Bidadari Hati

Sunday, December 18, 2005

the one about badrul and baik punya cilok... and lain-lain cerita...


thank you to tayangan unggul, era and golden screen cinemas, i have 22 tickets to give away untuk menonton filem baik punya cilok istimewa for my blog friends... filem afdlin shauki lakonan awie, hans isaac, ac mizal and of course afdlin sendiri akan ditayangkan secara eksklusif di gsc mid valley pada 20 disember 2005, bersamaan dengan hari selasa, pada pukul 9.00 malam... jika anda berminat untuk menonton filem baik punya cilok nih, please get in touch with wink dengan menghantar sms *please sms him first, okay* at 012 - 289 9920 atau boleh emailkan pada dia at redsofanfield@yahoo.com tapi kena ingat, pass nih akan diberikan base on first-come-first-serve basis... enjoy the movie...

anyway, sekarang nih i masih lagih bercuti... nak habiskan cuti-cuti yang ada yang tak boleh carry forward ke tahun hadapan... kita orang hanya boleh carry forward 5 hari jer... so, selebih nya kenalah dihabiskan secepat mungkin... since i ada berbelas-belas hari lagi, masa nih lah nak dihabiskan... bagus jugak lah... dapat merelaks kan diri sebelum mula dengan kerja baru nanti... bercakap pasal kerja baru, memang rasa takut dan berdebar-debar jugak... tanggungjawab dan bebanan lagi besar... kadangkala tak tahu sama ada dapat digalas atau tidak... harap-harap i dapat buat yang terbaik lah... muhahahhaaa... rasa macam pelajar af lah pulak... 'buat yang terbaik'... muhahahhaaa...

cuti ni banyak dihabiskan dengan budak-budak... pergi tengok movie... the cronicles of narnia... tomorrow nak bawak diaorang tengok king kong pulak... kalau window shopping tuh lagi lah banyak... merata-rata pergi berjalan... cuma yang kesiannya, bila keluar lama-lama, my grandmother tinggal sorang-sorang kat rumah... pernah jugak ajak dia keluar, tapi dia tak tahan ramai orang... maklumlah, mata pun dah tak berapa nampak, so kalau ramai sangat orang, berpinar-pinarlah jadinya... so most of the time, keluar dengan the kids lepas magrib bila my sister dah balik kerja... kurang sikitlah masa untuk budak-budak tu jalan-jalan... yalah kan, pukul 10 kedai semua dah tutup...

last week javard ada aturkan satu pertemuan dengan bloggers untuk satu kertaskerja yang dia buat... i don't really know apa dia, but i was one of the bloggers yang dia invite... sebenarnya i sedikit 'malu' kerana di antara semua bloggers yang i hadir, i sorang yang boleh dikatakan takda pengalaman berbanding dengan bloggers lain termasuk javard yang penulisan mereka memang jauh lebih baik dan ada nilai-nilai tersendiri... i hadirkan diri pun atas dua tujuan... satu, kerana menghormati javard yang i sentiasa baca tulisannya dan telah menghantar email rasmi kepada i... muhahahhaaa... 100% formal, okay... dan yang keduanya, kerana i betul-betul teringin bertemu dengan penulis-penulis blog lainnya yang i amat minat dengan gaya tulisan dan sudah terkenal di dunia cyber... so to javard, mintak maaf banyak-banyak kalau pendapat yang i berikan lebih kepada pendapat daripada seorang pembaca blog berbanding pendapat seorang empunya blog... i don't think i'm at the same par with the rest of bloggers yang hadir malam tu...

projek rumah kaca nikki tamat petang tadi, and from the look of it, i think it is such a huge success... well, i know it's a huge success! tahniah untuk semua yang terlibat... vernon, ning, joe, ted, muzaffar, najmi, syed, audi, rudy, team from artistes united records dan semualah, secara langsung atau tidak... i'm so glad that era turut menjadi sebahagian daripada projek ni sebab era sentiasa percayakan dengan kualiti dan tentunya membantu bersama-sama memartabatkan industri muzik tempatan... satu lagi yang i gembira ialah muzaffar and najmi turut terlibat dalam projek ini... why? sebab projek ini dalam skill yang kecilnya turut melibatkan semua aspek seperti publisiti, penajaan, lokasi, kelulusan pihak berkuasa, peralatan, persembahan dan macam-macam lagi yang ada untuk penyediaan bagi anugerah yang lebih besar seperti anugerah industri muzik, anugerah era, anugerah bintang popular dan sebagainya... sekurang-kurangnya pengalaman ini membolehkan mereka melihat dengan lebih jelas tentang persediaan satu-satu acara... oh no, please... jangan salah sangka... i'm not being sarcastic or synical... i'm very sincere... i'm glad mereka melalui ini semua... kerana pengalaman akan mematangkan kita... maybe untuk anugerah era nanti, i boleh gunakan kepakaran dan pengalaman diaorang...

i think that's about it lah for now... nanti i akan updatekan pasal pledge your donation... oh, thank you to all yang support projek maharani dan cat calendar... kepada yang belum dapat tu, i akan hubungi secepat mungkin... so, jangan lupa, baik punya cilok...

poster baik punya cilok taken from afdlin...