Bidadari Hati

Monday, July 31, 2006

the one about badrul... tired... but satisfied...


phuket...



this week minggu yang agak sibuk... so i don't really have much to update... not yet anyway... but, just to let you know, i've made the police report... first time buat police report bukan sebab hilang ic ker atau kecurian or something like that... i wanted to put up the report here, but my lawyer advised me not to... takpalah... nanti i akan ceritakan serba sedikit... sekarang nih belum ada masa lagi... nak update pasal phuket pun takda masa...




more relax diddy...



this wednesday ada press conference untuk anugerah era 2006... khas untuk umumkan senarai top five finalists, award presenters and anugerah era performers... exciting to know lima pilihan akhir pendengar-pendengar era... tetapi untuk anugerah pilihan sms digi masih lagi berjalan... you can choose whoever you want, tapi hanya untuk pengguna digi... so if you are not, go buy digi prepaid and send your sms dengan menaip undidg nama artis dan hantarkan ke 32555... siapa-siapa sajer yang you rasa layak, you can vote... and, on top of that, yang buat i agak gembira sebab perancangan awal i telah berjalan 50%... percubaan pertama yang i harap akan dapat mengecapi kejayaan... and i'm very lucky to have people like rudy, vern, joe, fiebs, audi, ning and ramai lagi yang yakin dengan apa yang i rasa... hopefully... insyaAllah... oh, gambar diddy yang i letak kat atas tuh antara gambar yang jarang-jarang dapat tengok diddy senyum masa menyanyi... muhahahaa... so, enjoy... if you are diddy fan, you can meet other fans at dazzling diddy...



vernon wrote "i've watched all his performances and tonight was his best vocally, feel-wise, and delivery...he showed a side of him i've never seen before, and honestly, i like it... if he keeps this up, ************** will suit him perfectly..."


Thursday, July 27, 2006

the one about badrul after the short break...


phuket...



so i went to phuket... it's not a holiday but more like a short break... boleh ke? a few days before i pergi phuket tuh berlaku satu freak accident menyebabkan i terpaksa mc untuk tiga hari and so masa pergi tuh memang dalam keadaan yang sikit 'kesakitan'... it was fun though... getting to know rudy and neo... berjalan-jalan dan shopping dan makan dan tidur... routine for four days three nights... the food is fabulous!!! tapi entah macam mana, we always ended up kat mcdonalds makan fillet-o-fish... muhahahhaa... cheapest food kot... yalah kan, every night dinner kita makan seafood sampai rm120 ringgit for every dinner, kenalah jimat sikit masa lunch time... since kita orang pergi during weekdays, taklah pack sangat phuket... the hotel yang kita orang stay pun quite nice walaupun certain thing diaorang tengah repair like the hotel lift, and bilik i pulak dekat sangat-sangat dengan lift, so bunyi yang bising memang mengganggu... the good thing is, kita pergi phuket with a mission, and mission tersebut berjaya dicapai... nantilah, bila i dah relax sikit, i will story morry more...




ejen 016...



did you managed to catch ejen 016? every wednesday pukul 9.30 malam kat tv3... memang hillarious... well, not funny, funny... tapi funny lah... muhahahaa... for me, anything with saiful apek memang kelakar... for some reason, i think he's born with a gift to entertain people... tapi dalam kelakar pun ada masa dia boleh serious... kalau malam rabu you guys membosankan, you should watch ejen 016... dia ala-ala csi yang kelakarlah... banyak gadget dan sebagainya... and to other shows yang nak buat product placement dalam mana-mana cerita, should learn from this series...

ejen 016 mengisahkan tentang meteor yang gugur kat ulu yam, lepas tuh menjadik rebutan pihak jahat dan pihak baik... yang kelakarnya tajuk pasal kisah ejen yang tak seberapa hebat... muhahahaaa... lepas tuh dia ada tiga orang sidekicks, ejen alpha, delta dan gamma... elkapitan mesti suka sebab tiga-tiga lawa belaka... muhahahaa... meteor nih ada kuasa yang hebat iaitu boleh memisahkan personaliti seseorang, tapi kena letak dalam bekas purba, kalau tak ianya boleh meletup dan menghancurkan dunia... so, bila meteor nih jatuh ke bumi, chief blontok dah berjaya curi dulu... so kenalah ejen 016 dan membantu-pembantunya mendapatkan balik meteor tersebut dalam tempoh lima hari...

next week sebelum episod ketiga, kita buat contest nak? on tuesday tuh i akan letak posting dan tanya soalan, sapa-sapa yang jawab soalan dengan tepat dan paling awal letak posting akan menang hadiah... whoever get it right, you will win satu topi istimewa ejen 016 dan cd brian mcknight - gemini... so tunggggguuuu...




diddy...



so this weekend diddy dapat lagu diari seorang lelaki... hhhmmmm... lagu yang ada attitude... i just pray he will do his best and the most importantly, to have lots and lots of fun... kalau dapat masuk, dah memang rezeki dia, and kalau tak dapat, insyaAllah rezeki di luar akan tetap menunggu... just have to work hard... if you really believe that diddy deserve to be in the final five, do send your afmasuk diddy to 32999... thank you...



rudy... life is like a box of chocolate...


