Bidadari Hati

Tuesday, May 05, 2009

the one about badrul and akademi fantasia 7: finding the truth...

you are my angel, kak fati...

i was a bit upset dari tengah malam tadi... ramai sangat orang yang i called untuk meluahkan perasaan... in fact, till late night, fikiran tak berapa nak tenteram... bukan setakat email dan sms yang i dapat, tapi juga dari chatbox... sedikit kesan 'racun' buat i terasa sakit... sakit hati yang amat sangat, tapi i bukan jenis orang yang senang termakan hasutan orang... dulu mungkin selalu buat kesilapan yang sama, but benda-benda macam tuh banyak memberikan pengajaran... tapi sakit hati tetap terasa... memang susah berfikir bila hati tak tenteram... macam-macam hasutan syaitan datang mengganggu... ada masa menghasut kita membuat sesuatu yang mungkin di luar jangkaan...

it was hard to keep other people to calm down... jadi macam kipas jugak, cuba sejukkan orang lain, at the end, kita yang over-heated... so i decided to rest... pukul 5 pagi jugak baru dapat tidur... bila bangun pagi, i have headache... tapi hati dah rasa tenteram sikit... still, fikiran masih terganggu and i know i have to do something about it... my mission is to find out the truth... after solat zohor, i went out for lunch... then makan ponstan for my headache... i kuatkan semangat... memang sebelum nih i dah cakap dekat diri sendiri, whatever pun berlaku kat dalam akademi fantasia, just let it be... i taknak masuk campur... i nak tengok dan nak merasa keterujaan seperti orang lain jugak... i taknak ambil tahu apa jua 'politik' yang berlaku... i taknak tulis mengikut pandangan orang lain, i want to write what i see... but bila ada perkara yang berlaku nih secara tidak langsung melibatkan i, i need to find out... so again, i kuatkan semangat... i kuatkan semangat untuk hubungi kak fati... i sms her first sebab i taknak mengganggu dia ketika sibuk... i hantar 'hi kak fati, can you sms me when you are free.. i do need to talk to you'... tak sampai dua minit, she replied back 'hey bad, what's up?'

bila i dengar saja suara kak fati on the other end, i dah mula menangis... whatever yang i rasa and yang bottled up inside me just keluar mengalir macam air deras... i terus tanya kak fati betul ke apa yang banyak tersebar di forum dan email sekarang ni yang mengatakan hafiz memang pelajar yang tak mendengar kata? betul ke ada gossip cakap hafiz suka melawan, suka salahkan orang lain dan malas? betul ke ada email yang mengatakan hafiz pelajar paling bermasalah di akademi, paling banyak buat pelajar lain sakit hati dan macam-macam lagi tohmahan yang dibuat pada hafiz? sampai ada ayat yang berbunyi sedikit ugutan, 'tengoklah kat diari nanti'... sampai begitu sekali...

kata kak fati, 'do not believe anything and everything yang you dengar... these kids are good kids... hafiz budak yang sangat baik dan hormat pada orang lain tak kira pada cikgu-cikgu and kawan-kawan dia... same goes with other kids... ada orang tanya pada cikgu siti hajar last week (that was me!) kenapa dia tak garang macam tahun-tahun sebelumnya and cikgu siti hajar sendiri kata there was no reason for her to be garang since semua pelajar dengar kata... of course lah mereka ni semua masih kids... they are still young... ada masa bila stress diaorang merajuk dan luahkan perasaan... tapi it does not mean mereka bermasalah dan budak malas... they are good kids... hafiz is a good kid... i know, because i've spent the most time with these kids... mesti ada orang sengaja buat cerita because they want their favourites to win...

i cakap dengan kak fati, i want to write about this in my blog... she says, 'please write about it, bad.. tell them out there these kids semuanya masih muda... hafiz masih muda... some of them tak pernah pun lalui kerja keras macam ni... to learn new things in a short period of time akan buat sesiapa pun rasa stress dan tertekan... some of them sangat manja dengan ibu masing-masing dan bila berpisah macam ni, they need someone... i'm there to help them sedikit sebanyak... even for someone like isma pasti rindu dengan anak-anak dan suami... walaupun ini adalah pertandingan, but all of us are human being too... ada masa kita gembira, sedih, rindu, tertekan dan sebagainya...'

