Bidadari Hati

Thursday, April 16, 2009

the one about badrul and akademi fantasia 7: khas untuk peminat hafiz...

love this picture, thanks joe...

first and foremost, if you think cikgu-cikgi bias dengan hafiz, don't be... kalau anda rasa hafiz dipinggirkan, jangan rasa macam tuh... kalau anda bengang memikirkan hafiz dapat lagu tak best, jangan layan perasaan tersebut... if you think hafiz will mengalah, think again and again and again...

okay, i kupas sikit... sikit sajer yach... mengantuk dah nih... muhahaha... cikgu-cikgi bias? i tak tengok diari so i mungkin tak rasa kot... but kalau betul pun, biarkan lah... knowing hafiz, walaupun dia diletakkan di penjuru kelas sekali pun, he will learn every single thing yang dia boleh dapat... walaupun kalau betul cikgu mengajar orang lain lebih banyak, hafiz will get the most ilmu sebab dia tekun dan ambil apa yang diajar dan dipraktikkan sepenuhnya on stage... you will not see hafiz main-main dalam kelas... you will not see him kacau orang lain... you will not see him bodek cikgu untuk dapat lebih perhatian... you will not see him playing with the camera untuk raih undi simpati... i think itulah kelebihan hafiz that we should celebrate and in fact, we should awarded him with our votes... our afundi!

hafiz dipinggirkan? taklah... kalau dipinggirkan pun dia tetap akan berdiri di tengah on stage... dia tetap akan dipuncak on the highest mountain... dia tetap akan ke hadapan... why? sebab standard dia lagih tinggi daripada pelajar-pelajar lain... letaklah di mana sekali pun, dia tetap akan outstanding... tak payah tunggu peminat-peminat hafiz nak puji, orang yang minat students lain pun pasti bersetuju dengan kemampuan dan standard yang ada pada hafiz... hanya orang yang buta mata dan dengki hati saja yang cakap hafiz tak bagus...

hafiz dapat lagu tak sedap?!? so what! hafiz akan sedapkan lagu tuh 800 juta kali ganda sedapnya dari penyanyi asal... tak kira lah lagu apa yang diberikan pada hafiz, trust me, he will make it his song... apa yang penting, jangan melatah dengan lagu-lagu yang diberikan... itulah cabaran sebenarnya untuk hafiz kerana lagu tak popular macam mana sekalipun, hatta tak sedap dipendengaran kita pun akan menjadi sedap dan akan menghiburkan kita bila hafiz nyanyikan di atas stage nanti... i want to ask a simple question... tak terhibur kah kita bila hafiz perform lagu mat disko penuh bergaya? tak bangga kah kita bila hafiz nyanyi lagu datuk siti nurhaliza yang tak familiar pada sebahagian besar dari kita dengan jayanya seperti menyanyi lagu dia sendiri? tak berbaloi kah afundi kita melihat hafiz menyanyikan lagu toyol dengan penuh sempurna? itu belum lagih dengan lagu-lagu seperti lagu kita dan yang terbaru lagu duet dari indonesia tuh (sorry, otak blank, lupa tajuk pulok)... jadi kita sebenarnya tak perlu lagu hebat untuk hafiz kerana hafiz sendiri akan menghebatkan lagu tersebut... ya betul, it would be nice to have him sing something nice, something current and something popular, tapi ianya tak menjadi masalah besar sebenarnya untuk hafiz... kerana hafiz berada dalam kelasnya yang tersendiri... so, kalau pihak production nak bagi dia lagu tepuk amai-amai ker, lagu negaraku ker, lagu enjit-enjit semut ker, come what may... it will not be a big deal...

