Bidadari Hati

Friday, May 22, 2009

the one about badrul and hafiz: permata bumi kenyalang...


so what else is new? takde apa-apa pun... just nak letak some pictures masa penyampaian hadiah pada hafiz, permata bumi kenyalang... at the moment, i takda banyak info pun tentang aktiviti hafiz... setakat yang i tahu, hafiz will be at jelajah era di shah alam on saturday... and on sunday, he will be going back to kuching untuk rakaman program trek selebriti dan menuju puncak... if you nak hantar hafiz ke airport, his flight is at 7.10am on sunday morning... i guess siapa yang nak hantar kena ada kat airport at least pukul 5.30 pagi since airasia kena check in one hour before flight... kalau tak silap i, kat lcct... airasia mestilah kat lcct kan... muhahahaa... he should be arriving in kuching around 9am macam tuh... so orang-orang kat kuching jangan lupa sambut hafiz kat airport... i will write soon when i tak berapa letih.. really tired... banyak sangat benda nak kena buat... edit gambar-gambar nih pun dah rasa macam nak pitam... muhahaa...


dah lama hafiz tak jumpa his mom...

and of course, his dad too...

i tak dapat bayangkan kerinduan seorang ibu kepada anaknya... i know that saban minggu hafiz's mom will come to the concert... all the way from kuching... saban minggu jugak she can only see hafiz from far... untuk orang lain, mungkin datang menyokong hafiz, tapi for her, bukan hanya datang setakat memberi sokongan but that was her only way untuk melepaskan kerinduan pada anak sulungnya selama tiga bulan hafiz di dalam af... and you can see every week, hafiz's face glows with love bila dia nampak his mom in the audience... hmmmm... i'm glad that it (akademi fantasia) was over... but in a way, ianya dapat membantu hafiz belajar berjauhan dengan keluarga ketika tuntutan kerjaya memerlukannya...






h a f i z






h a f i z






h a f i z






h a f i z












h a f i z




anyway, i guess this will be my last posting on akademi fantasia... ya lah kan, akademi fantasia musim ketujuh dah hampir seminggu dah habis, takkan i masih lagi nak tulis pasal benda yang dah lama... muhahhaaa... lagi pun i macam dah tak larat dah nak edit gambar-gambar yang berlambak ada... nanti i will pass all these pictures dan gambar-gambar lainnya pada fc masing-masing untuk mereka letakkan in their official websites... till then, tahniah again untuk hafiz kerana berjaya menjadi juara akademi fantasia musim ketujuh... tahniah hafiz, permata bumi kenyalang...

Wednesday, May 20, 2009

the one about badrul and majlis doa selamat akim dan menghantar akim ke airport...

malam habis concert...

mungkin ada yang masih belum faham the fact that i can minat lebih seorang artis... muhahaha... i don't think that this concept is so janggal that people are still questioning macam mana... simply put, kalau anda boleh minat datuk siti nurhaliza, tidak bermakna anda tidak boleh meminati datuk sheila majid... i think it's just that simple... i boleh minat sesiapa saja but of course ada yang i minat lebih dan ada yang i minat kurang... itu jer... anyway, on sunday, i was invited untuk majlis doa selamat for akim... invitation datang dari keluarga akim sendiri so memang tak manis untuk i tolak... hari minggu tuh memang hectic sebab balik rumah pun dah almost 4 am... pagi lagi i dah janji nak bawak the kids keluar... so, bila dapat information dari kak aidid, i terus called sultanmuzaffar ajak pergi sama-sama... sm pun memang awal-awal dijemput oleh ibu akim masa majlis penyerahan earlier... kesian jugak kat sm sebab kena viral fever so i offered to drive... meeting point seperti biasa di mcdonalds petronas station... muhahahaa...

setelah beratur lama, baru dapat ambik gambar... muhahaha...

akim dengan aunty aidid... muhahaha

akim dengan adiiknya, ariff... lagi tinggi...

akim dengan kak eleza a.k.a. jururawat kat airport... muhahaha...

akim dengan pakcik sedara dia...

so we drove to kajang to meet with the rest... majlis doa selamat diadakan di rumah pakcik kepada akim di kajang... ada lima enam buah kereta konvoi bersama-sama... sampai kat sana memang dah ada yang menunggu memang ramai... then bila jumpa akim kat rumah tuh he remembers... akim panggil i abang 'h'... muhahaha... sebab baju i ada huruf 'h' masa final concert... bagus betul ingatan budak-budak nih... anyway, i pun memang bragging kat both of them pun (hafiz and akim) about my t-shirt yang pakai malam tuh... muhahhaa... i dapat tahu jugak akim memang dari keluarga seni... ayah dia pun musician and uncle dia pun guitarist untuk sebuah kumpulan popular satu ketika dulu...

