Bidadari Hati

Thursday, April 30, 2009

the one about badrul and akademi fantasia 7: rencah dan pencecah seminggu...

principal tiara, puan fati, miss ida gorgeous...

since i takder apa nak buat sangat tonight, i decided nak buat macam corat coret lah... nothing sangat pun... just suka-suka sajer... nih recah pencecah sepanjang minggu lalu dan minggu nih yang i teringat dan terlintas kat kepala...

1. seorang kawan i iaitu lan bising kerana i telah salah tulis di blog mengatakan dia dari akim fc ketika menceritakan tentang camera yang dipinjamkan kepada i during konsert af minggu ketujuh... walaupun dia hanya bising pada kak aidid sajer, i nak jugak tulis balik... muhahaha... sebagai pembetulan, i nak tulis that lan bukan dari akim fc tetapi dari dia adalah dari hafiz fc... pihak hafiz fc, sila bagi satu t-shirt pada lan ya... muhahaha...

2. buat pertama kalinya dalam sejarah, macdonalds di sebuah stesen minyak di kawasan bukit jalil bukan sahaja menjual ayam goreng dan burger, tapi turut menjual kuey teow goreng, nasi impit dengan rendang daging serta kuah lodeh... ada juga kuih muih melayu turut di jual... sudah dua minggu berturut-turut macdonalds tersebut menjual makanan rutin tersebut... cuma minggu sebelumnya adalah bihun udang... muhahaha...

my favourite host, sarimah, and her brother...

3. ketika konsert minggu ketujuh berlangsung, i menerima banyak pesanan khidmat masyarakat... eh, bukan... bukan... i mean sistem pesanan ringkas atau sms yang meminta bantuan untuk menyelamatkan beberapa orang pelajar... ya Allah.. aku takder kerja tetap lah... mintak ler tolong orang macam sultanmuzaffar yang dapat bonus sampai tujuh bulan tuh... muhahaha...

4. oleh kerana i duduk di bahagian yang paling depan, kedengaran tangisan mulus dan halus dari barisan kedua yang merayu-rayu menghantar undian kepada akim... muhahaha... tetapi selepas akim membuat persembahan, tangisan mulus dan halus itu bertukar menjadi hilai tawa manja yang sungguh manis dan sopan... muhahaha... kan juan kan.. you pun dengar kan juan... muahahaha...

cikgu siti hajar, cikgu shafi dan cikgu aris...

5. semangat yang ditunjukkan kepada aril oleh semua penonton tak kira penyokong siapa sangat-sangat mengharukan... i think semangat kekeluargaan nih adalah satu kelebihan yang tak ada dalam lain-lain rancangan realiti... mungkin orang kata ianya hanya luaran dan dalam hati ada yang gembira, but to me, that was beside the point... the point is, semua orang nampak performance aril yang sungguh bagus dan dia belum berhak meninggalkan akademi fantasia dan mereka menjerit nama aril sebagai tanda sokongan...

6. tamat konsert semua orang berkejar keluar untuk mengelak traffic jam... kesian jugak pada sesetengah penonton yang terpaksa parking kereta jauh hingga di astro... malah ada jugak yang langsung tak dapat menonton secara live di hall kerana masalah mendapatkan parking... i berkumpul bersama peminat-peminat akim a.k.a. gafimmers sambil makan dan minum ramai-ramai... ikatan keluarga gafimmers sangat kuat sampai semuanya buat potluck setiap minggu...

aril...

7. i terkejut badak dapat tahu kak aidid turut memanggil ayah dan ibu akim dengan panggilan ayah dan mak... muhahaha... kak aidid ooiiiihh, abang is tak marah ker... muhahaha... i ingat juan jer panggil mak dan ayah... muhahaha... rupa-rupanyer semua gafimmers pun panggil parents akim mak dan ayah... minggu nih bila jumpa diaorang i pun nak panggil mak dan ayah lah... muhahaha..

8. ada seorang tuh telah keluar bersama principal datin seri tiara minggu nih untuk bershopping pakaian untuk pelajar-pelajar akademi fantasia tujuh... keperihatinan beliau turut mendapat kasihan belas principal tiara kerana beliau juga dihadiahkan sehelai pakaian yang berharga rm500 oleh principal... bertuah badan... kalau i pun, i nak dapat kasihan belas macam tuh... muhahaha...

claudia...

