Bidadari Hati

Monday, March 26, 2007

the one about badrul asking for a little prayer...

i have so many things to update but i can't do it now... my dad masuk hospital on sunday morning... admitted at institut jantung negara... heart complication... irregular heart beat... on monday morning, they will perform a surgery to insert the pace maker... please pray for him...

i can't sleep...


Friday, March 23, 2007

the one about nikki's re-release and diddy 'lalok'...

last minute input dari mak hayam...


nak kata hari nih hari 'malang' takleh lah jugak, tapi memang sikit menyiksakan lah... earlier today pagi-pagi lagi i dah pergi clinic sebab sakit belakang makin teruk... nak bongkok sikit pun dah sakit sangat-sangat... tapi nak dijadikan cerita, bila nak keluar rumah pergi clinic tuh, lighter lah jatuh, kunci kereta lah jatuh... macam-macam... so, instead of tunduk to pick it up, i terpaksa duduk terus atas lantai and jalanraya nak ambik benda-benda yang jatuh... mujur jugak pagi lagi so tak ramai orang tengok... bila dah check doctor, baru dapat tahu i dah kena muscle spasm... tuh yang nak tarik nafas pun sakit ya amat... terus jab painkiller and drove to office... dapat mc tapi ada banyak meeting nak kena attend...


konsep santai untuk press dan bloggers...


but don't worry, i have learn to handle my stress... maybe masih diperingkat awal tapi sejak beberapa minggu kebelakangan nih, i dah rasa perubahan yang agak ketara... i lebih banyak ketawa dan tak ambik serious sangat tentang banyak benda... maybe recording tuh i serious sikit lah but other than that, i try to calm myself and to look at things from different perpective... i think memang ada perubahan yang ketara... especially now ramai teman-teman yang bagi moral support and always there when i needed them... i think i'm very lucky to have kawan menangis yang lebih kurang sama banyak dengan kawan ketawa... i'm bless with that...



dengan teknik photoshop, vernon nampak macam 25 tahun... hiks!


petangnya i pergi ke majlis re-release album nikki... vernon cakap bukan repackage, tapi re-release... ramai jugak teman-teman press yang hadir termasuk jugak rakan-rakan bloggers... first time jugak i jumpa dengan kash... lain-lain bloggers yang ada macam juan, ajami, joe, mimirinie, judd... sultanmuzaffar, fiebie and budiey tak hadir mungkin sibuk sebab kerja... majlis dijalankan dalam suasana santai di tepi kolam... quite nice lah... i suka sebab lebih relaks macam first time pra-dengar album nikki two years ago on my birthday, november 25, 2005, kat liquid... bila fikir-fikirkan balik, masa tuh lah i betul-betul kenal dengan ning baizura... dan sekarang dah jadi very close macam adik beradik...


anak hayam dan mak hayam...


during the sidang media santai ini, nikki mempersembahkan tiga buah lagu secara unplugged... seriously, nikki memang boleh pergi lebih jauh lagi... dia bakal menjadi pelapis penyanyi-penyanyi terkenal sekarang nih... perubahan yang paling ketara i nampak pada nikki ialah dia sudah pandai berkomunikasi... kalau masa pra-dengar albumnya dulu, nikki lebih kepada 'blur' tapi sekarang dia bijak berbicara walau kadangkala bahasanya lebih baku daripada cikgu bahasa malaysia... muhahahaa... paling i suka, gayanya kini lebih funky dan mencerminkan keremajaannya yang baru berusia 22 tahun tuh...



nikki tolong make up shonn...


since ramai jugak press dari magazine baru-baru yang hadir, i lah yang jadik penyibuk tukang tanya banyak soalan-soalan... tapi soalan-soalan i lebih kepada untuk memberi peluang kepada nikki, vernon and ning bercerita tentang perkara-perkara yang belum pernah ditanya sebelum nih... bosanlah kan kalau asyik soalan-soalan yang sama jer kena tanya... walaupun bentuk soalan yang i tanya tuh ada yang bersifat 'carutan' tapi i think it will give more chance for other people to get to know nikki and artistes united better...


yanie, shonn, ning and nikki...


