Bidadari Hati

Sunday, April 19, 2009

the one about badrul and the 6th concert of af7: it breaks my heart to see kak fati...

hafiz's fans... nice and very friendly... love the t-shirt...

pergi dewan...

akhirnya sampai jugak i kat tempat konsert... memang pada asalnya i was not ready to watch it live kat sana but pihak murai wants me to be there... since diaorang bayar i to do the write up, the least i could do is to go there bila dia orang mintak... so, i brought jolyn with me... since we've been watching af kat tv every week, it would be nice to go with her... bila i sampai kat sana, i nampak a group of akim's fans and hafiz's fans... i memang dah kenal dengan ramai from akim fans sebab kebanyakan diaorang adalah peminat setia akademi fantasia sejak dari dulu lagih so i went to them to say hello first... then, we went to hafiz's fans since both of us nak beli t-shirt hafiz... dari minggu lepas lagih since kita oang tengok t-shirt tuh kat kaca tv, we wanted to get them... akhirnya jadik kenyataan... okay, white was never my colour (muhahaha) but what the heck, i want it as a momento... one of hafiz's fans was kind enough to give one badge to me... nampaknya i kena share dengan jolyn lah... (muhahaha)... some of hafiz's fans cakap diaorang baca my blog... wahhh! tak sangka ada jugak orang nak baca my blog... muhahaha... thank you... i'm honoured... semua orang sangat friendly and it was easy for me to talk to them... macam dah kenal lama... akim's fans siap bawak banyak makanan tapi segan nak makan walaupun perut memang berkeroncong nak makan... yalah, sepetang main badminton, tekak haus and perut berbunyi-bunyi... tapi malu punya pasal, tahan jer lah (muhahaha)

akim's fans... they are just wonderful... great bunch of people...

sms

tiba-tiba nak masuk ke dewan, i dapat a few sms... tujuh lapan sms jugak tanya i pasal trigger and kejutan... i don't know why... hhhmmmmm... pening jugak sebab i nih kalau benda-benda panjang nih malas nak sms, so i called one of them and explain... the rest, i hantar short message to read my blog tomorrow (today) so i can explain to them... okay, for your information, trigger and kejutan adalah benda yang sama... kalau anda peminat setia akademi fantasia, anda pasti tau perkara nih, but to those yang baru ikut rancangan realiti nih, let me explain further... trigger adalah terma yang digunakan oleh pihak production, manakala kejutan pula adalah yang sering digunakan oleh host atau bila kita bercakap sesama kita... ianya benda yang sama... dan bukan dua perkara yang berbeza... trigger dan kejutan nih pula ada beberapa jenis tapi yang paling ketara adalah dua iaitu trigger atau kejutan yang memang telah dirakam lebih awal dan juga trigger atau kejutan secara langsung... jangan salah anggap pulak sebab walaupun guna perkataan 'kejutan' tak bermakna anda kena terkejut sampai masuk i.c.u. or something similar to that (muhahaha)

apabila hafiz dan akim dibenarkan turun dari pentas untuk memeluk ibu masing-masing, itu adalah trigger atau kejutan secara live di buat di dalam dewan untuk pelajar-pelajar... apabila v.t. menunjukkan ibu bapa aril ambik adam jadik anak angkat diaorang ganti aril, itu adalah trigger atau kejutan yang dibuat secara rakaman... ada juga trigger di dalam trigger atau kejutan di dalam kejutan... walaupun hadiah pelajar cemerlang dianggap sebagai satu hadiah tapi ianya juga merupakan satu bentuk trigger atau kejutan... contohnya ketika isma dihadiahkan pelajar cemerlang dan berpeluang untuk perform dalam satu event astro, dia juga diberi satu lagih kejutan bertemu dengan anak-anaknya... jadik, kesimpulannya, trigger adalah kejutan dan kejutan adalah trigger... satu benda yang sama... panjang lebar penerangan nih, kalau tak faham lagih tak tau lah (muhahaha)

my first pix of hafiz that i took myself... anyone who wants it, you can have it... no need to give credit to my blog... muhahaha... heepppss!!! focus! focus!

masuk dewan...

wwaaahhh, depannya i duduk... nih kalau peluh hafiz menitik pun boleh nampak nih... (muhahaha) i don't know, tapi i tak rasa sangat kehangatannya berbanding dengan konsert yang dibuat di dewan mbpj... mungkin i dah tua kot... (muhahaha) rasa macam sedikit lompong dan sedikit kosong walaupun dewan agak penuh dengan penonton dan penyokong... rasa kecik pulak stage berbanding dengan apa yang i tengok kat tv... mungkin kalau ada kelainan yang i rasa, was the vibes in the hall... perang posters dan banners tetap ada tapi ianya terlalu dekat antara satu sama lain menyebabkan ia lebih nampak clutters daripada biasa... kalau af terdahulu nampak macam penyokong-penyokong diberi tempat duduk berlainan, tapi kali nih nampak macam semuanya sekelompok... mungkin sebab tuh ada sedikit 'perbalahan' antara fc bila banners dan posters melindungi pemandangan pihak fc lainnya yang duduk di bahagian belakang... but you can't deny the vibes... memang dapat rasa... berdebar pun rasa lain kat dalam dewan... (muhahaha) i think benda nih yang membezakan akademi fantasia dengan lain-lain realiti shows... pengikut-pengikut akademi fantasia sangat kuat dan bahangnya sangat panas... sepanas belakang kepala i... i think pengalaman macam tuh memang tak boleh dijual beli... siapa-siapa yang minat af, mesti jugak cuba sekali untuk hadir ke dewan...