Sunday, July 23, 2006

the one about badrul and afmasuk diddy...


afmasuk diddy


afmasuk diddy dan hantarkan ke 32999

afmasuk diddy dan hantarkan ke 32999

afmasuk diddy dan hantarkan ke 32999

afmasuk diddy dan hantarkan ke 32999

afmasuk diddy dan hantarkan ke 32999



pleasssseeeeeee...


holiday... be back this weekend...


Wednesday, July 19, 2006

the one about badrul and joe's birthday...


happy 30th birthday, joe!



before i nak cakap pasal joe's birthday celebration, i nak cerita sikit pasal sorang mamat yang kecoh-kecoh masuk my blog kononnya trying to defend haziq dan family haziq... kononnya vt tersebut 'memalukan' haziq dan family... masa production team propose nak buat vt tersebut dengan aiman, i dah tanya dulu untuk siapa... bila diaorang informed i untuk haziq, i berat hati... no, i don't have anything against haziq, but at the same time, i taknak jugak involve sebab i memang bukan haziq's fan pun... bukan tak suka, tapi just plain tak minat... in fact, bila i dapat script dari production team, banyak lines yang i ubah-ubah... kalau nak ikutkan tak puas hati, i sebenarnya lagi tak puas hati kerana vt tersebut nampak sangat buat macam aiman endorse haziq... vt tersebut tidak langsung menghina haziq atau orang yang kononnya mengidap penyakit 'anxiety disorder', which is 'penyakit' yang langsung tak sama dengan barah or whatever... hanya orang berfikiran cetek saja fikir macam tuh... anxiety disorder nih macam phobia jugak... yang menyerang perasaan, bukan penyakit seperti demam, barah, parkinson, h.i.v. atau sepertinya... macam rem cakap, semua orang ada anxiety, cuma tahapnya berbeza-beza... anyway, kepada teman-teman kat sini yang mungkin tak berapa dengar apa yang aiman cakap, kat bawah nih i tuliskan script vt tersebut setepat yang mungkin kerana beberapa kali ketika rakaman, i ubah-ubah script yang ditulis oleh production team astro...

aiman ada kawan...
tapi dia lagi tua daripada aiman...
bila dia nyanyi dia selalu gigil...
aiman tak kisah...

doktor kata dia sakit...
dia anxiety disorder...
aiman tak kisah...

bila dia menari atas stage...
orang selalu komen pasal dia...
tapi dia nyanyi best jugak...
aiman tak kisah...

ayah aiman jadi macam ni bila dia tengok akademi fantasia...
dia minat haziq...
aiman tak kisah...

mother: aiman, balik mandi... akademi fantasia dah nak start...

anncr: jika anak sekecil aiman tidak mendeskriminasi, mengapa perlu anda? afundi haziq!

aiman tak kisah...


i pun bukannya fikir sangat pun pasal mamat cetek akal nih yang tulis komen buruk-buruk pasal vt tuh kat sini... sebab utama, dia bukannya one of my friend yang selalu melepak dengan i dekat blog nih, or even someone yang i would care to know... dia masuk kononnya nak memporak porandakan keadaan dan kononnya nak menegakkan family haziq... kononnya... kalau ikutkan ip address tuh, and info yang i dapat daripada kawan i kat tmnet, i tau ler siapa, tapi it's a small matter... sedangkan parents haziq langsung tak kisah dan kalau ikutkan apa yang diceritakan oleh production team, mereka berterima kasih kerana vt tersebut... apatah lagi penyokong haziq macam abang mosha dan lain-lain yang dok sms cakap terima kasih... tak termasuk lagi sms orang lain yang cakap vt tuh menyebabkan undian haziq naik... muhahahhaaa... all in all, ular menyusur akar, bisanya tak hilang... dah, malas nak cakap pasal nih dah... oohhh, errr by the way, aiman dapat offer berlakon...




delicious food...