dalam album yang di re-release kan nih ada lagu bonus drama, remix caramu 2006, minus-one, video clip caramu dan imaginasi... covernya juga memang lebih hebat dan lebih mencerminkan siapa nikki dalam industri muzik... i do believe that sesiapa yang masih belum mendapatkan album nikki, this is a-must-have album... dulu i pernah tolong jualkan album nikki on my blog, tapi this time around i mungkin tak larat sikit kot... but with the new distributor company, which is sony bmg, i think you willl be able to get the album kat kedai-kedai muzik... sessi sidang media, photoshoot dan gossip menggossip tamat dengan minum petang... sedap giler jemput-jemput udang makan dengan sos dia... spaggetti pun sedap jugak... lepas tuh kitaorang berangkat ke klcc untuk launching mac new product...


tengah study script...


oh, earlier this week jugak diddy ada recording untuk segment cik mat poi for ac di sini... awal-awal tuh main control jugak diddy nih sampai i kena cakap jangan control sebab orang tahu this is part of acting, bukan diddy yang sebenarnya... dua tiga take, dia mula loosen up and nampak natural... recording di buat kat tingkat 39 darby park... memang lawa giler kat atas tuh... tapi i nih jenis gayat sikit... berapa kali ulang keluar masuk keluar masuk... muahhaaaa... dalam segmen nih diddy kena berlakon konon-konon dia lalok lah... i tahu lah jugak nih kes apa, tapi bila i dah study script nya, i know it was done for a good purpose... sebab tuh i agree for diddy untuk buat recording nih... if ada yang interested nak tengok 'lakonan' diddy, kalau tak silap i, ianya akan disiarkan dalam ac di sini pada 23 march nih... kalau tak silap lah... sila check buku astro anda...


mendengar penerangan dari producer...


one thing for sure, ac mizal nih memang genius bila bab-bab berlakon secara spontan... i memang tabik habis dengan dia... dia pandai bawak karektor yang diberikan and i hope one day diddy pun boleh buat sampai ke tahap tuh... takyah nak malu-malu dan control since it is just an acting... ehh, nak cerita sikit sejarah lama... i kenal ac mizal nih dah lama sangat dah... more than 10 years ago... masa tuh kita sama-sama belajar di tempat yang sama... and we both played basketball together... walaupun masa tuh dia dah femes dengan kumpulan 4u2c tuh *ijin mesti teringat zaman pakai cd kat leher* tapi dia tetap down to earth... cuma yang i tak tahan masa tuh, setiap kali kita orang main basketball, mesti ada groupies yang melepak kat tepi court sambil jerit-jerti "ac!!! aaaccccc!!! aaacccc!!!" pondan-pondan pun ada... oppsss!!! sebab tuh ac selalu kena 'torture' kat court... time dia dapat bola jer, mesti dia kena attack kaw kaw punya... muhahahaa... seronok giler teringat kisah lama...



camera rolling... action!


hah, sebelum lupa, i nak cerita jugak diddy sekarang nih terlibat dengan satu teater arahan ummi fauziah nawi... teater muzikal bertajuk 'lorong blues' nih InsyaAllah akan dipentaskan pada bulan jun atau julai nanti... i pun belum tahu sangat detail nya lagi, tapi yang pasti diddy will be one of the main cast... nanti bila i dah dapat full information, i will keep everyone posted... i memang rasa terharu dan bangga sebab ummi fauziah nawi turut memilih diddy untuk terlibat dalam teater arahan dan lakonan beliau... siapa tak kenal ummi fauziah nawi, especially lakonan-lakonannya dalam filem dan teater yang cukup hebat... hopefully diddy will pick up some good points and will improve himself to be the best in the industry...


cik mat poi kena serang...


last night pun kita dah record another song untuk album solo diddy... i suka sangat-sangat lagu gubahan audi and lirik by ad samad nih... ianya lain daripada yang lain dan amat mencabar kemampuan vocal diddy... next week another recording and the week after that we have two more... doakan semuanya bejalan dengan lancar ya... okaylah i dah mengantuk nih and my back dah sikit nih sebab duduk lama-lama update blog... actually menulisnya tak lah lama sangat tapi nak upload gambar tuh yang ambil masa... to all yang belum beli album nikki, go and grab one... you won't regret it!