and lastly, i want everyone to know that hafiz is a fighter... let us all help him to fight... to be the best in akademi fantasia 7... to be the best in our entertainment industry and of course, to go further ke pentas dunia... his fight now is in our hands... dia buat yang terbaik setiap minggu dan kita semua juga saban minggu dah saksikan kehebatan dan keupayaan hafiz... so help him... do our part... vote for him... afundi hafiz... jangan tunggu sampai habis konsert... jangan tunggu hanya bila konsert baru nak mula... vote for him from now on... vote one, three, five, ten, or more... afundi dengan kemampuan kita ada... jangan sampai kita kata 'aaahh, tunggu dululah... hafiz dah kedudukan selesa... nantilah aku vote...' don't wait... vote for him now... now! now! (sambil pegang jam hypnotise tuh... muhahaha...)

cikgu-cikgi bias? nnnnaaaahhhh... jangan terpengaruh dengan dakyah sonsang... bersihkan hati anda, tenangkan fikiran anda... instead of kita benci pada cikgu-cikgi di akademi fantasia or buat orang rasa benci kat dia orang, apa kata kita semua berdoa semoga cikgu-cikgi terbuka hati untuk memberikan pendidikan dan tunjuk ajar yang lebih lagih pada hafiz supaya bila dia keluar ke dunia luar nanti, dia ada banyak ilmu di dada untuk menghadapi cabaran yang lebih besar... bukan senang nak carik ilmu sekaligus macam tuh dari tenaga-tenaga pengajar yang ada banyak ilmu... kalau nak belajar sendiri kat luar nanti perlu ada banyak duit dan tenaga dan masa... walaupun hanya tiga bulan dalam akademi, sekurang-kurangnya banyak juga ilmu boleh dicedok... so sekali lagih, tenangkan hati kita serta satukan sokongan kita dan afundi hafiz! afundi hafiz dan afundi hafiz!

errr, don't forget to afundi akim, aishah and claudia too... bawak mereka berempat ke final akademi fantasia 7...

thanks joe, for the pix...

Sunday, April 05, 2009

the one about badrul and the 4th concert of af7: zizi mangsa cikgu dan produksi?


mungkin ramai yang marah, mungkin ramai yang tidak puas hati dan mungkin ramai yang bengang dengan persoalan yang i letakkan... zizi mangsa cikgu dan produksi? yes, itulah yang i rasakan bila zizi diumumkan terkeluar... mula-mula i memang takda rancangan langsung to type this posting at 3.30 in the morning... but i couldn't sleep... terbayang kat mata i betapa tidak profesionalnya cikgu-cikgu dalam akademi fantasia dan betapa tidak matangnya pihak produksi af tahun nih yang berpaksikan perkataan transformasi...

i'm so sorry kak fathi... i respect sangat-sangat dengan kak fathi tapi i rasa statement yang kak fathi buat dalam concert was uncalled for... i don't know if perkara tersebut adalah kehendak kak fathi sendiri atau telah dirancangkan oleh pihak produksi atau kak fathi tiba-tiba menjadi scape-goat pada sesiapa... but how come seorang cikgu boleh bagi komen that 'af is not a singing competition, tapi competition yang nak mencari penghibur?' what kind of statement is that?!? penghibur yang macam mana af carik sebenarnya? penghibur yang boleh menari dan berlakon tapi menyanyi ala kadar? dengan suara sumbang mambang dan mendatar? yang tak ada charisma? it was so funny that statement tersebut dibuat selepas aril membuat persembahan... itukah penghibur yang di sebut-sebut nak bawak ke pentas antarabangsa? lepas nih apa pulak transformasi? komen-komen producers during the concert? komen-komen peminat? i love you kak fathi with all my heart sebab to me you are the nicest person on earth yang i pernah jumpa, but i don't agree at all dengan apa yang dibuat during the concert...