at this point, she asked me, 'siapa yang cerita pada you benda-benda macam ni, bad? where did you get all these lies from? macam mana diaorang tahu apa yang akan keluar di diari minggu ni?' i cakap pada kak fati, i baca benda-benda ni di forum dan dari email yang i dapat, and mungkin ianya hanya gossip untuk menjatuhkan hafiz... i cried again, but this time sebab i rasa sangat lega... rasa relief kerana i tak membiarkan racun yang diberikan membinasakan pemikiran i... rasa lapang kerana i menggunakan anugerah yang Tuhan berikan iaitu akal untuk membuat keputusan yang matang dan bukan mengikut kata hati... terima kasih kak fati... i know that i can really trust you... she said, 'call me any time you want, bad... jangan biarkan anything melarat'...

thank you so much kak fati... you don't know how much you really make my day... i love you so much kak fati, you are an angel... you are my angel...

the one about badrul and akademi fantasia 7: what goes around, comes around...

afundi10 hafiz and send it to 32999

i don't believe in karma... but i do believe in balasan Tuhan... i percaya pada qada dan qadar... i juga yakin that what goes around, comes around... kalau hati kita busuk dan hitam, busuk dan hitam jugaklah balasannya... kalau kita menganiaya orang, satu hari nanti orang akan aniaya kita balik... dan ingatlah, doa orang yang dianiaya akan naik terus ke langit ketujuh... kadangkala sukar nak dipercaya dengan apa yang orang sanggup lakukan untuk mencapai hajat dan kepentingan diri sendiri... jahat pun jahatlah janji dapat capai apa yang diingini... tapi yakinlah, satu hari nanti kebenaran akan terbukti... mungkin ada yang merasakan dirinya berkuasa dan boleh menentukan apa saja, tapi ketahuilah, rezeki itu hanya datang dari yang Satu... dari Allah s.w.t.

okay, lupakan perkara tuh sebentar... i want to call semua peminat-peminat hafiz supaya bersatu dan jangan lupa untuk terus mengundi hafiz... walaupun macam-macam dugaan dan macam-macam halangan, jangan jadikan ia pemutus semangat... bukan senang untuk berjaya kerana pasti banyak cabaran yang mendatang, apatah lagi untuk mencapai cita-cita... perkara yang penting yang kita sendiri tahu, hafiz adalah budak yang baik, patuh dan menghormati orang tua... i pernah berbual dengan cikgu fati, ida nerina and even principal tiara sendiri, dan mereka sendiri mengatakan hafiz adalah seorang anak yang dididik dengan baik oleh ibubapanya... cikgu fati adalah orang yang saban hari bersama pelajar-pelajar sepanjang mereka di dalam diari... dia lebih tahu... selama lapan minggu kita saksikan hafiz di diari dan tidak pernah pun dia berkelakuan tidak baik, jadi berhati-hati dengan apa yang dipaparkan diminggu-minggu terakhir ni dan cerita-cerita karut yang disebarkan...

let us not forget here, hafiz is only 19... memanglah ada kekurangan di sana sini... he's not perfect... hey, kita yang dah tua nih pun tak perfect jugakkan... berapa ramai dari kita yang pernah tertidur dalam kelas akibat keletihan? jangan kan dalam kelas, malah di tempat kerja... i bet almost all... berapa ramai dari kita pernah kehilangan barang, sesuatu yang amat berharga untuk kita? i bet almost all jugak... in fact, i bet semua orang... berapa ramai dari kita yang ada masanya bergurau terlebih kasar dengan kawan rapat kita... bukan bergaduh, tapi bergurau... i bet ramai giler... i bet kalau boys main tendang-tendang, girls main tarik-tarik rambut... berapa ramai dari kita yang dah berumur nih yang selalu rasa stress? tertekan akibat kerja?tension akibat tanggungjawab yang berat? i bet ramai giler jugak... so, apa yang big deal nya untuk seorang budak berumur 19 tahun? tapi kasihan sebab dia mungkin tidak tahu permainan segelintir manusia... dia terlalu muda untuk dapat membaca yang tersirat dan tersurat...