dah habis bergambar, hiburkan peminat...

lagu i'm yours dah jadik lagu wajib...

harap semua terhibur ya...

abah akim menjadi penghulu bacaan doa... kesian jugak kat mereka satu keluarga... habis sajer konsert mereka bergerak balik ke johor baharu kerana abah akim ada kerja yang perlu diselesaikan... kemudian, habis kerja terus bertolak kembali ke kuala lumpur... bila dah habis acara penyerahan kembali bintang akademi fantasia kepada keluarga masing-masing, terus pulang ke rumah pakcik akim di kajang dan buat persediaan untuk menjamu para meminat akim yang hadir... mujur ramai juga yang membantu... peluang mereka bersama akim hanya sekejap saja sebelum akim berangkat ke jakarta pada awal pagi isnin... tapi i memang tabik hormat kat parents akim dan keluarga dia kerana sudi menjemput para peminat datang walaupun kalau difikirkan mereka juga inginkan masa bersama akim...

time makan soto ayam... sedap...

layan peminat kat internet...

layan peminat kat telefon pulak, sambil chat kat internet dan layan peminat kat rumah...

kami semua dijamu dengan soto ayam yang sungguh sedap... akim pulak sibuk melayan para peminat... sekejap dia online kat internet, sekejap dia menjawab panggilan telefon, sekejap ada peminat yang telefon peminat lain dan pass kan telefon pada akim untuk memberi peluang dia berbual, sekejap orang nih nak bergambar, sekejap orang nih nak mainkan lagu yang dirakamkan atau video clip yang ada dalam handphone masing-masing dan banyak lagi... akim dengan senang lenang melayan karenah semua... sampai berpeluh-peluh dia...

ini untuk peminat, tapi akim simpan ya...

setelah sepuluh minggu...

layan peminat sampai berpeluh-peluh...

sebahagian daripada peminat yang datang... yang lain nak ambik gambar sorang-sorang... muhahaha...

i didn't stay too long sebab sultanmuzaffar tak sihat, so we left around 11pm macam tuh lah... yang lain-lain masih lagi ada kat sana... kesian jugak kat akim pun sebab the next morning dia nak kena pergi airport awal pagi... tapi dia nampak genuine layan peminat... anyway, lepas sepuluh minggu tengok fans dia datang susah payah bawak banners, mengundi untuk dia, buat t-shirts dan sebagainya, the least he could do was to entertain them kan... so takpalah, bukan selalu mereka dapat peluang bertemu dia selepas sepuluh minggu... muhahaa...

semua suka posing...

keesokkannya paginya pulak segerombolan peminat ke k.l.i.a. untuk hantar akim naik kapalterbang ke jakarta... ramai jugak yang datang termasuklah peminat aril yang jugak turut hantar aril... selain tuh, aishah pun ada jugak so semua ambik peluang bergambar bersama-sama... setahu i, akim dan aril akan berada di jakarta lebih kurang seminggu untuk shooting pilot telemovie kat sana... i'm not so sure the details sebab banyak sangat version... muhahaha... dulu awal-awal ada yang cakap kat sana sampai tiga bulan, lepas tuh dua minggu, tapi the latest one yang i tahu dari abah akim sendiri, he will be there for one week...

muka mengantuk...

aishah kat sebelah sempat lagi akim main sms...muhahaha...

muka kiut...

aishah nih memang comel.... sangat comel...

kak aidid semakin muda kat sebelah aril... muhahaa...

balik daripada jakarta nanti akim akan ke majlis persandingan si adlin pulak kat perak... harap-harap akim charge lah kalau disuruh menyanyi... jangan nak nyanyi free jer... muhahaha.. dia jadik pengkritik pun bukan free, ada bayaran and bukannya setiap minggu dia puji akim pun nak buat show free untuk dia... muhahaaa... terlebih sudah... muhahaha... anyway, itulah yang i tahu that he will be going to the wedding...

bersama peminat di airport...

akim bersama abah, ibu dan adik...

kasih seorang ibu...

sayang seorang anak...

terpisah seketika demi kerjaya...

dengar khabar ada sorang tuh sedih macam nak berpisah dua puluh tahun dengan akim.... muhhahaa... *sambil jeling kat orang puchong yang tak tau jalan balik* muhahaha... takpa, esok lusa balik la si akim tuh... kan dyla kan... anyway, in the afternoon, i went to see lan, eleza and wahida to get my pictures... melepak dengan diaorang kat midvalley sampai petang... seronok jugak dapat tengok macam-macam gambar... anyway, tuh lah serba sedikit cerita tentang majlis doa selamat akim and about a group of fans pergi hantar dia ke aiport... i will put up more pictures from the final concert bila i ada masa to edit it... hopefully soon...