sebab tuh jugak ker antara 14 pelajar nih ada yang memang tak bagus langsung menyanyi? sebab mereka lebih layak digelar penghibur?!? bila dah umumkan keputusan siapa yang terkeluar, ac mizal pulak dengan sinis berkata 'jangan salahkan kami kalau pelajar pilihan anda terkeluar'... kami tuh siapa?!? so, you nak suruh i salahkan peminat-peminat? please lah... sebagai orang penting dalam akademi, cikgu-cikgu semualah yang i salahkan... tak cukup dengan dalam diari, anda semua nak campur tangan jugak di dalam konsert dengan mempengaruhi penonton... konsert adalah peperiksaan untuk pelajar-pelajar nih... dari hari ahad hingga jumaat cikgu-cikgu lah yang berikan sepenuh masa dan tenaga untuk mereka, but on saturday, apa yang mereka belajar diadili dan diberi markah oleh peminat-peminat... tak payahlah campur tangan lagih...

lepas tuh cikgu siti hajar pulak bangun nak bagitau kat pengkritik that lagu-lagu sebenarnya dipilih oleh cikgu-cikgu dan pihak produksi untuk bagi cabaran pada pelajar-pelajar... so lepas nih kalau ada lagu-lagu yang tak sesuai langsung dengan pelajar-pelajar, please yer pihak pengkritik, sila salahkan terus pada pihak cikgu dan produksi... tell them that lagu-lagu tuh langsung tak membantu untuk mencari penyanyi, oppps, menghibur yang berkaliber untuk malaysia...

kalau sebelum nih, setiap kali pengkritik memberikan pujian, cikgu-cikgu yang duduk dikerusi semuanya bersorak girang dan bertepuk tangan, dan apabila pengkritik memberikan kritikan pedas, mereka menggelengkan kepala dan bercakap sesama sendiri... tak percaya, tengoklah ulangan konsert... tapi minggu nih, bila diberi pujian mereka masih bersorak girang dan bila dikritik, mereka tangkas bangun memberikan hujah... waahhhh, sungguh transformasi nyer! kalau kita ambik contoh budak-budak tingkatan lima lah, diajar dalam kelas oleh cikgu-cikgu dan lepas periksa s.p.m., cikgu-cikgu nih berdiri sebelah orang yang beri markah dan bangkang apa jua markah rendah yang diberikan kerana pada mereka budak-budak nih semuanya perfect!

yes, i am mad sebab zizi terkeluar, but bukan kerana penonton tak mengundi tetapi kerana kecuaian dipihak cikgu dan produksi... susah sangat ker nak tukar lagu menuju puncak pergi last?!? rugi ker pihak produksi?!? hilang ker laungan transformasi? you may think it will not make any different, but it does! tolonglah fikir dengan kepala bukan dengan lutut... kalau lagu bonus tuh dinyanyikan awal, orang akan tengok keupayaan budak-budak nih walaupun sikit... pengundi atas pagar akan nampak persembahan zizi... orang yang suka akim tapi suka jugak sikit-sikit akan ada peluang undi zizi jugak bila nampak dia menyanyi lagu bonus dengan baik... kalau tiga konsert sebelum nih pihak produksi letakkan student yang dapat undian tertinggi sepanjang minggu e.g. isma or hafiz, tentu mereka tahu apa sebabnya... kerana pelajar yang dapat undian tertinggi nih bila perform last akan turun jugak undian mereka... kerana orang tak sempat nak undi... actually susah giler i nak explain sebab apa yang ada dalam fikiran i terlalu banyak dan terlalu cepat berbanding dengan apa yang mampu i type... kalau susah-susah sangat, letak jer lagu menuju puncak lepas perform lagu bonus kat last sekali... susah ker??? i think transformasi pentas lebih diberi keutamaan dari transformasi yang benar-benar untuk kebaikan...

daripada cikgu-cikgu sibuk nak mempertahankan pelajar-pelajar yang menyanyi sumbang ketika konsert, kenapa tak luangkan lebih banyak masa dengan pelajar-pelajar nih dalam akademi?!? yazid contohnyer... kenapa tak beri extra attention untuk ajar dia betul-betul? instead of talking terlalu banyak about family, problem and stuff, kenapa tak drill dia betul-betul untuk faham apa yang diajar?!? instead of selalu fikir 'aku kena berlaku adil kat pelajar nih, kalau aku ajar orang nih setengah jam, orang lain pun kena setengah jam'... kenapa tak berikan extra hours to people yang memerlukan macam yazid or sidi?!? buat sampai dia betul-betul faham and their performances during the concert boleh sama par dengan pelajar-pelajar lain?!?