sebenarnya rasa gelisah jugak sebab lama tak update blog... kerja banyak nak dihabiskan dan ada perkara-perkara baru yang dalam perancangan... so, bila vernon called and cakap nak buat a small birthday party untuk joe, i terus setuju... need to get away and pada masa yang sama, nak discuss something important dengan vernon jugak... so, majlis kecil-kecilan tapi meriah diadakan di rumah nikki dan yanie... ramai jugak yang hadir and mostly kawan-kawan rapat joe macam vernon, rudy, juan, hatta, fiebie... and of course my girl jolyn and hafiz... ada jugak kawan-kawan joe yang i belum kenal macam reza dan kaklong... tentunya ada nikki dan yanie yang bersusah payah masak makanan-makanan yang sunggup sedap... and i pun turut bawak diddy untuk diperkenalkan kepada beberapa orang kawan di dalam industri... an important first step untuk melangkah lebih jauh dalam industri seni... to get to know the people...




diddy and yanie...



makanan memang best, conversation pun banyak benda yang i dapat... walaupun empunya diri yang sambut birthday nampak senyum gembira, but i know kat dalam tuh, jiwanya bergolak... "honestly joe, there's nothing much that i can do, but to be there for you... kadangkala, bila kita terlalu mengharapkan sesuatu tetapi ianya tak menjadi kenyataan, tidak bermakna kita gagal... mungkin ianya bukan rezeki kita... we have to learn to accept our fate... mungkin yang berada di hadapan kita lebih bermakna..."

malam tuh jugak membuka mata i tentang masa depan yang rancangkan untuk diri sendiri dan keluarga... walaupun masih lagi dalam fikiran dan perancangan, i akan cuba mencari jalan yang terbaik untuk memastikan masa depan keluarga, yang terbaik untuk i dan orang-orang yang i sayangi... i memerlukan sedikit masa untuk berfikir kerana ianya satu pelaburan yang amat besar... thank you vernon and rudy for showing me some light and guidance... insyaAllah, i akan memikirkan semasak-masaknya...




www.groups.yahoo.com/group/dazzling_diddy



so, itulah... yang mampu yang kongsi buat masa nih... if you want to read about the birthday thingy, you can read at fiebie and joe... oh, beberapa keping gambar yang hatta ambik tuh, i ambik kat blog fiebie jugak... to those yang nak join fanclub diddy, you can go to dazzling diddy fc... and bercakap pasal need a break, next week i akan bercuti... i akan ke luar negara... so kalau berkesempatan dan berpeluang, i akan update... but if not, you guys take care and enjoy, k...


hhmmmmmm... tengah kusut...


Saturday, July 15, 2006

the one about badrul and aiman tak kisah... versi akademi fantasia...


aiman (i)...



it was unsuspected thing... i pun tak berapa ingat macam mana sebenarnya... kalau tak silap i, on tuesday, the production team for akademi fantasia called i tanya if they can use aiman untuk berlakon as part of the vt untuk pelajar akademi fantasia... bila i tanya siapa, diaorang cakap haziq... hmmmmm... muhahahhaaaa... then diaorang cakap ada bayaran... ohhhh... muhahahahaaaa... lepas called my dad mintak nombor telefon cikgu sekolah dia, i terus cakap nak ambik cuti untuk aiman for thursday... explain lah sikit cakap ada shooting untuk akademi fantasia *waahhh, mendabik dada konon*... terus cikgu besar bagi cuti... yang kelakarnya, i think dia dah silap dengar, and satu sekolah kecoh kononnya aiman nak pergi melawat akademi fantasia... habis satu sekolah dia dok kirim salam kat faizal, farhan, velvet, lotter, amirul dan haziq... muhahahhaaa... memang kelakar lah jugak kan... aiman tiba-tiba jadik hero kat sekolah...




aiman (ii)...



kalau nak kira, nih first 'lakonan' aiman depan camera... usually dia buat untuk iklan-iklan radio sahaja... first experience lah... so, on thursday we reached office about 9.30, and by 10am kita bertolak ke tempat shooting, which is kalau tak silap i, padang balang, sentul almost nak sampai border gombak... kalau nak suruh i pergi lagi sekali kat tempat tuh, mesti i tak dapat carik dah... i just ikut sajer van akademi dari belakang... shooting tuh buat kat rumah kampung... quite nice... 'masalah' paling besar yang dihadapi ialah, rumah tersebut terletak betul-betul di persimpangan jalan, dan di hadapan rumah tuh pulak ada kedai runcit... jadik memang banyak kenderaan especially motor yang lalu lalang... dahlah nak suruh aiman menghafal skrip tuh satu hal, nak kena tunggu setiap kenderaan lalu tuh *kerana gangguan bunyi* pulak satu hal... muhahhahaaa... nasib baik cuaca memang bagus dan windy...




aiman (iii)...



