Bidadari Hati

Wednesday, May 23, 2007

the one about badrul and cerita biasa, cerita gembira, cerita sedih, cerita nangis...



cerita biasa...
petang semalam my friend bagi i baca article kat bipop hujung minggu yang baru berlalu... so, i letak sikitlah kat sini from the whole story mory...

shawal nafi bertunang oleh mohd razif mohd rosdi - dulu fitri, kemudian aidil dan terkini, shawal. tiga nama itu berkait rapat dengan nama hari raya. namun, bukan nama jadi ukuran sebaliknya pelajar akademi fantasia 5(af5) yang tersingkir pada konsert kesembilan, shawal lebih dikenali dengan suara jantan mirip penyanyi ibnor riza. bagaimanapun, tone suara shawal lebih mirip senior beliau dalam af4, diddy. maka daripada awal lagi, shawal digelar klon diddy. apapun, shawal ada aura sendiri. wajah mirip hero siri korea, jae hee (pelakon sassy girl - chun yang) membantunya bertahan sehingga konsert sembilan. penyingkiran shawal jelas menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak. namun, apa daya, badi lagu inggeris memanggil shawal turut serta dengan rakan af lain. "yeke suara saya sama dengan diddy? tak samalah. shawal dan diddy jauh beza,"nafinya.

i taknak comment banyak-banyak, but i agree with shawal... suara diddy dan shawal tak sama... kita sebenarnya terlalu mudah sangat nak label suara seseorang... mungkin kerana suara mereka berada dalam kategori am yang sama *suara jantan* so ada segelintir yang kata suara mereka sama... in fact, kalau dengar betul-betul, tone suara diddy dan shawal berbeza... mereka ada kelebihan masing-masing... itu jer i nak cakap... kalau ada yang sama pun, dua-dua mempunyai tone suara yang sedap... muhahahaa... statement bias nih... muhahahaa...

cerita gembira...
Alhamdulillah, rezeki diddy sekarang nih makin bertambah... sepanjang empat lima minggu akan datang, jadual diddy terutamanya hujung minggu penuh... selain nak menghabiskan recording, diddy jugak terlibat dengan teater di bawah arahan ummi fauziah nawi bertajuk 'lorong blues'... i know everyone will be surprise nanti bila tengok diddy berlakon teater... i am sure of that! so nanti kita make a point to go and watch ramai-ramai yach... hujung minggu nih diddy akan berada di penang untuk gempak selebriti astro, so orang penang jangan lupa datang ramai-ramai ya... selain diddy dan ramai lagi, mila, aswad, dekna and aizat pun ada jugak... hujung minggu depan pulak diddy akan ke terengganu pulak untuk pesta bulan citra rasa... kat sana diddy akan bersama dengan yanie... balik dari terengganu, diddy akan ke singapura untuk anugerah planet muzik, jugak perform dengan yanie... tapi dengar ura-ura, selain dengan yanie, diddy jugak akn perform dengan artis terkenal indonesia dan singapura... tuh kena tunggu dan lihatlah... balik dari singapura, diddy akan terus ke kedah untuk show sempena pameran i.t. kat sana... balik dari kedah hujung minggu seterusnya akan ke bandung indonesia... errr, bandung tuh pergi shopping-shopping yach bapak-bapak dan ibuk-ibuk!!! yeahhhaaahhhhh!!!

cerita sedih...
dah empat lima hari i sakit gigi... awal-awal tuh tak teruk sangat, so buat appointment dengan dentist hari nih, hari rabu... tapi monday night takleh tidur langsung... berdenyut-denyut gusi... akhirnya mengalah and pergi clinic biasa dulu untuk ambik ubat tahan sakit... on tuesday call balik dentist and terus pergi petangnya... Alhamdulillah patient sebelumnya cancelled his appointment so i terus dapat jumpa doctor... ada dua choice, sama ada cabut gigi atau buat root canal... alamak, takleh jadik... dah ler gigi geraham belah kiri dah cabut a few years back, takkan nak cabut belah kanan pulak... nanti nak mengunyah pakai apa? nak tak nak, terpaksalah buat root canal... nak tahu berapa kena charge? 750 ringgit!!! kalau tak fikir pasal tempat mengunyah, sah-sah i cabut jer gigi tuh... mahal giler... next week kena pergi lagi sekali... bayar separuh dulu rm300, next week bayar selebihnya... memang sedih wooo!!! lepas tuh dengan muka separuh numb, terus pergi tengok wayang... hiks!

cerita nangis...
baca tak cerita kat mukasurat depan harian metro hari nih? kisah dua anak yang tak mengenang budi pergi hantar ibu mereka ke pusat penjagaan orang tua bukan islam... MasyaAllah... tergamak sungguh! dahlah menipu ibu mereka kononnya nak bawak balik rumah from hospital, tapi sebaliknya pergi hantar ke rumah orang tua... nasib baik adik kepada makcik tua tuh sedar sesuatu yang tak kena berlaku dan hantar surat surat aduan ke jabatan agama islam wilayah persekutuan... yang sangat sayu, bila pegawai jawi pergi jumpa, makcik tuh menangis teresak-esak kerana sikap anak-anaknya dan sedih kerana beliau sukar untuk menunaikan rukun agama kerana persekitaran tak sesuai... malahan, makcik tu sering dimarahi dan ditengking penjaga rumah tersebut... sumber jawi jugak berkata, pihaknya terkejut apabila kedua-dua anak derhaka tersebut meminta penjaga rumah itu supaya tidak membenarkan orang luar melawat atau membawa keluar ibu mereka dari situ kecuali mereka berdua...

ya Allah ya Tuhan ku, minta-minta lindungilah ibu tua tersebut daripada manusia yang kejam dan jauhkan hamba-Mu ini daripada menjadi anak derhaka kepada kedua orang tua... Amin...