Bidadari Hati

Wednesday, August 06, 2008

the one about badrul and diddy fc bowling tournament (updated)...

diddy fc bowling tournament 2008...

hari nih separuh hari ada kat tugu negara... ada photoshoot diddy with iqram and winnie kok untuk cover b*pop berita minggu... sepatutnya the shooting was yesterday tapi sebab pakaian seragamnya belum dapat, terpaksa tangguh hingga today... i can't really remember when was the last time i datang tugu negara... still impressive! kesian jugak i tengok diddy terkial-kial nak belajar tabik dan sebagainya... itulah, sapa suruh masa sekolah dulu tak masuk pasukan seragam... pancaragam ker, pengakap ker, bulan sabit merah ker... muhahaha... at least dapat jugak belajar tabik, kawad dan lain-lain...

okay, i nak tulis sikit pasal bowling this coming sunday... excited jugak nih... anyway, i nak ambik kesempatan nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang bertungkus lumus untuk mengadakan pertandingan bowling nih... seriously, this is the first time ever diddy ada buat apa-apa aktiviti bersama peminat... the first time dulu pun untuk birthday dia it was just for family and friends... so to tre, arin, hezz, inc, linda, sham, maya, aqua, kiera, wawa dan yang lain-lain, terima kasih ikhlas dari hati kerana sudi meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk buat this project... you guys are superb! terima kasih juga untuk team dari BHPetrol yang akan turut sama membantu melancarkan pertandingan bowling nanti... juga masa yang mereka luangkan untuk membuat persediaan awal... as promise, i nak tulis jugak about hadiah-hadiah yang akan dibawa pulang oleh para peserta... this is also a way for me to say thank you kepada semua penaja-penaja yang sudi menghulurkan penajaan kepada para peserta yang terlibat...

1. goodie bags...
setiap seorang akan dapat tiga items yang berlainan...

gambar hiasan...

1.1 - khas untuk peserta pertandingan bowling diddy fc, setiap seorang akan menerima goodie bag daripada BHPetrol... di dalam goodie bag BHPetrol terdapat kitchen towel, pen, mineral water dan breakfast... *maaf, gambar takda sebab semuanya ada pada komuniti diddy* di dalamnya juga terdapat cash voucher bernilai rm25 tajaan Bookbinders, one of the high-ends stationaries shops... selain daripada itu terdapat juga cash voucher bernilai rm10 tajaan murahdotcom - value for your money, quality as you need... kedai murahdotcom adalah kedai kepunyaan diddy dan adik beradiknya...

digi superstars goodies...

1.2 - selain itu, anda juga akan menerima goodie bag DiGi Superstars... di dalam goodie bag DiGi Superstars anda akan mendapat sehelai t-shirt DiGi Superstars, notebook, dvd pouch dan namecard holder... anda juga akan mendapat sekeping cakera padat sumbangan emi / sonybmg / akademi industri muzik...

majalah-majalah tajaan karangkraf...

1.3 - setiap satu pasukan akan menerima satu goodie bag yang berisi majalah-majalah keluaran karangkraf... goodie bag ini ditaja oleh media hiburan selaku majalah rasmi untuk diddy fc bowling tournament..

ikhlas dari diddy fc...

1.4 - setiap seorang peserta juga akan mendapat cenderahati daripada diddy fc berupa sebiji mug dan sehelai face towel... juga sekeping postcard diddy yang ditaja oleh sultanmuzaffar, yang dibungkus di dalam bakul kecil yang cantik... and all of these hanya dengan menjadi seorang peserta... you get more than you're bargain for...

genting kota keriangan...

2. hadiah utama...
untuk hadiah pertandingan bowling pula...

2.1 - juara akan membawa pulang trophy setiap seorang... mereka juga akan menerima sebuah hamper setiap seorang... selain dari itu, setiap perserta di dalam pasukan juara akan menerima tiga keping ticket ke taman tema genting highlands berharga rm60 setiap satu, menjadikan jumlah kesemua untuk satu team adalah rm720.00... tiket-tiket ini adalah tajaan genting berhad...

2.2 - naib juara akan membawa pulang trophy setiap seorang beserta hamper juga untuk setiap seorang... juga dua tiket taman tema genting highlands untuk setiap seorang menjadikan jumlah kesemua tiket bernilai rm480.00 sumbangan genting berhad...

2.3 - tempat ketiga juga akan membawa pulang trophy pertandingan beserta hamper untuk setiap seorang dan sekeping tiket ke taman tema genting setiap seorang, menjadikan nilai tiket berharga rm240.00...

2.4 - tempat keempat dan kelima akan menerima sebuah plaque dan sebuah hamper untuk setiap orang pemain... tempat keenam hingga kesepuluh akan membawa pulang sebuah hamper untuk setiap pasukan... untuk pemain terbaik lelaki dan wanita pula akan membawa pulang sebuah bag dan sebuah tumbler tajaan f-tersix dan BHPetrol... untuk raja dan ratu longkang pula akan membawa pulang sebuah hamper...

3. hadiah sampingan...
selain daripada hadiah utama, kami juga menyediakan hadiah-hadiah sampingan untuk dimenangi... but please remember, this is for good fun... jangan pula ada yang kecil hati kerana tak dapat pulang dengan hadiah... and i need to say this, keputusan adalah muktamad... muhahahaa... sound so seriouslah pulak...

from astro...

3.1 - team macam-macam ada...
untuk hadiah team macam-macam ada, kami akan memilih team yang paling unik, tak kiralah dari segi cara balingan ataupun gaya pesertanya... untuk team macam-macam ada, anda akan mendapat hadiah sumbangan daripada astro berupa t-shirt, pen, cap espn, note book dan thumb-drive...

from hot fm...