walaupun dulu masa kat university i ada ambik film production and masa kerja kat advertising agency, i memang banyak terlibat dengan shooting, tapi selepas hampir tujuh tahun tinggalkan bidang tersebut, dapat rasa kembali pada hari khamis tuh memang sesuatu yang sungguh berharga... tengok tenaga-tenaga kerja buat shooting, rakam shot dan sebagainya... aiman mula-mula tuh agak malu jugak, tapi bila dah kenal dengan diaorang, dia dah selesa sikit... so mudahlah nak ajar lines yang dia kena buat... so kiranya i nih 'manager' aiman lah... muhahahhaaa... sibuk-sibuk pulak mengarah itu dan ini... ada jugak beberapa ketika skrip kena olah balik sikit-sikit sebab aiman susah nak sebut... yalah kan, lidah budak-budak... muhahahahaa...




aiman (iv)...



all in all, nak shoot untuk vt selama lebih kurang seminit dua tuh ambik masa hampir empat jam... so lepas nih, kalau you tengok vt yang diaorang buat macam kasut velvet dengan que haidar tuh, or the permits tuh, just know that they work really hard to do it... mungkin to some, nampak macam simple dan kelakar jer, or mungkin jugak rasa macam membazir masa, but i think they do it because they want to find a way to entertain us... to give us something different... kelainan... untuk itu, i tabik spring kat diaorang nih... just imagine ya, bila pemegang watak ayah tuh datang tanpa memakai baju yang bersesuaian, one of the crew sanggup bukak baju yang dia pakai untuk bagikan pada pakcik tuh... to me, it was a humble experience... belajar melihat betapa susahnya untuk menghasilkan sesuatu produk tuh... kalau kita nak orang respect produk kita, kenapa kita tak boleh respect produk orang lain?




aiman (v)...



dan yang pentingnya, suara latar tuh pakai my voice yach... muhahahhaaa... begitulah kisahnya mengapa i excited tentang konsert akademi fantasia minggu nih... walaupun kecik jer, i hope you guys enjoy part aiman tu...



terus menyokong diddy...


Thursday, July 13, 2006

the one about badrul and little, little news... and... errr... almost normal...




so what now? hhmmmmm... walaupun diddy dah terkeluar, i think support untuk dia masih berterusan... i hope peminat-peminat diddy akan terus menyokong karier diddy... now boleh simpan duit yang mengundi diddy tuh untuk pergi show diddy, gathering diddy and beli album diddy, insyaAllah... kepada yang nak terus menyokong diddy, and maybe nak tahu perkembangan diddy or something like that, don't forget to join dazzling diddy fc... Alhamdulillah, setakat nih keahliannya dah mencecah 350 orang... tak lah besar sangat tapi menjadi bukti ada yang menyokong diddy... itu yang penting...




anugerah era... feratiks


news yang kedua pasal feratiks untuk anugerah era 2006... if you are interested, atau adik-adik ker, abang-abang ker, kakak-kakak ker, kawan-kawan dan sebagainya, you can come untuk audition pada hari sabtu bertempat di astro, di antara pukul 10 pagi hingga 4 petang... kalau tak silap i, you have to be between 18 to 25 years old... mestilah periang, energetic, pandai nyanyi sikit-sikit, boleh menari sikit-sikit supaya lebih dapat memeriahkan suasana... since persembahan artis-artis tahun nih memang best, you will get the chance to be very close to them... bukan setakat artis-artis malaysia, tapi jugak antarabangsa...






news yang ketiga, ehhh, letak gambar diddy lagi? muhahahahaa... takpalah, ada kena-megena dengan akademi fantasia... i'm actually quite excited about the concert this weekend... bukan excited sebab diddy dah takda... ovvveerrlaahhh! excited sebab ada something special... apa dia?!? takleh cakap lagi nanti i kena buang kerja... muahahhaaa... but do watch the concert this week... i rasa macam tak sabar-sabar jer... tapi kalau dulu tak sabar tuh sebab takut diddy terkeluar, tapi since diddy dah keluar nih, tak sabar nak tengok konsert hujung minggu nih sebab ada satu yang paling special and very dear to me... just watch okay...






news seterusnya pasal one in a million... i dengar cerita dari teman-teman press, memang best peserta-peserta yang bakal bertanding... i pun dah mula excited jugak... tak sabar nak tengok rancangan realiti nih walaupun i masih lagi rasa peserta-peserta seperti dayang nurfaizah dan farah tuh tak perlu masuk... but itu diaorang punya decision sendirilah kan... i nak tengok fresh talent yang betul-betul berbakat mewarnai persada seni tanahair macam diddy, farhan, velvet dan faizal tuh... ehhh, kenapa masuk akademi fantasia pulak nih... muhahahahaa... tapi buat masa sekarang nih, i belum ada pilihan lagi... nak tengok dan dengar dulu persembahan mereka... hopefully better than second malaysian idol...