i pun bengang jugak sebenarnya pasal pelajar terbaik minggu lepas... actually bila diaorang pilih isma, i takder lah nak bising apa pun because i know that isma and hafiz memang perform best pun... tapi tak seperti minggu sebelum nih, diaorang bila nak umumkan qhaud dapat pelajar cemerlang tuh at least sebut jugak antara tiga orang between hafiz, isma and qhaud... walaupun i nak ketawa jugaklah dengan pemilihan qhaud tuh... tapi minggu lepas nih tak, pelajar cemerlang terus jer isma... umum dalam bas... padahal tiga-tiga pengkritik sebut hafiz and semua penonton pun boleh nampak kecemerlangan hafiz... at least bagi lah pat on the back... bayangkanlah perasaan seorang budak 18 tahun yang dengar segala pujian dari pengkritik dan sorakan dari penonton, tapi langsung tak dihargai oleh cikgu-cikgu sendiri... alah, macam tak biasa benda-benda macam nih... lepas tuh bila principle umumkan sorang lagih pelajar cemerlang was aril, i dah gelak golek-golek atas lantai... please lah... kalau lah cikgu-cikgu tuh memang faham sangat perangai budak-budak dan anggap budak-budak-budak tuh macam anak mereka, maybe mereka akan faham yang hafiz menangis tuh bukan sebab dia rasa diasingkan oleh pelajar-pelajar lain, tapi dia rasa dianak-tirikan oleh orang-orang yang mengaku mak dia dalam akademi... please read between lines cikgu-cikgu ya...

maybe kalau ada orang yang boleh sampaikan pesanan pada semua pelajar-pelajar yang masih ada, buat-buatlah bodoh dua tiga hari pertama minggu tuh... main-main ker, kacau budak-budak lain ker dan tak payah buat bersungguh-sungguh... masuk hari keempat dan kelima tuh, buat-buat belajar betul-betul... duduk sebelah cikgu ketika makan, tanya cikgu banyak-banyak soalan... lepas tuh masa rehearsal buat-buatlah banyak salah, and on the night of the concert, go all out... if buat macam nih, i think you can get pelajar cemerlang... maybe hafiz 'bodoh' kot sebab awal-awal minggu dia dah buat bagus-bagus and bila on the night dia perform lagih bagus, dia punya margin kebagusan tuh tak besar compare to orang yang main-main, then buat separuh bagus masa konsert sebab memang nampak margin giler-giler berbeza... hhmmmmm... maybe senang jer sebenarnya nak fool kan cikgu-cikgu nih... tak sabar nak tengok top 5 finalists af7 yang terdiri dari aril, sidi, qhaud and yazid... maybe isma will be in sebab dia selalu dapat undian tinggi and should not be worried...

af7 sebenarnya telah bertukar menjadi drama muzikal paling lama ditayangkan di malaysia, tujuh hari seminggu selama tiga bulan...

you can read my review pasal concert kat murai... just click here...


Sunday, March 29, 2009

the one about badrul and the 3rd concert of af7: i'm a huge fan of hafiz...


lepas tiga konsert mingguan yang berterusan, i think i am a big fan of hafiz, that's for sure... dia bukan setakat maintain, tapi always bagi yang lebih baik every time dia buat persembahan...

read more about the concert af minggu ketiga at murai just click here to go straight to my blog...

