Bidadari Hati

Sunday, June 04, 2006

the one about badrul and the first akademi fantasia concert...




kami berkenalan di tag-box y... hence ahli majlis tingkap y... a.m.t.y... kami kenal lebih rapat kerana akademi fantasia... and we talked more on the phone because she was akma's fan... kini Allahyarham emy telah pergi mengadap Illahi... sedekahkan Al-Fatihah seikhlas hati kepada Allahyarham emy dan semoga rohnya ditempat bersama orang-orang yang beriman...

Al-Fatihah...


-------------------------------------------------------------------------------------


farhan...

so, konsert pertama akademi fantasia dah berlalu, dan kejutan pertama telah dibuat apabila nora menjadi pelajar pertama daripada empat musim akademi fantasia yang terkeluar di konsert yang pertama... kejutan yang memedihkan... all in all, keseluruhan konsert berlangsung dalam suasana yang sederhana... i suka dengan kebanyakan pakaian yang dipakai oleh pelajar-pelajar pada konsert pertama nih... maybe because ada theme, it's easier for the wardrobe people to design it... tapi i kurang gemar dengan pakaian diddy... tidak membayangkan zaman tersebut dan tidak ada kelainan pun... zaman 80an, 90an pun ada orang pakai macam tuh... rambut dia okay sebab nampak macam rambut Allahyarham p.ramlee dalam satu movie tuh, tapi i dah lupa... since i memang tak reti nak buat review, so i just nak cerita apa yang i suka and tak suka tentang konsert pertama nih... it's not in any particular order...


velvet...

1. i suka dengan tarian menuju puncak... mungkin terlalu awal sebab banyak yang tak sama *faizal jangan cakaplah, berterabur*, tapi kelainan yang dibuat menjadikan ianya nampak fun, especially part awal-awal macam main musical chair tuh... adalah sikit nampak berterabur tetapi pada i mungkin stage agak kecil berbanding dengan tahun lalu... maybe lepas lebih ramai pelajar yang terkeluar untuk konsert-konsert yang akan datang, ianya akan nampak lebih kemas dan menarik...

2. i suka bila aznil mulakan concert dengan menyanyi dan bercakap macam dalam cerita-cerita melayu yang lama... permulaan yang cemerlang menjadikan pengenalan diri pelajar-pelajar tak nampak over... i mula-mula tuh bimbang jugak bila dalam diari mereka disuruh memperkenalkan diri dengan cara berikut... takut orang meluat, but sebab aznil dah buat dengan cara yang tersendiri, everything nampak macam fun sangat... i think aznil is brilliant!

3. i suka dengan suara farhan yang cukup segalanya... nada tinggi dan rendahnya sedap sangat-sangat... don't ask me about key range, tone dan sebagainya sebab i tak tahu dan tak pernah belajar secara formal... all i know is suara farhan sungguh hebat dan mengasyikkan...

4. i suka dengan persembahan lotter yang sangat-sangat menghiburkan... pandai sungguh dia mengolah lakonannya dengan 'kejutan kecil' yang dibuat... this is why improvisation is very important... dengan mata-mata julingnya sekali... memang currlasss...

5. i suka kelunakan suara velvet... kalau nak tiru komen-komen kat american idol tuh, velvet is the 'power-house' ... eh, betul ker apa yang tulis nih... power-house?!? tak kisahlah, tapi suara velvet betul-betul lantang dan sedap didengar...

susunan persembahan yang best and entertaining mengikut pendengaran dan penglihatan i yang bias nih adalah seperti berikut...
1. farhan ٭ ٭ ٭ ٭ ٭
2. velvet ٭ ٭ ٭ ٭ ٭
3. lotter ٭ ٭ ٭ ٭ ٭
4. faizal ٭ ٭ ٭ ٭
5. diddy ٭ ٭ ٭ ٭
6. karen ٭ ٭ ٭ ٭
7. haziq ٭ ٭ ٭ ٭
8. zila ٭ ٭ ٭
9. amirul ٭ ٭ ٭
10 salima ٭ ٭ ٭
11. rich ٭ ٭ ٭
12. nora ٭ ٭ ٭


lotter...

