pergi midvalley untuk collect product yang disponsor oleh clinique... dari midvalley pergi pulak ke jalan ampang untuk ambil cd kat sonybmg... memang jam tapi i dah tekad nak habiskan semuanya sebelum pukul 5 petang... maklumlah kalau hari jumaat tahu-tahu ajerlah bila dah petang mesti jalan teruk jam... kalau hujan alamat boleh pitam dalam kereta... habis collect cd dari sonybmg, terus pergi jalan pekeliling nak ker persatuan akademi industri muzik (aim) jugak nak collect cd... tersesat jugaklah sebab usually diddy yang drive kereta and i duduk kat sebelah jer... hari tuh i kena buat sendiri semuanya... since dah ada kat sana, i singgah kejap kat suria fm untuk collect cheque... rancang nak jumpa sonia to collect the cash vouchers tapi hari dah makin petang, i decided to go back... lagi pun mesti orang semua nak balik awal nak tengok pembukaan rasmi sukan olimpik...

hari sabtu pulak diddy ada show kat shah alam... early in the morning i balik my mom's place to change cars... kena angkut barang banyak so i borrowed my dad's car... walaupun dah banyak kali kena nasihat doctor, i have to angkut barang jugak...i had no choice... takkan lah i nak suruh my dad or my mom pulak angkut... ada lebih kurang 12 buah kotak besar nak kena angkat masuk kereta dan dan nak kena susun... macam nak patah rasanya pinggang... tak sampai sepuluh minit i dah kena makan painkiller... giler sakit... tapi nak buat macam mana, terus rush pergi jemput diddy and at the same time jumpa sonia to collect the cash vouchers... masa tuh berdiri salah duduk pun salah sebab dah sakit sangat... painkiller pun macam dah tak jalan dah... habis sajer show kat shah alam terus drive pergi the summit sebab memang dah berjanji untuk susun goodie bags ramai-ramai kat sana... nak dijadikan cerita, lift pulak macam haprak so terpaksalah menapak naik tangga... dahlah parking kereta kat b3 paling bawah sekali... kemudian arin, hezz dan inc sampai so kita turun bawah angkat barang... kesian jugak kat inc and arin sebab kena menapak... but seriously memang banyak giler barang-barang untuk goodie bags...

then kita orang start dulu apa yang patut... susun-susun barang... semua orang bekerja dengan tekun... lepas tuh wawa sampai... then adyaa and her sister and intan pun sampai jugak untuk tolong-tolong... dalam masa susun-susun barang nih ada sorang makcik nih yang i tak kenal pun tapi dia merupakan contact tre untuk buat this tournament... dahlah lebih sudu dari kuah, boleh pulak dia sound team kitaorang yang tengah buat kerja nih cakap "tak mesra alam lah dia orang nih!" hallooooo, yang kau sibuk nak berbual kosong yang entah apa-apa entah tuh masa orang tengah buat kerja apa hal?!? lepas tuh expect kita layan dia macam queen of england... masa nih i dah panas hati tapi i buat tak layan jer lah... diddy pun dah pandang i semacam jer sebab dia tahu perangai i yang memang akan bantai jer kalau tak puas hati... tambahan pulak dengan orang-orang yang bekerja kat tempat bowling tuh macam orang dari ulu mana datangnya tak pernah tengok goodie bags... bukan semua, tapi ada sorang dua tuh... datang sorang nak belek benda nih, datang sorang nak korek benda tuh... lepas tuh sibuk nak mintak barang-barang free... tension betul!

lepas tuh team bhpetrol yang tolong sama membantu pertandingan bowling diddy fc sampai and kita orang semua sambung balik kerja susun goodie bags... semua orang sibuk buat kerja and semua macam berjalan dengan lancar sampailah tre and aqua tiba... kesian sungguh kat diaorang sebab terpaksa berkejar-kejar balik dari melaka sebab ada wedding kat sana, lepas tuh terus kena datang bowling alley... makcik yang sungguh tak sopan tuh terus mengadu dekat tre pasal kononnya kitaorang tak mesra... lepas tuh bawak mulut kat orang-orang yang kerja kat bowling alley tuh pulak... i was really upset masa tuh bila tre cakap that orang kat bowling alley nak charge makanan seringgit sekepala... tambahan pulak ada sorang mamat nih cakap kurang hajar dengan i pasal sound system dan sebagainya... i terus cakap dekat tre kalau diaorang nak charge jugak, i want to cancel the tournament and i will pay back everyone their money... orang melayu memang macam nih...hairan betul! dalam perjanjian lain, lepas tuh sebab tengok barangan goodie bags bagus, ingat kita ada duit terus nak charge mahal-mahal... macam ce**ka kan! sorry kena sensor sebab aiman pun baca blog nih! dah lah tengah penat, badan sakit-sakit, ada pulak yang nak ambik kesempatan... on the way hantar diddy balik, dia dah bising-bising sebab i cakap tinggi suara dengan tre... sorry tre, i tak marahkan you ya... i marahkan makcik yang penghasut tuh... tapi you pulak jadi mangsa tempat luahkan rasa marah... sorry sangat-sangat... sampai rumah, siapkan baju diddy untuk tournament, terus telan painkiller...