Wednesday, March 21, 2007

the one about badrul and alahai kena marah...

bergambar sebelum show...


my best friend, shonn, called me and marah-marah... kena scolding first class punya... "why are you doing this?!? why are you doing everything to the extreme?!? tak pandai buat sikit-sikit ke... sederhana ke? everything you do semua kena extreme!!!" *tapi kalau you dengar dia cakap melayu campur-campur, you mesti nak gelak walaupun dia tengah marah*

actually, i hurt my back last night... sebab training bowling... pagi tadi datang kerja takdalah rasa sangat, but now the pain is unbearable... sakit giler... nak berdiri sakit, duduk sakit, menyandar sakit, apa-apa pun sakit... nak dijadikan cerita, hari ni pulak i tak drive datang office... i mintak tolong orang hantarkan, so i can't go back to rest and i'm stuck here at my place... bila called shonn mintak tolong hantar i pergi clinic, itu yang kena sembur tuh... now i cannot concentrate on my work, so i merapulah update kan blog nih... harap-harap dapatlah lupakan sikit rasa sakit...


saling terpesona...


weekend last week kita ke kulai atas jemputan media hiburan yang buat sambutan pra ulangtahun ke 22 majalah mereka... ramai jugaklah artis-artis yang pergi, yang mostly nya artis-artis baru macam diddy dan yanie, farhan, fazley zainal, zehra zamri, ina naim, khai dan rosma... seronok actually dengan team media hiburan nih sebab kebanyakan mereka macam kak intan and aniff memang i dah kenal masa i kerja dengan karangkraf lagi... tapi yang buat lagi kecoh was shora yang jadik pengacara for that day... anyway, tak payahlah i nak cerita panjang lebar pasal acara nih, nanti InsyaAllah akan keluar kat media hiburan...



sambut birthday ina naim...


sebenarnya i sedikit teruja nak bercerita pasal ina naim... maklumlah, sebelum nih i cuma kenal ina naim melalui suratkhabar, majalah dan cerita kawan-kawan jer... dan kebanyakan ceritanya pun takdalah sedap sangat didengar... i belum pernah sekali bertentang mata dan berbual-bual dengan dia... so, bila dapat peluang keemasan, i sajer lah masuk campur dalam dia orang borak-borak tuh... surprisingly, dia tak seperti gambaran yang i dapat sebelum nih... malah dia boleh berbual dengan macam-macam tajuk yang i tanyakan dan bincangkan... my personal view, bagus budak nih... i'm talking about personality wise... i taknak cakap dari segi ina sebagai artis ker apa... tapi cara percakapan dia, penerimaan dia *walaupun teruk kena usik setiap kali lagu mawi keluar kat radio*, cara dia hormat orang lain, tak nampak dia kekok langsung... malah dari beberapa segi, i nampak banyak persamaan ina dan mawi... dua anak kampung yang ingin mencari rezeki memberi keselesaan kepada keluarga... itu jer lah nak cakap sebenarnya... on the way back tuh sempat jugak ina tunjuk jalan nak pergi ke felda taib andak tuh... jalan yang dulu dia selalu jugak berulang alik kan... duluuuu...



hsbc ad...


anyway, to those yang ada kat kredit hsbc dan dapat buku hsbc rewards 2007, hah, nak bagi tahu kat dalam tuh ada gambar-gambar aiman dan ellisya yang jadik model untuk some items kat dalam tuh... iklan nih adalah print ad kedua untuk aiman but the first one for ellisya... tapi masa photo-shoot dulu ramai yang cakap ellisya nih lebih pandai bergaya daripada aiman... nampaknya, bolehlah sign up dua orang nih under f-tersix... muhahahaa...



aiman & ellisya in hsbc ad...


okaylah, my back is killing me... tak tahu nak buat apa dah nih... makin sakitlah pulak... tengah tunggu shonn datang ambik nak pergi clinic... susahnya, malam nih pulak ada recording album diddy... hopefully ada painkiller yang boleh hilang rasa sakit secepat mungkin... tak tau pukul berapa habis recording malam nih... addduuuhhh....


Monday, March 19, 2007

the one about badrul and a tiny bit on akademi fantasia 5...

dafi, heliza and syawal...



no... no... no... i'm not doing any update on akademi fantasia 5... i will leave it to people who know more and can write better macam joe, vernon, sultanmuzaffar, budiey, ajami, juan and other af related blogs... i sajer jer letak gambar tiga orang kat atas tuh yang i rasa i enjoy persembahan diaorang walaupun arrangement music nya macam hampeh... sorry, bukan macam hampeh, tapi memang hampeh!!! from my personal point of view, i suka stage yang minimal *tak pening kepala tengok banyak benda*, i suka dengan perubahan dari segi pakaian walaupun tak semua tapi jauh, tersangatlah jauhnya lebih baik daripada tahun lepas, i suka sebab aznil masih lagi pengacaranya yang orang lain tak mampu nak saingi, i suka sebab ada cikgu fathi *though i secretly wish that ummi fauziah nawi and corrie were in too* dan i suka sebab tiket dah dijual so sekurang-kurangnya orang yang betul-betul nak tengok af dapat pergi instead of people yang mintak tiket tapi passive dan tak beri respond dalam hall...