ejen 016...



last sekali pasal ejen 016... teruja jugak i tengok iklan-iklan tentang ejen 016 nih kat suratkhabar, dengar kat era dan sebagainya... masa i pergi press conference tak berapa lama dulu, i tengok persediaan yang dibuat memang superb... and for the first time mobile operator macam digi involve by producing the show... it's very interesting... yang i tahu jugak, it's more like a series yang kelakar... well, tajuknya pun dah kelakar... 'ejen 016... kisah ejen yang tak seberapa hebat...' muhahahahaa... barisan pelakon-pelakonnya pun hebat-hebat macam saiful apek, ida nerina dan lain-lain termasuk pelakon-pelakon jemputan macam adam, m.nasir, linda onn, yusree dan ramai lagi... hhmmmm... tak sabarnya... if i'm not mistaken, siri nih akan mula kat tv3 setiap hari rabu pukul 9.30malam bermula 19 july nih... kalau nak info lagi, you can go to ejen 016...


this blog supported diddy...


Wednesday, July 12, 2006

the one about badrul and 'dah dekat nak normal dah nih...


yasmin hani, diddy and sheila majid *my idol*...



siang tadi kat office busy sangat... banyak jugak meeting yang kena attend, plus buat tuh dan buat nih... tapi all in all, it was a good day for me... malamnya pulak ada muzik@ria lah... tak sempat nak promote kat blog sebenarnya... hanya kat dazzling diddy fc jer... tapi ramai jugak yang datang, termasuklah mamat yang selalu enterframe tuh... muhahahhaaa... ada satu masa tuh i dengan leen rasa nak bangun jer dan pelangkuk kepala dia... muahahahahaa... dah lah main pegang banner diddy yang anak-anak aku susah payah buat, tapi main letak celah kangkang jer.... memang nak kena samak lepas nih... muhahahahhaa...




duduk sebab nak bagi sama tinggi sikit...



yang buat best lagi, selain diddy, artis jemputannya adalah sheila majid... i masih ingat masa sekolah-sekolah dulu, sanggup kumpul duit untuk beli album sheila... pernah jugak jadik groupie sheila... kemana sajer sheila buat show, mesti ikut... tapi show dia semua berbayar, k... so seperti biasa, kumpul duit lah... mesti nak tengok show sheila kat planet hollywood nanti nih...




leen dan anak leen, sheila... hiks...



sebelum nih i tak pernah pun pergi menonton muzik@ria... dah masuk tahun ketujuh nih dah kerja astro, tapi this was my first time pergi tengok muzik@ria live kat studio... i would have to say, yasmin hani was superb the way she handles callers dan artis-artis yang datang... tak kering gusing i dok gelak dengan leen and jolyn...




wanny, diddy and putry... love you girls! always supportive...



since dah sleepy nih i takdalah nak update panjang-panjang... just nak letak gambar jer... nih pun menaip dah berterabur-terabur... asyik salah eja dan kena start taip balik... to those yang dapat datang... leen, putry, wanny and friend, azwa and friends serta keluarga auntie diddy dan yang lain-lainnya dari dazzling diddy fc, thank you so much... to those macam orgkampung, nhk dan lain-lain yang tak dapat datang tuh, takpalah... lain kali kita jumpa lagi, k...



terus menyokong diddy...


Monday, July 10, 2006

the one about badrul and things are back to normal... i think...




thank you guys... i do appreciate your support... i truly do... but i'm okay, i think... if you ask me if i was dissapointed, i would say yes... in fact, i still am... but there's nothing i could do to change the fact that diddy is out from akademi... masa malam konsert tuh of courselah siapa yang tengok i nampak macam tak betul sikit... but at that time, i just need time alone... paling penting, i kena calm kan diri... something that i have to learn to control i guess... looking back, it was kind of funny... oh well, not funny - funny, but funny lah... i sebenarnya tak menitiskan airmata pun masa nama diddy disebut sebagai pelajar yang meninggalkan akademi fantasia... i guess masa tuh i was more angry and dissapointed rather than sad... tapi teman-teman press di sebelah i, di depan dan di belakang i seorang demi seorang mula menghulurkan tissue pada i... masa tuh lah perasaan sayu mula menerjah... that was when i started crying... but yang kelakarnya, i ended up with lebih sepuluh bungkus tissue... muhahahhaaa... i tak tunggu sampai pengumuman lainnya... sebaik saja diddy keluar dari dewan, i went out to my car... i just drove off tanpa tujuan... phone calls and sms datang bertalu-talu... it was hard for me to accept the fact that diddy was no longer in the akademi... sedar sedar i dah sampai klang... that was the time i realised rezeki diddy di dalam akademi fantasia dah termaktub begitu... tapi rezeki dikemudian hari kita masih tak tahu... i turned and drove back to dewan sivik... i wanted to watch the imbasan... i wanted to assure diddy that no matter what, i still supported him... i wanted to prove that diddy does has fans whether he's in or out of the academy...