i teringat balik beberapa kali i dan komuniti diddy meeting tentang bowling tournament nih... even though ada suggestion from a few people that duit lebihan bowling nih kita gunakan untuk majlis lain bersama diddy, i was against it... i tak mahu ambik satu sen pun dari duit nih untuk kegunaan lain... i told them to use every single sen untuk bagi balik to those yang join the tournament... but at the same time i taknak siapa-siapa guna duit sendiri... tapi i tahu ada jugak antara mereka yang guna duit sendiri tapi taknak cakap dekat i... the reason, sebab ada team yang tarik diri disaat-saat akhir, which i think sangat kurang sopan... kesian dekat tre... beberapa kali i cakap kat dia supaya collect duit yuran, tapi orang nih mintak tangguh sebab belum gaji, orang tuh mintak tangguh sebab belum jumpa teammates dan macam-macam alasan lagih... sedangkan we need the money to pay for the trophies, food, sewa lanes dan macam-macam lagih... but tre being such a nice person as she is, senyum jer... kalau kena dengan adik dia si aqua tuh memang dah kena sembur dah... muhaha...

flashback to a couple of months ago, bila tre sms i tanya "abang bad, okay tak kalau kita buat bowling untuk diddy fc?" masa tuh i was a little skeptical... maklumlah masa dulu-dulu pun ada jugak people from yahoo group nak buat sambutan birthday untuk diddy tapi plan punya plan tinggal plan jer... i jugak yang tertonggang tonggek sorang diri buat semuanya and instead buat untuk fans, just buat dengan family and friends jer... tuh pun jenuh jugak nak cari tempat, sponsors dan sebagainya... maklumlah masa tuh pun i kerja sepenuh masa... i cuma reply "okay kot"... then after a few weeks she sent another sms "kalau buat 10 ogos okay tak?" it took me awhile to confirm with her sebab i memang takut tak jalan... tapi lepas i berikan persetujuan dan semuanya bersungguh-sungguh nak buat, baru i start cari sponsors... hantar email kat orang tuh and orang nih... some, i have to twist their arms... muhahaha... semuanya berjalan dengan lancar but the night before the event... gara-gara makcik sorang tuh... seriously!!!

i woke up very early on the day of the event... 5.00am to be exact! ada banyak barang lagih nak packing and i have to go and pick diddy up by 7am... thank god the night before i pinjam trolley yang hezz ambik dari office dia untuk bawak balik... the pain on my back was killing me... tapi i know i takleh tunjukkan kat siapa-siapa... diaorang semua kerja lagi keras pada i... jemput diddy and terus drive pergi the summit... when i saw the bunting yang wawa design dah diletakkan di dinding, hati rasa sejuk... i was the most beautiful sight of the day... memang lawa sangat and i was so proud of it... then barang-barang lain start sampai... breakfast, goodie bags from bhpetrol, and other stuff... tapi tengah-tengah hati rasa berbunga, tiba-tiba i tengok diaorang packing goodiebags bhpetrol letak dalam goodiebags digi... terus i tanya arin kenapa buat macam tuh... and her explaination was makcik penyibuk tuh suruh sebab takut susah orang nak bawak... heellllloooooo!!!! engkau siapa nak sibuk-sibuk nih!!! i terus panggil tre and suruh keluarkan balik goodie bags bhpetrol tuh and put it on its own... bayangkan sponsor dah bagi barangan diaorang and you put it in another bag, tentulah diaorang marahkan... and apahal pulak makcik yang takda kena mengena nih begitu sibuk sekali?!? bila i masuk bilik tempat simpan barang tuhsekali lagi diddy tegur i kenapa tegas sangat dengan tre... kesian kat tre sampai berkerut-kerut muka... sekali lagih i want to say sorry to tre... i should have sembur jer that makcik... punyalah lama kitaorang plan buat bowling tournament nih and semuanya in happy occasions, tiba-tiba on the last day ada makcik yang penyibuk memporak-porandakan semua... memang nak kena lempang! tapi bila dah kena tegur dengan diddy, i promise myself to stay calm at least sampai the event habis... nak tahu lagih apa makcik nih buat?!? tunggggguuuuuu...

bersambung...