9. pengalaman paling manis konsert akademi fantasia minggu ketujuh apabila i diberi peluang untuk duduk di kerusi paling depan oleh pegawai yang bertugas... walaupun tak dapat menikmati konsert sebaik mungkin kerana kesibukan yang amat sangat mengambil gambar, menghantar afundi dan menjawab sms, pengalaman tersebut tetap menjadi pengalaman terbaik...

10. hanya kerana i memakai t-shirt hafiz fc ketika diari ext jugak menimbulkan 'masalah' pada sesetengah pihak... mungkin kerana 'ruang' badan yang luas menjadikan t-shirt tersebut satu fungsi pengiklanan yang sangat berkesan... muhahahaa.. kepada yang rasa bermasalah, i have one thing to say to you, mamppuihh enko lah... muhahaha...

akim...

11. wig afro yang dijual pada harga rm45 di sungei wang menjadi wig paling laris sepanjang akademi fantasia berlangsung... oleh kerana wig afro berwarna hitam habis dijual, penonton-penonton turut mengambil peluang membeli wig afro berwarna putih, hijau merah dan ungu... lima orang penonton ditangkap kerana memakai wig berwarna warni dan lebih menyerupai badut daripada hafiz... muhahaha... nasib baik hafiz punya rambut original hitam... muhahaha...

12. hari nih menjadi sejarah kerana pada petang tadi i telah keluar ke i.t. mall di petaling jaya untuk membeli lima belas bijik mp3... lima belas bijik mp3 nih dibeli bertujuan untuk menggantikan mp3 hafiz yang hilang disamping untuk menyumbat mulut r.a. akademi yang tak habis-habis nak carik kesalahan orang... r.a. bertugas nak jaga budak-budak ker atau nak jadik batu api? tajuk debat diari ext minggu nih... muhahaha...

aishah...

13. minggu nih merupakan minggu yang paling menguntungkan kepada pelajar-pelajar akademi fantasia tujuh bukan hanya kerana mereka mendapat pakaian tajaan guess? tetapi juga kerana sepanjang minggu mereka mendapat latihan teater daripada penggerak teater yang boleh dikatakan terbaik di malaysia... betul tak chedd??

14. bercakap pasal chedd yusoff yang jugak merupakan penggiat teater, i ketawa bergolek-golek ketika kali pertama dia masuk ke akademi, akim menjerit mengatakan, 'eh, abang rosyam noor'... muhahahaha... focus! focus! focus!

yazid...

15. setiap kali makan, i mula mengambil beberapa helai tissue untuk mengelap mulut mengikut cara hafiz... kalau sebelum nih i hanya mengelap mulut menggunakan baju... muhahaha.. sekarang tidak lagih... belajar menjadi sopan dan teratur...

16. akibat aril terkeluar minggu lalu dan kami tidak sempat untuk membuat poster untuk aril, i have to bribe aiman in a different way... semalam kami keluar untuk membelikan sepasang kasut untuk memudahkan aiman membuat shuffle... ellisya sebagai penyokong aishah dan akim jugak beruntung kerana turut mendapat habuan sepasang kasut... muhahaha...

hafiz...

17. sepanjang minggu nih topik afmasuk paling hangat diperkatakan... ramai jugak yang bertanya pendapat i tentang afmasuk... pada i, tidak ada sesiapa yang akan mendapat keuntungan daripada afmasuk kecuali astro... muhahaha... topik pasal afmasuk akan diblogkan bila ada masa nanti...

18. selain daripada topik afmasuk, satu lagih topik yang hangat diperkatakan adalah mee kolok... ramai yang mencadangkan kepada i untuk mencuba mee kolok di restoran milik principal datin seri tiara... i think i will just wait to eat either masa final concert nanti or bila i ada peluang ke sarawak...

isma...

19. afundi secara pukal yang kini sering digunakan menjadikan ramai yang garu kepala dan garu hidung... muhahaha... dengar khabarnya jugak, jumlah afundi tahun nih meningkat dengan mendadak sehingga mengatasi jumlah afundi akademi fantasia empat, lima dan enam...

20. buat pertama kalinya dalam sejarah akademi fantasia, pelajar-pelajar yang sudah terkeluar tidak ada rumah untuk disewa dan bagi pelajar luar kuala lumpur, mereka pulang ke kampung dan tinggal di kampung... kalau sebelum nih pelajar-pelajar yang terkeluar terus akan mengikuti gempak selebriti astro atau gempak desa astro, kini hanya satu dua orang sajer yang berpeluang untuk ikut serta...