tinggal dua minggu lagi sebelum final... perang hasutan, racunan minda dan ugutan secara halus akan berterusan selama dua minggu nih... jangan biarkan ianya berjaya mengabui mata dan minda anda... tetapkan fikiran dan pastikan anda afundi hafiz setiap masa... hafiz dah buktikan kepada kita kemampuan dan kehebatan dia untuk mencapai impian sebagai seorang penghibur... kita juga sendiri sudah saksikan kehebatan hafiz itu saban minggu di atas pentas akademi fantasia... kini menjadi tanggungjawab kita untuk membantu hafiz mencapai impian tersebut... jangan lupa untuk mengundi dan jangan lupa berdoa kepada Allah s.w.t. supaya diberi kekuatan kepada hafiz untuk melalui apa juga cabaran yang datang... baik atau buruk, manusia hanya boleh merancang, tetapi semuanya adalah ketentuan Allah s.w.t.

afundi10 hafiz dan hantar ke 32999

Monday, May 04, 2009

the one about badrul and akademi fantasia 7: tribute to aishah and claudia...

terima kasih aishah dan claudia...

i want to do tribute for aishah and claudia... bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri because i think they deserve it... i want to tell them that they have performed very well in the last concert... they did everyone proud... terima kasih aishah dan claudia kerana menceriakan hidup i serta peminat-peminat akademi fantasia sepanjang lapan minggu ia berlangsung... perubahan demi perubahan dapat dilihat pada kedua mereka dan semoga mereka akan terus success bila di luar nanti...







claudia...
i think claudia sudah jauh berbeza cara nyanyiannya daripada ketika mula-mula dia masuk ke akademi... suaranya kedengaran matang dan jauh berbeza dari klon dayang nurfaizah yang digembar gemburkan sebelum nih... of course, it will take longer time for her to feel comfortable with her own voice selepas sekian lama menyukai penyanyi dayang dan selepas sekian lama 'suka' dengan pujian orang mengatakan dia seperti dayang... kini claudia lebih selesa dengan dirinya kerana dia sudah nampak orang menyukainya kerana dia adalah claudia... her vocal control semakin baik dan persembahan terakhir beliau di konsert juga sungguh bagus...

claudia juga adalah antara pilihan i untuk ke final, tapi malangnya rezeki tidak menyebelahi claudia... percaturan akademi fantasia bukan bergantung kepada individu tetapi bergantung kepada undian ramai... tapi i tetap gembira kerana claudia keluar dengan penuh bergaya melalui persembahan beliau... emosinya sangat sampai dan persembahannya sungguh mengharukan... harap claudia akan terus berjaya...







aishah...
masih kecoh pasal afmasuk... tapi takpalah, i pun belum lagi nak tulis pasal tuh... tengoklah esok lusa macam mana... but i want to take this opportunity also to say something about aishah... i jarang dapat tengok diari... selalunya kalau berpeluang, i akan buat marathon hari sabtu... again, tuh pun kalau ada masa terluang... but anyway, minggu nih i tertengok one or two diari waktu malam... satu benda yang sangat menyentuh perasaan bila tiga pelajar wanita bercakap di kamera... especially ketika aishah bercakap... pelajar wanita berumur 18 tahun dan bertubuh kecil nih cuba melawan perasaan sedih... walaupun airmata menitis, tapi dia cuba untuk senyum dan ketawa... dalam nada yang tersekat-sekat antara sedih dan cuba menyembunyikan emosi dia berkata, 'aishah tahu aishah banyak berhutang dengan peminat-peminat aishah... aishah berjanji aishah akan buat yang terbaik minggu ni... aishah berjanji aishah akan tebus kesalahan aishah'

aishah adalah pelajar yang bertahan sehingga minggu kelapan tetapi tidak pernah mendapat anugerah pelajar cemerlang... seingat i (please correct me if i'm wrong) sepanjang di akademi aishah jugak tidak pernah berpeluang untuk bercakap telefon dengan mana-mana ahli keluarga beliau... aishah juga tak pernah merasa untuk memeluk ahli keluarga yang disayangi... tidak seperti isma yang bersama suami di pentas dan kemudiannya bersama anak-anak ketika mendapat anugerah pelajar cemerlang, tidak seperti akim dan hafiz yang kedua-duanya dibenarkan turun pentas sekaligus untuk memeluk ibu masing-masing, tidak seperti yazid yang turut turun pentas bertemu ayah dan berpeluang bersalaman dengan ibu baru, tidak seperti claudia yang dapat bertemu christian, anak tunggal yang disayanginya di atas pentas... tidak... aishah tidak dapat semua tuh... seorang pelajar yang termuda, jauh dari keluarga tercinta tetapi 'tertinggal' kasih sayangnya... tak salah kalau i katakan, hanya dia seorang sahaja daripada 6 pelajar yang tinggal minggu lalu tidak berpeluang untuk mendapat kata-kata semangat dan peransang dari keluarga tercinta... my heart goes to aishah...