i rasa my 'work' with akademi fantasia dah habis di sini... i mungkin tak akan ke dewan sivik mppj untuk menyaksikan konsert pada hujung minggu... no, i tak merajuk... jauh sekali membenci akademi fantasia... tapi i rasa tugas i sudah habis untuk akademi fantasia... tugas i untuk menyokong diddy akan berterusan seperti janji i pada jolyn... no, not 'pada'... more like janji i 'bersama' jolyn... i tak tahu macam mana pula dengan fibie, leen, izreen dan chail... itu terpulang kepada mereka sama ada akan terus menyokong or berhenti setakat ini... though i really do hope they will continue sebab mereka adalah tonggak yang amat kukuh membantu diddy... they have done so much and more... i may have to seat down and have a heart to heart talk with them... selepas ni, mungkin i akan hanya menonton akademi fantasia dari rumah... but look at the bright side... untuk enam minggu akademi fantasia seterusnya, bill telefon i akan kembali normal... tak perlu bimbang dan tak perlu ragu... masih ramai lagi yang akan menulis tentang diari dan tentunya konsert mingguan... you can read it at fiebie (hopefully), y, klubbkidd, maddox, sultanmuzaffar, elkapitan, nakaltitude dan banyak lagi... banyak lagi... blog-hopping and you will find it... dengan citarasa dan gaya penulisan masing-masing...



life is full of ups and downs... i'm an old guy...
i do know... trust me...


Sunday, July 09, 2006

...




mimpi yang tak sudah...


apa maknanya impian
datang dan pergi
membawa hati
meyusuri kembali
jalan-jalan sepi






kaukah di situ
yang menantiku
atau jelmaan
titik kenangan
yang bernama pengalaman






siapakah
di antara kita
dengan rela menjadi pendusta
siapakah dulu
membina harapan dan siapa
yang memusnahkan impian
tanpa sebab dan alasan
kau mainkan perasaan
bagai taufan tiba-tiba datang
dan menghilang....






kau...bayang-bayang
masa yang silam
ada ketika terbawa-bawa
oleh resah mimpi yang tak sudah



"and my dream crushes..."


Thursday, July 06, 2006

the one about badrul and this is it! time to vote for the final four...


diddy, velvet, faizal, farhan...

this is it my friends... it's time for us to help these kids to be in the final...
diddy
velvet
faizal
farhan

they deserve to be in the final... help them by sending your afundi...



vote for final 4...

afundi diddy and send it to 32999
afundi faizal and send it to 32999
afundi velvet and send it to 32999
afundi farhan and send it to 32999


Tuesday, July 04, 2006

the one about badrul and 'a night of hope'...


kaer...

so, i actually dah lama tak dengar khabar dari adik i yang sorang nih... muhahahhaa... i tak maksudkan kaer... i'm talking about alang... muhahahaa... dah lama sungguh tak dengar khabar berita... adalah sekali sekala dia masuk tinggalkan jejak kat ruangan komen tuh... ala-ala lip lap jugaklah... sekejap ada, sekejap takda... rupa-rupanya dalam diam-diam, dia dah masuk lima bulan dah... hhmmmm... macam mana rupanya yach... hari tuh pun ada sekali jugak masa main-main sms dengan kak rose... hampir-hampir ingat dia membawak budak jugak... muhahahhaaaa... terus kena jerkah... muhahahhaaa... so, apasal teringat kat alang tiba-tiba nih? bukan teringat tiba-tiba, tapi dah lama dah sebenarnya... tapi tak keep in touch... tapi semalam dapat satu email dari alang... oh, sebelum tuh, nak cakaplah jugak, alang nih presiden kaeratics... so selalu lah dapat maklumat-maklumat terkini tentang perkembangan kaer dari alang nih... kalau bukan dari alang, mesti dari siti...

okay, nak tolong promotekan aktiviti terkini kaeratics nih... pada 29 julai bersamaan hari sabtu jam 8.00malam bertempat di j.w. marriot kuala lumpur, akan diadakan "a night of hope with kaer"... tema yang telah ditetapkan ialah hitam dan putih, tapi jangan ler pakai baju melayu putih dengan songkok hitam pulak... mestilah glamour, bergaya, cantik, menarik, menawan, vogue dan yang sewaktu dengannya... makanannya ala chinese... untuk 100 orang pertama ahli kaeratics berdaftar, bayarannya ialah rm60.00, dan selebihnya akan dikenakan bayaran normal sebanyak rm150.00 jadi, kalau taknak bayar mahal, book cepat-cepat... first-come-first-serve basis ya... ingat, tempat terhad so jangan tunggu lama-lama...

