Bidadari Hati

Friday, March 23, 2007

the one about nikki's re-release and diddy 'lalok'...

last minute input dari mak hayam...


nak kata hari nih hari 'malang' takleh lah jugak, tapi memang sikit menyiksakan lah... earlier today pagi-pagi lagi i dah pergi clinic sebab sakit belakang makin teruk... nak bongkok sikit pun dah sakit sangat-sangat... tapi nak dijadikan cerita, bila nak keluar rumah pergi clinic tuh, lighter lah jatuh, kunci kereta lah jatuh... macam-macam... so, instead of tunduk to pick it up, i terpaksa duduk terus atas lantai and jalanraya nak ambik benda-benda yang jatuh... mujur jugak pagi lagi so tak ramai orang tengok... bila dah check doctor, baru dapat tahu i dah kena muscle spasm... tuh yang nak tarik nafas pun sakit ya amat... terus jab painkiller and drove to office... dapat mc tapi ada banyak meeting nak kena attend...


konsep santai untuk press dan bloggers...


but don't worry, i have learn to handle my stress... maybe masih diperingkat awal tapi sejak beberapa minggu kebelakangan nih, i dah rasa perubahan yang agak ketara... i lebih banyak ketawa dan tak ambik serious sangat tentang banyak benda... maybe recording tuh i serious sikit lah but other than that, i try to calm myself and to look at things from different perpective... i think memang ada perubahan yang ketara... especially now ramai teman-teman yang bagi moral support and always there when i needed them... i think i'm very lucky to have kawan menangis yang lebih kurang sama banyak dengan kawan ketawa... i'm bless with that...



dengan teknik photoshop, vernon nampak macam 25 tahun... hiks!


petangnya i pergi ke majlis re-release album nikki... vernon cakap bukan repackage, tapi re-release... ramai jugak teman-teman press yang hadir termasuk jugak rakan-rakan bloggers... first time jugak i jumpa dengan kash... lain-lain bloggers yang ada macam juan, ajami, joe, mimirinie, judd... sultanmuzaffar, fiebie and budiey tak hadir mungkin sibuk sebab kerja... majlis dijalankan dalam suasana santai di tepi kolam... quite nice lah... i suka sebab lebih relaks macam first time pra-dengar album nikki two years ago on my birthday, november 25, 2005, kat liquid... bila fikir-fikirkan balik, masa tuh lah i betul-betul kenal dengan ning baizura... dan sekarang dah jadi very close macam adik beradik...


anak hayam dan mak hayam...


during the sidang media santai ini, nikki mempersembahkan tiga buah lagu secara unplugged... seriously, nikki memang boleh pergi lebih jauh lagi... dia bakal menjadi pelapis penyanyi-penyanyi terkenal sekarang nih... perubahan yang paling ketara i nampak pada nikki ialah dia sudah pandai berkomunikasi... kalau masa pra-dengar albumnya dulu, nikki lebih kepada 'blur' tapi sekarang dia bijak berbicara walau kadangkala bahasanya lebih baku daripada cikgu bahasa malaysia... muhahahaa... paling i suka, gayanya kini lebih funky dan mencerminkan keremajaannya yang baru berusia 22 tahun tuh...



nikki tolong make up shonn...


since ramai jugak press dari magazine baru-baru yang hadir, i lah yang jadik penyibuk tukang tanya banyak soalan-soalan... tapi soalan-soalan i lebih kepada untuk memberi peluang kepada nikki, vernon and ning bercerita tentang perkara-perkara yang belum pernah ditanya sebelum nih... bosanlah kan kalau asyik soalan-soalan yang sama jer kena tanya... walaupun bentuk soalan yang i tanya tuh ada yang bersifat 'carutan' tapi i think it will give more chance for other people to get to know nikki and artistes united better...


yanie, shonn, ning and nikki...