3.2 - team paling hangat...
team paling hangat pula akan dihadiahkan kepada team yang paling cantik atau unik atau hebat berpakaian... macam kira team pakaian tercantiklah tapi cantik tuh very subjective... hadiah team paling hangat disumbangkan oleh hot fm dan anda akan menerima sehelai t-shirt, notebook, sling bag, key-chain, gelung tangan dan macam-macam lagih... muhahaha, ada benda yang i tak reti nak sebut pun...

from suria fm...

3.3 - team paling rancak...
untuk pasukan yang mempunyai gaya sorakan *cheer* yang paling best, ataupun untuk team yang paling kuat sorakannya sepanjang perlawanan... tapi sorakan tuh janganlah pulak sampai mengganggu team lawan... setiap seorang di dalam team tersebut akan menerima hadiah sumbangan suria fm berupa dua helai t-shirt, dua pen dan dua notebook...

from radio era...

3.4 - team paling terkini...
team paling terkini akan dihadiahkan kepada pasukan yang salah seorang pemainnya merupakan pemain pertama mendapat jatuhan pin 200 dan keatas untuk satu permainan... jika ada lebih daripada satu pasukan, peserta yang mendapat jumlah pin tertinggi akan memenangi hadiah ini untuk pasukannya... hadiah team paling terkini disumbangkan oleh radio era dan anda akan menerima dua helai t-shirt dengan logo terbaru era, minuman dalam tin, gelang persahabatan, toothpaste dan car sticker... anda mungkin menjadi antara orang yang pertama memiliki t-shirt yang mempunyai logo baru radio era...

from murahdotcom...

3.5 - team bersama artis...
untuk team yang mempunyai artis turut serta bermain bowling, setiap seorang daripada anda akan menerima hadiah sumbangan murahdotcom berupa sebuah beg mengkuang, sebuah teddy bear dan sebuah frame gambar exclusive... tetapi, untuk makluman, hanya pasukan yang diwakili oleh artis tersebut sahaja akan mendapat hadiah ini... i know that some of the fc hantar sampai dua tiga team, and it sounded not fair, tapi i can't give it to all... contohnya kalau diddy fc hantar tiga team, this prize will only go to one team yang diddy bermain di dalamnya... kalau tak, bankraplah... muhahahaha... another note is that, penyertaan artis di dalam pasukan anda haruslah di confirmkan sebelum atau pada hari jumaat... team yang melanggar peraturan nih takkan dapat hadiah... wah, garangnya... muhahahaha...

from f-tersix...

4. lucky draws...
ada beberapa hadiah kecil untuk lucky draws akan dijalankan... hadiah besar-besar kena tunggu gathering diddy nanti... hadiah barangan untuk lucky draw disumbangkan oleh f-tersix berupa barangan elektrik seperti kipas, rice-cooker, dvd player, cordless jug dan barangan lainnya seperti exercise ball, flask, dapur gas dan lain-lain... kecil-kecilan sajer... semua peserta layak untuk menyertai lucky draw, tetapi jika anda pulang awal, hadiah akan dibuat cabutan semula... and that's the rules...

diddy will be performing... insyaAllah...

5. host dan persembahan...
insyaAllah diddy akan membuat persembahan untuk beberapa buah lagu and jika ada artis yang sudi, bawaklah minus-one... i actually invited beberapa orang artis untuk sama-sama buat persembahan but till to-date belum dapat confirmation lagih... hopefully i will get the confirmation in the next few days... diddy fc bowling tournament nih juga akan dihostkan oleh seorang pengacara / pelakon remaja terkenal...

majalah rasmi - media hiburan...

6. media...
kita juga menjemput beberapa media cetak dan media elektronik untuk membuat liputan... kalau datang, syukur alhamdulillah... tapi pada masa yang sama, media hiburan telah sudi untuk menjadi majalah rasmi kepada diddy fc bowling tournament nih... insyaAllah juga akan ada beberapa hadiah yang akan ditaja oleh pihak media hiburan...

album diddy with four exclusive postcards...

7. jualan album diddy...
kami juga akan membuat jualan album diddy at discounted rate... album diddy akan dijual pada harga rm25 sahaja dan setiap rm5 jualan setiap album akan didermakan untuk tabung anak yatim... anda juga akan mendapat 4 postcard exclusive diddy dengan setiap pembelian album... postcard nih juga dijual pada harga rm1 setiap satu dan 30sen daripada jualan tersebut juga akan didermakan pada tabung anak yatim...

gambar hiasan semata-mata... jangan nak ngada-ngada... muhahaha...

8. jamuan ringan...
pihak komuniti diddy juga turut menyediakan sedikit hidangan untuk para peserta... setiap peserta akan mendapat nasi lemak dan mineral water untuk sarapan pagi... dan di sebelah tengaharinya pula kami menyediakan makanan ringan berupa hotdog daripada a&w serta sandwich...

from clinique...

9. lain-lain...
on behalf of diddy and komuniti diddy, i nak ucapkan jutaan terima kasih kepada artis-artis yang sudi meluangkan masa untuk memeriahkan lagi pertandingan bowling nih... so untuk artis-artis yang hadir, pihak clinique telah sudi untuk menyediakan sedikit cenderati sebagai tanda terima kasih...

let us all have fun... this is the time kita nak kenal antara satu sama lain daripada fc yang berbeza... this is the time kita nak tunjukkan bahawa fc kita semuanya bersatu dan tidak ada perasaan dengki antara satu sama lain... this is the time kita tunjukkan rasa hormat kepada orang lain yang meminati artis lainnya dan mereka juga berhak untuk meminati lebih daripada seorang artis... tinggalkan perasaan benci kat rumah and bawaklah perasaan sayang... put aside your differences and jom kita happy-happy!