Sunday, May 03, 2009

the one about badrul and akademi fantasia 7: things that matter...


letih tengok diari int kejap tadi... muhahaha... masih ada yang 'membawa'... kadang-kadang kesian jugak kat produksi akademi fantasia yang bermati-matian untuk menghidangkan drama walaupun kadangkala sanggup mengenepikan kebenaran... sampai letih hafiz dan akim menafikan, tapi masih lagi nak panaskan... seriously, sampai satu tahap i rasa macam tengok melodi pulak... interview orang tuh, interview orang nih... paksa orang tuh jawab macam tuh, paksa orang nih jawab macam nih... dah diaorang cakap mereka bergurau senda, terima jer lah... nih masih lagi nak 'membawa'... i gelak jer lah... jom lah gelak ramai-ramai sambil tengok gambar kat atas sekali nih... jom kita gelak macam akim gelak masa dia jadi sultan tuh... muahahha! muhahaha! muahahahaaa!!!

i think sudah sampai masanya after lapan minggu, diari akademi fantasia menumpukan perhatian pada things that really matters... hanya tinggal dua minggu saja lagi sebelum af menutup tirai... give these kids a chance... let them shine... let the whole malaysia know that akademi fantasia melahirkan bintang-bintang yang sememangnya cemerlang dan terbilang... we don't need to see drama-drama yang tak membina minda lagi... we need to see stars dalam diari untuk dua minggu terakhir nih... principal tiara dah mulakannya last week... these kids diberi pakaian yang setaraf dengan nilai-nilai bintang mereka... they look good last week... really good... selepas tujuh minggu memakai t-shirts dan baju yang kita sendiri pakai untuk tidur atau duduk di rumah atau duduk di dapur, last week the kids dapat pakai pakaian yang sesuai dengan status mereka... thank you principal tiara... don't get me wrong, sponsors need branding as well... tapi takkan lah sampai berminggu-minggu lamanya... there are so many ways to do branding without compromising these kids...

satu lagi perkara yang memang diperkatakan sekarang ialah tentang afmasuk... i received messages through sms, email, serta pertanyaan demi pertanyaan... i tahu sebenarnya apa nak comment tapi i rather not... one of my blog reader, beebo wrote a great comment so i'm going to share it with you... beebo says;

Hi Bad,
In my opinion we should just accept that AFMASUK is part of AF. We should let ASTRO run the programme as they see fit. Profit and lost is part and parcel of business. Of course, we hope with all fairness ASTRO must make a fair profit as we would hope if it is our business.
This is a reality show and these drama are all that adds spice to the programme.
I am a fan of Zizi as well (besides Hafiz) and had hope for AFMASUK when she had to go, but alas nothing happened. Maybe her exit was halfway through and it was quite difficult to have AFMASUK that early.
Imagine had Hafiz not been voted to still be in the race, it may be appropriate to have AFMASUK for him.... I am not sure but I think it is a wise decision to have AFMASUK at this time.
I hope the student with the largest fan base will make it back to AF. I also hope the person who makes it back be given the same chance to win the champion title and not be treated differently.
When we think it is unfair, just imagine for a moment, if the person you support is out there and wish that he/she be given a second chance. It is a chance for everyone to vote their favourite student back.

Best of Luck Hafiz!!!


untuk yang lain-lain, tepuk dada tanya selera kerana masing-masing ada pendapat yang tersendiri... my suggestion is, untuk peminat pelajar-pelajar yang terkeluar, you have your own group and fanclub... cuba discuss dengan pelajar-pelajar yang terkeluar and tanya apa keinginan mereka... from there you can make the rest of the decision... do count them in... fanclub aishah, claudia, aril, qhaud, sidi, zizi, rubisa, rini, obri dan adila maybe should discuss with each of them... tapi nih pendapat i sajer... do what you think is right... okay, lets enjoy the pictures... khas untuk peminat jelmaan sultan mahmud dan jelmaan p.ramlee...

sultan akim...














p.hafiz...
















ennnnjjoooyyyysssss!!!!

the one about badrul and the 8th concert of af7: kalaulah...


first of all, before you baca my blog and if you are a muslim sedekahkanlah Al-Fatihah pada Allahyarham tan sri p.ramlee...