Sunday, August 10, 2008

the one about badrul and zzzzzzzz... err, i mean tired... zzzzzz...

i'm so tired...

very tired...

seriously tired...

i want to sleep...

badan sakit-sakit everywhere...

i woke up at 6.00am on sunday... i reached home at 7pm...

i berdiri the whole day...

i hope you guys seronok today at the diddy fc bowling tournament...

will put up some pictures soon when i get it from the photographer...

thank you all...

thank you komuniti diddy...

thank you sponsors...

thank you farah, mark, farah asyikin...

thank you so much farish...

thank youzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

Wednesday, August 06, 2008

the one about badrul and diddy fc bowling tournament (updated)...

diddy fc bowling tournament 2008...

hari nih separuh hari ada kat tugu negara... ada photoshoot diddy with iqram and winnie kok untuk cover b*pop berita minggu... sepatutnya the shooting was yesterday tapi sebab pakaian seragamnya belum dapat, terpaksa tangguh hingga today... i can't really remember when was the last time i datang tugu negara... still impressive! kesian jugak i tengok diddy terkial-kial nak belajar tabik dan sebagainya... itulah, sapa suruh masa sekolah dulu tak masuk pasukan seragam... pancaragam ker, pengakap ker, bulan sabit merah ker... muhahaha... at least dapat jugak belajar tabik, kawad dan lain-lain...

okay, i nak tulis sikit pasal bowling this coming sunday... excited jugak nih... anyway, i nak ambik kesempatan nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang bertungkus lumus untuk mengadakan pertandingan bowling nih... seriously, this is the first time ever diddy ada buat apa-apa aktiviti bersama peminat... the first time dulu pun untuk birthday dia it was just for family and friends... so to tre, arin, hezz, inc, linda, sham, maya, aqua, kiera, wawa dan yang lain-lain, terima kasih ikhlas dari hati kerana sudi meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk buat this project... you guys are superb! terima kasih juga untuk team dari BHPetrol yang akan turut sama membantu melancarkan pertandingan bowling nanti... juga masa yang mereka luangkan untuk membuat persediaan awal... as promise, i nak tulis jugak about hadiah-hadiah yang akan dibawa pulang oleh para peserta... this is also a way for me to say thank you kepada semua penaja-penaja yang sudi menghulurkan penajaan kepada para peserta yang terlibat...

1. goodie bags...
setiap seorang akan dapat tiga items yang berlainan...

gambar hiasan...

1.1 - khas untuk peserta pertandingan bowling diddy fc, setiap seorang akan menerima goodie bag daripada BHPetrol... di dalam goodie bag BHPetrol terdapat kitchen towel, pen, mineral water dan breakfast... *maaf, gambar takda sebab semuanya ada pada komuniti diddy* di dalamnya juga terdapat cash voucher bernilai rm25 tajaan Bookbinders, one of the high-ends stationaries shops... selain daripada itu terdapat juga cash voucher bernilai rm10 tajaan murahdotcom - value for your money, quality as you need... kedai murahdotcom adalah kedai kepunyaan diddy dan adik beradiknya...

digi superstars goodies...

1.2 - selain itu, anda juga akan menerima goodie bag DiGi Superstars... di dalam goodie bag DiGi Superstars anda akan mendapat sehelai t-shirt DiGi Superstars, notebook, dvd pouch dan namecard holder... anda juga akan mendapat sekeping cakera padat sumbangan emi / sonybmg / akademi industri muzik...

majalah-majalah tajaan karangkraf...

1.3 - setiap satu pasukan akan menerima satu goodie bag yang berisi majalah-majalah keluaran karangkraf... goodie bag ini ditaja oleh media hiburan selaku majalah rasmi untuk diddy fc bowling tournament..

ikhlas dari diddy fc...