okay, sebelum i merapu jauh-jauh, i nak sentuh sikit pasal komen tuan pengetuanya yang juga merupakan music director pada wartawan-wartawan yang tanya tentang music arrangement malam tuh... statementnya berbunyi lebih kurang... "kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai tinggi rendah" and *dengan penuh rasa bongkak* "saya dah buat arrangement untuk sheila majid, siti nurhaliza and pgl..." something like that lah... pasal lantai-lantai tuh i malas nak layan lah, itu alasan jer... tapi pasal konon dia bagus sangat sebab buat music arrangement untuk sheila, siti and pgl tuh, i nak jugak tanya balik kat dia... "kalau kau punya arrangement untuk konsert sheila, siti and pgl tuh bunyi macam kau buat untuk konsert af hujung minggu lepas, kau ingat ada ke orang nak pergi tengok?!?"

kadang-kadang pelik jugak bila sesetengah orang yang sajer jer nak being arrogant for the sake of being arrogant... nak kata bagus sangat, taklah pulak... ada sesetengah orang tuh nampak jer arrogant tapi when you get to know them, you will understand and you will respect them sebab diaorang tahu apa yang diaorang cakapkan macam ramli m.s. and m.nasir... and diaorang ada a long list of resumes to prove... nih kalau setakat ada sheila majid *tuh pun dah dekat 20 tahun dulu* tapi cakap berapi-rapi macam bagus jer... tak pernah belajar ker masa sekolah-sekolah dulu that being humble adalah satu amalan yang mulia?!? oh by the way, i love sheila majid dari dulu hingga sekarang, but i'm not talking about sheila here... don't get me wrong ya...

anyway, to those decision makers in the production team, please do something about the music arrangement... kalau bagi alasan that we can't do anything because it's up to the pengetua cum music director, all i can say to you is "sila pack barang dan balik sekarang!!!" *muhahahaha, macam pernah kudengar ayat nih nun jauh di oversea*... you are the decision maker and you pay this guy to do his job... please make sure he does his job well!!! that's all... period!

kalau orang lain mungkin bosan tengok af sebab pemilihan lagu ke, pakaian ke, pelajar-pelajar ke, itu ke ini ke, i bosan tengok af sebab pengetuanya... boleh?!?


Thursday, March 15, 2007

the one about badrul and the beijing trip...

great wall of china...


dah lama rasanya tak update blog... rindu memang rindu... tapi nak buat macam mana, bila on laptop jer, ada aja benda lain yang nak kena settle kan... takpalah, will try to update as much as possible... seminggu ke beijing, banyak benda yang berlaku... some, i bersyukur sangat-sangat takda kat malaysia macam kes linda onn... muhahahahaa... okay, lets not go there... yang i tau, jovian pun akan buat pakaian for diddy... kan jovian kan?!? muhahahaa... i pun miss out on the akademi fantasia 5 yang baru sajer bermula... tak taulah if it's blessing in disguise ke apa... tapi again, tak taulah kalau half way through i get hook pulak... setakat nih pun belum miss the diary yet... muhahahaa... boleh?!? baru balik beijing tapi belum miss diari lagi... muhahahaha...


sessi posing bermula...


anyway, beijing trip was a fabulous experience for diddy... i too was excited walaupun it was my second trip to beijing... yalah, bukan selalu dapat peluang bercuti dan semuanya ditanggung beres, thanks to hj. jamlee from j&j mesra travel & tour... bukan setakat diddy tapi seluruh tenaga kerja f-tersix sdn bhd *dua orang jer, i dengan shonny, muhahahahaa*... paling seronok, ini bukan saja first trip to china for diddy, tapi first time jugak dia dapat bermain snow... what an experience!


at the summer palace...


we were in beijing for 7 days and 6 nights... suhu yang sejuk memang takleh nak tahan... it was between 6'c to minus 4'c... sampai jer first day kat beijing, lepas pack barang di bilik hotel, we were off to summer palace... bunyinya macam panas jer, tapi sejuk giler... the whole surface kat tasik disitu frozen... cuma sayangnya, beijing sekarang nih dalam persediaan untuk menyambut olympic games 2008 jadi banyak tempat-tempat pelancongan di sana dalam proses baik pulih... so you will see the green netting everywhere...


