Bidadari Hati

Monday, March 27, 2006

the one about badrul and pledge ~ your ~ donation...




hi all... i know we are suppose to have our pledge your donation event last month, tapi masa betul-betul tak mengizinkan... but our pledge your donation is still on, and it will be on the 8th of april 2006... i dah dapat confirmation date from tesco... leen pun dah dapatkan this charity home, baitul fitrah kat rawang... rumah yang menempatkan anak-anak yatim... i akan update kan details as soon as possible, but for the time being, here is some info... i hope kita semua akan dapat menjayakannya...

buat masa sekarang nih, the baitul fitrah charity home *dia orang duduk kat flat* ada lebih kurang 16 orang, berumur antara 8 tahun hingga 17 tahun yang tinggal dalam dua flat yang ada dua bilik... anak-anak ini datang dari keluarga yang susah, dan kebanyakannya hanya mempunyai ibu tunggal... there are about 40 kids yang dibawah jagaan mereka, tetapi buat sementara waktu, selebihnya masih tinggal bersama ibu masing-masing *yang ada antara 4 hingga 6 orang anak* tapi masih datang ke flat tersebut untuk mendapatkan keperluan harian... mereka sekarang dalam proses nak cari rumah yang lebih selesa untuk memuatkan anak-anak yang ramai ini...

wish-list

washing-machine
4 table fan
15 pillows
10 single mattress
20 towels
20 bed-sheets
20 pillow cases
three-tier box
shoe-rack
rak pinggan
meja makan cum study table
baju sekolah
kasut sekolah
selipar
eletric-kettle
medium & big cooking pots
hangers
toiletries
iron & ironing board
baldi
flasks (thermos)
milo
tea
biscuits
food (canned food)
*will update the wish-list again*

untuk baju sekolah, kasut sekolah and barangan keperluan anak-anak ini, i will try to arrange dengan the person-in-charge untuk bawak anak-anak ini sama-sama ke tesco so that we will get their right size...

alamat kediaman mereka ialah o7-05 & 08-05, blok tulip, pangsapuri dahlia, jalan desa, bandar country home, 48000, rawang, selangor... if you have some questions to ask, or if you want to know what else you can contribute before or after this charity drive, you can contact ms masliza 012 - 266 3649 or ms nadia 012 - 375 1444... mereka nih adalah orang-orang yang membantu memberikan harapan kepada anak-anak ini di baitul fitrah...

kita semua *yang boleh pergi* akan berkumpul di tesco mutiara damansara pada pukul 9.00 pagi, 8 april 2006 bersamaan dengan hari sabtu... selepas habis membeli barangan yang diperlukan, pihak tesco akan menyediakan lori percuma untuk membawa barang-barang tersebut terus ke baitul fitrah seperti alamat di atas... kemudian, kita akan sama-sama konvoi ke rumah tersebut... jom ramai-ramai ya...

here's the list of pledgers again...

1. abang mosha ~ rm180
2. acikliza ~ rm180
3. aiman ~ rm60
4. ani
5. ann68 ~ rm100
6. aunty n ~ rm300
7. azmer
8. batrisya ~ rm300
9. badrul ~ rm300
10. balenciaga rm180
11. cikzam ~ rm120
12. chail ~ rm180
13. cocotrix ~ rm300
14. corey ~ rm180
15. dahlia ~ rm120
16. dalinda ~ rm60
17. darlinglara ~ rm120
18. darling8tabby ~ rm30
19. dora ~ rm120
20. eenatzy
21. elf
22. elkapitan ~ rm90
23. emy ~ rm120
24. esfahan ~ rm180
25. guruvocal ~ rm180
26. hawa ~ rm300
27. iwanshu ~ rm60
28. izreen ~ rm180
29. joejoe ~ rm300
30. jolyn ~ rm300
31. joe & pembaca blog dendam perantau ~ rm1,000
32. jujul rm180
33. kak aidid rm180
34. kak maznah ~ rm600
35. kak ri
36. kak rose rm120
37. kudsia ~ rm600
38. leen ~ rm300
39. lina ~ rm300
40. lullaby ~ rm120
41. najnina ~ rm120
42. nart ~ rm300
43. nhk ~ rm120
44. nisha ~ rm300
45. orgkampung ~ rm300
46. roila ~ rm120
47. rose ~ rm180
48. sariah ~ rm100
49. scov
50. sempoii ~ rm300
51. shay
52. shonny ~ rm600
53. skru
54. stephanie ~ rm180
55. sultan muzaffar & family ~ rm400
56. tanty ~ rm300
57. thinktankgal ~ rm150
58. tina rm300
59. vg2maya ~ rm60
60. wai em ~ rm300
61. wink ~ rm180
62. yin yin ~ rm180
63. zazz ~ rm180

read more at leen, and at fibie, and at sultanmuzaffar... thank you guys...

"ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah usaha kami ini... Amin..."



Sunday, March 12, 2006

the one about badrul and 'aiman tak kisah'...


aiman makin handsome kan...

berita harian and utusan malaysia interview dia...

abby fana totally adores him, even created a topic on sinar fm...

linda onn buat topic 'itu ini' di era about him...

juragan lukis kartun about him in harian metro...

aznil cakap the same line *aiman tak kisah* during anugerah seri angkasa...

dia dah jadik a 'little celebrity' kat sekolah agama and sekolah kebangsaan dia...

i received more than three hundred emails asking about him...

and makcik kedai runcit near my housing area yang i selalu beli suratkhabar suddenly siap peluk cium dia macam anak sendiri...

when everyone else getting excited about it, aiman buat selamba derk jer... macam takda apa-apa pun, except bila makcik kedai runcit tuh sekarang nih selalu bagi cokelat and ice-cream free kat dia... sampai my dad naik bosan sebab asyik-asyik nak pergi kedai makcik tuh... one time my pesan kat my dad suruh pergi beli gula, aiman siap cakap kat my dad tak payah bawak duit sebab nanti makcik tuh bagi barang free jer... huhhh! talk about celebrity attitude!


ambik gambar kat office...

and how do i feel about all these? hmmmm... i don't know... campur baur... i'm okay kot... takdalah rasa macam pressure bila aiman dapat this kind attention... takdalah pening ker apa... tapi mungkin jugak ada sedikit kecewa... sikit jer... tak banyak pun... why? bukan sebab i tak dapat free ice-cream dari makcik tuh... bukan... but, i guess dalam ramai-ramai orang dok cakap pasal 'aiman tak kisah' nih, most of the time dia orang dok cakap pasal suara aiman, pasal sedih bunyi aiman dan sebagainya... tapi tak ramai yang cakap pasal message di sebalik community service nih... in fact, seingat i, hanya dua tiga orang jer yang cakap pasal benda nih... i mean, the message about pesakit h.i.v. positive yang sering dapat layanan kelas kedua puluh daripada orang-orang sekeliling... well, i'm glad that people remember, the lines from that community service, but i do hope they will remember the message as well... harap-harap orang ingatlah dan ambik iktibar... tu jer...


very cheeky...

anyway, ramai yang hantar email tanyakan pasal aiman... apa yang dia suka, favourite food, dan sebagainya... since diaorang semua dapat email address i from my blog, i guess diaorang mesti baca my blog kan... *perasan*... muhahahhaa... so, the best way is for me to write it here... takyahlah i hantar email and keep forwarding the answers tiap kali ada orang lain yang tanya pulak... okay, aiman, macam budak-budak lain jugak, very active and quite nakal... kadang-kadang tuh memang tak dengar kata jugak... pernah dia main lumba lari kat jalan depan rumah sampai jatuh tersungkur patah gigi depan... he's a born leader... apa jugak games yang diaorang main dengan anak-anak my neighbours, mesti dia nak jadik ketua... even some of the kids lagi tua pada aiman, diaorang still dengar cakap dia... dalam pada nakal tuh pun, dia sangat sensitif... very protective of his sister and tak kedekut... we also have our weekly 'fastfood night out'... kfc, pizza, macdonalds, pasta etc...


gambar for pledge your donation...

his taking piano lessons now... baru jer lagi... tengoklah macam mana progress dia... and kalau dia betul-betul interested, i nak dia ambik vocal lesson jugak... ada orang tuh janji nak bagi i nombor telefon siti hajar sampai sekarang tak bagi-bagi lagih... muhahahhaaaa... anyway, aiman suka kat animals... so, tempat-tempat macam zoo, aquaria tuh memang favourite place dia...last year alone adalah tiga empat kali kitaorang pergi zoo and dua kali pergi aquaria... his favourite tv channels are astro 51, 60, 61, 62 and 63... dia boleh tengok cartoons for hours... cita-cita nak jadi superman, tapi sebab kena interview kat paper, so cakaplah nak jadik angkasawan... muhahahaaa... kira boleh terbang jugaklah kan... dia tak menangis meraung-raung macam budak-budak lain kalau dia merajuk atau marah, but he will give a silent treatment... pemalu tapi kalau dah kenal, habislah... tak berhenti-henti bercakap... i think that's about it kot for now... don't know what else to tell...