1.4 - setiap seorang peserta juga akan mendapat cenderahati daripada diddy fc berupa sebiji mug dan sehelai face towel... juga sekeping postcard diddy yang ditaja oleh sultanmuzaffar, yang dibungkus di dalam bakul kecil yang cantik... and all of these hanya dengan menjadi seorang peserta... you get more than you're bargain for...

genting kota keriangan...

2. hadiah utama...
untuk hadiah pertandingan bowling pula...

2.1 - juara akan membawa pulang trophy setiap seorang... mereka juga akan menerima sebuah hamper setiap seorang... selain dari itu, setiap perserta di dalam pasukan juara akan menerima tiga keping ticket ke taman tema genting highlands berharga rm60 setiap satu, menjadikan jumlah kesemua untuk satu team adalah rm720.00... tiket-tiket ini adalah tajaan genting berhad...

2.2 - naib juara akan membawa pulang trophy setiap seorang beserta hamper juga untuk setiap seorang... juga dua tiket taman tema genting highlands untuk setiap seorang menjadikan jumlah kesemua tiket bernilai rm480.00 sumbangan genting berhad...

2.3 - tempat ketiga juga akan membawa pulang trophy pertandingan beserta hamper untuk setiap seorang dan sekeping tiket ke taman tema genting setiap seorang, menjadikan nilai tiket berharga rm240.00...

2.4 - tempat keempat dan kelima akan menerima sebuah plaque dan sebuah hamper untuk setiap orang pemain... tempat keenam hingga kesepuluh akan membawa pulang sebuah hamper untuk setiap pasukan... untuk pemain terbaik lelaki dan wanita pula akan membawa pulang sebuah bag dan sebuah tumbler tajaan f-tersix dan BHPetrol... untuk raja dan ratu longkang pula akan membawa pulang sebuah hamper...

3. hadiah sampingan...
selain daripada hadiah utama, kami juga menyediakan hadiah-hadiah sampingan untuk dimenangi... but please remember, this is for good fun... jangan pula ada yang kecil hati kerana tak dapat pulang dengan hadiah... and i need to say this, keputusan adalah muktamad... muhahahaa... sound so seriouslah pulak...

from astro...

3.1 - team macam-macam ada...
untuk hadiah team macam-macam ada, kami akan memilih team yang paling unik, tak kiralah dari segi cara balingan ataupun gaya pesertanya... untuk team macam-macam ada, anda akan mendapat hadiah sumbangan daripada astro berupa t-shirt, pen, cap espn, note book dan thumb-drive...

from hot fm...

3.2 - team paling hangat...
team paling hangat pula akan dihadiahkan kepada team yang paling cantik atau unik atau hebat berpakaian... macam kira team pakaian tercantiklah tapi cantik tuh very subjective... hadiah team paling hangat disumbangkan oleh hot fm dan anda akan menerima sehelai t-shirt, notebook, sling bag, key-chain, gelung tangan dan macam-macam lagih... muhahaha, ada benda yang i tak reti nak sebut pun...

from suria fm...

3.3 - team paling rancak...
untuk pasukan yang mempunyai gaya sorakan *cheer* yang paling best, ataupun untuk team yang paling kuat sorakannya sepanjang perlawanan... tapi sorakan tuh janganlah pulak sampai mengganggu team lawan... setiap seorang di dalam team tersebut akan menerima hadiah sumbangan suria fm berupa dua helai t-shirt, dua pen dan dua notebook...

from radio era...

3.4 - team paling terkini...
team paling terkini akan dihadiahkan kepada pasukan yang salah seorang pemainnya merupakan pemain pertama mendapat jatuhan pin 200 dan keatas untuk satu permainan... jika ada lebih daripada satu pasukan, peserta yang mendapat jumlah pin tertinggi akan memenangi hadiah ini untuk pasukannya... hadiah team paling terkini disumbangkan oleh radio era dan anda akan menerima dua helai t-shirt dengan logo terbaru era, minuman dalam tin, gelang persahabatan, toothpaste dan car sticker... anda mungkin menjadi antara orang yang pertama memiliki t-shirt yang mempunyai logo baru radio era...

from murahdotcom...