main salji kat great wall...


on the second day we were off to the great wall of china... sampai sekarang i masih lagi amazed dengan binaan ini... one of two man-made building yang dapat dilihat dari bulan... and paling best giler, we were blessed with snow... maklumlah, it is actually early spring kat sana, tapi salji masih lagi turun... apa lagi, macam budak keciklah kita orang semua main salji... walaupun nampak macam orang giler, we don't really care... keajaiban Tuhan... apatah lagi untuk orang macam kita yang memang tak pernah tengok salji kat malaysia kecuali ice dalam peti sejuk... it was pure fun!


photoshoot at the forbidden city...


third day pulak pergi tianamen square and forbidden city... tapi rezeki i untuk jalan-jalan kat tianamen square masih lagi tak menjadi kenyataan... the first time pergi dulu ada conference *macam parliament meeting* and this time around pun sama jugak... so terus sajer ke forbidden city... by the way, shonny tetap menjalankan tugas-tugasnya mengambil gambar sepanjang lawatan, but the pictures yang i letak kat sini were just from my own camera, and not shonny's... pictures yang shonny took memang lawa-lawa giler... ada sekali tuh kita buat photoshoot dekat kedai yang jual jade... ramai pelancong-pelancong lain yang ada sama and diaorang pun turut ambil gambar diddy... i explained kat a group of tourists from united states that diddy is an upcoming singing star from malaysia... and kitaorang siap dapat invitation to go to california... tempat tinggal percuma, just pay for the plane tickets... InsyaAllah kalau ada rezeki...


shonny and diddy posing kesejukan...


errr, actually hari keempat i dah lupa dah mana kita pergi... muhahahaa... semuanya dah bercampur aduk... oh ya, we went to the underground city... kalau tak silap i *sebab masa tourguide bagi penerangan, mata ala-ala terlelap sendiri* underground city dibina bila berlaku cold-war between china and uberkeistan ke mana ntah... part of soviet union lah... so they built the underground city just incase berlaku peperangan... it was so huge! siap ada cinema, tempat buat sutera dan macam-macam lagi...


sejuk...


seterusnya i hanya ingat kita pergi shopping, shopping dan shopping... russian market, sunny market dan pelbagai market lagi... this time around i takda beli banyak sangat... cuma toys mascot beijing olympic 2008 jer... i also bought these four cute martian looking toys... warna kuning, biru, pink and purple... sooooo cute that i have to buy it... awal-awal tuh i ingat sikit jer toys yang i beli, tapi akhirnya bertimbun... susah jugak nak packing, tapi nasib baik with extra bag, berjaya jugak... some kena hand-carry naik atas plane, i bawak sikit, shonny bawak sikit and diddy bawak sikit...


shopping sikit...


oh lupa pulak nak cakap, our hotel situated not far from wang fu jin street yang memang famous dengan tempat-tempat makan tepi jalan tuh... in fact, keluar jer hotel, terus ada tempat makan tuh... though hanya satu dua gerai jer yang jual makanan muslim, it was fabulous... i tak ambil gambar with my camera but shonny did took a lot of pictures kat sana... nanti ada peluang, i will put up the pictures from his camera... wang fu jin street ada banyak shopping mall macam kat kl yang ada branded boutiques... oh, shonny and i bought one pair of adidas shoes each while diddy bought three pairs!!! it's original, mind you... muhahahaa...


makan malam...


lepas tuh pulak we went to tianjin... it was another city all together... three hours jouney from beijing... jauh giler... we went to food street and culture street... tapi sebab journey nya sungguh jauh, all of us banyak yang letih... on the way there, diddy entertained semua orang with two songs on the bus... we also give away diddy's calendar to everyone... banyak jugak tempat-tempat menarik lainnya yang kitaorang lawati seperti masjid ma dian, masjid hai dian, tengok persembahan akrobatik, lawat tea house, jade and cristal place dan macam-macam lagi lah... last day tuh were spent to do last minute shopping nak habiskan yuen, which i bought three handbags for my mum, wallet for my dad, purse for ellisya, t-shirts for aiman and other stuff for family and friends... packing ambil masa sampai dua jam... memang banyak betul barang yang tak disangka-sangka pulak ada...


dalam bus nak balik dah...


i memang tak ambik banyak gambar with my own camera since shonny was there with me... i lebih jadi creative director jer... muhahahaha... lagipun, his camera is way much better than mine... all i can say that the trip memang seronok... all three of us got to spend time with each other and to understand each other more... i think it's good for our business relationship... InsyaAllah kalau ada rezeki, shonny, diddy and i will be going to sydney soon... insyaAllah... thank you again hj. jamlee and j&j mesra travel and tours... now back to work... diddy akan continue masuk studio and at the same time tengah berlatih untuk teater... will tell you more about it soon...