i'm not going to do my review here... if you are interested, you can read it at murai... anyway, it was so funny that akademi fantasia will bring out the child in you... seriously bila habis konsert, i rasa macam poyo jer tapi masa i buat benda tuh, i was happy as a child in the candy store... okay, i will share the story with you... lepas hafiz habis buat persembahan, i was beaming from ear to ear... i was happy that telahan i yang hafiz will make the song macam lagu dia sendiri tepat and right on the dot... macam rocker yang cute... (muhahaha) so bila pengkritik habis bagi kritikan (which i don't really care apa yang diaorang cakap pun at that time) hafiz berdiri kat belakang sikit to give way to claudia pulak dikritik... i wanted to communicate with hafiz to tell him that it's okay and pedulikkan sajer apa yang pengkritik cakap... just dengar jer apa yang cikgu cakap and comment nanti bila balik akademi... tapi i tak tahu macam mana... dah lah duduk depan, nanti kalau i jerit, satu dewan boleh dengar... so i ambik my note book, and masa tuh i tengah perah otak bagai nak rak to think of the right words to scribble... and i come up with this (please refer to the pix below)

tulisan budak darjah dua... muhahaha...

(muahahaha) budus giler... jolyn gelak sakan kat i dalam kereta on the way back... tapi memang masa tuh i tak tahu nak tulis apa... muahahha... tapi yang best nyer, hafiz baca apa yang i tulis and i can read his mouth saying thank you very much... (muhahaha) percayalah, at that point of time, i was macam budak sekolah darjah dua and kalau aiman and ellisya can see me masa tuh, mesti diaorang rasa malu dengan bapak dia... (muhahaha) that was my highlight of the concert and of course the fact that akim was two feet away from me masa ac mizal nak introduce persembahan dia...

habis konsert...

macam semua orang dah sedia maklum, qhaud terkeluar... all i can say kat sinih, qhaud terkeluar dengan penuh maruah... the rest of the comment i akan tulis kat murai nanti... tapi sebelum tuh, lets rewind dua jam sebelumnyer before concert bermula... i saw kak fati and i wanted to say hello... tapi pada masa yang sama ada sorang mamat nih melintas kat depan dia so when i say 'hello kak fati' dia tak pandang pun i... i was a little bit upset sebab i tak tahu sama ada dia memang tak nampak i sebab terlindung oleh mamat yang jalan sebelah dia or sebab dia marah kat i... i thought she was angry with me sebab apa yang i tulis dua minggu lepas... tapi i determine jugak nak tegur dia lepas habis konsert... to me, apa yang i tulis dua minggu lalu lebih kepada luahan rasa seorang adik kepada kakaknyer... so bila konsert habis and sm ajak i pergi ke press conference, i pun ikutlah lalu depan cikgu-cikgi... i saw joe tengah cakap dengan kak fati yang sedang menangis... lepas tuh joe beralih tempat and i went to her... she hugged me and continue crying... it just breaks my heart...

kak fati is one great lady that has so much love to give... sayangnya dia pada pelajar-pelajar seperti anak sendiri... i told her it breaks my heart to see her crying every week... i told her that walaupun qhaud terkeluar, he went out dengan penuh gaya... i told her she should be proud of qhaud and the rest of the kids... and do you know what she said to me? dalam tangisan dia, she said 'send my love to diddy... i saw him performing during abp and he did great... really great!' see!!! she has so much love to give... dia sentiasa ikut persembahan 'anak-anaknya' walaupun some of them tak pernah nak hantar sekeping pun thank you card to her, or wish her on her birthdays or just call to say hello... tapi dia tak peduli semua tuh... all she cares about hanyalah agar semua 'anak-anak' dia berjaya... dalam apa jua bidang... gosh kak fati, you are an angel...

balik rumah...

rasa berbaloi pergi tengok konsert secara live... i habis rm500 untuk afundi... i managed to afundi hafiz, akim and sikit untuk aishah and aril... i tak sempat nak hantar afundi for claudia... sorry, my mistake... i was so sibuk to try and save akim dan nak upkan undian hafiz... i hantar afundi untuk aril because i think dia perform paling bagus last night... i managed to send a few afundi for aishah as well tapi tak banyak sangat sebab my credit dah habis... with undian pukal through handphone, memang boleh bankcrupt... in the morning, i top up my digi line... ingatkan mesti tak habis because it will take some times nak hantar afundi satu satu, tapi sm told me about the afundi pukal using sms... cissss... i tak sedar pun bila credit habis until i dah tak dapat notification anymore... so i send request to check my balance and it was kosong! !! jolyn pun banyak jugak berhabis untuk hafiz dan akim... hafiz sebab dia memang minat sangat but akim sebab kena paksa dengan sm (muhahaha)...

habis konsert, we went to mcdonalds with some of akim's fans yang jugak merupakan peminat diddy, kan kak aidid, kan... (muhahaha)... memang lapar giler masa tuh... ada bekal bihun goreng dan kek lagih makan kat dalam mcdonalds... sempat jugak berborak dan bergossip... okaylah, i'm going to bed now... it has been a long, long day... thank you everyone... seronok jumpa dengan peminat hafiz dan peminat akim...