Friday, March 27, 2009

the one about badrul and akademi fantasia: transformasi yang masih tidak menjadi...


i don't know why i tiba-tiba teringin pulak nak buat posting lagih sekali... i guess maybe setiap hari terluang, i tertengok ulangan konsert kedua akademi fantasia... i don't understand kat mana silapnyer akademi fantasia tujuh setakat nih... as far as i know, kebanyakan tenaga pengajarnyer adalah orang-orang yang i sendiri sangat suka... i love cikgu fathi, i love cikgu siti hajar, and of course i love ida (read: aida) nerina... i juga sangat suka dengan acis, and i think he's a brilliant musician, arranger and music director... those are my favourite people in the industry... including datin sri tiara... i don't know much about guru tari but i heard some good things about him...

cikgu fathi and cikgu siti hajar i memang suka sejak dari dulu lagih... sifat garang cikgu siti hajar tetapi diselitkan dengan sifat keibuan dia memang i suka... i ingat dia marah nana sampai nangis-nangis dalam toilet... cikgu fathi jangan cakaplah... i love her to bits... dia layan semua macam anak-anak dia sendiri... penuh kasih sayang dan prihatin... tak nampak langsung dia melebihkan pelajar yang nih dari pelajar yang tuh... dan paling penting, dia ikhlas mendidik budak-budak tuh dan bukan kerana bayaran yang dia dapat... she is so sincere... ida nerina pun i suka sangat-sangat... i suka lakonan ida narina... i love her style... walaupun banyak orang cakap dia bitchy lah itu lah ini lah, tapi i like her type of 'bitchy-ness'... the amazing race asia menguatkan lagih kesukaan i pada dia... i think she is really cool person... just don't brush her the wrong way... muhahaha...


ramai giler yang salah anggap cakap i tak suka pengetua atau principal... honestly, i suka pada datin sri tiara... sejak dari dulu lagih... sejak dia bermula sebagai penari dan pelakon... i think she is beautiful and ada charisma... i have no problem with her at all... mungkin ramai yang tak suka dia dan persoalkan tentang credibility yang dia ada... i can tell you this, 'you don't have to be the fastest man on earth to coach someone to be the fastest man on earth...' so i langsung tak question her credibility... cuma, bila dia ambik tugas sebagai pengetua akademi fantasia, atau sekarang dia nak dikenali sebagai principal, dia kena study sepenuhnya apa itu akademi fantasia sebelum dia buat statement yang boleh memakan diri sendiri... i selalu cakap kat sultanmuzaffar, nko kan baik dengan datin sri... nko bagi lah nasihat sikit sebanyak... nko macam dictionary bergerak akademi fantasia... all i want for her is to be the best principal...(with shoes or no shoes in the class) muhahaha...

paling i bengang dengan akademi fantasia ketujuh nih bila lagu menuju puncak tak diberi tempat sebaiknya... tak patut langsung af7 takder lagu menuju puncak masa first concert... sekarang nih bila dah ada, dibuatnyer pulak masa awal-awal konsert... reason? entah!!! no one in the right mind tau apa sebabnyer dibuat di awal konsert... padahal, production team sebelum nih tau the reason kenapa lagu tersebut dibuat diakhir konsert... macam i cakap kat murai, pelajar pertama yang buat persembahan memerlukan masa untuk bersedia untuk persembahan mereka... kalau buat awal konsert, mana lah cukup masa untuk tukar baju dan ambik nafas... ada jugak orang cakap kat i, alah, kalau takder kat awal-awal pun, nanti bila dah masuk konsert keenam ke tujuh, mesti dia orang kena perform jugak lagu lain di awal-awal konsert... well, that is different... untuk orang macam i dan ramai lagih yang atas pagar, kalau diaorang perform lagu lain pun at least i boleh judge diaorang nyanyi lagu tersebut and kalau bagus i can send afundi... i won't send afundi base on lagu menuju puncak!


so, my question... adakah lagu menuju puncak nih diadakan di awal-awal konsert nih sebenarnyer untuk menyelamatkan petugas-petugas wardrobe? ya lah kan, sekarang diaorang boleh gunakan alasan nak kena tukar baju cepat-cepat untuk kejar performance, sebab tuh wardrobe budak-budak tuh ala kadar jer... adakah kademi fantasia 7 nih lebih kepada transformasi menyelamatkan pekerja di belakang tabir daripada membentuk pelajar-pelajar yang lebih bagus?