untuk makluman semua, objektif utama "a night of hope with kaer" nih bertujuan untuk mencari sumbangan serta memperkenalkan rumah titian kaseh kepada masyarakat... di samping tu jugak, kaeratics ingin menyumbang kepada insan-insan malang di yogjakarta, indonesia... sebahagian daripada bayaran ini akan disumbangkan kepada tabung tersebut... bukan tu saja, malam tersebut akan menjadi medan untuk kaer bertemu dan beramasss mesra dengan peminat dan penyokong setianya macam mimirinie yang tak jemu-jemu menyokong dari dulu hingga sekarang dan selamanya... waahhh!!!

selain daripada tuh, "a night of hope with kaer" juga akan dimeriahkan dengan persembahan live dari kaer sendiri dan diiringi oleh live band dibawah pimpinan jenny chin... siap dengan backup singers dan dancers... majlis pulak akan diacarakan oleh penyampai melodi yang cun dan meletops... siapa lagi kalau bukan farah fauzana in ddaaa hoouuseee!! ada cabutan bertuah lagi untuk mereka yang hadir dan 30 peminat malam tuh jugak boleh berjumpa in person dengan kaer sambil minum teh tarik dan makan roti canai special *minum teh tarik dengan makan roti canai nih i tambah sendiri... muhahahhaa* apa lagi ya? ohhh... ada goodie bags hasil cetuhan ilham kaer sendiri.... ada jugak jualan produk kaereka... yang paling penting... jeng! jeng! jeng! tarikh tutup untuk mendaftar ialah pada 14 julai 2006! diulang, 14 julai!!!

kalau ada sebarang pertanyaan, boleh hantar email terus pada zarul - zafi20781@yahoo.com atau alang - alangros79@yahoo.com atau kak norli - norli_matnoh@yahoo.com kalau nak buat pembayaran pulak, boleh berhubung terus dengan kak liza di 019 - 3464156... boleh buat bayaran melalui akaun maybank no: 1140 5788 9524... lepas bank in duit tuh, fakskan salinan slip bank ke 03 - 2161 9199 attention kak liza atau emailkan ke yusmaliz@lion.com.my

dan istimewa untuk teman-teman kat badrulaftersix nih, nanti i akan buat contest untuk anda memenangi dua jemputan ke "a night of hope with kaer" tapi bukan sekarang lah... nanti bila dah dekat-dekat sikit okay...

jangan lupa "a night of hope with kaer"

and paling penting, jangan lupa afundi diddy... type afundi diddy dan hantarkan ke 32999


Sunday, July 02, 2006

the one about badrul and 'apa awak rasa sekarang?!?'...


diddy... (concert 5)...

kalau orang kata konsert kelima nih hambar, i have to agree... tapi bukan kerana song selection... bukan jugak sebab salah cikgu yang mengajar... i put the blame ke atas dua orang juri yang tidak berjaya memberikan kritikan yang bagus... jugak kepada pelajar yang tidak bersungguh-sungguh... ac mizal dalam keadaan lawak dan sinis, masih ada point-point yang boleh diterima pakai, tapi juliza dan adlin... what are you talking about?!? both of you are so full of yourselves sampai tahap kebosanan yang giler! adlin nak komen pasal pemilihan lagu dan production? heelloooo!!! your own production pun nak kena saman, ada hati nak bercerita pasal production orang lain... kalau nak komen pasal production, komen pasal pemilihan pengkritik tetap dan pengkritik jemputan yang banyak hampeh! and juliza, yang tahun lepas nih dok berdegar-degar dalam suratkhabar cakap orang lain tak layak nak bagi komen sebab kononnya takda credential, tapi bila dia diberi peluang, she has nothing relevant to say... well, it's not about credential, girl... ianya bergantung kepada keupayaan untuk memberikan kritikan yang membina... untuk memberikan petunjuk kepada pelajar tentang kelemahan dan kelebihan masing-masing... for them to learn from... eeehhh, malaslah nak cakap pasal nih... all i know is, astro has made the biggest mistake to choose adlin as pengkritik tetap...

lets talk about persembahan lah pulak... in my humble opinion, i think diddy has shown that he really has what it takes... lagu 60an, lagu pop, lagu inggeris, lagu nusantara dan lagu rock... tak satu pun mengecewakan... selalunya dia akan nampak terlalu tense, tapi malam konsert kelima, tak sangat... mungkin mimik muka masuk sikit kot dengan lagu rock nih... muhahahahaa... pakaian dia kena dengan persembahan... he look sooooo good on stage! he has his own style and voice... memang persembahan terbaik this week berbanding pelajar-pelajar lain...