3.5 - team bersama artis...
untuk team yang mempunyai artis turut serta bermain bowling, setiap seorang daripada anda akan menerima hadiah sumbangan murahdotcom berupa sebuah beg mengkuang, sebuah teddy bear dan sebuah frame gambar exclusive... tetapi, untuk makluman, hanya pasukan yang diwakili oleh artis tersebut sahaja akan mendapat hadiah ini... i know that some of the fc hantar sampai dua tiga team, and it sounded not fair, tapi i can't give it to all... contohnya kalau diddy fc hantar tiga team, this prize will only go to one team yang diddy bermain di dalamnya... kalau tak, bankraplah... muhahahaha... another note is that, penyertaan artis di dalam pasukan anda haruslah di confirmkan sebelum atau pada hari jumaat... team yang melanggar peraturan nih takkan dapat hadiah... wah, garangnya... muhahahaha...

from f-tersix...

4. lucky draws...
ada beberapa hadiah kecil untuk lucky draws akan dijalankan... hadiah besar-besar kena tunggu gathering diddy nanti... hadiah barangan untuk lucky draw disumbangkan oleh f-tersix berupa barangan elektrik seperti kipas, rice-cooker, dvd player, cordless jug dan barangan lainnya seperti exercise ball, flask, dapur gas dan lain-lain... kecil-kecilan sajer... semua peserta layak untuk menyertai lucky draw, tetapi jika anda pulang awal, hadiah akan dibuat cabutan semula... and that's the rules...

diddy will be performing... insyaAllah...

5. host dan persembahan...
insyaAllah diddy akan membuat persembahan untuk beberapa buah lagu and jika ada artis yang sudi, bawaklah minus-one... i actually invited beberapa orang artis untuk sama-sama buat persembahan but till to-date belum dapat confirmation lagih... hopefully i will get the confirmation in the next few days... diddy fc bowling tournament nih juga akan dihostkan oleh seorang pengacara / pelakon remaja terkenal...

majalah rasmi - media hiburan...

6. media...
kita juga menjemput beberapa media cetak dan media elektronik untuk membuat liputan... kalau datang, syukur alhamdulillah... tapi pada masa yang sama, media hiburan telah sudi untuk menjadi majalah rasmi kepada diddy fc bowling tournament nih... insyaAllah juga akan ada beberapa hadiah yang akan ditaja oleh pihak media hiburan...

album diddy with four exclusive postcards...

7. jualan album diddy...
kami juga akan membuat jualan album diddy at discounted rate... album diddy akan dijual pada harga rm25 sahaja dan setiap rm5 jualan setiap album akan didermakan untuk tabung anak yatim... anda juga akan mendapat 4 postcard exclusive diddy dengan setiap pembelian album... postcard nih juga dijual pada harga rm1 setiap satu dan 30sen daripada jualan tersebut juga akan didermakan pada tabung anak yatim...

gambar hiasan semata-mata... jangan nak ngada-ngada... muhahaha...

8. jamuan ringan...
pihak komuniti diddy juga turut menyediakan sedikit hidangan untuk para peserta... setiap peserta akan mendapat nasi lemak dan mineral water untuk sarapan pagi... dan di sebelah tengaharinya pula kami menyediakan makanan ringan berupa hotdog daripada a&w serta sandwich...

from clinique...

9. lain-lain...
on behalf of diddy and komuniti diddy, i nak ucapkan jutaan terima kasih kepada artis-artis yang sudi meluangkan masa untuk memeriahkan lagi pertandingan bowling nih... so untuk artis-artis yang hadir, pihak clinique telah sudi untuk menyediakan sedikit cenderati sebagai tanda terima kasih...

let us all have fun... this is the time kita nak kenal antara satu sama lain daripada fc yang berbeza... this is the time kita nak tunjukkan bahawa fc kita semuanya bersatu dan tidak ada perasaan dengki antara satu sama lain... this is the time kita tunjukkan rasa hormat kepada orang lain yang meminati artis lainnya dan mereka juga berhak untuk meminati lebih daripada seorang artis... tinggalkan perasaan benci kat rumah and bawaklah perasaan sayang... put aside your differences and jom kita happy-happy!

Sunday, August 03, 2008

the one about badrul and a little veges would not hurt...

broccoli dengan udang...