melihat pada ulangan konsert kedua nih, i'm not looking forward to watch the third concert... entahlah, i don't really know what to say anymore... maybe i should stop voting for awhile... maybe everyone should stop voting until transformasi lebih baik berlaku... transformasi yang bukan sekadar transformasi tetapi transformasi ke arah yang lebih bagus! maybe i boleh mulakan dengan myself, my family and my close friends... we should not vote until diaorang buat yang bagus untuk akademi fantasia ketujuh nih... misi akademi fantasia adalah mencari penghibur negara menggunakan duit penonton... maybe it's time for us as viewers bersuara... stop giving false promises... i've spent at least rm200 to vote during the first two concerts... mungkin lagih berguna untuk i vote amylea and tomok...


i bukan nak mengaibkan sesiapa but i think mesti ada satu team dalam produksi akademi fantasia yang mengupas kepincangan yang berlaku... kepada producer, executive producer dan orang-orang atasan nih, you perlu ambil kira pandangan orang-orang di dalam produksi, perlu ambil tahu apa yang penonton mahukan dan perlu membuat transformasi ke arah kebaikan, bukan sekadar transformasi membuta tuli... dua konsert mingguan dah berlalu but i don't see anything yang outstanding... transformasi lagu medley pun tak membawa sebarang makna kalau pelajar-pelajar sendiri tak mampu nak carry out the task... tengoklah malam tuh, hanya seorang dua jer yang i rasa berjaya menjalankan tanggungjawab dengan baik (hafiz dan claudia) daripada 14 orang yang kononnya terbaik dari seluruh negara... what the heck! lainnya ada yang hanya bagus satu lagu dan satu lagih lagu setakat ala kadar sajer... ada jugak yang dua-dua lagu hancus... so, what kind of transformation was that?

so, untuk transformasi pertama, i will not vote anymore until lagu menuju puncak dipindahkan ke penghujung concert... to my family and friends, do not vote until menuju puncak dipindahkan ke penghujung concert... apa? rugilah pelajar-pelajar yang i suka atau yang you guys suka? no, tak rugi... we can use that voting money to give them support bila diaorang dah keluar nanti... we can use the money to buy their album, or vote their song on the radio and other stuff... they are so many ways lagih that we can support them... put lagu menuju puncak at the end of the concert!!! till then, i will not vote... period...

kredit gambar: murai

Sunday, March 22, 2009

the one about badrul and the 2nd concert of af7...

selamat tinggal, adila...

i tak cukup tidur langsung sepanjang minggu nih... since last monday diddy ada shooting untuk new tele-movie... the shoot start dari pukul 8 pagi sampai kadang-kadang habis pukul 2 hingga 3 pagi the next day... 17 to 18 hours every day... giler tak cukup tidur! tapi hari sabtu sebab i ada dua important thing that day, i dah dapat sorang pengurus untuk diddy... phhewww... walaupun masih dalam proses latihan, i think it should be okay... one day i will perkenalkan pengurus diddy kat blog nih... Alhamdulillah ada rezeki lebih untuk hire someone... tapi still on job-to-job basis lah... i think bila dah betul-betul stabil nanti i will hire dia as a full time manager... so free lah satu hari untuk hari sabtu tuh and today pun i dapat relaks sikit since the trainee manager ada dengan diddy... ada lagih one day tomorrow to finish the whole shoot...

okay, back to the 2nd concert of akademi fantasia...

af malam blouses, belts and leggings?

siapa my top 7 performers?

kenapa i dah expect adila akan terkeluar minggu nih?

edrie kata "dangdut senang pukul... gelek sajer orang dah sorak!" so kalau i kata the same thing about penyanyi rock sama tak? loncat-loncat, koyak baju, gigit gitar, tarik tinggi walaupun pecah, orang dah sorak giler-giler... so, sama ker? adakah adil comment macam tuh?