kalau nak bercakap pasal benda-benda kecil yang yang tidak berapa suka macam pakaian diddy tuh memang adalah satu dua, but perkara pada i yang boleh di atasi untuk konsert-konsert seterusnya... yang boleh dimaafkan kerana ianya tidak terlalu mengganggu konsert yang berlangsung... cuma yang paling i tak suka ialah komen-komen dari pengkritik tetap yang i rasakan sebahagian besarnya langsung tidak masuk akal... pelajar-pelajar ini baru sahaja seminggu berada di dalam akademi dan banyak benda yang harus dipelajari dan perkara yang mesti di sesuaikan dengan diri... komen tentang pelajar hanya mempelajari lagu sendiri saja tidak masuk akal langsung kalau anda benar-benar mengikuti diari setiap hari... tidak seperti tahun lalu apabila ada bintang-bintang akademi fantasia yang sudah ada basic nyanyian seperti akma dan idayu, tahun ini mungkin hanya rich seorang yang menyanyi secara profesional... tentulah banyak yang hendak diserap di dalam kepala...

komen-komen pengkritik tetap terlalu drama sehingga dia lupa tugas sebenar untuk memberikan kritikan yang membina dan semangat kepada pelajar... jangan samakan tugasan ini seperti simon cowell di american idol... dua tugasan yang berbeza... kalau ada orang menghentam kudsia apabila beliau mengatakan kaer layak ke peringkat akhir kalau meneruskan prestasinya hanya dengan menyanyi pada konsert pertama, bagaimana dengan pengkritik tetap ini yang mengatakan lotter boleh balik dan hanya perlu datang untuk konsert akhir nanti? dan perlukah kritikan menyentuh tentang bentuk fizikal velvet hanya bersandarkan kononnya komen yang diberikan adalah komen 'ikhlas'?

for me, you don't have to be excellent in what you do untuk menjadi pengkritik tetap... macam jugak you nak jadi jurulatih pelari pecut... you don't have to be the fastest man on earth... but, you have to know what you're talking about... you have to study everything about it... my advise is, for a start... go and watch daily diaries, and commentlah seadanya...

------------------------------------------------------------------------------------


faizal...

nak cakap pasal diari pulak boleh? muahahhahaa... diari minggu lepaslah... kalau ikutkan, i memang taknak tulis pasal diari akademi... bukannya malas, tapi tak reti nak review ke apa... so yang paling mudah ialah tulis apa yang terlintas kat kepala sepanjang diari minggu lepas and i guess apa yang masuk kat kepala tuh yang tuh lah yang i betul-betul ingat... i will devide it to two... apa yang i suka tentang diari and apa yang i tak suka... remember, this is just my personal take and of course sebab i memang suka certain pelajar, i may watched their part lebih daripada yang lain...

1. i suka sebab dapat belajar benda yang baru... macam kevin zahri cakap, 'makan nih lepas dua puluh minit baru kenyang... so we have to eat slowly...' hah, something yang i tak tau... kalau selama nih main taruk dalam mulut jer apa yang ada kat atas meja, and a few minutes later makan lagi dan lagi, now i dah belajar makan slowly walaupun rasa macam nak makan laju-laju macam dulu...

2. i suka cara fazley *kak aidid, ijin salam tangan fazley lepas konsert tau!* approached the students... pendekatan baru dan lama yang digabungkan... i memang dari dulu menghafal macam tuh... ambik short-form kata kunci or kata utama and cantumkan untuk memudahkan diri menghafal... and to write it down bila nak ingatkan sesuatu is a great tip! bila kita dengar, tulis and baca sendiri, bermakna kita mengingati tiga kali sekaligus... and tentunya sebab ada saja aktiviti-aktiviti yang dibuat bersama pelajar, so takdalah setakat nak bagi nasihat jer...

3. i suka sifat yang farhan tunjukkan sepanjang minggu... memang macam kakak yang jaga adik-adiknya... she's patient, she's nice and helpful... bila dia tak tahu, dia cakap dia tak tahu macam masa karen tanya dia macam mana nak nyanyi part last lagu dia... farhan nampak mature dan very calm...

4. i suka dengar ajai cakap bahasa malaysia 'standard'... muhahahaaa... maklumlah selalu bila borak dengan dia, cakap sempoi jer... somethin different, which is good... menunjukkan yang dia boleh mengajar dengan baik...

5. i suka sebab semua orang nampak selesa antara satu sama lain... takda yang 'memaksa' diri sendiri untuk lebih menonjol... i'm sure awal-awal nih semua orang masih lagi kontrol sebab tahu camera sentiasa memerhati, but once in awhile, they are just being themselves...