faizal... (concert 5)...

persembahan faizal tetap menyeronokkan... walaupun i tak berapa faham kenapa bila part chorus tuh dia kena nyanyikan pada penari-penari lelaki instead of penari perempuan... nampak weird sangat... i accepted that dia memang tak pandai menari, but atleast for the first time after several week, i nampak dia benar-benar mencuba, especially ketika menari menuju puncak... sekurang-kurangnya dia dah buat sedikit perubahan untuk memajukan diri... there were several part nampak dia strainkan suara dia, tapi takdalah bunyi sumbang... cuma bunyi macam perit sikit jer...


farhan... (concert 5)...

for some reason, persembahan farhan tak sampai pada i... her voice terlalu banyak bergetar dan tak smooth seperti kebiasaannya... cara berjalan dia tak membayangkan seorang gadis yang menjadi perhatian sehingga ingin merahsiakan perjalanan hidupnya... airmuka farhan terlalu keras untuk lagu selembut ini... no, i'm not talking about her tone, sebab suara farhan memang sedap... tapi persembahan nih langsung tak terasa pada i...


velvet... (concert 5)...

velvet kena buat sesuatu tentang her semput-ness... i tak tahu kenapa dia cepat sangat nampak letih dan tercungap-cungap... i masih tertunggu-tunggu kehebatan velvet seperti ketika beliau menyanyikan lagu langit ketujuh... i think velvet di antara pelajar yang mempunyai suara yang sungguh hebat, tetapi sejak kebelakangan ini yang i dengar hanyalah terlalu nyaring... mana hilangnya suara power velvet? i bukan nak dengar dia menjerit nyaring, tetapi i nak dengar kekuatan nada tinggi dia... i think she has to know how to differentiate between menjerit dan mengeluarkan suara dengan nada tinggi... i pun susah jugak nak bagi contoh, but the best one is macam dia nyanyi lagu langit ketujuh tu lah... kalau nak kira, velvet adalah pelajar paling bertuah kerana sepanjang lima minggu di akademi, dia mendapat lagu-lagu yang popular untuk dinyanyikan...


amirul... (concert 5)...

i'm not saying that amirul nyanyi lagi baik daripada pelajar-pelajar yang kat bawah nih, but atleast tak terlalu merosakkan lagu... nothing special sebenarnya dendangan amirul kerana pada i dia tidak menunjukkan kesungguhan langsung... there is nothing new there... seriously i rasa macam orang menyanyi karaoke jer... orang yang bersuara sedap menyanyi karaoke... but that's the standard... bukan standard pelajar akademi fantasia yang dipilih daripada ribuan orang yang datang audition...


lotter... (concert 5)...

the first part nyanyian lotter tuh boleh tahan tapi bila dia masuk chorus dan tambah-tambah certain part, i tak boleh terima... i don't think lagu bila april adalah lagu yang sukar... bermakna lotter can do a lot more with the song... he can even made it his own... but there was nothing there either...


haziq... (concert 5)...

lagu m.nasir tak berdaya dibawa oleh haziq... tak sampai separuh pun keupayaan haziq untuk lagu tersebut... paling sedih, persembahan haziq tidak membayangkan dia berhak berdiri di akademi fantasia... tarian yang teruk, persembahan yang buruk... yes, he does has a nice tone, tapi dia tak mampu untuk menyanyikan kepelbagaian rentak lagu... and kalau dia hanya nak dapat lagu-lagu berentak asli dan nusantara contohnya, this is not pencarian bakat-bakat lagu asli... yes, i do appreciate that 18 year old boy boleh menyanyikan lagu-lagu lama dan bakal menjadi penyambung tradisi lagu-lagu melayu, but this competition is not for him...


salima... (concert 5)...

the one reason i letak salima bawah sekali sebab dia merosakkan lagu kesukaan i... walaupun i hafal lagu nih macam makan kuaci, tapi banyak tempat i tak dengar langsung sebutan salima, atau faham apa yang salima cuba sampaikan... climax lagu pun tak sampai pada i and again, this song is too big for salima... ianya mungkin *i repeat, mungkin* akan menjadi lebih baik kalau music arrangementnya lain sikit dan tidak terlalu sama... then, maybe salima boleh sampaikan dengan gayanya yang tersendiri...

so everyone, jangan lupa untuk afundi diddy... he has proven over and over again that he deserve to be in the final... you can help him to achieve that by sending your afundi diddy to 32999

oh by the way, apa specialnya salima sampai dia ada clip video diakhir konsert? kepada nora, karen, rich dan zila tak ada? pilih kasih?!? hhhmmmmmm...