the one about badrul and things that he learns...
banyak perkara yang berlaku sepanjang minggu lepas... ada yang amat berat nak dilalui, some are just miscommunications and ada jugak perkara yang memerlukan perhatian yang serious... tapi dalam banyak-banyak perkara tu, i realised something... i've learnt a lot... ada yang i dah tahu dan hampir terlupa, but it was reinforce this week... ada yang yang i baru belajar... dan ada yang menguatkan lagi prinsip yang i pegang selama ini...
money is not everything... i've been living in the material world for quite some times sampai i terlupa... diddy has taught me that lesson last week... more like reminded me again... "abang, jom balik!!!" ketegasan suaranya buat i tergamam! kadangkala kita sering lupa, kita terlalu sibuk mengejar wang, membina karier, menghambat pangkat... "rezeki ada di mana-mana, bang... kalau kita usaha keras, Tuhan takkan sia-siakan usaha kita" kenyataan yang tak ada siapa mampu sangkal... "biarlah bayaran kecil pun abang, asalkan kita tak dilayan seperti binatang" kesalan yang tak terhingga...
maruah adalah segala-galanya... without maruah, kita bukan manusia... jagalah maruah diri dan jangan sekalipun membiarkan orang lain mencalarkan maruah kita... yup, i'm going to be that person now... terlalu lama di bidang publicity membuatkan i terlalu akur pada kehendak sekeliling tanpa mempedulikan diri sendiri... sibuk untuk memastikan tiada hati orang lain yang terguris sehingga sanggup membiarkan orang lain sewenang-wenangnya membuat sesuka hati... disimbah air, di maki hamun, dicerca, diperli... nope, not anymore... i will not let myself go through that again... i will fight for my right! i still believe that there are a lot more good people out there than the bad people... InsyaAllah, semoga i akan ketemu lebih ramai yang baik-baik daripada yang jahat dalam perjalanan hidup ni...
percaya pada diri sendiri dan orang yang kita sayangi... bila perasaan curiga menguasai diri, kita mula berfikir yang bukan-bukan, membuat andaian dan merosakkan hubungan... kepercayaan pada diri sendiri paling penting... juga percaya dengan orang yang kita sayang dan menyayangi kita kerana mereka inilah yang mahukan yang terbaik untuk kita... memang mudah bercakap, tetapi cuba lah sendiri... let go of yourself and trust people that you love... semuanya nampak lebih cerah... langit lebih biru, angin lebih dingin, hidup lebih ceria... dan paling penting, kepala lebih lapang...
berundur tak bererti mengalah... memang sesuatu yang menakutkan kerana kita sering diadili oleh tindakan kita... bila kita berundur, ramai yang memandang rendah seolah kita mengalah... tidak! kadangkala kita berundur untuk kebaikan... kebaikan diri sendiri, kebaikan orang yang kita sayang, kebaikan persahabatan dan banyak lagi... pegang teguhlah pada kata-kata rezeki ada di mana-mana, kerana itu janji Allah s.w.t. kepada hamba-Nya... yang penting, kita harus berusaha...
sekecil biji saga mampu mengalahkan biji getah... i tak pasti ada perumpamaan sebegini, but it was told by my father a long time ago... hampir setahun dulu bila i bagitahu my dad that i want to open my own company, dia kata "buatlah dengan bersungguh-sungguh! kadangkala kesungguhan kita yang meyakinkan orang tentang kemampuan kita, bukan kecil atau besar syarikat kita" tapi jangan lupa, masih ada yang memandang pada syarikat besar supaya gah! kini i seakan faham maksud perumpamaan my dad... biarlah menjadi syarikat kecil yang kukuh daripada syarikat besar yang goyah... "but work towards syarikat besar yang kukuh," my dad ketawa...
biar mati adat, jangan mati anak... yup, adat hanyalah aturan manusia untuk melengkap cara hidup sesuatu kaum dan bangsa... adat hanyalah satu ciptaan untuk meneruskan amalan sesuatu kepercayaan... tetapi anak adalah kesinambungan keturunan, anak adalah zuriat kurniaan Tuhan, anak adalah rezeki Yang Maha Esa... antara adat dan anak, pilihlah anak...
hidup umpama roda... ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah... kita selalu memandang ke atas untuk mendaki tetapi kita jarang melihat ke bawah bila di puncak... bila di atas, jangan sewenang-wenangnya memandang rendah mereka yang di bawah... apatah lagi mengharapkan orang terus menerus menghormati kita... kadangkala kita harus tahu atau cuba ambil tahu tentang apa yang orang lain lalui sebelum membuat sebarang andaian... assumption sering menjadikan kita mangsa keadaan... yup, mangsa keadaan...
and i also believe that orang yang buat fitnah patut dibunuh...
and i also believe that orang yang buat fitnah patut dibunuh...
|