6. i suka bila masa karen didenda oleh corey untuk berlatih di luar dan dia bersungguh-sungguh untuk cuba mendapatkan tarian yang terbaik... kemudian salima datang membantu... walaupun dia sendiri belum arif, tapi sifat untuk tolong-menolong harus dipuji...

7. i suka sifat kebapaan ramli sarip... rasa macam cool jer bila kita dapat menghormati seseorang kerana sifat-sifat yang disenangi dan penuh rasa kasihsayang, dan bukan atas dasar rasa takut...

8. i suka bila linda jasmin mendenda amirul suruh pumping kerana bila belajar, seseorang pelajar mesti menghormati gurunya... ada masanya untuk bergelak ketawa and ada ketikanya untuk serious... and of course i lagi suka bila tengok diddy yang bersungguh-sungguh berlatih menari walaupun dengan kaki yang sakit and buat sambil duduk jer...

9. i suka sajak-sajak yang dibacakan terutamanya sajak velvet dan zila... dan tentunya sajak yang ditulis dan dibaca oleh diddy... tanpa ayat yang berbunga-bunga, dapat rasakan ianya dari hati... with some music in the background, ia memberikan lebih emosi *after all, this is reality show* though i hope they show kesemua pelajar...

10. i suka part mintak-mintak maaf sesama pelajar... masa rich mintak maaf pada karen, mengakui dia tak menegur karen... terasa sifat kekeluargaan yang erat... and part diddy dan faizal... their sincerity terpancar... i wish they show more on other kids as well...


diddy...

tapi dalam banyak-banyak benda yang i suka, ada jugak beberapa perkara yang i rasa kurreng sikit... yang membuatkan i rasa sedikit bosan...

1. i tak suka bila kevin bercakap tentang perkara yang sama seperti carbo dan sebagainya to individual kid... so, setiap sorang jadik benda yang sama jer dia cakap... it should be done in a group... and bila nak cakap pasal individual needs, barulah buat sorang-sorang...

2. i tak suka bila editing diari hanya memfokuskan pada pelajar tertentu sajer... jadi bosan yang amat... makan minum, sakit pening, tidur dan bangun hanya pelajar yang sama jugak... hanya towards the end of the week baru ada sedikit tentang pelajar-pelajar lainnya... untuk berlaku adil, apa kata setiap hari focus kan pada enam orang pelajar... tiga orang ketika diari tengahari dan tiga lagi untuk diari malam... lima minit seorang, so dah jadi lima belas minit... selebihnya fokuskan untuk semua... so enam orang hari isnin, enam orang hari selasa... hari rabu berbalik pula pada enam yang pertama, dan hari khamis fokuskan enam yang kedua... hari jumaat fokuskan untuk semua... minggu berikutnya, tukarlah pulak aturan pelajarnya supaya tidak menjemukan...

3. i tak suka jugak apabila hanya sesetengah pelajar sajer yang ditunjukkan ketika mereka menyanyi di depan tenaga pengajar... this is the most important session for viewers to see if these kids dah bersedia untuk persembahan hari sabtu dan turut menjadi salah satu faktor untuk mengundi... so, walau seringkas mana, each student sepatutnya diberi peluang untuk mendapat tv coverage...

4. i tak suka bila terlalu banyak shot warden / residen dipaparkan... to me, dia hanya bertugas untuk memastikan segala keperluan, kebajikan dan kesihatan pelajar terjaga... dia tidak perlu untuk bercakap kasar dengan pelajar atau bercakap kosong dengan pelajar... dia semestinya sudah tahu di mana camera berada dan cuba untuk tidak menonjolkan dirinya...

5. i tak berapa suka apabila ada sesetengah cikgu yang banyak bertutur dalam bahasa inggeris... latar belakang pelajar perlu diambil kira untuk memastikan mereka faham apa yang dituturkan... kelas bahasa inggeris jugak perlu diadakan setiap hari supaya apabila tiba masanya pelajar-pelajar ini menyanyikan lagu berbahasa inggeris, sekurang-kurangnya mereka mempunyai asas untuk menyebut sesuatu perkataan itu dengan betul... bukan hanya pelajar-pelajar yang harus adapt to the new environment dan cara pembelajaran yang baru, tenaga-tenaga pengajar juga mestilah adapt kan diri mereka dengan keupayaan dan dari mana asal usul pelajar-pelajar ini...

like i said again, this is just my own opinion... semua orang ada pendapat masing-masing...

picture of akademi fantasia, courtesy of astro...