kenapa ada gusti kat konsert?

read more about it at murai

okay, i nak cakap sikit pasal benda nih yang i think quite important... i baca diari adila and i terkejut giler bila dapat tahu that adila diberi microphone yang salah during her first week performance... mike yang diberi pada adila before she went on stage was meant for male singers... untuk pelajar-pelajar lelaki... giler apa!!! kalau betul apa yang adila tulis dalam diari dia tuh, i think pihak production kena mintak maaf... i think they should make a.c. mizal as a host mewakili pihak production minta maaf secara terbuka pada adila dan penyokong-penyokong adila during the concert... kalau lah perkara tuh betul, it should be done last night di awal-awal concert...

okaylah... nak rest pulak...

oh by the way, amylea was superb during oiam concert last friday... superb! she was the one who should get the immunity!

Sunday, March 15, 2009

the one about badrul and the first akademi fantasia concert, season 7...


transformasi? informasi? dedikasi? or just si? i opt for si...

adakah edrie hashim self-absorb person? 'i choose pelajar this i choose pelajar that... i meet you here i meet you there...' as if kalau dia tak pilih pelajar-pelajar, akademi fantasia musim ketujuh akan jadi akadami fantasi angan-angan sahaja?

apakah tugas pengkritik skopnya terlalu kecil hanya untuk memberikan kritikan dan pujian pada pelajar-pelajar sahaja? apa yang adlin ada pengkritik lain takda?

apakah transformasi yang dilaung-laungkan sebenarnya? membuang "menuju puncak" persembahan pelajar yang menjadi nadi utama akadami fantasia selama enam musim sebelum nyer? itu kah transformasi? bayangkan anda mempunyai tubuh badan yang sihat, lengkap anggota badan dan everything in good condition, then you cut out your nadi... what will happen?

mungkin i was being a little bit hard on the students especially nih baru konsert pertama mereka... but i don't blame them... siapa yang i salah kan?

read more on murai...

honestly, i lagih suka tagline yang lama-lama dulu... tak kiralah cakap pasal 'demam af datang lagih' ker or anything like that... because tagline tuh betul-betul mencerminkan apa yang penonton rasa... but this time around, with the tagline 'transformasi', giler i tak nampak or rasa apa-apa... some will say tunggu lah dulu, baru first concert... tapi for me, kalau itu yang dilaung-laungkan, the transformation mesti dah ada bermula first concert lagih... so i blamed the tagline... muhahaha...

i tak tengok diari, tapi jangan terperanjat sebab akademi fantasia dan demamnya membuatkan orang yang kita tak rapat pun akan datang berbual dengan kita... sedara mara bau-bau bacang pun akan mula telefon tanya ada tiket ker... kawan-kawan yang berbelas tahun tak jumpa pun nak tahu cerita-cerita di belakang tabir... having said all that, bermakna ada jugaklah cerita-cerita dari dalam diari yang dorang borak kan dengan i... ada jugak cerita-cerita sebelum dorang masuk af pun... and from this borak-borak jugaklah i dapat tahu that aril dalam kommuniti shuffle adalah seorang yang amat dikenali... even for anak my friend yang baru umur tujuh tahun yang hantu shuffle... kumpulan yang aril tubuhkan tapi i lupa nama dia dikatakan pemangkin kepada pertumbuhan shuffle di malaysia... tuh lah yang i dengar...