Saturday, March 03, 2007

the one about badrul and diddy's solo album...

saat yang dinanti...


Alhamdulillah... setelah sekian lama berusaha, merancang dan berbincang, akhirnya diddy masuk ke studio untuk rakaman album solo sulungnya... bukan satu perkara yang remeh dan mudah... jauh sekali sesuatu yang boleh dipandang ringan... banyak rintangan yang dilalui tapi setiap dugaan yang diturunkan Tuhan, InsyaAllah ada hikmahnya... it was not an easy road at all... bukan setakat laluan yang berliku, namun ada juga yang menghina dan mencemuh... doa, kecekalan, semangat dan sokongan keluarga serta teman-teman adalah dorongan yang mengebalkan hati dan menebalkan muka...


going through the lyrics with renowned composer, audi mok...


i was facing the hardest time on the day of the recording... perasaan berkecamuk, risau dan rungsing... tak dapat nak dibayangkan... vernon drove all the way to meet me in the office to calm my nerves... rudy, abie, shonny and kudsia semuanya memberikan sokongan walaupun tak seorang pun tahu apa yang bergolak di dalam hati dan fikiran... semua yang i pernah lalui untuk sampai ke saat ini berulang kali bermain di dalam diri...


getting the right key...


syukur ke hadrat Illahi kerana semuanya berjalan dengan lancar... vernon, rudy and shonny turut sama ketika rakaman untuk memberikan sokongan... and audi was such an angel... and diddy, he's such a great talent! i love him as an artist and i love him as my brother! everyone yang datang knows that i was not myself that night, but they did the best that they can to put up with me and to give me courage and support... you guys are my heart and soul... i hope for the next time around, i will be able to handle it... InsyaAllah...



teliti mendengar tunjuk ajar...


off topic sikit... i know ramai yang komen tentang cit cat azwan di terengganu... apa yang i boleh katakan, that will be diddy's first and last time buat cit cat... untuk mencari pengalaman sebenarnya... actually, sebelum i terima tawaran untuk bersama mesra sokmo cit cat azwan, i did asked some advise from friends termasuk my mentor, vernon... and since ning, nikki and yanie turut serta, i thought it will be good for diddy as well... memang lebih banyak kenangan pahit berbanding manis ketika mengikuti program ni but i choose to keep my mouth shut... benda yang dah berlalu... lebih baik tumpukan kepada yang di hadapan... itu jer yang i nak cakapkan...



penuh penghayatan...


as what i've said in my previous post, shonny, diddy and i will be going to beijing, china this coming monday atas tajaan j & j mesra travel and tour... semoga ianya membuka lebih banyak ruang untuk diddy dan f-tersix bekerjasama dengan hj. jamlee...

on the other note, my best friend leen sekarang di hospital akibat asthma attack... dah hampir seminggu... sama-sama kita doakan semoga leen cepat sembuh...


Thursday, March 01, 2007

the one about badrul says thank you...

i want to say thank you pada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan i... yang hadir melawat di hospital, yang telefon, yang menghantar sms, yang meninggalkan komen, yang menghantar card... Tuhan saja yang tahu betapa bertuahnya i ada rakan-rakan dan sahabat handai seperti all of you...

since dah lama i tak blog, i just want to put some pictures yang diambil during mesra sokmo citcat kat terengganu... seronok dapat bertemu orang-orang di terengganu... tak seronok dengan sesetengah event yang merapu...

minggu depan selama seminggu, shonny, diddy and i will be in beijing, china for holiday... percutian tajaan j & j mesra travel & tours sdn bhd... terima kasih to orang kuat j & j mestra travel, hj. jamlee kerana sudi menaja f-tersix. sdn bhd... insyaAllah bila pulang nanti i akan letakkan gambar-gambar...

thank you again semua...


after 8-hours-journey, with irma, nita and tasya...


with marsha, akma and velvet...


with nabila...


with syanie...


with irma...


with firdaus...


with lips...


with nita...


with farish and farhan...


with khal and zul...


with fazley zainal...


with xfresh announcers - adi and julia...


with era announcers - reza, nila and zz...


with que haidar...


with adibah noor...


performing saling terpesona...


with yanie...