Al-Fatihah...

kalaulah Allahyarham tan sri p.ramlee masih hidup, i rasa mesti dia sangat bangga dengan persembahan hafiz malam tadi... dengan suara yang sungguh mendayu-dayu dan persembahan yang meruntun kalbu, i have to say, persembahan hafiz malam tadi was the best yang pernah i saksikan dalam konsert akademi fantasia sepanjang musim oleh semua pelajar dari season pertama hinggalah sekarang nih... hafiz has captured every details yang diperlukan untuk dia menggambarkan dirinya sebagai watak p.ramlee... bermula dengan lakonan bersama isma yang membawa watak azizah, sehinggalah dia menamatkan persembahan, i sangat terpegun...


bila pengkritik memberikan pujian, mulutnya tak pernah lekang daripada mengucapkan terima kasih pada tenaga pengajar yang memberikan ilmu untuk menjadikan persembahannya cukup hebat... that was hafiz... so full of respect pada orang lain dan so humble... i went to talk to principal tiara, kak fati dan ida nerina tentang perkara nih dan semua mereka bersetuju bahawa hafiz dididik dengan penuh kasih sayang dan rasa hormat... terima kasih mama hafiz dan papa hafiz... i berbual-bual dengan penggiat teater yang turut hadir pada malam konsert dan semuanya memuji kehebatan hafiz membawakan watak p.ramlee...


yup, itulah yang sebenarnya hafiz lakukan... membawa watak p.ramlee... cabaran yang amat berat kerana selain daripada perlu ada hafiz sebagai dirinya sendiri di dalam persembahan tersebut, dia juga perlu menjadikan watak p.ramlee yang dibawanya ke hadapan.. cara jalan, cara tuturkata, cara berpakaian, cara berkomunikasi dan kesemuanya untuk menjadikan watak tersebut sesuatu yang hidup... i can sleep really well tonight knowing that hafiz berada di landasan yang sangat tepat dan betul untuk menjadi penghibur yang disegani pada satu hari nanti.. afundi10 hafiz ke 32999

jangan lupa untuk membaca review lain di blog:

sultanmuzaffar
joe lee
chedd yusoff
ajami hashim
murai

Saturday, May 02, 2009

the one about badrul and akademi fantasia 7: jawapan untuk chekde...

mereka sangat akrab, kita yang bertelagah...

chekde tinggalkan message nih kat my comment box... i macam malas nak jawab kat comment box, so i buatlah one entry on this...

chekde says...
Seperti minggu lepas, astro provok lagu hafiz ...so...semua pengundi hafiz menjerit ....macam orang giler ...... then..astro sengaja masukkan marsha ..... so...apa lagi...... kisah anak emas dah jadi besar .......SIAPA MANGSA DARI SEMUA INI ....JAWAPANNYER IALAH "ARIL".


dear chekde...
now i think you being very emotional and irrational... how can you say semua pengundi hafiz menjerit macam orang giler? isn't it what YOU are doing right now? bila marsha dimasukkan, bukankah segelintir peminat-peminat aril yang dok menjerit-jerit marahkan astro? sampai hari nih dok nak salahkan marsha?!? kononnya marsha jadi menyebab aril terkeluar? kalau you nak salahkan astro, hey by all means, tapi jangan nak letakkan kesalahan aril terkeluar pada hafiz, marsha atau pelajar-pelajar lain... kalau pun you nak kata ada segelintir peminat-peminat hafiz yang menjerit marah dan komplen, at least we still vote... sekurang-kurangnya kita tahu betapa pentingnya hafiz untuk terus berada di akademi, bukan macam sesetengah orang asyik menjerit ke hulu ke hilir, tapi tak buat apa-apa... sekadar menjerit sahaja untuk mencari kesalahan orang lain... see, i use the word 'segelintir' sebab hanya orang yang berfikiran cetek sahaja akan merangkumkan semua peminat dalam satu kategori...

chekde says...
Memang bila ada pelajar yang tersingkir...semua orang kata salah pengundi dialah yang tak cukup undi ....TAPI cuba korang fikir.

