Bidadari Hati

Sunday, September 13, 2009

the one about badrul and sedikit coretan...



i don't even know where to begin... tak sampai seminggu lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri... mungkin ianya antara sambutan hari raya yang tidak mengembirakan for me... tapi itulah dugaan yang diturunkan Allah s.w.t. kepada hamba-Nya... berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... tapi itulah perjanjiannya... bagaimana perit sekali pun, kita mesti redha... kita mesti menerima...

it took me almost an hour just to write the first line... susah sangat... so i guess i will not continue with what i have in my mind... not now anyway... all i want to say is that kepada semua yang membaca blog nih, selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir serta batin... sama ada salah silap tutur kata bila bertemu, terlebih bergurau, atau mungkin ada tulisan-tulisan yang mengguris perasaan... atau mungkin ada perbuatan yang melampaui batas-batas persahabatan yang menyebabkan rasa marah dan benci, dari hati yang tulus ikhlas ampun dan maaf dipinta...

tahun nih buat pertama kali i buat kad raya untuk diddy secara profesional... tapi sampai ketika nih masih belum berpeluang untuk dihantar kepada sesiapa... sukar jugak nak buat melihat kepada gambar diddy di kad raya sedang tersenyum sedangkan hatinya sedang menangis... tapi i letakkan jugak di sini... di bahagian atas sekali blog nih...

lastly, diharap semua yang membaca dapat bersedekah surah Yassin dan Al-Fatihah kepada ayah diddy yang sedang tenat ketika ini... semoga dia cepat sembuh, insyaAllah... dengan keizinan Allah s.w.t.

Tuesday, September 08, 2009

the one about badrul and sup sayur labu air dengan home-made fish ball (kitchen tour part 16)...

sup sayur labu air dengan home-made fish ball...

if you want something light untuk berbuka puasa or bersahur, i think sayur labu air dengan home-made fish ball is something that will complete your meal... wahhh, bahasa... muhahahha... anyway, dah banyak kali dah i buat recipe nih sebab it is one of my favourites... especially kalau i want something yang kenyang and at the same time not too heavy... and the fact that i love sayur labu air buatkan i lagi suka...

bahan-bahan yang diperlukan...

this recipe adalah untuk dua orang... if you want to cook for more people, just tambah-tambah jer lah... antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sayur labu air dengan home-made fish ball nih ialah:

sebiji labu air sederhana besar - potong ikut suka (tapi sama size)
sebungkus sohoon (rendam dulu)
tiga ulas bawang putih - dihiris nipis (untuk menumis)
satu sudu besar udang kering
empat biji bawang merah (dikisar bersama isi ikan)
sekeping isi ikan tenggiri - dibuang kulit dan tulang
dua sudu besar tepung sagu
dua mangkuk air
garam secukup rasa
lada hitam
satu sudu besar minyak untuk menumis

bahan untuk membuat fish ball...

untuk membuat fish ball, dadu kan isi ikan tenggiri dan bawang merah ini untuk memudahkan proses mengisar... kemudian kisar bersama-sama... bahan yang dikisar tadi masukkan ke dalam satu bekas... campurkan dengan dua sudu tepung sagu, sedikit lada hitam dan garam secukup rata... kalau nampak bahan yang dikisar tadi sedikit lembik, tambahkan sikit lagi tepung sagu...

bahan dikisar sebelum dicampur tepung sagu, lada hitam dan garam...

home-made fish ball nih tak sama dengan fish ball yang you beli kat pasar or kedai... it wil not be spungy, but it will be fresh and sangat sedap... sebelum nak buat bebola, letakkan some tepung kat both of your hand and 'gentel' menjadi fish ball... so buat semua sampai habis... actually, wait, you have to read kat bawah dulu before you start buat fish ball...

rebus labu air terlebih dahulu secara berasingan...

i selalunya rebus labu air separately sebab i taknak dia overcook and jadik telalu lembik... and i don't want rasa dia hilang jugak... so while doing other stuff, you can actually rebus labu air terlebih dulu... letakkan sedikit garam dalam air dan sesudu minyak... lepas dah rebus labu air, toss kan air dia, and put it aside...

tumis bawang putih dan udang kering...

okay, ada banyak jugak gambar-gambar yang i skip sebab bila tangan dah penuh dengan bahan-bahan, sangatlah leceh nak basuh tangan then ambik gambar, then basuh tangan balik then ambik gambar balik... muhahaha... so ada jugaklah gambar-gambar yang missing in action... so kita mula kan dengan menumis... panaskan minyak dalam periuk... kemudian masukkan sedikit minyak untuk menggoreng.... tumis bahan putih dan udang kering sehingga naik bau... bila dah naik bau, masukkan dua mangkuk air... masukkan juga sedikit garam dan lada hitam.. bila air dah menggelegak, barulah masukkan fish ball... masa nih lah gentel fish ball sebijik sebijik and masukkan ke dalam periuk...

masukkan air, fish ball dan soohoon...

bila fish ball dah timbul ke permukaan, bermakna fish ball tuh dah masak... then, you boleh masukkan soohoon dan biarkan seketika... lepas tuh bolehlah masukkan labu air yang dah direbus... pastikan everything dah secukup rasa... biarkan lebih kurang dua minit dalam kuah yang menggelegak, kemudian tutup api...

enjoy...

you can also change this meal to a 'full-fledge-meal'... all you have to do is to change soohoon dengan bihun atau mee kuning atau kueyteow... so there you go, sayur labu air dengan home-made fish ball soup... kalau nak kahwin dengan i, kena pandai masak nih... muahahahaha...

ann, nanti i carik balik resepi tempe tuh ya... of course i ada gambar-gambar dia, so bila free nanti i will put it up here in my blog... to all, selamat berbuka puasa...