i masa kecik-kecik *bukan saiz badan tapi umur* jenis yang tak makan sayur... jenuh my mom pujuk and try macam-macam tapi memang i susah nak makan... not just sayur, tapi kalau ada bawang yang jenis hiris-hiris dalam masakan pun i susah nak terima... i remembered my mom kalau nak buat cekodok bawang tuh siap kena grated bawang tuh... seriously pakai yang macam pengasah tuh... ada masa dia tumbuk lumat-lumat... memang susahlah kalau nak suruh i makan sayur... even kalau dia masak untuk the whole family pun contohnya macam bihun goreng, she will put aside some for me before dia masukkan taugeh or sawi... memang teruk jugak... even sekarang nih pun i masih pilih jugak the type of vegetables yang i makan and tak makan... i only eat beansprouts kalau i sendiri yang masak... kalau orang lain masak letak dalam mee ker atau bihun, i akan pilih satu-satu letak tepi... i don't know why... sekarang nih i boleh cakap i dah boleh accept more than five types of vegetables... but i still hate parsleys or daun sup... yang tuh memang i takleh makan langsung... kalau i pergi makan kat kedai, the first thing i akan cakap when i order my food "jangan letak ye daun hias-hias kat atas makanan tuh..." sebab tuh i jarang makan tomyam or makanan berkuah lainnya kat kedai...

last week memang minggu sibuk sesibuk-sibuknya... in fact this coming week pun... macam last week on monday diddy ada photoshoot with majalah mangga untuk hari raya together with farawaheeda... cantik jugak warna baju melayu yang diaorang sediakan... on tuesday we went to suria fm untuk hantar single terbaru diddy titled 'genggam'... sempat jugak berborak-borak dengan julia, engku emran and abang subi yang baru beberapa minggu masuk suria fm... at the same time nak collect some goodie bags from suria fm for diddy fc bowling tournament this coming sunday... kejap, kejap, nak lari cerita sikit... at the same time i nampak teh botol ada tiga kotak dalam bilik abang subi... teh botol nih memang my favourite every time kalau pergi mana-mana kat indonesia tak kiralah bali ker or bandung... dengan muka tak malu i terus mintak... abang subi cakap yang tuh kc ismail punya, kalau nak kena mintak dengan dia... i apa lagih, terus called kc and dia cakap okay terus angkut balik... muahahhaa... okay, back to my kononnya busy week tuh, on wednesday i had a meeting with komuniti diddy pasal bowling tournament which getting bigger and bigger sampai i pun naik takut... i will do a posting on bowling later this week... on thursday pulak collect goodie bags from astro jugak for the bowling tournament and had dinner with jolyn which i will elaborate in the next para... on friday ada show kat universiti putra malaysia for digi d campus uni-tour... on saturday morning we drove to kuantan to perform and beramah mesra at hot fm booth for jom heboh di kuantan, pahang... at the same time collect goodie bags from hot fm... sunday afternoon after diddy's appearance, drive balik ke kuala lumpur... tomorrow diddy ada photoshoot with b*pop berita minggu at tugu negara in the afternoon... okaylah, this week punya schedule nantilah i cerita posting lain pulak... panjang berjela jadinya...

never over-cooked your veges...

sekarang nih i nak jumpa jolyn memang susah... either i yang sibuk or she yang sibuk... tapi i rasa dia lagih sibuk dari i kot... balik kerja pun selalu lewat... kalau tak pukul sembilan malam, memang tak sah... in fact dah beberapa kali our dinner postponed sebab dia ada something on... so on thursday tuh i decided to cook for dinner... tuh pun janji by 7pm tapi pukul 8 malam baru balik rumah... i went to her place and cooked something simple, the chicken kung pao and broccoli with prawns... seronok jugak makan sambil catch up on the good old days... this coming wednesday pun i'm going to cook for her again... dulu memang plan macam nak buat ritual lah makan dinner sama-sama tapi macam tak berapa nak menjadi pulak sebab kalau weekdays dia sibuk, i pulak selalu sibuk during the weekends... i bagi dia satu kotak besar teh botol because i know it's her favourite... boleh minum sampai kembung... muhahahah...

anyway, i nak sentuh sikit pasal bowling tournament this coming sunday... siapa-siapa yang ambik bahagian, i can honestly tell you that you will get lots and lots of goodies... there are also other prizes to be won... ada lucky draws barang-barang elektrik and other stuff... and ada few categories yang kita orang akan buat yang mungkin tak diberitahu sebelum nih... nanti ada team paling hangat, team paling rancak, team macam-macam ada dan lain lain lagih... team yang ada artis turut serta pun akan dapat hadiah jugak... and ada persembahan jugak... if you read this, please notify your friends yang ambik bahagian... and if you are free on that sunday, come and join the fun... tak main pun takpa, just have fun on sunday... tuh pun if you are free lah... by wednesday kot i will be able to do posting on prizes and apa yang disponsor oleh sponsor-sponsor... okay... badan dah letih-letih driving the whole day... need to take some rest and try to hit the bed early...