1. Apabila kes hafiz dianak tirikan dibesarkan ..... ada pengundi yang ada 2 calon....contohnyer HAFIZ dan ARIL.... so....mereka ini akan lupakan dulu ARIL sebab ...mengikut undian sepanjang minggu ...undian aril tigggi so sure dia selamat ...so....mereka-mereka inilah yang bukan beraleh arah tapi...cuba nak selamatkan hafiz dahulu ...sehingga mereka sedikit pun tak undi aril....... maka ...sebenarnyer....siapa yang telah dianak tirikan........ pengundi aril memeang terus mengundi tetapi pengundi yg ada 2 calon ini yang tidak mengundi aril sebab isu anak tiri...... BAB INI SAYA SALAHKAN PENGUNDI HAFIZ YANG MEROYAN GILER DAN ASTRO YANG BALING BATU SEMBUNYI TANGAN.

dear chekde...
i think your statement here are full of yourself... and it only reflects on you sorang sebagai peminat aril yang over...terlebih over, i think!!! i have tons of friends (at least more than 30 people) peminat hafiz yang turut mengundi aril because dorang nampak strong bond between hafiz and aril.. i think you're becoming delusional with wrong facts... tell me honestly, how much do you really vote for aril? and be honest about it, because kalau you tipu pun, you tipu diri sendiri, not me... i've seen peminat-peminat orang lain berhabis-habisan menghantar undi... tak payah tengok jauh, during the concert berlangsung pun i dapat tengok mereka sibuk hantar afundi... i'm sure bila i cakap macam nih, you will say, oohhh, i takder banyak duit macam pengundi orang lain... peminat-peminat aril pulak hanya shufflers jer mana ada duit... see! mesti ada alasan lain... kenapa tak boleh nak terima kentetuan Allah s.w.t. that rezeki aril dalam akademi hanya setakat minggu ketujuh sajer? why can you support him bila dah keluar nanti? why can you use your free time right now and money (yang dah tak tengok af dan dah tak hantar undi pada orang lain) untuk plan good thing for aril kat luar nih? instead of buat orang jadi marah kat peminat aril, you take charge buat lagih ramai orang suka pada aril... kat luar nih lah the real deal... peminat yang datang tengok persembahan aril, shows yang ada duit untuk aril survive kat dunia sebenar...

chekde says...
2. Bila marsha dimasukkan....wah...lagi kesian aril....dia seolah-olah kehilangan pengundi wanita ...sebab aksi marsha yang menggoda aril ditayangkan dan diperbesarkan dalam diari ....... ARIL LAGI YANG JADI MANGSA.

dear chekde...
then, why don't you blamed it on astro? kenapa nak letakkan kesalahan pada hafiz? there was a time during qhaud dapat pelajar cemerlang, and in the middle of the week, aril pulak diangkat pelajar cemerlang oleh principal, i was having a fit! but i don't blame it on aril... i blamed principal masa tuh... the reason, sebab masa tuh every week hanya sorang sajer pelajar cemerlang dipilih, how come that particular week sampai dua orang? tak kisahlah siapa pun yang dipilih, it will look suspicious! but todate, principal dah buktikan pada i (sekurang-kurangnya pada i) takder pun pilih kasih and she treated everyone with equal respect... so, i nampak benda tuh and i terima benda tuh and i move on...

chekde says...
BILA ARIL KELUAR...ASTRO PUN...WAH TUNJUK ADEGAN STUDY DAN FOKUS JER .......kesian aril....seperti...dengan kehadiran dialah...selama ni yang menyebabkan pelajar main-main......tapi ..bukankan ini semua plot dari drama astro.....

DUNIA HIBURAN INI KEJAM JUGA ACTUALLY..... DO U THINK SO?????

KESIAN ARIL....DIA JADI MANGSA HANYA KERANA DIA MENJADI DIRINYER SENDIRI.

HAFIZ....HMMMM ACTUALLY BUDAK NI KAKI GADUH ...ASYIK GADUH DGN AKIM DAN DIA NI KAKI BERSUNGUT ...... MACAM MENGUNDI DIA JUGA.......

AKHIRNYER ...ASTRO JUGA UNTUNG...... ISU AFMASUK...AKAN MEMBURUKKAN NAMA ARIL JER ..... ARIL LAGI SEKALI JADI MANGSA.....