Monday, March 06, 2006

the one about badrul and breakfast with stars...


invite 1...

i baru balik dari melaka for hitz.fm birthday bash celebration! orang melaka memang happening! dalam banyak-banyak event yang i pernah pergi, they are the best crowd ever! when they want to party, they really want to parrrttttyyy... anyway, i bertolak pagi sabtu *pukul enam pagi!* and balik kl hari ahad, sampai around 3pm... very tiring... 12 hours of partying! so, this is going to be a very short entry... nih pun mata ala-ala sekejap bukak sekejap tutup... nanti i will update on the event with some pictures yang i ambik during the birthday bash party...


invite 2...

pagi nanti nak kena bangun awal lagi... maybe about 5.30am... to some people, perkara biasa... to me, soon akan menjadi perkara biasa... muahhhahaaa... well, i'm attending breakfast with the stars event - to watch the oscar live while enjoying breakfast at the ritz-carlton, organised by star movie... that's what written on the invitation card... oh, 7.30pagi ya... kena dress-up sebab ada red carpet... dengar cerita, siti pun ada... kena bawak camera nih... muhahahaa... hmmmm... tengok ler pakai apa besok bila mata takleh nak bukak pagi-pagi buta...

time to sleep u ols!

pictures updated at 11.30pm


at the oscar...


red carpet (i)...


friends at the awards...


red carpet (ii)...


host at the red carpet...


red carpet (iii)...


red carpet (iv)...


siti looks so radiant...


sharing secret with the press...


"siti memang tengah berkawan"...

updated again at3.00pm on march 7, 2006

i have some info here to share with everyone...

akma fc akan menganjurkan akma's 21st birthday party pada 26 march 2006, bersamaan hari ahad di marriott hotel, putrajaya... pukul 2 petang hingga 6 petang... tema adalah putih / pink / merah... bayaran adalah rm65 seorang dan untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi aishah atau sariyah di 012 - 2260401...

siapa-siapa yang pergi nanti, insyaAllah, see you there... tengah nak fikir nih nak bawak aiman ke tidak... hhmmmm...


Wednesday, March 01, 2006

the one about badrul and a little update on abp...


marsha...

waaahhhhh... two updates in one week!!! meriah! muhahahaaa.... jangan salah anggap that i dah tak busy pulak... i think sebab dah kena pressure kiri dan kanan suruh letak gambar-gambar masa anugerah bintang popular, so letih pun terpaksalah jugak bersengkang mata untuk update blog... muhahahaa... but since banyak jugak gambar-gambar yang i rasa 'deserve' untuk diletakkan di blog, the update is not going to be just on abp... campur-campurlah sikit... alah, bukan tak biasa baca benda-benda rojak kat blog i nih kan... muhahahhaa...


zizi...

i have some sad news... well, to me at least... i will not be on air every sunday anymore... dah tiga tahun *or is it more than that?* i on air kat era setiap ahad... but now with my workloads, i have too much on my plate... for the past few months i kerja tujuh hari seminggu and hampir setiap malam i balik lewat... kadangkala sampai pukul tiga empat pagi... orang selalu cakap, kerja tu kerja jugak, tapi family mesti diutamakan... i think sekurang-kurangnya kalau i tak bertugas hari ahad, if takda event on that day, i can have one full day with my family... sekurang-kurangnya...


julia...

memang susah nak lepaskan... memang susah... apatah lagi i memang suka buat kerja tuh... tapi i tak rasa pun ianya satu kehilangan kepada era sebab insyaAllah, diaorang akan dapat pengganti yang lebih baik... in fact, sepanjang tiga tahun i bertugas sebagai penyampai sambilan di era, i cuma dapat satu surat daripada 'fan'... muhahahahhaaa... satu jer tau!!! masa mula-mula dapat surat tuh happy giler... sorang pendengar era from sabah yang hantar surat kat i... habis semua orang kat era i tunjukkan surat tuh... punyalah bangga kan... muhahahahaaa... tapi lepas beberapa ketika *about three weeks later* i rasa one of era people yang sengaja hantar kat i supaya i tak kecik hati... muhahahaaa... anyway, surat tuh i masih simpan sampai sekarang.. kenangan tuh!!!


