Bidadari Hati

Friday, June 19, 2009

the one about badrul and diddy: shooting for jelma 2...



mula-mula tadi memang macam dah tak larat nak update blog since dah agak lewat, tapi lepas dah mandi semua, mata pulak dah tak mengantuk dah... then ingat setakat nak upload gambar-gambar dari my camera masuk dalam laptop jer, tiba-tiba teringat pulak tadi suka-suka ambik clip video diddy buat blog promo untuk drama online 'jelma 2'... so upload lah pulak clip nih kat youtube...

jauh jugak lokasi penggambarannya... kat pulau indah, kelang... sejam lebih jugaklah perjalanan dengan kereta from diddy's house... kena lalu sampai 3 toll jugaklah kat kesas highway... originally diddy punya call time memang early in the morning... so macam biasa i dah set alarm seawal pukul 5.45am... sekarang nih kena set my alarm clock instead of my alarm kat my phone... phone i semenjak dua menjak nih i dah letak silent mode setiap kali nak tidur... anyway, bangun tidur terus mandi and lepas subuh terus nak bersiap... nak dijadikan cerita, i check my phone dulu to change it back to general mode... tengok-tengok, ada one sms message, so i baca lah... rupa-rupanya production manager dah sms pukul 2.30pagi cakap call time for diddy dah tukar pergi 12 tengahari... Alhamdulillah... nasib baik belum bersiap pakai baju... terus tarik selimut semula and tertidur sampai pukul 9 pagi... pandai jugak dalam mengantuk-mengatuk earlier tuh set kan alarm balik to 9am... muhahahaha... dapat jugak lah tidur extra two hours...

since i managed to avoid the morning rush hour, i took my time to get ready... sampai rumah diddy around 10.30am and sampai kat lokasi around 11.45am... bila sampai sana, baru i perasan rumah yang kita orang pergi nih adalah rumah datuk jamali syadat... dia masih lagi macam tuh, masih lagi kelakar dan bersahaja orangnya... someone tanya datuk jamali, mana atan... dengan selambanya dia jawab, atan pergi sekolah... muhahaha... atan adalah watak budak sekolah yang sering dibawa oleh datuk jamali syadat setiap kali dia buat persembahan pentas or tv or even radio... lepas tuh ada pulak one of the crew members yang buat kelakar, cakap atan dah berpuluh-puluh tahun masih lagi kat sekolah rendah.. muhahahaa... okay, maybe i tulis nih tak berapa kelakar... memang you have to be there to apreciate the jokes... then kita pergi rumah lagi satu untuk mulakan shooting...

shooting yesterday habis quite early for diddy sebab ada beberapa scene diddy yang terpaksa ditunda pada hari ahad dan isnin nanti... awal pun tak lah awal jugak sebab by the time i sampai rumah dah agak lewat malam dah... alamak, sekarang dah mengantuk lah pulak... anyway, enjoy the clip promo suka-suka nih... esok nak ke johor bahru pulak... diddy ada show untuk satu private function kat sana... then hari ahad and isnin sambung balik shooting 'jelma 2' nih...