dalam album yang di re-release kan nih ada lagu bonus drama, remix caramu 2006, minus-one, video clip caramu dan imaginasi... covernya juga memang lebih hebat dan lebih mencerminkan siapa nikki dalam industri muzik... i do believe that sesiapa yang masih belum mendapatkan album nikki, this is a-must-have album... dulu i pernah tolong jualkan album nikki on my blog, tapi this time around i mungkin tak larat sikit kot... but with the new distributor company, which is sony bmg, i think you willl be able to get the album kat kedai-kedai muzik... sessi sidang media, photoshoot dan gossip menggossip tamat dengan minum petang... sedap giler jemput-jemput udang makan dengan sos dia... spaggetti pun sedap jugak... lepas tuh kitaorang berangkat ke klcc untuk launching mac new product...


tengah study script...


oh, earlier this week jugak diddy ada recording untuk segment cik mat poi for ac di sini... awal-awal tuh main control jugak diddy nih sampai i kena cakap jangan control sebab orang tahu this is part of acting, bukan diddy yang sebenarnya... dua tiga take, dia mula loosen up and nampak natural... recording di buat kat tingkat 39 darby park... memang lawa giler kat atas tuh... tapi i nih jenis gayat sikit... berapa kali ulang keluar masuk keluar masuk... muahhaaaa... dalam segmen nih diddy kena berlakon konon-konon dia lalok lah... i tahu lah jugak nih kes apa, tapi bila i dah study script nya, i know it was done for a good purpose... sebab tuh i agree for diddy untuk buat recording nih... if ada yang interested nak tengok 'lakonan' diddy, kalau tak silap i, ianya akan disiarkan dalam ac di sini pada 23 march nih... kalau tak silap lah... sila check buku astro anda...


mendengar penerangan dari producer...


one thing for sure, ac mizal nih memang genius bila bab-bab berlakon secara spontan... i memang tabik habis dengan dia... dia pandai bawak karektor yang diberikan and i hope one day diddy pun boleh buat sampai ke tahap tuh... takyah nak malu-malu dan control since it is just an acting... ehh, nak cerita sikit sejarah lama... i kenal ac mizal nih dah lama sangat dah... more than 10 years ago... masa tuh kita sama-sama belajar di tempat yang sama... and we both played basketball together... walaupun masa tuh dia dah femes dengan kumpulan 4u2c tuh *ijin mesti teringat zaman pakai cd kat leher* tapi dia tetap down to earth... cuma yang i tak tahan masa tuh, setiap kali kita orang main basketball, mesti ada groupies yang melepak kat tepi court sambil jerit-jerti "ac!!! aaaccccc!!! aaacccc!!!" pondan-pondan pun ada... oppsss!!! sebab tuh ac selalu kena 'torture' kat court... time dia dapat bola jer, mesti dia kena attack kaw kaw punya... muhahahaa... seronok giler teringat kisah lama...



camera rolling... action!


hah, sebelum lupa, i nak cerita jugak diddy sekarang nih terlibat dengan satu teater arahan ummi fauziah nawi... teater muzikal bertajuk 'lorong blues' nih InsyaAllah akan dipentaskan pada bulan jun atau julai nanti... i pun belum tahu sangat detail nya lagi, tapi yang pasti diddy will be one of the main cast... nanti bila i dah dapat full information, i will keep everyone posted... i memang rasa terharu dan bangga sebab ummi fauziah nawi turut memilih diddy untuk terlibat dalam teater arahan dan lakonan beliau... siapa tak kenal ummi fauziah nawi, especially lakonan-lakonannya dalam filem dan teater yang cukup hebat... hopefully diddy will pick up some good points and will improve himself to be the best in the industry...


cik mat poi kena serang...


last night pun kita dah record another song untuk album solo diddy... i suka sangat-sangat lagu gubahan audi and lirik by ad samad nih... ianya lain daripada yang lain dan amat mencabar kemampuan vocal diddy... next week another recording and the week after that we have two more... doakan semuanya bejalan dengan lancar ya... okaylah i dah mengantuk nih and my back dah sikit nih sebab duduk lama-lama update blog... actually menulisnya tak lah lama sangat tapi nak upload gambar tuh yang ambil masa... to all yang belum beli album nikki, go and grab one... you won't regret it!