JOE....ASTRO INGAT PENONTON TAK NAMPAK KE HAL INI...... PENONTON YG CETEK AKAL JE TAK NAMPAK.........

dear chekde...
i don't know what to do with your statement... nak tergelak besar pun ada... bila aril keluar, memang hanya adegan tuh sajer yang tinggal... takder lagih orang nak borak-borak kosong cakap pasal hal beribadi... takder lagi orang nak kacau pelajar-pelajar lain... before this, orang tak ambik kisah dah sebab aril dah keluar sebagai seorang hero... not just to aril's fans, but to other students' fans as well... i juga nampak aril keluar sebagai seorang hero... ramai press juga rasa aril keluar sebagai seorang hero... sebab tuhlah mereka tulis macam tuh... orang nampak giler budi baik aril membantu hafiz, orang nampak jugak that aril tak pay attention sangat pada marsha, orang dah nampak aril berubah dan dia lebih matang... yes, he did go out as a hero... tapi nampaknya, peminat aril seperti chekde sendiri yang nak buat dia nampak buruk... i pun sendiri tak terlalu focus pasal gambaran asyik belajar jer, infact i teringat-ingat jugak aril yang happening dan havoc kat diari, tapi sekarang, because of you, i'm glad that dia orang tunjuk semua pelajar sibuk belajar... too bad aril ada peminat macam you yang masih nak ungkit benda-benda yang dah lepas... now, because of you, mesti ada orang akan fikir balik layakkah aril diberi gelaran hero.. i think peminat-peminat hafiz yang support aril macam i nih akan turut gelengkan kepala... which, i tengah geleng kepala i sekarang nih...

hafiz kaki gaduh dan kaki bersungut? you tengok cerita apa nih?!? muhahahaa... seriously chekde, please stop... jangan kerana you, people like me yang turut suka aril akan jadi tak suka... malang sekali... one thing yang betul, aril memang menjadi mangsa, tapi mangsa kepada orang yang mengaku peminat dia tapi at the same time, go around kutuk orang lain... itulah 'musuh' sebenar aril... thank god i'm old enough to see it...

chekde says
SAYA NAMPAK JELAS PERMAINAN ASTRO.....BUAT BUANG DUIT DAN MASA JER......EMOSI TERGANGGU...MENAMBAH DOSA MENGUTUK DAN ...MACAM-MACAM LAGI.....

ISMA....HMMM....SEMASA MAK DIA NAIK PENTAS SEMALAM BILA TOMOK MENANG...WAH...BEG LV BESAR TU......MENUNJUKLAH TU..... KELUARGA MEREKA INI NAK MEMONOPOLI AF DAN OIM ...BUAT PELABURAN.....PEMINAT TAK BANYAK MANA....SO....SEMUA NI BISNESS METTER JER....... OK KER CAM NI....

see chekde, bukan semuanya salah astro apabila emosi terganggu, menambah dosa mengutuk dan macam-macam lagih seperti yang you katakan... you pun tengok oiam yang ditayangkan 8tv dan masa tomok menang, you ambil peluang menambah dosa mengutuk keluarga isma... ya Allah ya Tuhan ku, isn't that weird, sekarang nih you even stood so low to attack emak kepada tomok dan isma?!? itu kah didikan yang you dapat?!? apa dosa orang tua tuh pada you?!? i rest my case, chekde... i think you should istigfar banyak-banyak... akademi fantasia adalah benda kecik sajer yang terjadi 3 bulan setahun... you don't have to kutuk ahli keluarga, you don't have to hina emak dan ayah orang lain just to prove a point...

nasihat i pada you chekde, kalau you rasa aril dikutuk dan dihina di forum, pergilah backing aril dan kutuklah sesuka hati you pada orang yang mengutuk tuh di forum atau di mana-mana... but, to come and write apa yang you tak puas hati dan mengutuk hafiz kat my blog, when you know i adalah peminat hafiz adalah something yang agak keterlaluan... learn something from orang sekeliling... macam kakjahku, dia adalah contoh peminat aril yang i respect sebab dia tau, walaupun i peminat hafiz dan mengundi hafiz, i jugak peminat akim, aril, claudia, aishah dan zizi dan turut mengundi akim, aril (sebelum terkeluar), claudia, zizi (sebelum terkeluar) dan aishah...

baca anything and everything about af kat blog:
joe lee
sultanmuzaffar
chedd
ajami
murai