i have nothing but full respect towards datin sri tiara... for someone yang boleh bawak such an epic to the big screen dan ke pentas teater, i salute her... mungkin ada orang kata tuh adalah collective effort... memang betul pun, tapi for her to have guts and vision, tak ramai orang yang boleh buat... so i have nothing against her personally... tapi apa yang buat i rasa pelik, takkan lah for someone with such calibre like her, tak tahu nak hormat keadaan... i berborak dengan seorang kawan nih yang bagitau masa first day kat akademi yang kebetulan jatuh pada hari maulidur rasul, datin sri datang pakai skirt and legging... semua student pakai baju melayu dan baju kurung... same thing yang terjadi pada hari jumaat, penghulu segala hari... pakai skirt and legging... eehhh, takkan lah takda orang yang advise dia langsung?!? se-seksi dan 'se-matsalih' cikgu linda jasmin dulu pun tetap pakai baju kurung bila tiba hari jumaat... takkan lah datin sri pulak yang memang dah biasa dengan protocol yang lebih rasmi daripada kat akademi tak tahu... orang bukan Islam pun kat luar nih i tengok ramai pergi kerja hari jumaat pakai baju kurung...

kemudian during the press conference selepas tamat concert pertama, dia ada jugak beritahu pada press that dia buat 'transformasi' yang semua pelajar kena pakai kasut ketika di akademi... alasannya, this is school so you wear shoes to school... i guess, orang sekeliling datin sri tak buat homework kot... akademi fantasia tuh bukan setakat 'sekolah'.. tuh tempat dorang belajar, makan, minum, tidur, bermain, buang sisa-sisa dalam badan etc... kadang-kadang dorang bergolek-golek jugak dalam kelas.. you cannot treat it the same way... sebagai contoh, if i bukak kelas lah kat my house... tingkat atas tempat students tidur, and tingkat bawah tempat dorang belajar... takkan i nak suruh dorang pakai kasut masuk kelas... think logically... jangan buat transformation for the sake of transformation... kena ada sebab-sebab yang jelas...

i pun dengar cerita jugak pasal kecoh-kecoh during press conference kenapa takder tarian 'menuju puncak' oleh semua pelajar... the head of astro ria, khairul mizan cakap pelajar-pelajar tak ready lagih to perform that song... hhaaahhhh? since when you kena tunggu pelajar-pelajar ready to perform? i ingat lagih masa mawi dimasukkan semula ke af3... dia menari jugak walaupun keras dan kaku sampai jatuh-jatuh atas orang lain... like i said, 'menuju puncak' adalah nadi kepada akademi fantasia... don't do transformation for the sake of transformation... maybe this should be the af7 punya tagline... 'don't do transformation for the sake of transformation'... kemudian nak ditambahkan perisa pada press conference yang sama datin sri bagi jawapan yang berbeza pulak untuk soalan yang sama... she came out with (something a long the line) 'ni adalah salah satu transformasi yang saya ingin buat'... meaning ada masa 'menuju puncak' dipersembahkan di konsert, ada masa takder... kira macam biskut lah, sekejap ada sekejap takder... dah bercanggah jawapan dengan boss astro ria... kemudian ada pulak rumours yang tersebar kononnya 'menuju puncak' tak dipersembahkan kerana baju-baju pelajar tak sempat siap... wah!!! kontroversi nyer transformasi baru nih... lastly yang i dengar, memang production buat keputusan taknak ada 'menuju puncak' pada first concert sebab nak mengejar masa... mana yang betul pun tak tau... nasihat i kepada penasihat-penasihat khairul mizan dan datin sri, prepare q&a for them, anticipate soalan-soalan yang bakal ditanya oleh press, sediakan jawapan-jawapan yang bersesuaian dan kalau boleh tak payah nak tipu-tipu so that takderlah jawapan yang bercanggah...

i know how difficult it is to do this kind of shows... even nak buat konsert mingguan pun perlukan banyak persediaan... i understand... sebab tuh lah macam i cakap, don't use that tagline because you cannot fulfill it... tak boleh nak sampaikan 'janji' tersebut... seriously, disebabkan tagline tersebutlah i expected something more from the first concert this season daripada musim-musim sebelumnya... bila tagline nih sering dilaung-laungkan, my expection pun increase jugak... tapi bila tengok konsert, i rasa hhhmmmmm sama jerrrrr... takder pun perkara yang buat i cakap atau fikir - wow!!! such a transformation!!! entahlah... nak tunggu minggu depan pulak and hopefully dorang can change my tone...