Wednesday, September 02, 2009

the one about badrul and rendang tok wan...

stacy and hairi (anak wayang)...

these past couple of weeks have been very hectic for me... other than work related, personal stuff pun banyak jugak berlaku... coming back from majlis buka puasa di holiday inn melaka last week, i dikejutkan dengan berita my dad sakit... early in the morning i terus drive balik ke kuala lumpur... itupun lepas berlaku satu kejadian yang tak diingini, but i taknak cerita sekarang... masa tuh pulak hanya my dad and my mom at home... luckily my sister sempat berkejar balik dari tempat kerja and terus bawak my dad pergi institut jantung negara... Alhamdulillah my dad dah okay... i will write about it some other day... and the night before (monday night), ayah diddy pulak masuk hospital and he is still in the hospital... yesterday dia quite tenat but lepas masuk darah semua, Alhamdulillah keadaan dia today dah stabil sikit... so please, please pray for his recovery...

budak comel dan nakal, haziq dan alycia...


super talented kids...


tak kering gusi dengan telatah dua orang nih...

i nak bercerita sikit tentang drama ramadhan di sinar fm... drama nih bertajuk 'rendang tok wan' and dan mula disiarkan pada hari ketiga puasa hari tuh... drama 'rendang tok wan' nih akan disiarkan di sinar fm selama empat minggu, dari hari isnin hingga hari jumaat setiap minggu... tapi anda boleh dengar ulangan sepanjang minggu pada tiap-tiap hari sabtu daripada pukul 5 petang hingga 6 petang... kalau tak silap i, waktu siaran drama 'rendang tok wan' nih ialah pada pukul 7.55 pagi dan ulangannya pulak pada pukul 4.55 petang... i have to say that drama nih agak mencabar untuk i tulis kerana setiap episode mempunyai dua bahagian, so have to think of two stories in one episode... pening jugak kepala nak siapkan drama nih tapi Alhamdulillah akhirnya habis jugak...

antara pelakon-pelakon yang menjayakan drama 'rendang tok wan'...

yang best tentang drama nih adalah pelakon-pelakonnya yang memang i rasa sangat bagus especially abang salleh yaacob dan adik haziq and adik alycia... of course yang lain-lainnya bagus jugak sebab i memang diberi kebebasan untuk memilih pelakon-pelakon dalam cerita nih... macam jugak cerita 'macam-macam cinta - bukan sequel' kat hot fm... antara pelakon-pelakon yang menjayakan drama 'rendang tok wan' nih adalah tok wan sendiri, nila kurnia, abby fana, stacy, hairi (juara anak wayang), linda onn, khairil rashid, najman mohamed, selain daripada salleh yaacob, haziq dan alycia... it was so much fun... abang salleh yaacob siap bawak pelbagai watak dalam cerita nih... pasti tak kering gusi kalau dengar... and surprisingly, stacy is not bad, not bad at all... pandai dia bawak watak yang i berikan pada dia...

hairi, tok wan dan stacy...

honestly, i'm so happy working with these two radio dramas... pihak client iaitu astro berikan sepenuh kebebasan untuk i berkarya... takda langsung mereka ubah sebarang kreativiti yang i masukkan dalam drama nih... macam drama 'rendang tok wan' nih, i akan tulis skrip setiap lima episodes... the one reason yang buat i tulis lima episodes dan record and then continue with another lima episodes and so on sebab bila i record the first five, i will have the chance to study each and everyone's personal character yang i boleh masukkan dalam lima episodes seterusnya... so i boleh katakan, mudah untuk mereka bawak character tersebut sebab sedikit sebanyak diri mereka sendiri ada dalam watak tuh... bila mereka ada benda tuh, apa yang keluar dari mulut mereka lebih natural dan tidak dibuat-buat... itulah yang paling best...

haziq, tok wan dan alycia...

i hope you guys dapat dengar drama-drama radio nih... insyaAllah i pun tengah berbincang dengan pihak client supaya i boleh letakkan drama-drama nih kat my blog supaya semua boleh ikuti jugak... maybe sepanjang bulan raya nanti lepas drama-drama nih dah disiarkan di radio masing-masing... kat atas tuh jugak i letak promo stacy serta haziq and alycia untuk drama 'rendang tok wan'... itu jer lah yang i nak updatekan setakat nih... anyway, sekali lagi, please doakan semoga ayah diddy cepat sembuh, insyaAllah...