Bidadari Hati

Thursday, April 19, 2007

the one about badrul with some back-dated, present and future stuff...

diddy with maskot astro...


macam-macam hal... kalau tak mengadap laptop, berpuluh-puluh benda rasa macam boleh tulis, tapi bila dah online, kepala jadik buntu pulak... so, i will write apa yang ingatlah, which unfortunately is nothing much... okay, lets start with fiesta media idola... this was my third year *and may be my last* participating in bowling... oh before that, ramai jugak artis-artis yang mewakili astro... of course artis-artis dari akademi fantasia mendominasi... it was all fun and great... seronok dapat berkumpul ramai-ramai especially dengan teman-teman press lain yang turut sama hadir... it was not just the game, tapi masa melepak di kopitiam dan sebagainya...




some of the artists in astro team...


i think bowling paling best dan havoc... apatah lagi team astro duduk bersebelahan dengan team berita harian... walaupun team rtm hired cheerleaders budak-budak sekolah dari kuantan, tapi tak boleh nak lawan penyokong-penyokong astro and berita harian... riuh rendah sekali keadaan kat bowling alley... but seperti biasanya, mesti ada team yang tak sporting dan menghormati peraturan pertandingan... walaupun dah tertulis dalam peraturan setiap pasukan mesti mengandungi 4 selebriti lelaki dan 4 selebriti wanita, masih ada jugak yang langsung tak ikut... malah ada yang pergi lebih jauh to put in the junior national player in their team... hhhmmmmm... takda semangat kesukanan langsung... to me, biar kalah tapi penuh maruah daripada menang tapi penuh tipu helah... walaupun ada benda-benda macam tuh, team astro masih lagi dapat tempat ketiga untuk bowling... so to all astro bowling players; hafiz, lan, shazwan, azeman, yussak, diddy, khai, alam dan kieran, serta bowlers wanita; nana, lily, yong mei, fid, nurul, jolyn, nurul af2, rosma, marsha and farhan, congratulations!!! you are the best! dan seperti tradisi tahun-tahun sebelumnya, the whole bowling team melepak di koptiam kemaman... best giler!!! nak balik ke kuala lumpur on monday morning tuh, kereta i takleh nak start... battery dah kong kot... nasib baik ada wanny and her boyfriend... tolong jump-start the car... on the way balik tuh langsung tak berhenti mana-mana... muhahahaa...



secretaries' week at kelab darul ehsan...


on wednesday, diddy buat persembahan untuk minggu setiausaha di kelab darul ehsan... terasa terharu dan bangga walaupun takdalah buat di hotel-hotel ternama tapi diddy tetap dapat peluang untuk terlibat dengan secretaries' week... honestly, i'm so proud of him... persembahan dia sangat-sangat menghiburkan... takpalah kalau orang lain nak kata i kipas artis sendiri, it doesn't matter to me... all i know is that i hardly tengok diddy perform macam tu... dia buat kelakar, dia menyanyi penuh perasaan, dia entertain the audience yang datang, dia buat segala-galanya seperti sorang artis yang cukup profesional... i was speechless... okay, if you know me well, you know i jarang speechless... muhahhaaaa... dia langsung tak nampak gementar, macam dah lama dah dia nyanyi untuk secretaries nih... muhahaha... dan rezeki Tuhan tentukan, diddy dapat offer untuk buat tiga show from the company yang datang on that day for the next two months... walaupun hanya verbal confirmation, syukur Alhamdulillah... i will follow up soon...




anugerah planet muzik pc...


habis sahaja secretaries' week, kita bergegas ke sidang media anugerah planet muzik... ramai jugak artis yang hadir... finalis untuk kategori terbaik kebanyakannya didominasi oleh artis-artsi indonesia... malaysia pulak banyak menguasai yang popular... hopefully next year giliran artis-artis malaysia pulak yang mendominasi kategori terbaik... lepas berbual dengan amin, boss besar beyond event yang menganjurkan anugerah planet muzik, i masih lagi excited sampai ke hari nih... diddy and yanie will be performing on that day... and berita lagi best yang i terima, mereka berkemungkinan besar akan menyanyi bersama-sama diva dari indonesia dan pemenang satu pertandingan realiti dari singapura... isn't that grand!!!! things are looking up for diddy... InsyaAllah, kita akan terus berusaha sekeras mungkin dan sedaya upaya... selepas segala usaha, kita serahkan segala-galanya pada Yang Maha Esa... i tetap berpegang pada "Tuhan tak akan mengubah nasib hamba-Nya kecuali hamba-Nya sendiri berusaha mengubahnya"

to vernon and ning, get well soon...