adi fashla...

so i guess last weekend was the last time i on air kat era... this weekend will be someone else... sob... sob... sob... yes, i did cried before i went on air and yes i did cried bila dah habis... macam orang pindah tempat kerjalah jugak kot... sukar nak gambarkan dengan perkataan... takpa, i gain something else... walaupun mungkin sukar untuk orang lain percaya, but rostam berat hati nak 'lepaskan' i, which i think in a small tiny little way, i did contributed towards era... a toast to era and a toast to my free sundays!


nana...

okay, lets go back to anugerah bintang popular... that sunday memang sibuk habis... i pergi shopping last minute untuk cari shirt and bow tie... i cuma pakai my old suit sebab i tak tau nak buat apa dengan tuxedo kalau i buat satu... since the next day tuh ada event lain, i decided not to stay up in genting... jemput jo kat rumah dia, and memandu terus ke genting... sampai pun dah pukul enam lebih... jumpa dengan boy, nz and joe, terus pergi makan sekejap... mula-mula tuh ingat nak tumpang bilik diaorang untuk tukar baju, but at the last moment, we decided to get one room just to change... kesian kat jo pulak nak tumpang bilik orang lain...


with my girl, jo...

i think the whole show was quite nice except for benda-benda kecik like diaorang tak announce pasal commercial breaks and all... susah nak agak kalau anyone nak take a short break to 'release' themselves or something like that... penutup with sifu and mawi were excellent, tapi lack of umppphhhh *takda bunga api or letup-letup*, seolah-olah takda penyudah... tapi lawak kak engku memang kelakar habis-habisan... tak kering gusi jadiknya... sama jugak dengan a.r. badul and kak yusni masa commercial breaks... kudos to berita harian team...


with bintang paling popular...

tak puas hati pasal keputusan anugerah bintang popular? not at all... in fact, i suka and i think it was very fair... pilihan pembaca berita harian... i'm glad mawi menang sebab walaupun orang nampak secara 'permukaannya' mawi fc bergolak, tetapi di dasarnya, peminat mawi lebih ramai dari itu... peminat yang menyokong secara senyap, peminat yang suka mawi tanpa perlu bising-bising, tanpa perlu sibuk memaki hamun orang lain, atau membantah kalau orang tak bersetuju dengan mereka... untuk penyokong-penyokong mawi yang kukuh dalam diam ini, i salute you... semoga cita-cita mawi untuk berjaya di luar malaysia akan jadik kenyataan... i salute you too, mom! muhahahaa... tak sia-sia suruh aiman potong surat khabar kan... muahahhaha...


family photo...

i love this photo... well, i love all the photos yang i letak kat sini... i suka pakaian marsha yang sungguh elegan, i suka gaya zizi yang nampak kacak, i suka cara julia menggayakan kelainan pakaiannya, i suka adi fashla yang nampak sungguh tampan, dan i sesungguhnya amat suka dengan gaun nana, which makes her look soooo gorgeous! i think this photo *with rudi kat belakang tuh* will be one of my all time favourite photos...


with yang mulia tengku muda dan tengku puan muda pahang...

banyak lagi gambar-gambar yang i ambik tapi tak letakkan... nanti susah pulak orang nak bukak my blog kan... muhahahhaa... berat dengan gambar... malu jugak sebenarnya masa kat post party tuh nak ambik gambar orang tuh dan orang nih... that's why i stick dengan orang yang i kenal jer... ada jugak gambar-gambar artis lain tapi malaslah nak letak sekarang... tengoklah some other time kalau ada masa, i akan letakkan... dekat pukul dua pagi jugak baru i dengan jo bertolak balik ke kuala lumpur... it was a long and tiring day, but fun... well, at least i know i was having fun...


one happy moment...

so there you go, dah update dah untuk anugerah bintang popular... and about going on air tuh, kalau ada rezeki mana tahu lah kan... di lain masa dan di lain ketika...